TASJ 21

Romance Series 21604

Malamnya, Zayden bersendirian di hadapan kolam renang berhadapan dengan slidding door Utama ruang tamu. Perasaannya sedang berkecamuk. Pelbagai perkara yang sedang bermain dalam kepalanya ketika itu. Tanpa disedari, tingkah lakunya itu telah diperhatikan oleh Aeron semenjak tadi.

"Kau okay tak ni? Semacam aje aku perhatikan sejak tadi."

Zayden berdengus kecil. Hujung bibir terherot sedikit ke tepi. Dia berasa lucu mendengar soalan Aeron itu. Sebabnya dia sendiri pun tidak pasti. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya ketika ini.

Sejenak Zayden membetulkan duduknya, Aeron mengambil tempat dihadapannya.

"Ada problem ke?" tanya Aeron.

"Mana ada..." jawab Zayden malas.

"Kau ni, kalau nak mengelat pun tengok-tengok la jugak. Sekarang ni kau tengah bercakap dengan kembar kau bukan orang lain. Kalau kau kata tak ada apa-apa maknanya ada la something yang mengganggu kau tu. So apa masalahnya tu?" Aeron bertanya lagi.

Sebagai saudara kembar, ada masanya dia akan merasakan hal yang sama pada adiknya. Walaupun mereka sudah dewasa namun hubungan mereka tetap akrab. Tukar dipisahkan biarpun sudah berjarak jauh selama empat tahun sewaktu Zayden menyambung pengajian di peringkat Ph.D sedangkan Aeron diarahkan pulang awal untuk menerajui perusahaan ayahnya.

Zayden tersenyum kelat. Kalah dengan kenyataan Aeron yang memang sudah maklum dengan karakter dirinya. Sedari tadi, dia langsung tidak dapat memberi fokus pada pekerjaannya dia pejabat. Zayden ketap teringatkan Pertembungan di antara Ariel dan Eira pagi tadi. Mengenangkan riak wajah gadis itu yang gembira berbual bersama Ariel menimbulkan rasa tidak senang di hatinya. Entah kenapa ada perasaan tidak suka menjalar di dalam dadanya.

"CANTIK BETUL EIRA tu kan, Last aku jumpa memang cantik. Tapi bila berjumpa untuk kali ni. Makin cantik orangnya. Kalau bukan disebabkan parents aku dah aturkan jodoh untuk aku, memang aku dah mengurat dia."

Ucapan Ariel tadi berlegar-legar dalam kepala seperti replay button. Dia yang yang cuba mengalihkan perhatian dengan kerja yang bertimbun, terus tiada mood untuk meneruskan kerjanya itu. Kata-kata Ariel ibarat mematikan fokusnya.

"Kenapa kau tak beritahu aku pasal Eira? Kau ni pun. Dah lima tahun dia kerja kat sini, Aeron bolehnya tak pernah cerita pasal Eira tu."Ariel kedengaran seperti kesal dengan hal itu.

Zayden hanya buat acuh tak acuh. Ariel kemudian terus menerus berbicara mengenai Eira. Eira itu. Eira ini. Segalanya mengenai Eira tanpa henti. Mahu tak mahu Zayden terpaksa menadah telinga.

"Dulu masa dekat sekolah, Eira tu budak popular. Masa tu aku ketua majlis pelajar. Eira jadi penolong. Bukan setakat cantik aje, dia pelajar terbaik keseluruhan sekolah.. Tapi itu la... Orangnya tegas. Susah sikit nak dekat."

"Bukan ke kau cakap tadi kau ambik ijazah sama dengan Eira?"

"Memang la. Itu dekat U. Yang ni masa sekolah menengah."jelas Ariel panjang lebar.

Zayden terkedu hingga tiada soalan yang mampu di tanyakan lagi. Dia tidak menyangka yang Ariel dan Eira sudah berkenalan sejak mereka remaja lagi.

"Kau tak tahu berapa kali aku try untuk jadikan dia kekasih aku. Tapi sekalipun dia taknak terima. Muka aku yang bukan mainagi hensem macam ni, bolehnya dia tak mahu."

Pantas Zayden memandang Ariel lalu ketawa.

Ariel turut sama-sama tertawa. Mungkin dia juga berasa lucu dengan sikap semberononya semasa muda dulu.

