Pintu automatik salun rambut yang selalu menjadi tempat kunjungannya itu terbuka sendiri semasa Eira melangkah masuk. Hujung minggu itu Eira tidak bekerja. Jadi menggunakan masa lapangnya itu, Eira ambil keputusan untuk membuat rawatan rambut. Setelah itu barulah dia akan shopping windows kemudiannya.
Semansa dia bergerak ke dalam salun itu, matanya terkunci pada susuk badan pasangan yang kebetulan baru sahaja berjalan keluar. Mereka kelihatan mesra saling berpegangan tangan. Eira agak terkejut.
"Elena..."sapa Eira apabila gadis itu tiba dihadapannya.
Gadis itu terkebil-kebil bingung taktala berpaling ke arah Eira.
"Apa yang you buat dekat sini?" Eira tersenyum lebar. Dia yakin yang dia tidak silap orang.
Eira teringat akan pertemuan ya dengan Elena beberapa hari yang lalu. Akhirnya Elena akur dengan pujukannya untuk bertemu.
"EIRA?" sapa Elena. Gadis itu ringkas mengenakan kemeja dress warna putih lengan beropol dan skinny jean hitam.
"Ya saya. Jemput la duduk."ujarnya ramah.
Elena mengambil tempat di kerusi berhadapan Eira. Rambut pendeknya berstail dan berwarna perang nampak keras sahaja. Mungkin disebabkan telah berkali-kali dilunturkan, maka rambut itu kelihatan kaku.
"Sebelum ni kita pernah berjumpa ke?Macam mana you boleh dapat nombor I?Tahu nama I... Nama Zayden?" seperti yang diduga soalan itu terpacul si bibir Elena sebelum sempat Eira memperkenalkan dirinya.
Eira tersenyum nipis.
"You pasti you tak ingat I?" tanya Eira dengan renungan penuh maksudnya.
Kening Elena mencerlung. Riak tidak faham jelas di wajahnya. "Memangnya you ni siapa?"
"Actually, I datang sini berjumpa dengan you sebab ada hal penting yang I nak sampaikan dekat you. Tentang Zayden."
"Zayden?Dia yang hantar you?"
Eira tidak mengangguk namun tidak menggeleng juga.
"For your information, I tak suka dekat lelaki yang tak setia." Elena tiba-tiba bersuara. Wajah mesranya tadi berubah kelat.
"Cik Elena, apa yang berlaku sebenarnya salah faham. Zayden sebenarnya tak curang dekat you. Dia benar-benar cintakan you. I yang silap dan salah I jugak serkap jarang tanpa usul periksa."
"Apa buktinya. Apa buktinya Zayden tak curang dekat I?" Elena bersandar ke belakang dengan tangan bersilang di dada tidak puas hati.
Waktu itu beberapa orang pelanggan lelaki berjalan masuk ke situ, mula melihat sekeliling sebelum terpandang mereka berdua. Eira yang memerhatikan Elena perasan gadis itu tersenyum-senyum apabila kumpulan lelaki itu melambai ke arah mereka. Eira hanya diam di situ tidak beri sebarang reaksi.
"Sebab I perempuan yang bertembung dengan You dekat kafe hari. Yang Tuduh Zayden tanpa mengetahui hari tu adalah kembar Aeron. You ingat lagi masa I sebut nama Hannah depa you dengan Zayden?"
Mata Elena mengecil ke arah Eira. "Perempuan di kafe?"
Eira mengangguk.
"Masa tu I salah orang. I ingat Zayden tu Aeron. Jadi sebetulnya Zayden tak pernah curang dekat you."
"So you nak cakap sekarang ni, Zayden hantar you ke sini untuk berjumpa dengan I demi menjelaskan hal sebenar? Untuk apa?"
"Untuk pulihkan semula hubungan you dengan Zayden la."
"You ni siap sebenarnya Hah? Kenapa Zayden hantar you, kenapa dia tak ke sini sendiri berjumpa dengan I?"
"Semua tu tak penting. Apa yang penting you tahu hal sebenar."
"Macam ni aje la. You balik. Lepas tu beritahu dekat Zayden. Sekalipun semua ni hanya salah faham aje. I dah tak berminat nak teruskan hubungan dengan dia lagi. Dah la tak bekerja. Tak berduit. Hidup pun mengharapkan orang tua. Tak ada masa depan tau tak"
Elena bangun dari situ sebaik sahaja dia menghabiskan ucapannya itu. Dia berkira-kira hendak pergi.
"Dia dah bekerja. Sekarang Zayden menjadi GM di King Venture Development." Eira sempat memberitahu sebelum Elena pergi.
Gadis itu kembali menoleh. "Apa you kata? Dia GM?"
Eira mengangguk. Wajah cemberut Elena kembali ceria.
"OH.. HAI, kita berjumpa lagi." tergagap-gagap Elena membalas sapaan Eira itu.
Eira tersentak dari menungnya. Dia kini berhadapan dengan Elena di waktu semasa. Seorang lelaki berdiri di samping gadis itu. Tinggi dan kacak terapi pandangan matanya agak liar dan mencurigakan. Lelaki itu bolehnya tersengih-sengih apabila bertentang mata dengan Eira. Eira terus melarikan pandangannya ke arah lain. Dia berasa seakan pernah berjumpa dengan lelaki itu. Tapi tidak pasti bila?
