EIRA DAN ZAYDEN duduk saling berhadapan di bahagian yang terbuka hadapan restoran Mountain. Restoran itu menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmati makanan ala western. Eira hanya memesan jus epal. Sekadar ingin menjaga hati Zayden yang bersungguh mempelawanya tadi. Perutnya terus menjadi kenyang apabila berduaan dengan Zayden di situ.
"Sebenarnya I nak minta maaf dekat you."
Dengan renungan kosong, Eira diam di situ. Zayden mendiamkan diri seketika. Minuman di hadapannya tidak tersentuh langsung. Lelaki itu cuba mencari kata sebelum berbicara dengan Eira mengenai perkara yang terjadi kebelakangan ini. Yang mana menganggu fikiran Zayden sejak Elena tiba-tiba menghubunginya.
Lelaki itu menarik nafas dalam. "Kebelakangan ni I asyik susahkan you buat kerja mengarut dekat ofis kan..."
Eira memandang Zayden lagi. Kali ini pandangannya mendung. Kelihatan bibir Zayden tersungging senyuman. Lelaki itu kemudiannya menyedut sedikit minumannya sebelum kembali berkata.
" Lepas I tahu you perempuan yang dekat kafe hari tu, I betul-betul marahkan you. I tak boleh nak terima yang you sanggul menafikan hal tu sampai I sendiri yang tahu. Padahal You dah tahu I dengan Aeron kembar."Zayden meluahkan apa yang berbuku di dalam hati.
Barulah Eira faham apa maksud di sebalik layanan kasar Zayden kepadanya selama ini. Rupa-rupanya ianya hanya sebagai tanda protes lelaki itu kerana tidak puas hati kepadanya.
" Kenapa you buat macam tu, Eira?" lembut sahaja Zayden bertanya. Tidak seperti beberapa hari yang lalu.
"Sebenarnya I memang dah berniat nak beritahu lepas Aeron perkenalkan kita berdua hari tu. Tapi I tak berani."
"Sebab tu I marah dekat you. Bayangkan la kalau salah faham tu berlaku dalam bisnes. You silap buat decisions and you diamkan salah you tu. You tahu apa yang akan jadi pada company?"Zayden sengaja mahu menakutkan-nakutkan Eira.
Eira mengangguk. Mengakui kebenaran kata-kata Zayden.
"I jamin klien taknak lagi buat bisnes dengan kita. Kita yang rugi. Jadi, jangan buat macam tu lagi" pinta Zayden.
Keheningan suasana di sekeliling mereka tidak dihiraukan.
"Tapi ada hal yang lagi penting yang I nak beritahu you."nada suara Zayden berubah menjadi lebih lembut.
"Apa dia?" tanya Eira. Cara Zayden cakap tu seakan ada hal penting yang nak diberitahu. Membuatkan Eira ikut serius.
"I cuma nak cakap, terima kasih."
"Untuk apa?" kening Eira mencerlung tidak mengerti.
"Sebab bantu pulihkan hubungan I dan Elena."
"Oh, pasal tu. Tak apa. Lagipun memang dari awal salah I. At least I patut cuba betulkan balik kesilapan I." Eira tersenyum lagi. Memang la dia terasa hati. Tapi kalau difikirkan semula, dari awal lagi memang salah dia sebab tak jujur pada Zayden.
"You tak marah kat I, kan?"
Eira menggeleng. "I dah lupakan perkara tu. Cuma satu je I nak cakap." jawab Eira.
"Apa dia?"
"Cara you marah tu menakutkan I."
Zayden tertawa. "Bukan sengaja I nak buat you takut. Tapi-"
"It's okay. I tak kisah pun. Itu hak you untuk beri arahan. Tapi lain kali, jangan buat macam tu lagi. I tak sedap hati masa you perang dingin dengan I."
"Ya ke.." sahut Zayden sedikit teruja.
Eira hanya senyum. Sempat menjeling ke meja-meja di sebelahnya. Tidak tahu hendak menjawab apa.
"Eira, I nak you tahu. I tak pernah anggap You sebagai coworker I. Sejak Kita mula berkolaborasi untuk Projek Blue Lagoon tu I dah anggap you sebagai kawan I sama macam mana daddy you dengan ayah I berkawan."ujar Zayden ikhlas.
Eira mencari keikhlasan di balik mata itu dengan ucapan Zayden itu. Perkataan kawan itu membuatkan hatinya dihambat rasa hiba dan gelisah. Kalau mereka sudah menjadi kawan, apakah suatu hari nanti hubungan mereka akan menjadi seperti hubungannya bersama Hannah?
"Erissa ada call mommy ke?" tanya Eira sebaik sahaja dia duduk di kerusi island dapur itu. Puan Amber menoleh ke arah Eira. Anak gadisnya itu kelihatan ceria. Maid pula sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.
"Tak ada pulak, kenapa?" Puan Amber kehairanan dengan pertanyaan Eira.
Eira mencapai butter knife sebelum mencapai roti bakar dari pinggan di situ. Pada masa yang sama maid datang mendekat sambil meletakkan mug berisi minuman untuk Eira.
