Ayu sedaya upaya menolak Zareef namun sedikit pun tidak terkesan pada lelaki itu. Malah dia makin seronok.
"Kenapa Encik buat saya macan ni?"
Zareef ketawa serupa syaitan. "You know what? Kau buat aku makin geram aje dengan kau tahu tak?"
"Encik, tolong jangan buat saya macam ni. Saya merayu..."
"Sorry baby, but I can't."
"No!!" Ayu berteriak apabila bajunya direntap secara kasar.
"Aku akan tinggalkan satu titik hitam dalam hidup kau. Dan aku akan pastikan, kau takkan lupakan apa yang jadi malam ni sampai bila-bila. Forever!"
"Argh!!!"
Ayu terjaga dari tidur. Dahinya berpeluh. Nafasnya laju.
Mimpi itu muncul kembali setelah bertahun-tahun. Mimpi berupa kenangan hitam dalam hidupnya. Malam itu. Malam itu merubah segalanya.
Ayu tidak dapat menahan air matanya daripada gugur. Deras dan laju mengalir bagaikan tidak mahu berhenti. Bergema bilik itu dengan suara tangisannya.
Lebih menyakitkan apabila dia gagal menghalang perkara itu daripada terjadi lagi. Sudah dua kali. Dua kali dia gagal melindungi maruahnya.
Zareef suaminya. Itu memang haknya. Tetapi bukan dengan cara begitu. Dan bukan juga sebagai pelacur. Argh!!!
"Tahniah, Puan mengandung 2 bulan."
Kata-kata itu pernah menghantuinya selama keberadaan Adam di dalam rahimnya. Dia meraung, menangis, hilang arah. Tidak rela mengandungkan benih lelaki sekejam Zareef. Tapi dia tahu anak itu tidak bersalah.
Berkat imannya yang masih utuh, dia tekad untuk terus membesarkan Adam. Alhamdulillah Allah memahami situasi sulitnya dan menghantar insan bernama Daniel serta munmy untuk membantunya.
"You're mine. Forever mine..."
Kata-kata serupa itu sering diucapkan oleh Zareef setiap kali lelaki itu menidurinya tanpa rela.
Memang lelaki itu ialah lelaki pertama yang menyentuhnya. Dan hanya Zareef satu-satunya lelaki yang menyentuhnya. Tapi dia tidak rela digelar milik lelaki itu. Dia sendiri tak tahu mengapa Zareef ingin merantainya.
Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikirannya. Dia telah dipindakan ke hospital berdekatan rumahnya sebaik sahaja sambutan hari keluar itu tamat. Meskipun dia berkeras sudah sihat dan ingin pulang, Zareef tetap memaksanya untuk terus berehat. Sepanjang minggu ini dia tidak dibenarkan untuk ke studio.
Adam! Bagaimanalah keadaan dia sekarang. Sudah lama dia tidak melihat anak tunggalnya itu. Telefon dicapai. Mummy dihubungi.
"Assalamualaikum, mummy."
Orang di sana menjawab salam seraya bertanya tujuan Ayu menghubungi pada lewat malam.
"Saje call. Rindulah kat Adam. Nak cakap dengan dia kejap boleh?"
"Er... Adam... Dia..."
"Kenapa? Dia dah tidur eh? Kalau macam tu tak apalah. Boleh tak mummy tangkap gambar dia lepastu send kat Ayu? Ayu rindu sangat dengan dia ni."
"Adam..."
Ayu mula tak sedap hati.
"Kenapa dengan Adam, mummy?!"
"Zareef..."
Jantung Ayu bagai berhenti berdegup untuk sesaat. Jangan cakap Zareef dah ambil Adam daripadanya. No!!!
"Dia tidur dekat rumah Zareef malam ni."
"What?! Kenapa mummy bagi?!"
"Dia yang datang rumah petang tadi."
Ayu benar-benar tak tenteram. Dia harus dapatkan Adam!
DING DONG! Ding dong! Ding dong! Ding dong!
Loceng rumah ditekan tanpa henti sehingga pintu rumah dibuka.
"What are you doing here?!"
Tanpa menjawab pertanyaan Zareef, Ayu menerjah masuk ke dalam rumah. Memang biadap tapi dia sudah tidak peduli. Dia dapat alamat ini lun daripada Daniel. Itu pun setelah dipaksa.
