Adam tak berhenti menangis.
"Sayang, janganlah buat mama macam ni. Smile, sayang. Kita nak photo shoot ni..."
Ayu telah melakukan banyak cara untuk memujuk Adam. Minum susu tak nak. Bagi mainan pun tak nak. Didodoikan supaya tidur pun tak mahu. Perut elok sahaja. Tak lah masuk angin. Lampin pun tak penuh.
Nak mintak tolong Daniel, lelaki itu ada di bawah. Seperti biasa menunggunya habis penggambaran.
"What's wrong?"
Zareef muncul lalu melabuhkan punggung di sebelah isterinya itu.
"I don't know. He doesn't want to stop crying," jawab Ayu sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Adam.
"Kita dah nak start photo shoot ni..."
"I know! Habis tu encik nak saya buat apa?" Soal Ayu bengang.
Zareef diam. Lama. Sebelum akhirnya dia meminta Adam.
"Give him to me."
Teragak-agak Ayu menghulurkan anaknya pada Zareef.
Zareef mendukung Adam sambil berdiri. Dia cuba menenangkan Adam.
Tak lama kemudian, Adam perlahan-lahan berhenti menangis. Dia menggapai-gapai wajah Zareef.
"Macam nilah anak papa. Good boy!" Kata Zareef bersama senyuman riang.
Ayu tergamam melihat tingkah laku Zareef. Hanya bila bersama Adan sahaja Zareef akan senyum begitu.
"Okay, guys! Let's begin!"
Laungan jurugambar menyentakkan semja kru di situ.
"Bagi Adam kat saya balik." Pinta Ayu.
"He want his papa." Halang Zareef.
"Sh!! Jangan cakap kuat-kuat boleh tak?!" Marah Ayu.
"Why? Takut orang lain dengar?"
Ayu diam.
Tanpa berbincang dengan Ayu, Zareef berjalan ke arah jurugambar bersama Adam. Dua minit kemudian dia kembali pada Ayu.
"I masuk sekali dalam photo shoot."
"What?!"
"Why?"
"You..."
"Doesn't it cute? We'll look like one family. Ops, no! We're exactly one happy family. Let's go!"
Zareef meninggalkan Ayu. Mahu tidak mahu Ayu terpaksa mengikut.
Penggambaran bermula. Bermula dengan keletah mereka melayan Adam bermain dan saat Ayu serta Zareef mencium Adam. Saat bunyi klik kedengaran, mata mereka bertaut. Elok Adam tertawa kecil. Seolah-olah bahagia mendapat kasih sayang kedua ibu bapa.
"It's nice!" Kata jurufoto. Sekali gus menyentakkan Ayu dan Zareef.
"Okay, that's all for today."
Dengan kata-kata itu, semua kru mula mengemas barang untuk bersurai.
"Ayu?"
Ayu tersenyum. Daniel memang pandai mengagak waktunya tamat penggambaran.
"Bawak Adam turun. Saya nak kemas barang kejap."
"Okey." Daniel hanya menurut.
Sedang Ayu mengemas barang-barangnya tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk dari belakang sebelum berpusing masuk ke dalam bilik persalinan di sebelah.
"Let me go!" Ayu meronta.
"Sh!! It's me, sweetheart."
Tubuh Ayu mengeras. Air matanya bergenang. Ya Allah, apa lagi yang Zareef inginkan? Ayu tak mahu perkara yang sama berulang lagi.
"Encik, saya merayu... lepaskan saya." Kata Ayu perlahan. tak mahu didengari oleh kru lain di luar.
Sekelip mata tubuhnya dipusingkan lalu ditindih ke dinding. Tanpa amaran bibirnya dipagut.
"Mmm!!" Ayu berusaha menolak dada Zareef. Namun usahanya hanya sia-sia.
Lama mereka begitu sehingga Ayu mula sesak nafas. Akhirnya Zareef melepaskan pautan bibirnya.
Dada masing-masing berombak laju. Mengambil nafas.
Perhatian Zareef beralih apabila mendengar esakan kecil Ayu. Wajah isterinya itu dilihat. Zareef memaksa Ayu untuk mendongak.
"Your lips." Kata Zareef sambil jarinya menyentuh hujung bibir si isteri yang berdarah.
"Aw!" Ayu memalingkan wajahnya. Pedih.
"I'm so sorry."
Lunak sekali suara Zareef.
Ayu bagai tak percaya dengan apa yang didengarnya. Bibirnya yang hanya berdarah sedikit pun lelaki itu peduli. Tapi dulu mengapa lelaki itu sanggup menyakitinya lebih dari ini.
"Berhenti layan saya macam pelacur, encik..." Rayu Ayu.
"I..."
Tanpa menanti Zareef menghabiskan ayatnya, Ayu menolak dada lelaki itu sehingga tubuhnya ke belakang sebelum dia berlari keluar.
Barang-barang dikemas ala kadar sebelum dia terus menuruni tangga dengan laju ke parking lot. Daniel sudah menantinya di sana. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang. Air matanya diseka. Tak mahu Daniel curiga.
Argh, bagaimana dia ingin berjumpa Zareef esok?!
Share this novel