TASJ 26

Romance Series 21604

Eira merebahkan badannya ke atas katil. Lelahnya terasa sehingga menyucuk urat sendinya. Jam di dinding sudah masuk jam 9 malam. Selepas mandi dia terus makan malam di restoran bersama Zayden seusai meeting selesai bersama klien dari China. Klien tersebut telah menerima kontrak mereka.

Namun fikiran Eira sepanjang hari itu tertumpu pada Pertembungan ya bersama seorang wanita dan seorang gadis remaja yang dalam 16 tahun.

Sumpah, Eira berasa seakan jantungnya direnggut kasar hingga menyakitkan. Perbincangan ya dengan klien yang berjalan lancar mulai reda. Namun Eira tiada mood untuk meneruskan perbualan kerana dikira nya terganggu. Mujur Zayden banyak membantu. Itupun Eira masih juga tidak dapat fokus dan memberikan perhatian terhadap kerjanya.

"Ada apa ni Eira? You nampak distract aje dari tadi?" tanya Zayden ketika itu.

Tiga orang manusia yang sedang berbual ceria itu membuatkan hatinya semakin kesal. Siapakah mereka? Kenapa daddynya bersama dengan mereka? Apa hubungan mereka dengan daddynya? Bagaimana sekiranya hal ini ketahuan dengan mommy ya? Hati Eira terdetik. Apa yang daddy dia lakukan bersama dengan wanita dan anak gadis yang tidak dikenali itu pada waktu malam begini?Bukan ke sepatutnya daddy dia bersama dengan mommy, menjemput wanita itu dari hospital?

Eira kebingungan. Wajah ceria Tuan Musa berlegar-legar di benaknya.

"Eira..."Zayden mengetap bibir. Lelaki itu berkerut kening seakan cuma memahami akan perubahan sikap Eira yang tiba-tiba itu.

" Sorry. I rasa I nak balik dulu. Kepala I pening. "ujarnya.

Zayden tidak bertanya banyak. Dia pantas mengangguk." Take care Eira. Drive Hati-hati."sempat Zayden memberi pesan semasa Eira bangun dari situ.

KETUKAN DI PINTU membuatkan Eira tersentak. Pintu bilik tidur terbuka perlahan. Puan Amber berjalan menghampiri katil dan duduk di sisi Eira.

"Meen dah makan malam belum?"

Eira mengangguk.

"Kenapa dengan kamu ni? Monyok aje muka tu. Penat sangat ke kerjanya?" terasa jemari mommy lembut membelai rambut hitamnya.

Eira menggeleng pula.

"Dah kenapa kamu terperuk dalam bilik sejak balik ni? Ada masalah ke? Ke kamu bergaduh lagi dengan Zayden?"

"Tak ada apa-apa. Meen okay je. Cuma mengantuk sikit."

"Kalau kut ya pun takkan la sampai masa balik tadi tak perasan mommy tadi? Menonong aje kamu naik bilik."rajuk Puan Amber.

Eira menjungkit kening tersentak. Terasa hati ke mommy ya? Bukan niatnya tidak menghiraukan mommynya awal tadi. Fikirannya dia cuma sibuk dengan pelbagai perkara.

" Maafkan Meen, mommy. Meen tak perasan tadi."

Puan Amber hanya menarik senyuman. Tapi senyuman itu membuatkan Eira sebak. Tidak tahu kenapa dia sedih melihat mommynya ini.

"Mommy dah kakak kamu Eirina. Beritahu dia yang kita nak jenguk dia hujung minggu nanti."

"Huh?Mommy belum pergi lagi? Meen ingatkan mommy pergi dengan daddy siang tadi?"Eira berkerut kening.

" Tadi daddy kamu kata dia ada hal. Mommy tak kisah pun . Jadi dah alang-alang tu kita pergi la sekali."

Perasaan Eira semakin berkecamuk. Dia membayangkan raut wajah daddynya. Patut ke dia menceritakan apa yang dilihatnya siang tadi kepada mommy? Tapi Dihya enggan menyakiti hati mommynya. Pada masa yang sama dia berasa serba salah kerana merahsiakan hal itu.

"Daddy dah balik?" sengaja Eira menukar topik.

"Belum lagi. Tapi daddy kamu ada kara. Katanya ada urusan penting hari ni. Dia nak ke luar bandar. Mungkin esok baru balik."

"Luar bandar?" mata Eira hampir melotot keluar. Baru aje tadi dia nampak daddynya bergelar ketawa di sebuah restoran ekslusif. Kenapa tiba tiba nak ke luar bandar pulak? Dengan keluarga baru itu ke?

Eira terkebil. Renungannya tertawa kaku entah ke mana. Dia hanya nampak mesin slef cleaner bergerak-gerak di sekitar Ruang biliknya itu. Kepalanya di palingkan ke arah tingkap biliknya yang terbuka luas. Dia merenung banglo si sebelah yang masih terang benderang.

Di rumah itu Eira dapat merasakan kebahagiaan sebuah keluarga. I situ dia banyak belajar menjadi seorang anak yang menghargai keluarga. Baik Tuan Dennis mahupun ahli keluarga itu, semuanya baik belaka. Angela juga sudah dianggap seperti kakak sendiri.

Ketika mendapat tahu mommynya menghisap penyakit kanser, dia seolah-olah hilang arah tuju. Tidak tahu hendak buat apa. Kakak-kakaknya sudah berkahwin. Daddynya pula di luar negeri atas urusan bisnes.

Eira menangis. Dia bingung. Setiap hari dia menangis mengenang nasib mommynya. Tuan Dennis dan isterinya yang banyak memujuk. Menemaninya siang dan malam untuk menjalani rawatan kemoterapi mommynya. Sehinggalah doktor pakar yang dijemput Tuan Dennis sendiri mengesahkan kanser mommynya sudahpun sembuh.

Apabila pulang, daddynya seakan berubah angin. Kelakuan orang tuanya itu tidak lagi seperti biasa. Malah ketika diberitahu akan keadaan mommynya, daddynya sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mengapa? Seminggu kemudian, daddynya membawa diri semula ke luar negara. Katanya ada urusan perniagaan yang penting.

Eira melepaskan keluhan mengalah. Realiti menyentaknya.

Adakah dari situ segalanya bermula?

Dia benar-benar tidak dapat menerima semua kenyataan itu!

"Meen? Kenapa diam aje ni?" Puan Amber mengusap bahu anaknya itu. Hairan rasanya apabila Eira yang gemar bercakap banyak tiba-tiba mendiam.

Dengan perasaan lemah semangat dan sedihnya, Eira tersenyum memandang Puan Amber. Dia pantas menggeleng kepala.

"Kalau macam tu kamu pergi la mandi. Kemudian berehat. Mommy masuk bilik dulu." Puan Amber bangun dari situ sebelum tunduk mengucup dahi Eira.

Pantas Eira turun dari katil lalu berdiri.

"Mommy," panggilnya lalu membuatkan Puan Amber berpaling ke arahnya dengan kening terangkat kehairanan.

"Ya?"

"Mommy, Meen nak minta maaf. Sebab tak call mommy yang Meen lambat balik."

Puan Amber tersenyum manis. "Mommy tahu kamu sibuk. Mama Aeron beritahu tadi. Zayden dengan Meen ada temu janji dengan klien penting. Kan kamu dah call mommy petang tadi."

Eira mengangguk untuk ke sekian kalinya. Menutup keresahan hatinya. Dia bernekad. Walau apapun yang terjadi dia tidak akan menceritakan pertembungannya dengan daddynya kepada sesiapa termasuk mommynya. Biarlah dia yang menghadap semua ini sendiri. Eira tidak sanggup untuk melihat mommynya menitiskan air mata. Melihat mommynya bersedih adalah perkara terakhir yang dia mahu dari terjadi.

"Mommy keluar dulu. Jangan berjaga lewat sangat." seperti biasa itulah nasihat Puan Amber. Eira sekadar mengangguk.

Apa ni... Kenapa makin stress pulak Jalan ceritanya. Gahhh!!!!!!! Memangnya family Eira NI nak jadi broken family Ke Apa NI?

Share this novel

siti
2024-10-30 10:31:19 

cian aira. dah lah tak de kawan nak luah perasaan. byk cerita yg dia pendam sendiri demi keluarga dan kawan. sape lah yg akan jd pendengar utk nya. harap2 aeron .suka


NovelPlus Premium

The best ads free experience