TASJ 10

Romance Series 21604

Sebaik sahaja selesai meeting dengan pihak pemaju, Eira dan Zayden sempat makan di restoran berdekatan dengan tempat perjumpaan mereka. Mereka berdua sama-sama memesan menu yang sama memandangkan masa pun terhad untuk menunggu lama. Jam sudah menunjukkan waktu masuk 4 petang. Sambil menjamu selera, mereka berbincang mengenai projek Blue Lagoon.

Pertemuan mereka dengan pihak pemaju projek berlangsung dengan baik. Kesalahfahaman sudahpun diselesaiakn. Projek pun bakal dimulakan.

"Borak punya borak, apa ceritanya you dengan teman wanita you?Dah okay belum?"tanya Eira tiba-tiba.Dari awal hari lagi dia mahu bertanya, cuma tiada kesempatan hendak menyuarakan soalannya ini kerana kesibukan kerja. Kalau dah menghadap kerja boleh lupa terus akan salahnya yang satu ini.

Zayden yang sedang makan sedikit tersentak kerana soalan Eira itu.

"Did I sound like a busy body to you?"ucap Eira tiba-tiba rasa serba salah. Mungkin dia tak patut menyibuk sangat tentang hubungan Zayden walaupun ianya berpunca dari dirinya.

"Tak ada la. I cuma terkejut sebab you ingat perkara yang I sendiri terlupa."Zayden berdengus kecil.

"Oh...sorry."

"It's okay."

Mereka berdua kemudiannya mendiam. Eira menyedut minumannya. Tingkahnya itu mencuri perhatian Zayden. Fikirannya terarah pada Elena semula. Jenuh sungguh hendak memujuk kekasihnya itu. Sudahlah tidak membalas sebarang pesanan darinya, panggilan dia juga enggan di jawab. Hal itu membuatkan dia teringat semula akan wanita yang menuduhnya curang di hadapan Elena tempoh hari. Yalah, hari itu wanita tu telah mengungkit nama Aeron. Mungkin wanita itu kenalan rapat Aeron dan juga mungkin bekerja di syarikat sama dengan kembarnya itu.

"Eira...you tahu tak sesiapa yang berkawan dengan Aeron?Maksud I kawan perempuan yang rapat dengan Aeron?"

Eira mengangkat mata ke Zadyen. Keningnya terjungkit tinggi kerana hairan dengan soalan itu.

"Kenapa?"

"Tak ada la...mana tahu kan, perempuan yang tuduh I curang pada Elena tu ada dekat company sama dengan kita?"

Eira hampir hendak tersedak dengan minumnya.

"Balik nanti I nak tanya Aeron la."

"Nak tanya dia?"

Zayden mengangguk membuatkan Eira terus pecah darah gemuruh. Kesalnya tidak ke sudah kerana mengungkit soal hubungan Zayden bersama teman wanita lelaki itu. Kini dia yang tersepit.

"I nak tanya Aeron pasal hal ni. Sebab I nak jumpa kawan dia dan Hannah sebab I nak perempuan tu jelaskan hal sebenar dekat girlfriend I. Itu aje."

Tidak semena Eira bangun. "Sorry, I nak ke tandas kejap."

Dia terus berlalu pergi. Semakin sesak dia rasakan apabila memikirkan yang kebenaran bakal terbongkar tidak lama lagi. Dia tak tahu bagaimana hendak membayangkan reaksi Zayden selepas mengetahui hal itu. Masakan tidak, lelaki tu bergelut hendak mencari punca keretakan hubungannya itu sedangkan orang yang dicari hanya di depan mata. Berkelakuan seakan tidak ada apa-apa yang terjadi di hadapan Zayden pulak tu. Kalau dia di tempat Zayden, bukan setakat muka aje dia tidak ingin tengok, bercakap lagi la tidak!

Eira memandang pantulan wajah di cermin. Membetulkan anak rambut yang jatuh mengenai kening. Dia berfikir-fikir, Perlukah dia beritahu hal sebenar sekarang?Sesungguhnya Zayden seorang lelaki yang baik. Tidak sepatutnya dia perbodohkan lelaki itu lama-lama.

