Bab 10

Romance Series 58266

Esoknya, Zareef masih tidak membenarkannya pulang. Atas alasan apa, Ayu sendiri pun tak tahu.

Zareef awal-awal lagi sudah keluar. Entah ke mana Ayu tidak mahu ambil tahu. Sehingga lewat malamnya, barulah Zareef pulang.

Ayu keluar dari bilik selepas menidurkan Adam. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat dua orang tetamu Zareef.

"You siapa?" Tanya seorang lelaki yang memapah Zareef.

"I... I... maid dia." Pantas Ayu mereka jawapan.

"Hey, Zareef. Kau tak cakap dengan aku pun kau ada maid yang lawa macam ni," kata lelaki itu sambil memandang Zareef.

"Hm..."

Ayu tergamam. Zareef mabuk!

"Oh, by the way I'm Zikry. Staff Zareef merangkap bff dia." Lelaki itu memperkenalkan diri.

"Eh, mehlah I bawak Zareef masuk bilik." Seorang wanita yang seksi mencuri perhatian Ayu.

Ayu tersentak. Adam sedang tidur di dalam bilik!

"Eh, tak pe! Biar saya aje yang bawak dia masuk."

"Apa hal pulak you yang nak bawak dia?"

Ayu serba salah. "Er... kalau macam tu cik boleh masukkan dia kat bilik belakang."

"Eh, bilik dia kan kat depan!"

Ayu tersentak. Maksudnya wanita itu memang memang biasa ke sini. Entah mengapa hati Ayu bagai dicarik. Kalau dah ada perempuan lain kenapa tetap melempiaskan nafsu ke atasnya?!

"Tepilah!" Wanita itu menolak Ayu.

"No!" Ayu cuba menghalang. Habislah jika mereka melihat seorang bayi di dalam bilik Zareef.

"Eh, kau ni kenapa hah perempuan?!"

Ayu terkejut apabila ditengking begitu oleh Zareef. Dia cuba bersabar. Zareef sedar atau tidak apa yang dicakapkan olehnya?

"Lily, you pergilah hantar Zareef masuk bilik," kata Zikry.

Saat dua pasangan itu berlalu, Ayu yang cuba mengejar terhenti. Tangannya ditangkap oleh Zikry.

"Betul ke you ni maid? Ke... perempuan simpanan Zareef?"

"Hey, mulut you jaga sikit!" Ayu mula hilang sabar apabila dituduh begitu.

"I bukan tak percayakan you. Yelah, you pun bertudung."

Ayu menepis tangan Zikry yang bermain dengan hujung selendangnya.

"Tapi I tak percayakan Zareef tu."

Ayu sedaya upaya cuba menahan air mata dari gugur. Benarlah sangkaannya. Zareed sudah biasa dengan semua ini.

"Kalau maid tak kanlah stay sampai malam. Lagipun you mesti lebih arif tentang hukum daripada I kan?"

Ayu cuba bertenang. Nampak sangat lelaki ini makan gaji buta. Jika benar staff Zareef, takkan tak kenal dia sebagai model!

"Since you boleh layan Zareef, why not you layan I?"

"What are you talking about?"

Zikry tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menolak Ayu ke sofa.

"Lepaslah!!"

Zikry tidak mempedulikan rontaan Ayu.

"Zareef, tolong I! Zareef!!" Ayu menjerit sekuat mungkin.

Pang!

Bibir Ayu pecah. Namun Atu tidak menghiraukannya. Apa yang penting adalah untuk menyelamatkan dirinya.

"Diamlah! Kau ingat Zareef tu peduli ke? Sebelum ni pun kitorang share semua benda sama-samalah!!"

Air mata Ayu laju mengalir.

"Zareef!!!"

Teriakan Ayu membuahkan hasil bila Lily datang bersama Zareef. Mereka masih tidak masuk ke dalam bilik.

"Zikry, takkanlah dengan maid pun jadi?" Ujar Lily.

"You diamlah!" Marah Zikry.

"Zareef, please tolong I!" Rayu Ayu.

Zareef senyum sinis. Dia masih mabuk.

"Kalau you tolong I, I sanggup buat apa je yang you nak, Zareef!"

Ayu terpaksa tawar menawar sementara Zikry makin rancak dengan permainannya. Ayu sedaya upaya meronta.

"Betul?"

"Yes, Zareef! I sanggup!"

"Be mine!"

Ayu terdiam.

"You sanggup ke?"

Pertanyaan Zareef itu berbau sinis. Be mine yang dimaksudkan oleh Zareef pastilah membawa erti yang dia harus menyerahkan tubuhnya untuk lelaki itu. Tak...

"If not, you can do whatever you want, Zikry," sambung Zareef.

Zikry pula tersenyum penuh makna apabila mendapat keizinan itu.

"Okey, Zareef! I sanggup!!"

"Betul ni?" Zareef sengaja menduga.

"Yes, I janji!"

Ayu tiada pilihan. Lebih baik menyerahkan maruahnya kepada suami sendiri daripada dibiarkan ia dinodai oleh orang asing.

Zareef senyum senget. "Let her go, Zikry."

Zikry menumbuk sofa. Hampir sahaja!

"Jom balik, Zikry. I ngantuklah," kata Lily.

Zikry hanya akur. Sebelum meninggalkan ruang tamu, dia sempat menjeling Ayu.

Kini hanya tinggal mereka berdua. Zareef menghampiri Ayu. Dagu itu dipegang. Dia senyum penuh makna.

Ayu tersentak. Teringat janjinya tadi. "Zareef..."

"Don't worry. I bukannya nak sekarang. I cuma..."

Ayu berdebar menanti kata-kata Zareef yang selanjutnya.

"Nak pastikan yang you ni boleh pakai lagi."

Pang!!

Kepala Zareef terteleng ke kanan.

Dada Ayu berombak menahan rasa. Air matanya kembali mengalir.

Tiba-tiba kedengaran suara bayi menangis.

Zareef tersentak. Adam!

"I masih boleh terima kalau you anggap I pelacur. Tapi I tak boleh terima bila you melacurkan I!!"

Ayu terus bangun. Bilik Zareef dituju. Adam yang sedang manangis dikendong. Barang-barang diambil.

Zareef tergamam. Apa yang dia dah lakukan ini? Adam, anaknya. Ayu isterinya!

Melihat Ayu yang ingin keluar, pantas Zareef mengejar.

"Ayu, I'm so sorry. Please, don't leave!"

Ayu merentap tangannya. "Stay away from us!"

Adam semakin kuat menangis. Seolah-olah tahu akan ketegangan yang berlaku.

"I jijik dengan you! I jijik dengan diri I sendiri!"

"No, Ayu. I..."

"Saya benci awak!!!" Tengking Ayu sebelum terus berlalu.

"Ayu!!!"

Zareef kesal dengan dirinya sendiri. Kalaulah dia tidak mengikut paksaan Zikry untuk ke tempat yang sudah lama tidak dijejak olehnya itu. Argh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience