Pagi itu indah dengan cuaca yang cerah dan menenangkan. Matahari seakan ikut tersenyum terang di dada langit. Eira berjalan masuk ke lobi King Venture Development dengan senyuman lebar di bibir. Gerak tingkahnya dipandang oleh beberapa pasang mata sambil membalas senyumannya yang berbeza dari kebiasannya.
"Good morning Miss Eira."sapa pembantunya Andrea yang ikut turut tersenyum mesra.
"Morning. Ada apa-apa pesanan untuk saya?"
Gadis berumur 22 tahun itu dengan spontan tunduk memandang note book. Kemudian dia mengangguk. "Hari ni cik ada meeting dengan Tuan Dennis."
"Mesyuarat?"
"Ya. Bersama dengan Tuan Dennis, Tuan Musa dan Encik Aeron."
"Meeting mengejut tentang apa?"Kening Eira sedikit terjungkit.
"Tentang staf baru."
Terus mencerlung kening Aeron. Ya tak ya, daddy dia ada beritahu soal staf baru awal semalam. Tapi tak ada pula daddynya menyebut tentang mesyuarat ni. Matanya terarah pada donat glaze di atas meja Andrea.
"Miss Eira dah sarapan?Mari la sarapan sekali."
"Eh tak apa la. Kamu makan aje la. Saya dah sarapan tadi dekat rumah."beritahu Eira dengan ramah.
Andrea sekadar tersenyum.
Tadi dia sempat bersarapan bersama Eirina, mommy dan daddy. Melihat kakaknya itu makan dengan berselera dia tumpang senang. Mungkin kerana sudah lama tidak makan masakan mommy atau dek kerana berbadan dua.
"Giselle dimana?Tak nampak pun?"tanya Eira lagi teringatkan pekerja yang rapat dengan dia selain Andrea.
"Mungkin pergi breakfast. Sebab awal tadi lagi dia dah masuk kerja."
Eira mengangguk.
"Kalau macam tu saya masuk ofis dulu. Nanti tak lama kemudian, ingatkan saya semula tentang mesyuarat nanti tu ya."
Andrea mengangguk. "Baik Miss Eira."dia faham benar akan sikap pelupa Eira yang sering terjadi kerana sibuk menghadap kerja-kerjanya itu nanti.
"Terima kasih."balas Eira dan mula beredar pergi.
Andrea sekadang memerhatikan langkah Eira. Buatnya mempunyai seorang pengurus yang baik dan bertimbang rasa seperti Eira, cukup menyenangkan. Hanya itu la, dia tumpang simpati dengan kenyataan yang Eira terpaksa menurut akan kemahuan Tuan Musa untuk bekerja di syarikat itu.
Sudah la begitu, hubungan kerja antara Eira dan Aeron sering disalahfahamkan sehingga menimbulkan gosip di King Ventur Development yang katanya mereka berdua itu pasangan kekasih. Akibatnya persahabat antara Eira dan Hannah, teman wanita Aeron ikut terpengaruh. Kasihan Eira.
Talian telefon berbunyi, mengejutkan Andrea yang sedang termenung.
"Hello, King Ventur Development, selamat pagi. Apa yang saya boleh bantu?"
"Hello, Andrea, sambungkan pada Miss Eira."
Andrea mendengar suara Aeron dalam panggilan. Dia terus menurut akan arahan itu tanpa berlengah.
EIRA cepat-cepat memegang gagang telefon apabila ianya berdering nyaring minta disambut.
"Miss Eira, ini panggilan dari Encik Aeron."
"Okay."
"Morning. Sibuk ke tu?"
Eira mengerling ke jam di skrin monitor. Biarpun masih awal hendak menyibukkan diri dengan kerja, dia berniat mahu pulang ke rumah awal hari ni. Sudah dia berjanji dengan mommy untuk membawanya ke hospital untuk medical check up. Pada masa yang sama, daddnya pula ada meeting dengan sebuah syarikat perumahan. Jadi nak tak nak terpaksala dia yang menggantikan daddynya.
Sudah hampir setahun mommy dia sembuh dari kanser darah. Mujur la di peringkat awal. Sekurang-kurangnya dapat diubat segera. Walaupun dengan rawatan masa kini yang berteknologi tinggi dan canggih, pemeriksaan susulan perlu sentiasa dilakukan.
"Eira, I menganggu you ke?"
Suara Aeron menyentak menungnya. Eira yang sedar terus melepaskan hela panjang. Dia teringat akan usikan kakak-kakaknya semalam. Ada ke patut mereka kenan-kenankan dia bersama Aeron. Memang tak la!
"Kalau I menganggu, I call you lagi nanti."
"Eh tak. Mana ada. Kalau ada yang you nak cakapkan sekarang cakap aje la pun tak apa. Kenapa?"Eira cepat-cepat menegah. Aeron mungkin mahu memutuskan panggilan. Jari jemari runcingnya kemudian mencapai sebatang pen berwarna hitam di atas fail dan memusing-musingkannya di celah jemari.
"You tahu tentang meeting pagi ni?"
"Mm. Andrea baru aje beritahu tadi."
"Kalau macam tu kita gerak sekarang. Papa dah call. Daddy you pun dah ada sekali."
"Sekarang?Hmm...okay."jawab Eira.
AERON sudah menunggu Eira di pintu lif. Pejabat Tuan Dennis terletak di tingkat lapan. Satu tingkat dengan pejabat Tuan Musa. Sementara pejabat Aeron dan Eira berada di tingkat lima yang menempatkan bahagian pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.
