"Saya sebenarnya memang dah lama beristeri. Cuma sebab saya sembunyikan saya tak boleh kongsikan kerana ianya agak privasi. Apa yang pasti, kami telah kembali bersama. Doakan yang baik-baik sahaja untuk kami."
"Alah, melepaslah wanita di luar sana ya?" Wartawan mengusik.
Zareef hanya ketawa kecil.
"Macam mana persediaan menimang cahaya mata?"
"Saya sangat-sangat gembira dan nervous. Tak boleh digambarkan. Sebab masa cahaya mata pertama, saya tiada bersama isteri."
Ayu menutup siaran televisyen. Sudah lima bulan berlalu. Selama itulah dia menetap di rumah Zareef.
Zareef benar-benar menunaikan janji untuk menjaganya. Ayu bersyukur apabila akhirnya dia dapat merasai detik-detik kehamilan seperti isteri lain.
"Kenapa pilih Malaysia?"
"Sebab saya nak bersalin di tanah air sendiri. Lagipun dah lama saya tak balik. Rindu sangat."
Itulah jawapan yang dia pernah beri sewaktu Zareef bertanyakan tentang hal itu.
Ayu senyum sendiri. Perutnya yang sudah memboyot diusap.
"Kenapa? Sakit ke?"
Ayu mengalihkan perhatian kepada suara cemas itu. Kemudian dia menggeleng perlahan. Zareef sudah selamat duduk di sebelahnya.
"Tak adalah."
"Habis tu?"
"Masa Adam baru 5 bulan, dia pun dah mula bergerak tahu," cerita Ayu.
"Ya ke?" Zareef nampak teruja.
Ayu mengangguk laju. Dia juga teruja."Rasalah."
Spontan Ayu menarik tangan suaminya sebelum dilekapkan pada perut.
Zareef tergamam. Namun beberapa saat cuma. Seketika kemudian dia tersenyum lebar.
"Aahlah.."
"Tak lama lagi dia menendang pulak," beritahu Ayu.
"I tak sabar untuk tunggu saat tu," ujar Zareef sambil merenung Ayu.
Ayu tergamam. Dia senang dengan renungan lunak itu. Rasa diri betul-betul dihargai dan disayangi. Namun sekejap cuma sebelum dia kembali menepis perasaan itu.
"Oh, ya. Nah, susu."
"Ala... kena minum lagi ke?" Wajah Ayu sudah bertukar masam.
"Kenalah, mama..." Zareef sengaja mengusik.
"Ta..."
"Habiskan," Zareef memotong. Tegas. Matanya dibuntangkan sedikit.
Mahu tak mahu Ayu turutkan juga. Cuma kali ini dia minum hingga tinggal separuh.
"Awak..."
"Hm?" Zareef tahu, suara meleret begitu mesti ada sesuatu.
"Saya selalu tengok dalam drama, kalau isteri tu minum susu, suami dia mesti minum sekali."
Zareef sudah agak dah. Dia memalingkan tubuh menghadap isterinya yang semakin manja sejak kebelakangan ini.
"Cakap ajelah you nak I habiskan susu ni kan?"
Ayu tersengih.
Zareef senyum sebelum mencapai gelas di tangan Ayu. Baki susu dihabiskan.
"Anything for you," ucap Zareef separuh berbisik.
"Thank you."
"Sorrylah, I tak tahu sangat pasal penjagaan ibu ni sebab yalah, dulu pun I bukannya ada masa you mengandungkan Ad..."
Bicara Zareef mati apabila Ayu meletakkam jari telunjuk di bibirnya.
"Awak dah banyak kali cakap benda yang sama. Dah lah tu. Yang penting sekarang ni awak ada dengan saya."
Terbit rasa sayu di hati Zareef. Ayu memang baik. Mengapalah dia terlampau bodoh untuk menilai dahulu? Mengapa dia begitu kejam?
Perlahan-lahan Zareef menarik kepala Ayu ke dadanya. Rambut itu diusap dengan perlahan dan lembut.
Ayu dapat rasakan detak jantung Zareef yang laju. Mengapa agaknya?
"ASSALAMUALAIKUM," orang di sana menghulurkan salam.
"Waalaikumussalam," Zareef menjawab salam yang dihulurkan.
"Ayu dengan baby macam mana? Sihat?"
"Alhamdulillah, sihat. Hero aku tu macam mana pulak?"
"Sihat sangat weh... Tengoklah, dia dah boleh berjalan tahu. Tapi tulah. Dia rindu sangat dengan mama and papa dia."
Adam sudah menyentuh-nyentuh skrin. Berharap dapat menggapai kedua ibu bapanya.
"Alololo.... Baby pun dah bergerak tahu?" Ayu berkata sambil mengusap perutnya.
"Peluk and cium Adam untuk saya, ya?" Pesan Ayu.
"Hm... yalah."
"Eh, Kalau kau perlu apa-apa call aje aku atau mummy," kata Daniel lagi.
Zareef mengiakan. Mereka kemudian menyambung perbualan tentang topik lain pula.
Sejak kebelakangan ini, Zareef dan Daniel tidak lagi bermusuh. Daniel malah sering sahaja berkongsi pengalamannya sewaktu menjaga Adam dan Ayu.
Share this novel