"Mari kita pergi."Elena menarik lengan lelaki itu.
Eira langsung tidak sempat hendak berkata apa-apa. Elena dan lelaki itu terus pergi dari situ. Tidak langsung berpaling ke arahnya lagi. Dan pada masa itu la realiti menyentaknya. Eira baru teringat akan sekumpulan lelaki yang dia temui sewaktu kali pertama bertemu denga Elena di restoran tempoh hari. Persoalan tadi akhirnya terjawab. Wajah lelaki yang dia kenali itu adalah lelaki sama yang dia temui di restoran tersebut. Tapi apa hubungan mereka?
EIRA TERSENTAK apabila terasa bahunya dipegang dari belakang. Segera dia berpaling. Zayden yang berdiri di situ. Matanya terbuntang kaku. Langkahnya sudah entah ke mana. Sedar-sedar aje dia sudahpun berada di hadapan sebuah butik barangan bayi. Semua ini gara-gara Pertembungannya dengan Elena sebentar tadi. Dan sekarang dia dipertemukan dengan Zayden pula. Dah rancang apa mereka dua orang ni?
Sambil memandang kanan dan kiri Zayden, Dihya bersuara. "Hei, macam mana you boleh nampak I dekat sini?" tegurnya dengan riak kekok sedikit memandangkan mereka berdua sebelum ini dalam terma tidak baik. Banyak-banyak tempat di sini juga Zayden berada.
"Sesiapa aje akan perasan gadis secantik you ni berjalan sensorang Eira."
Perubahan angin Zayden terus membuatkan Eira alert. "You Seorang aje ke?" Zayden sudah kembali kepada karakter lama lelaki itu sewaktu mereka awal berteman. Adakah Elena sudah berbaik dengan Zayden?
Zayden mengangguk. Bibirnya terukir lebar dengan senyuman manis. Senyuman yang sudah lama tidak dilihat oleh Eira." I baru aje jumpa dengan Elena. Ni gerak nak balik dah. Kebetulan I ternampak you. You pun sorang jugak ke?"
Eira turut mengangguk. Dia mula teringatkan semula Elena bergandingan tangan dengan lelaki asing tadi. Sekarang dia benar-benar kebingungan. Kalau Zayden sudah Berbaik dengan Elena, kenapa Elena bermesraan dengan lelaki lain, bukan Zayden? Ke hubungan mereka sudah berakhir? Apa yang berlaku sebenarnya ni?
Untuk seketika, Eira dan Zayden lupa akan kemelut yang dihadapi oleh mereka di pejabat. Ruang koridor Lot 1 shopping mall itu sibuk Dengan suara para pengunjung. Pemandangan di kawasan tempat bermain ski di tingkat bawah menjadi tarikan di situ.
"I tadi baru nak hantar Elena. Tapi Elena kata dia ada hal. Itu yang I balik sensorang." beritahu Zayden. Dia seolah-olah mengerti apa yang bermain dalam fikiran Eira. Pasti gadis itu ini tahu akan situasi terkini hubungannya dengan Elena.
Sejujurnya, Zayden sendiri masih belum pasti apa yang dia rasakan mengenai Elena. Sebentar tadi, semasa dia bertemu semula dengan Elena, perasaan teruja dan senang hatinya berbeza dari yang dia rasakan sebelum ini. Ya, rindu tu memang rindu pada Elena. Tapi ada satu perasan asing yang berlegar di dalam hatinya selepas bersama dengan Elena. Tiada lagi spark yang dia rasakan semasa Elena bermanja dengannya tadi. Mungkin ianya kerana sudah beberapa bulan mereka tidak bertemu.
"Oh, you nak balik la ni. Okay la kalau macam tu. Jumpa dekat office je isnin nanti."ujar Eira sudah bergerak hendak berpusing semula dari Zayden.
Zayden mengangguk. Matanya terarah pada sebuah restoran selang beberapa langkah dari tempat mereka berdiri. Aroma masakan menerawang tajam ke rongga hidungnya. Membuatkan Zayden terimbau semula kenangannya semasa di luar negara dahulu. Rencana dia tadi, ingatkan dapat luangkan masa dengan lebih lama bersama Elena memandangkan sudah lama mereka tidak bertemu, tapi sayangnya Elena ada urusan yang perlu diselesaikan pula.
"Eira..."
Kepala Eira tersentak semula ke Zayden. Keningnya terangkat tinggi ingin tahu. "Hm?"
"You dah makan?" senyum Zayden dengan lebar selepas mereka saling bertentang mata.
Eira yang sedikit terkejut kehilangan bicara tiba-tiba. Matanya tidak lepas dari membalas tatapan lelaki itu.
"Jom makan dengan I. I belanja."
Pantas Eira menggeleng. "Eh tak apa la. I pun nak balik dah ni. Balik nanti aje I makan."balasnya sengaja hendak mengelat.
"Jom aje la. Lagipun ada something yang kita berdua kena selesaikan." pujuk Zayden.
Masih teragak-agak di situ, Dihya akhirnya akur. "Okay."angguknya.
Ada satu lagi bab tau. Nanti Tinta tambah lagi dalam chapter ni. Nak tambah chapter dekat buku bawah kejap.
Share this novel