TASJ 25

Romance Series 21604

Semasa Eira sampai di ruang tempat letak kereta Royal Venture Development, kelibat seorang wanita sedang bersidai di tiang berhampiran dengan tangga. Setelah hampir tiga bulan menyepi, akhirnya Eirina ambil keputusan untuk munculkan diri?

Baru aje dia merancang mahu menjenguk kakak keduanya ini, panjang umur orang itu selepas tiba-tiba berada di hadapan syarikatnya.

"Eirin..."panggil Eira dengan terkejut setelah tiba di hadapan wanita itu." Kenapa kau boleh ada dekat sini? "

Eirina terus mengangkat kepala. Dia bertentang mata dengan Eira sebelum tersenyum nipis." Hai.... kamu apa khabar Meen?"

Eira pantas mendakap sekejap tubuh kurus itu sebelum menilik penampilan Eirina atas dan bawah ingin tahu." Aku sihat. Kau pulak apa khabar? Sihat? Baby sihat? Kenapa tetiba muncul dekat sini? Kau buat aku terkejut tahu tak?"

Bertalu-talu soalan diajukan. Eirina sekadar membalas dengan senyuman nipis di bibir. "Sebab ada something urgent yang aku nak discuss dengan kau."

Mencerlung tengah kening nipis Eira. "Pasal apa?"

"Kau busy ke sekarang ni?"

Eira mengerling ke pintu lobi seketika sebelum memandang Eirina semula. "Well nak kata busy... Busy la jugak. Tapi aku boleh luangkan masa sekejap."

Eirina tersenyum sahaja.

"Jom...kita pergi dekat kafe depan tu."ajak Eira.

Eirina mengangguk setuju.

(TINTA LUPA SIAPA NAMA BABY DENGAN SUAMI EIRINA. HAHAHA. JADI BABY DAN DADDY AJE LA NAMANYA SEBAGAI GANTI. TOLONG INGAT KAN TINTA BOLEH?)

MEREKA duduk di meja kosong menghadap pintu keluar kafe. Eirina duduk menghadap Eira ketika itu. Dan dia mendiam sejak tiba.

"Apa khabar kau dan family kau?Tak kerja pulak kau hari ni?"tanya Eira yang teringatkan baby Eirina. Bagaimana la rupa anak buahnya itu?

Eirina memandang wajah ceria Eira seketika. Bibirnya masih mengukir senyuman.

"Semua sihat. Sekarang dah pandai senyum. Aku tak kerja hari ni. Baby tinggal dengan daddy dia."

Eira membiarkan keheningan menyelubungi mereka buat seketika.

"Dah tu kenapa lama tak melawat? Baru tiga hari lepas Kak Erissa datang dengan anak-anak dia. Dia ada call Kak Eirin?"

Eirina menggeleng dan membisu lagi. Sejuk angin dari penghawa dingin terasa menenangkan. Dia mengerling ke sekitar sambil berkata. "Mommy dengan daddy macam mana? Mereka baik-baik saja kan?" dia memerhatikan tingkah Eira yang menyepi. Teringin sungguh dia mendengar khabar berita tentang ibu bapanya itu.

"Baik Kak Eirin balik dan tengok mereka sendiri. Apapun pulak kata mereka nanti kalau tahu yang kak Eirina jumpa dengan Meen."

"Aku jumpa kau ni pun sebab ada hal penting nak diberitahu."

"Perkara penting apa lagi dari parents kita kak?" tiba-tiba Eira berasa jengkel dengan sikap tenang bersahaja kakaknya itu.

Eirina terus membisu. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala sambil berkata. "Aku ada masalah sebenarnya ni. Dan kalau boleh aku taknak mommy dengan daddy tahu pasal ni."

Lah... Masalah apa pulak ni? Eira berkerut kening tertanya-tanya. Dia pandang wajah mendung Eirina dengan dalam. Mula-mula Erissa, kemudian Eirina?

"HAH!DAH SAMPAI mana you termenung tu. Bukan main jauh sungguh I perhatikan sejak tadi?" suara sergah membuatkan Eira mengangkat kepala. Wajah kacak Zayden muncuk di depan mata. Eira hanya membalas senyuman Zayden dengan garis nipis bibir untuk menyamar resah di hati. Langkah yang diatur lemah tidak bersemangat untuk ke pejabatnya.