" Kalau tak perasan, bukan Ariel namanya. "ujar Zayden berbaur perli. Selebihnya dia berasa tidak senang. Hampir sahaja dia mahu menjuling mata kejengkelan.

"Tapi serius talk, dulu aku pernah sukakan Eira. Orangnya lemah lembut, pandai dan bertanggungjawab. Cantik menawan tu pakej."ucap Ariel dengan jujur.

Zayden hanya mampu mendiam kerana enggan dengar apa-apa lagi.

"Masa belajar dulu, aku la yang paling semangat sebab aku tahu yang aku akan berjumpa dengan Eira setiap kali nak masuk kuliah. Kalau tak jumpa dia sehari rasa macam mendung aje sepanjang hari tu."

"Boleh tak berhenti. Kau buat aku geli geleman tahu tak."Zayden cuba menghentikan Ariel dari terus menerus menceritakan perasaan suka lelaki itu mengenai Eira.

"Tapi itulah, parents aku dah aturkan jodoh untuk aku. Tak boleh nak cakap apa la."Ariel tersenyum sedikit kepada Zayden.

Zayden membalasnya dalam terpaksa. Hati lelakinya bagai berombak marah dengan kata-kata Ariel sebentar tadi.

"Kau tak pernah tangkap perasaan dekat Eira ke?" soalan Ariel itu membuatkan Zayden membuntang mata tak percaya.

"Jatuh cinta? Dekat Eira?"

"Hm...yalah...Kau kan kerja dengan dia. Kalau aku jadi kau, hari-hari menghadap muka semanis Eira tu, boleh angau dibuatnya. Takkan la kau tak tak tangkap feeling langsung kan?"

"Buang tebiat apa kau ni."

"Lah, asal pulak?"

"Mana aku nak letak Elena aku?"

"Heh? Elena? Aku bukan suruh kau bercinta terus. Aku tanya aje."

"ZAYDEN, ADA apa sebenarnya ni? Kau ada problem dengan siapa?" tanya Aeron lagi.

"Mana ada apa-apa. Serius. Tak ada apa-apa." Zayden masih kekal selamba seperti biasa.

"Itu kata kau, tapi muka kau kata sebaliknya."buat seketika Aeron merenung wajah Zayden yang mendung. Apa aje la yang sibuk difikirkan oleh Zayden tu, Aeron tidak dapat meneka. Setahunya Zayden adalah seorang yang ceria. Jarang sekali Zayden bersikap muram dan pendiam begini.

"Aku serabut la."mula Zayden dengan perlahan. Tangannya mengusap dahi kerana frust.

" Pasal projek ke?"

Keluhan lepas dari Zayden untuk ke sekian kalinya.

"Ariel datang jumpa aku tadi."kata Zayden tak semena-mena.

Kening Aeron mencerlung tidak mengerti."Ariel mana?"

Zayden tidak terus menjawab. Dia mendiam untuk seketika. Membiarkan kesunyian membelenggu mereka untuk seketika.

"Ariel.. Budak sebilik dengan aku masa dekat U lama aku. Yang ambil course graphic design."

"Ohh.. Ariel tu...kenapa dengan dia? Bila kau jumpa dengan dia?"

"Pagi tadi."

"Kemudian, apa yang buat kau pening kepalanya? Memangnya apa kaitan Ariel dengan pening kepala kau tu?"

Mata Zayden terkebil-kebil. Ya tak ya jugak. Dah kenapa dia kena pening kepala gara-gara Ariel pulak?

Aeron di situ sudah buat muka. Dia menjadi aneh melihat kan reaksi Zayden itu." Kau ni yang pelik-pelik aje la. Dah la...aku nak tidur. Kau termenunga situ sensorang." Dia bingkas dari situ lalu bergerak ke arah slidding door.

Zayden hanya tersenyum memerhatikan Aeron sudahpun meninggalkan dirinya sendirian di situ sebelum deringan telefon mematikan senyumannya.

Mata Zayden bergerak ke skrin telefon. Dan bila dia melihat nama panggilan itu keningnya berkerut.

Elena?

Share this novel

Hanadhia12
2024-10-23 18:20:48 

Elena cal nak mintak putus ke macam mana

Marilynn Malikin
2024-10-21 20:43:48 

ahahha dengan pantas dah baca..


NovelPlus Premium

The best ads free experience