"I ingat nanti lepas meeting, I nak bincang dengan you tentang projek baru. Mungkin ada penambahan."ucap Aeron semasa jalan bersama dengan Eira masuk ke dalam lif.
"Yang mana?Maksud you Projek Blue Lagoon tu ke?"
Lif yang membawa mereka berhenti di tingkat yang mereka mahu. Beberapa orang pekerja yang bertembung dengan mereka sempat menyapa. Aeron dan Eira sama-sama mengangguk dan tersenyum membalas sapaan itu.
"Sebenarnya, I belum sentuh apa-apa pun pasal projek tu sebab I ingat nak mulakan minggu depan lepas I settlekan semua kerja I yang tergendala sejak minggu lepas lagi tu."
Aeron terdiam sejenak.
"Kalau macam tu I okay la. Next week I tanya lagi hal ni dekat you."
"All right. Thank you."
"You're welcome."
Eira membalas senyuman Aeron dengan nipis. Entah tidak semena terus teringat kembali dia akan kejadian yang berlaku di hadapan restoran semalam. Serta merta senyumannya memudar.
"Aeron, you dengan Hannah macam mana sekarang ni?"
"I dengan Hannah?Kenapa?"wajah lelaki itu menjadi keruh sama sekali. Eira terus curiga dibuat reaksi itu.
"Actually....I dengan Hannah-"
"La...dah sampai rupanya. Lekas. Aeron. Eira. Masuk ke dalam."
Dari arah pintu pejabat Tuan Dennis yang terbuka sedikit, Tuan Musa tercegat di situ tanpa amaran.
Pantas Aeron memaling kepala. Eira pun sama. Mereka berdua terus berjalan masuk ke ruangan itu. Sementara soalan Eira tergantung tanpa jawapan.
Figura lelaki berkulit hitam manis di luar bilik pejabat itu ditenungnya sekilas melalui kaca cermin. Lalu dia memaling kepala ke Tuan Musa dan Tuan Dennis sebelum memandang ke Aeron yang sedang menjungkitkan kening.
"Jadi...apa pendapat you?He looks fine isn't?"Aeron berkata kepada Eira sambil sama-sama memerhatikan lelaki yang sedang duduk di bilik menunggu.
Perbualan mereka di bilik Tuan Dennis ketika itu adalah tentang pekerja baru yang bakal menyertai mereka. Sudah lama la jugak jawapan pengurus juala King Ventur Development kosong setelah pekerja lama syarikat itu pencen awal kerana sakit.
"Nama dia Dante Hawke. Graduate from New Park. Ada pengalaman kerja selama lima tahun. Datang ke syarikat kita sebab nak berada di persekitaran baru."Tuan Dennis pula yang menceritakan latar belakang lelaki itu.
"Pada mulanya, kami rasa tak berapa yakin sangat dengan dia. Tapi lepas kami berikan dia satu problem hari tu, dia boleh selesaikannya dengan baik dan spontan."Tuan Musa pula yang mencelah.
Tuan Dennis sekadar mengangguk setuju. Aeron juga begitu. Hanya Eira sahaja yang terkebil-kebil tak tahu.
"Kenapa tak maklumkan dekat Eira dulu yang daddy dan Uncle Dennis nak isikan vacancy sale manager tu?Kan Eira yang sepatutnya uruskan temu duga ni."
"Bukannya apa, kami sendiri tahu kamu pun sibuk dengan urusan kerja kamu. Taknak menyusahkan kamu lagi, Daddy suruh Aeron yang settlekan interviw tu masa kamu outstation minggu lepas. Dan akhirnya kita berjaya jugak menemui calon yang sesuai."ujar Tuan Musa.
"Daddy dengan Uncle Dennis masih tak percaya ke yang Eira boleh uruskan hal-hal dalam syarikat ni?"Entah kenapa dia rasa seperti dia yang buat salah.
"Eh, tak ada la sampai ke situ Eira. Apa yang Daddy kamu maksudkan tu betul niatnya. Uncle perhati kebelakangan ni kamu sibuk siapkan kerja sampai tak sempat nak makan dan berehat. Aeron sendiri pun beritahu dekat uncle hal yang sama."
Eira terdiam. Matanya menunduk seketika.
"Uncle tak suka Eira kerja sampai lupa nak jaga kesihatan diri. Nanti kalau apa-apa terjadi macam mana?Siapa yang susah hati?Daddy kamu dan kami semua jugak kan?"
Aeron tersengih mendengar kata-kata papanya itu. Dia mengerling ke tepi dimana Eira sedang berdiri. Sebagai seorang lelaki, dia tidak dapat menafikan kecantikan yang dimiliki oleh wajah insan bernama Eira Jasmeen ini. Sudahlah jelita, penuh dengan tanda tanya pun ada. Namun setelah teringat akan Hannah, ianya buatkan Aeron sedar dirinya juga sudah berpunya.
"Aku dah cakap dekat kau. Eira ni jenis budak tak makan saman. Mana la dia naik dengar cakap kita."Tuan Musa seakan mahu menghasut rakan baiknya itu agar terus menasihati anak bongsunya itu.
"Fine....lepas ni Eira tak skip waktu makan dah."
"Betul ni?"soal Tuan Dennis.
"Iya. Betul. Eira janji Eira ingat semua nasihat Uncle Dennis dengan daddy."jawab Eira sambil mengangkat tangan tangannya, berikrar.
Tuan Musa menarik senyuman lebar. Dia benar-benar senang mendengar ucapan anaknya itu.
"Aeron, panggil Dantre masuk. Dah lama dia tunggu dekat situ."arah Tuan Dennis.
Aeron pun mengangguk patuh.
Share this novel