Zayden mengejar langkah Eira dan berjalan di samping gadis itu ke arah tangga. Di tangan Zayden terdapat fail dan laptop.

"Dari pagi tadi I tunggu you dekat office. Tapi you tak masuk-masuk. Kenapa lambat hari ni? You pergi mana?Ada urusan penting ya?" bertubi-tubi soalan Zayden sampaikan Eira hendak menjawab pun tidak menyempat.

Mereka tiba di hadapan tangga. Malas hendak menunggu giliran menaiki lif semata-mata hendak turun ke tingkat bawah. Mereka sebenarnya baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat tadi bersama dengan badan pengurusan syarikat. Mujur la tadi masa sampai pejabat tepat beberapa minit sebelum mesyuarat berlangsung. Kalau lambat sikit aje tu habis di tanya itu ini dengan daddynya.

Eira hendak menjawab tetapi tidak tahu bagaimana. "Tak ada apa-apa pun." beritahunya.

"You patut inform dekat I kalau you busy. Tak ada I tertunggu-tunggu."

"I dah inform dekat Aeron. I ambik cuti half day. Sebab tu."

"Ah-iya ke. Okay." Zayden terangguk-angguk."Oh ya, sebelum I terlupa. Hari ni kita ada meeting dengan klien yang nak beli tiga lot kedai dekat Palm Springs. Mereka nak lot tepi. Mereka deal dengan harga yang tinggi untuk tu dari harga asal yang ditawarkan." beritahu Zayden semasa mereka tiba di tingkat lima.

Eira mengangguk berminat."Really?Good then."

"Jadi I nak mintak you ikut dengan I untuk ikut sama buat deal dengan mereka petang nanti."

Eira menjungkit kening tinggi. "I sekali? Kenapa? Perlu ke I ikut?"

"Yalah. Sebab I dengar dari Aeron you boleh bercakap dalam bahasa China. Klien kita tak fasih dalam bahasa Inggeris. That's why I mintak you temankan I sekali." jelas Zayden.

Dalam-dalam Eira menarik nafas. Pelan mengejut Zayden itu membuatkan dia teringat akan janjinya dengan mommynya. Dia baru merancang nak balik awal. Nampaknya terpaksa la batalkannya.

"You tak boleh ke? Ada hal?"

Eira sekadar mengangguk. "It's okay. You proceed aje pelan you. Petang nak confirm kan balik dekat I."akurnya. Sekejap lagi dia hubungi daddy ya. Meminta daddynya menjemput mommynya di hospital.

"Sayang."secara tiba-tiba suara lembut menyapa dari belakang mereka.

Zayden menoleh. Sementara Eira memusingkan badannya ke punca suara itu. Ketika itu kelibat gadiams berambut pendek jalan berlenggang lenggok ke arah mereka sambil tersenyum manja.

Eira sedikit hairan. Hatinya terdetik tanya kenapa Elena boleh berada di situ.

Zayden terkejut dengan kemunculan Elena. Sempat dia mengerling ke Eira sebelum menarik tangan Elena menjauh dari situ.

"Kenapa you dekat sini Elena?"

"Lah...buat apa lagi. Sebab I nak jumpa sayang la. Takkan nak jumpa Aeron pulak."beritahu Elena yang rambang mata melihat sekitar bangunan itu." Kenapa, tak boleh ke? "Elena pandang Zayden.

"Bukan tak boleh. Kan I tengah kerja sekarang ni."bisik Zayden agar gadis itu faham akan situasinya.

Elena sudah menarik muncung rajuk. Eira di situ sekadar tersenyum melihat tingkah Elena itu. Sudah terbiasa dengan sikap itu sejak kali pertama mereka berjumpa.

"Kalau macam tu I masuk office dulu ya, Zayden." Eira meminta diri. Berasa kekok di situ menghadap pasangan kekasih tersebut.

"Okay. Jumpa nanti."sambut Zayden.

" Bye Elena."Eira beredar dari situ.

"Apa dia? You nak keluar dengan dia petang nanti? Habis I macam mana?" sayup-sayup kedengaran suara Elena merungut. Eira segera menghilang di sebalik pintu kaca ruang pejabat itu.

Share this novel

june andelan
2024-10-28 21:51:04 

Nama suami Eirina.. Raffi.. Baby tak de nama.. Tinta tulis baby jer.. Baby girl.


NovelPlus Premium

The best ads free experience