"Terima kasih Aunt Lili."senyum Eira selepas itu kepada maid tersebut. "Daddy pun dia tak call ke?" tanya dia lagi.
"Memangnya ada apa? Kenapa kamu tak call aje Erissa tu sendiri?"Puan Amber duduk di samping Eira setelah itu.
Aik?Merajuk terus ke kakak sulungnya itu. Kenapa pula diam tidak berkhabar terus sejak perbualan mereka tempoh hari. Eira termenung sewaktu menyapu strawberry jam pada roti bakarnya.
Puan Amber menatap wajah Eira dengan penuh kasih sayang. Hanya Eira sahaja anak gadis yang masih tinggal setelah Erissa dan Eirina berkahwin beberapa tahun yang lalu. Kalau Eira dah bertemu jodoh nanti, maka bersendirian la dia bersama suaminya sahaja. Tidak terbayang dia akan perasaan rindunya nanti tatkala Eira tidak bersamanya lagi. Adakah Tuan Musa sanggup menemaninya sedangkan lelaki itu sering sibuk dengan pekerjaannya.
"Tak adalah. Meen saja aje tanya. Sebab hari tu masa Erissa datang, Meen tak sempat nak berbual lama dengan dia sebab penat."
"Kamu pasti hanya sebab itu aje? Kamu tahu kan Mommy ni mommy kamu. Orang yang mengandungkan kamu dan membesarkan kamu. Jadi mommy tahu kalau ada apa-apa yang tak kena di antara kamu."
Eira tidak tahu hendak berkata bagaimana lagi. Sebab dia sudahpun berjanji pada Erissa untuk merahsiakan perbincangan mereka itu.
"Ada masalah ke? Kenapa taknak discuss dengan mommy atau daddy aje?"
"Mana ada, tanya aje. Kalau dia tak call tak apa la..." nafi Eira dihambat rasa serba salah kerana menipu mommy dia ketika itu. Bukan niatnya mahu menyembunyikan permasalahan Erissa. Tapi kakaknya itu sudahpun berpesan awal. Nak tak nak dia kena juga menurut.
"Kalau betul ada masalah, beritahu la dekat mommy dengan daddy. Kami ni bukan orang luar. Ibu bapa kamu jugak."
Eira mendiamkan diri. Dia mengerling wajah Puan Amber seketika sebelum menghabiskan makannya. "Okay la. Meen mintak diri dulu. Banyak kerja nak kena settle kan dekat pejabat tu."dia bangun dari situ.
"Taknak makan lagi ke?"
"Tak apa. Oh ya daddy mana? Tak nampak dia pun?"
Puan Amber ikut bangun dari situ lalu mengekori langkah Eira untuk ke pintu depan. "Daddy kamu ada je dekat bilik tu. Masih tertidur. Balik lambat semalam... Sampai pukul 2 pagi baru nak balik."
Eira tunduk menyarung kasut ke kaki sambil memandang bingung ke Puan Amber. 2 pagi baru balik? Apa yang daddy dia buat sampai lewat sangat dekat luar tu?
" Kamu sempat balik makan malam sekali ke tak hari ni? "
" Tak sure mommy. Mommy ada apa-apa ke? "
"Tak. Mommy ingat nak minta kamu bawa pergi jenguk Eirina. Dah lama mommy tak jumpa kakak kamu tu. Entah apa khabar agaknya baby dan Eirina tu dekat sana."
Kata-kata mommynya itu membuatkan Eira tersentak. Ya tak ya. Sudah lama dia tidak bertanya khabar akan kakak keduanya itu. Disebabkan faktor pekerjaan yang banyak, dia sering terlupa mengenai kakak keduanya yang baru melahirkan anak pertama.
" Kalau tak pun, hujung minggu ni pun boleh."tambah Puan Amber lagi.
"Daddy macam mana? Mommy tak tanya daddy ke? Meen pun nak jenguk jugak. Tapi itu la, sibuk dengan projek Meen dekat ofis."
"Dah. Tapi daddy kamu tu ada saja la halnya. Bila dah sampai waktunya nak pergi bolehnya cakap ada pelan last minit."
Eira tersenyum. "Mommy ada temu janji doktor hari ni?"
"Mm...kenapa?"
"Pukul berapa? Nanti Meen bawak mommy ke hospital."ujar Eira berharap mommynya happy. Pada masa yang sama dia kesal dengan sikap daddynya. Dah tahu keadaan mommynya ini begini, bolehnya daddy dia lepas tangan macam tu aje.
"Tak payah la. Kamu sendiri cakap kamu sibuk. Mommy boleh pergi dengan Maid aje nanti."
"Kalau macam tu mommy call Meen bila dah siap nanti. Meen jemput mommy balik. Lepas tu kalau hari ni Meen sibuk, hujung minggu nanti kita jumpa kak Eirina."
Ahhh.. Tidak dah terbaca ending novel ni pulak. Hahahaha... Tak tahu la nak teruskan. Ke tidak.. Sebab turn off terus lepas baca
Share this novel
rasanya macam belum ending lagi . klu diteruskan akan ada byk lg story yg berlaku