Eira tergesa-gesa meuju ke pejabat Aeron. Dokumen-dokumen projek Blue Lagoon yang akan digunakan dalam meeting nanti sudah berada dalam pelukannya. Acap kali Eira mengerling ke jam tangan. Sudah 20 minit dia lewat. Dia melekaskan langkah. Eira gusar Aeron sudah lama menantikannya. Entah-entah Zayden pun sudah ada sekali.
"Cik Eira, cik okay ke?"soal NingNing setiausaha Aeron yang sedang berdiri di meja berhampirannya. Dia bingung melihat wajah penat Eira.
Eira perlahan-lahan mengatur nafasnya agar kembali tenang. Cuba hendak menghilangkan lelah yang bertandang.
"Saya okay. Aeron ada?"tanya Eira dalam keadaan tercungap-cungap.
"Encik Aeron?Ada. Dia masuk awal tadi. Tapi-"
"Oh...thanks"pintas Eira. Dia terus memulas tombol pintu pejabat Aeron. "Aeron, sorry, I lambat-"kata-kata Eira terhenti. Dia kejung melihat Hannah di bilik itu. Dia melihat riak marah Hannah. Sementara Aeron kelihatan tenang.
"oh, sorry. I tak tahu yang Hannah akan ada sekali. Kalau macam tu I keluar dulu."Eira perlahan-lahan mengundur ke belakang.
"Dah tak reti sangat nak ketuk pintu dulu ke?"sindir Hannah.
"Hannah.."panggil Aeron tidak senang. "Eira-"panggil Aeron sebelum sempat Eira meloloskan diri dari pintu itu.
Eira kembali memusingkan kepala ke arah Aeron.
"Kita meeting dalam bilik Zayden ajelah. Bagi I lima minit. Kejap lagi I datang."
Eira mengangguk kecil lalu menutup pintu. Dia merasa serba salah kerana telah menganggu pasangan itu.
NingNing ketawa geli hati melihat wajah Eira yang merona kemerahan. "Saya baru aje nak maklumkan dekat cik yang Cik Hannah ada dekat dalam. Tak sempat saya nak cakap, Cik Eira dah masuk."jelas NingNing.
Eira tersungging sipu. Terbayang sikap cemerkapnya tadi. Tak sangka pula Hannah ada di dalam.
"Lagipun tadi Encik Aeron dah beritahu yang meeting akan di buat dalam bilik Encik Zayden sebab Cik Hannah datang tak maklum."sambung NingNing lagi.
"Zayden ada dalam pejabat dia ke?"tanya Eira.
NingNing menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
Eira mengetuk pintu pejabat Zayden tetapi tidak di sahut. Lalu dia berjalan ke kerusi menunggu yang tersusun di sepanjang hadapan koridor pejabat Zayden dan duduk di situ.
" Sekejap lagi, Cik Hannah keluar, confirm dia tarik muka." ujar NingNing mendekati Eira.
"Kenapa pulak?"
"Tak percaya? Cik Eira tunggu aje la nanti."
Setelah 10 minit menunggu, muka pintu pejabat Aeron pun terkuak. Hannah keluar dengan riak bercemberut tidak puas hatinya. Aeron di sebelah kelihatan bersahaja. Waktu itu NingNing yang sedang berborak dengan Eira segera membuat isyarat mata ke arah Eira yang sedang tersenyum.
"Eh, you belum masuk bilik Zayden lagi?" tanya Aeron.
Eira bangkit dari duduknya. "Tak menyahut pun. Tak ada orang agaknya. Itu yang I tunggu dekat sini." beritahu Eira. Sempat dia mengerling ke Hannah yang menarik muka.
"Masuk aje la dulu. I hantar Hannah kejap ke bawah."jelas Aeron sambil memegang tangan Hannah Jalan beriringan dengannya.
Eira terus mencapai fail dan laptop di atas meja dan bergerak ke pejabat Zayden." I masuk dulu. "Eira bersuara hampir berbisik.
NingNing mengangguk sambil tersenyum mesra.
EIRA MELETAKKAN fail dan barang yang dibawa tadi ke atas meja Zayden. Inilah kali pertama Eira menjejak kaki ke pejam at Zayden selepas beberapa bulan bekerja bersama dengan lelaki itu. Selama ini semua perbincangan hanya akan dijalankan di dalam bilik meeting. Eira enggan nanti ada gosip liar yang tersebar jika hubungan mereka rapat sepertimana hubungannya dengan Aeron yang telah disalah fahamkan.
Sementara menunggu Aeron dan Zayden, Eira melilau sekitar ruang pejabat yang bersederhana bersara itu. Sedang dia asyik menilik tiba-tiba mata Eira terpaku pada sebuah bingkai lukisan yang tergantung di dinding sebelah kiri bilik. Lukisan yang berlayar belakangkan pokok bersuasana musim sejuk. Ada satu susuk tubuh belakang seorang lelaki berdiri di tengah-tengah.
"Apa pendapat you tentang gambar tu?" Zayden tidak semena menegur. Melompat terkejut Eira. Bila dia berpaling, Zayden sudahpun berdiri di situ dengan senyuman meleret di bibir. "You memang minat dengan art ke?" Zayden kemudiannya mendekati meja dengan satu paper cup die dalam tangan.
"Mesti you minat kan sebab I tengok you perhatikan gambar tu pun nampak macam You boleh fahamkan isi lukisan tu." tambah Zayden lagi meletakkan cup di atas meja.
Eira tersenyum. Dia bergerak ke hadapan gambar tersebut. Memerhati dengan teliti pada setiap butiran di atas kanvas lukisan itu. Ianya kelihatan asli dan seolah-olah bukan satu lukisan yang dilukis sendiri. Sangat menggamit hati.
"I boleh tafsirkan perasaan pelukis waktu tu ni yang dia sedang berasa sunyi dan dingin. Mungkin ada yang nak disampaikan tapi tak terluah sebab ada yang menghalang. Jadi dia cuma gambarkan perasaan dia menggunakan musim sejuk ni. Kesunyian dan merindukan kehangatan seseorang."
"Intersting. Pandai You buat tafsiran."
"Kakak I pelukis, jadi I tahu sikit-sikit pasal lukisan."
"I tak tahu sangat bab melukis ni. Tapi kalau sekadar mengisi masa lapang tu boleh la. Masa dekat overseas dulu pernah la sekali belajar sekejap." cerita Zayden.
Eira terangguk-angguk senang.
"Masa you belajar dulu ambil course bisnes jugak ke?" Zayden bertanya. Sekadar mahu berbasah basi dengan gadis itu. Kan kebiasaannya mereka berbual soal kerja aje. Jarang sekali berkongsi kisah peribadi.
Eira sekadar mendiam. Menyebut tentang minat dan pengalaman lama, hatinya di runtun hiba dalam diam. Banyak hal dan kenangan yang dia simpan mengenai cita-cita dan minatnya.
Melihat kan reaksi mendung Eira, Zayden turut mendiamkan diri. Kemudian matanya mengerling ke arah lukisan yang tergantung di dinding. Sebenarnya, lukisan itu adalah hasil tangannya sendiri sewaktu menuntut diuar negara dulu.
Dia ingat-ingatupa bagaimana dia boleh menyiapkan lukisan nya itu. Yang tidak diduga, Eira seolah-olah faham akan apa yang dia sampaikan melalui lukisannya itu.
Pandangan Zayden beralih ke arah Eira. Sedang Eira leka membelek dokumen di dalam fail yang bertimbun di atas meja, Zayden terkutik melihat wajah bujur sirih itu. Dia akui Eira mempunyai kecantikan yang tersendiri. Baru haruman minyak wangi gadis itu ada masanya menggugat naluri lelakinya. Ditambah lagi dengan penampilan yang dikenakan oleh gadis itu, menyebabkan gadis itu kelihatan menawan hati setiap kali memandang.
"Sorry kalau soalan I tadi buat you tak selesa."
"Tak ada apa-apa la. Sebenarnya I minat dengan seni dan muzik. Tapi buat masa sekarang I fokus pada permintaan daddy I dalam bisnes dia. Nanti ada masa, I boleh teruskan semula cita-cita I."
"You tak kisah cita-cita you terhalang?"
Eira menarik nafas dalam. "It's okay. Dalam hidup ni kadang-kadang kita kena belajar rasa kecewa dan mengalah. Apa yang penting orang yang kita sayang happy. Lagipun family I tak ada pewaris lelaki. Nak tak nak antara adik beradik I, kena la ada yang ambil alih."
Zayden pandang kagum akan Eira.
"Jangan sampai nanti daddy nak kahwinkan I dengan pilihan dia sudah. "ujar Eira sambil ketawa.
Zayden pun ikut tersenyum. Baru nampak ceria Eira ni. Semalam apabila dia pulang ke rumah, Aeron ada beritahu pertemuannya dengan Eira di restoran. Zayden boleh mengagak kemurungan Eira berkaitan dengan Hannah . Tak tahu la kenapa setiap kali Eira dan Hannah bertembung, Hannah pasti ingin mencari salah Eira. Dia ada la jugak dengar yang Hannah Tidak menyukai Eira dari mulut staf sendiri.
Pada awalnya, Aeron enggan menceritakan hal sebenar. Tetapi setelah dipujuk akhirnya Aeron akur. Kembarnya itu menceritakan serba sedikit akan permusuhan Hannah dan Eira.
Zayden melepaskan hela panjang. Dia menilik kertas-kertas yang bersepah atas mejanya. "Mm, kalau I nak tanya sesuatu boleh?"
"Apa dia tu?"
"You dengan Hannah-"
"Sorry lambat..." tiba-tiba pintu pejabat Zayden terbuka. Aeron terburu-buru masuk
Eira yang melihat keadaan Aeron itu tertawa.
"You tanya apa tadi?"Eira bertanya semula.
"Tak apa la." geleng Zayden tatkala perasan pandangan Aeron terarah padanya.
"Okay. Let's start our meeting." Aeron duduk di sebelah kanan Eira.
Eira pantas mengangguk. Zayden sekadar mendiam. Sempat lelaki itu mengerling raut wajah gadis dihadapannya itu sambil memikirkan kata-katanya yang tergantung tadi.
Share this novel
hati Zayden dh tergugat dah,,,,