"Hey, you lari dari hospital ya?!" Zareef mengejar Ayu.
"You pulak bawa lari anak I!"
Ayu masuk ke dalam satu bilik yang terbuka. Sebaik sahaja melihat satu susuk tubuh kecil yang sedang berbaring di atas tilam, Ayu meluru ke arah anak kecil itu. Didakap dengan erat. Adam yang sedang tidur sedikit menggeliat.
"You kacau dia tidur," kata Zareef.
"I miss him so much," ujar Ayu sambil membetulkan kembali kedudukan Adam. Kemudian pahanya ditepuk sedikit agar Adam kemballi lena.
Zareef senyum sikit. "You jangan risaulah. I jaga anak I baik-baik." Sengaja ditekankan perkataan anak I.
"Reti ke you jaga budak? Ke you memang dah biasa ada anak dengan perempuan lain?"
Zareef tersentap dengan tuduhan itu. Ayu dihampiri. Tubuh yang duduk di birai katil itu ditolak sehingga terbaring. Zareef kini berada di atas Ayu.
"Kenapa? Tak logik ke tekaan I? You boleh buat kat I jadi tak mustahil you boleh buat dekat perempuan lain kan?" Ayu masih meneruskan perliannya.
"What are you talking about?"
Ayu menelan liur. Suara Zareef begitu dingin dengan renungan matanya yang tajam. Ayu mula cuak. Menyesal pula kerana terlampau berani tadi. Zareef masih tidak mahu melepaskan anak matanya dari Ayu.
"I've told you before. You make me addicted. Only you!"
Lagilah Ayu menggigil apabila perkataan ketagih itu disebut oleh Zareef. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu semakin mendekatkan jarak mereka. Belum sempat bibir bersatu, Ayu terus memalingkan wajahnya.
Ayu tahu macam-macam boleh jadi. Mereka cuma berdua. Adam? apa sahaja yang anak kecil itu boleh lakukan? Mereka di rumah Zareef pula tu.
"Zareef, saya tak nak..."
Zareef tersentap apabila melihat wajah ketakutan isterinya itu. Terus dia menjauhi tubuh itu. Ayu hembus nafas lega. tak dinafikan, dia selalu malu bila berhadapan dengan Zareef. Ayu turut bangun.
"I tak kan benarkan you balik rumah dengan Adam lewat malam macam ni. Bahaya. Tidur rumah I malam ni. Esok baru boleh balik," kata Zareef dengan tegas tanpa memandang Ayu.
"What?"
"You boleh tidur kat bilik tetamu," sambung Zareef bila perasan Ayu enggan.
"Tapi saya nak tidur dengan Adam," ujar Ayu separuh merayu.
Perempuan ni. Aku dah lepaskan dah cukup baik dah. Bukan senang aku nak lepaskan kau tahu tak? Ish, memang tempah maut betullah perempuan ni!
"Yalah, you boleh tidur bilik I ni. I tidur bilik tetamu."
Ayu tersenyum. "Thank you. By the way, sorry sebab susahkan awak."
"Hm."
"Er... you takkan masuk bilik ni malam ni kan?"
Zareef senyum sinis. "Kenapa pulak I tak boleh masuk?"
Terus air muka Ayu berubah.
Zareef mencebik. "Yalah, yalah!"
Ayu kembali tersenyum. "Thanks."
Zareef terus keluar dari bilik.
ZAREEF merenung wajah bersih isterinya itu dalam-dalam. Dia tahu dia telah mungkir janji. Dia tak dapat menahan keinginannya untuk melihat anak dan isterinya sendiri.
Jauh di sudut hatinya, dia gembira kerana dapat merasakan seolah-olah dia mempunyai satu keluarga yang lengkap malam itu. Segala kata Daniel semasa di hotel tempoh hari kembali terngiang-ngiang di telinganya.
Baru sahaja tangannya ingin membelai rambut itu, tangannya sudah ditangkap terlebih dahulu.
"Hah!" mereka berdua sama-sama terkejut.
Baru sahaja Ayu ingin membukaa mulut, Zareef sudah meletakkan jari telunjuknya ke bibir Ayu. Ayu tergamam.
"I will not do anything. Just sleep," bisik Zareef.
Dan malam itu, Adam tidur bertemankan kedua ibu bapanya.
Share this novel