Dalam-dalam Eira menarik nafas di hadapan cermin. Kemudioan dia keluar dengan langkah yang berat dan kepala tertunduk ke bawah. Tanpa di duga ketika itu juga tubuhnya dilanggar seseorang.

"Hoi!Dah tak reti sangat nak guna mata tu ke?"

Melompat terkejut Eira apabila dirinya dibentak begitu.

Dia yang kena langgar, dia pulak yang kena marah?Detik hatinya terkebil-kebil.

"Lah...engkau rupanya. Patut la macam sengaja aje nak cari pasal dengan aku!"gadis tadi mula menuduh.

Eira segera mengecam akan wajah di hadapannya. Liur gemuruh ditelan kesat. Hannah berkerut kening tidak puas hati kepadanya. Perasaan tidak puas hati yang tadi bertandang terus berkurangan. Senyuman tersungging lebar di bibirnya.

"Hannah...apa kau buat dekat sini?"

"Suka hati aku la, kau ingat tempat ni bapak kau yang punya ke?"Hannah berlalu pergi dari situ.

Tersentap Eira dengan balasan kata Hannah itu. Baru sahaja dia mahu menegur mesra, Hannah bolehnya pula memulaukan dirinya begitu. Eira kembali mengatur langkahnya ke meja. Harap-harap la Hannah tidak bertembung dengan dirinya semasa bersama Zayden nanti. Risau pulak nanti salah faham antara mereka berdua semakin keruh.

Namun tanpa disangka, sewaktu Eira hampir dengan meja makannya, susuk seseorang sedang berdiri suatu sudut sebelum sempat Eira tiba ke meja tadi.

"Aeron, you datang dengan Hannah ke tadi?"senyum Eira beriaksi seakan tiada apa-apa yang terjadi sewaktu pertembungannya dengan Hannah sebentar tadi.

Aeron sekadar mengangguk. Kemudian dia mengerling ke arah pintu bilik air yang sudah tertutup rapat sejurus Eira melangkah keluar melaluinya. Serta merta Eira perasan akan kerlingan itu.

"I bertembung dengan Hannah tadi. Jangan risau. Tak ada apa-apa pun."jelas Eira ingin menghapuskan apa saja yang difikirkan oleh Aeron ketika itu.

Senyuman lega terus terukir dibibir Aeron. Namun Eira tidak dapat mentafsir apa maksud tersembunyi di balik senyuman itu. Ikhlas ke tidak tu?

"I baru aje balik dari meeting tadi. Itu yang terus datang ke sini sebab nak makan dengan Hannah. You pulak datang dengan siapa ke sini?"soal Aeron.

"I dengan Zayden. Dia ada dekat meja sana. Kalau you nak, jom la join la sekali."ajak Eira.

"Tak payah nak menggatal!Mati dah selera makan aku kat sini!"

Berderau darah Eira taktala suara lancang itu kedengaran dari arah kanan. Aeron dan Eira sama-sama memaling kepala. Kelibat Hannah dengan kening mencerlung tercegat di situ bersilang tangan protes.

"Hannah, please. Jangan nak buat hal dekat sini."beritahu Aeron cuba berlembut.

"Eh, you ni kenapa?Salah I aje yang you nampak! Habis tu sampai bila you nak digula-gulakan dengan perempuan murah ni pulak."tengking Hannah melenting.

"Hannah..."Aeron menggeleng tidak percaya. Dia begitu malu saat itu kepada Eira yang sejak tadi tidak berkata apa-apa.

"Betina macam ni tak payah nak di layan baik-baik. I kenal dia siapa. You tu aje yang bulat-bulat percaya dia ni perempuan baik. And you salah kalau you cakap dia ni datang dari keluarga terhormat!"Hannah menyambung hinaannya.

Eira tertunduk. Bawah bibirnya di gigit pilu.

"Enough Hannah. I'm sorry Eira. I rasa kami kena pergi dulu. Kita jumpa dekat ofis aje nanti."Aeron pantas merentap lengan Hannah. Dia khuatir jika dibiarkan Hannah lama-lama di situ. Entah apa aje yang teman wanitanya akan katakan pada Eira nanti.

Melihat kekalutan Aeron itu, Eira sekadar menarik senyuman nipis berserta anggukan kecil.

Macam mana?So far okay tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience