Dua minggu selepas kemunculan Zayden, mood berkerja Eira tidak menentu. Entah mengapa dia sebolehnya mahu menjauhkan diri dari betembung dan bersemuka dengan lelaki itu. Sedangkan Zayden pula engaja mencari ruang untuk bertemu dengan dia atas dasar teman sekerja. Mereka seakan bermain hide and seek.
Dokumen mengenai projek Blue Lagoon baru sahaja Eira selesai menyemaknya. Tetapi masih ada banyak perkara yang dia belum mengerti. Ada sahaja hal yang ingin dirujuk kepada Aeron selaku ketua asal projek itu.
Eira berjalan dengan lemah tidak bertenaga ke pantri sambil membawa sebiji muk berwarna ungu keladi. Tengah-tengah hari macam ni meneguk jus oren pasti dapat berikan tenaga kepadanya. Dia baru sahaja mahu memegang daun pintu apabila suara lelaki sedang bercakap kedengaran. Bunyinya seakan seperti berbual melalui telefon memandangkan yang kedengaran hanya satu suara sahaja.
"Elena, berapa kali nak I jelaskannya. Ianya bukan I.."
Eira sudah boleh mendengar pemilik suara itu apabila nama Elena disebut-sebut. Ini mesti Zayden bercakap dengan teman wanita lelaki tu. Eira mula memasang telinga. Mahu mendengar lebih lanjut akan perbualan itu.
"Serius. I memang tak tahu. I tak kenal siapa perempuan tu. Semuanya cuma salah faham aje. Dia ingat I ni Aeron. Itu aje."Zayden bersunguh ingin menjelaskan salah faham yang terjadi.
Untuk beberapa saat, keadaan menjadi senyap. Tiada suara yang kedengaran.
"Elena, please la. Nanti I belikan dress yang you nakkan sangat tu okay sayang?Elena?Sayang?Hello!"suara itu hampir melenting.
Eira menggigit bawah bibir kerana berasa tidak sedap hati mengenangkan kesilapannya. Gara-gara kelancangan kata dia telah menyusahkan hubungan Zayden. Rasa bersalah bertalu-talu menebal dalam hatinya semenjak tahu Aeron mempunyai kembar, dan orang itu adalah Zayden. Selama dua minggu ini hidupnya tidak tenang. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Rehat tidak cukup. Kerana dia la punca hubungan Zayden dan Elena kini renggang dan tegang.
Pernah sekali Eira berniat mahu untuk bersemuka dengan Zayden untuk menceritakan hal sebenar dan meminta maaf kepada lelaki itu atas kelancangan sikapnya itu tetapi setiap kali dia hendak lakukannya, Eira jadi tidak berdaya.
"Eira?Kenapa you berdiri dekat sini?"
Pantas Eira menoleh ke tepi dan mendapati Dante tidak jauh dari situ. Lelaki yang pandai berborak dan membuat lawak tetapi sekiranya dalam situasi yang serius, Dante akan benar-benar beri perhatian. Dalam masa yang singkat sahaja pengurus jualan yang berstatus duda itu sudah menjadi salah seorang staf yang dihormati.
"Okay tak ni?"
Eira pantas menganguk.
Tiba-tiba pada masa itu juga pintu pantri terbuka ke dalam. Membuatkan Eira melompat terkejut hampir hendak terlepas pegang muk di tangannya.
"Oh...sorry. I tak perasan you dekat sini."Zayden kelam kabut bertembung Eira segera memohon maaf. Saat itu mereka terdengar ketawa Dante.
"Mana la kau nak tahu Eira ada dekat sini Zayden?Dari tadi dia tercongok dekat sini. Nasib baik la tak terlepas cawan tu."Dante yang memang mudah beramah mesra dengan orang itu terus berlalu pergi dari situ.
"You okay Eira?"soal Zayden sebaik saja Dante menjauh.
"Mm...I okay. Salah I sebab tak ketuk pintu masa dengar you bercakap dalam telefon tadi."tunduk Eira serba salah hendak bertemu mata dengan Zayden.
Zayden memandang gadis dihadapannya. Eira kelihatan anggun dengan dress kemeja paras lutut berwarna kuning kemboja dan heel hitam. Rambutnya yang panjang ikal beralun dibiarkan lepas ke bahu.
"You dengar ke apa yang I bualkan tadi?"tanya Zayden.
"Eh...tak ada la. Mana I dengar apa-apa."dalih Eira.
"Dah tu, macam mana you tahu I on call tadi?"
"Tu...telefon dekat tangan you tu."
Zayden lantas tersengih meleret. "Ingatkan tadi you dengar."
"Kalau dengar sekalipun apa masalahnya..."ucap Eira sewaktu berjalan masuk ke dalam pantri. Dia menjadi tidak tentu hala apabila Zayden memandangnya seakan lelaki itu boleh baca apa yang sedang bermain dalam fikirannya ketika ini.
Zayden memerhatikan Eira. Sejak dua minggu ini, dia dan Eira telah mula menguruskan projek Blue Lagoon bersama-sama. Malah kerjasama mereka pun chemistry sangat walaupun Eira kerap cuba mengelakkan diri darinya.Tapi gadis itu berkelakuan seakan telah melakukan kesalahan terhadap dirinya yang mana buatkan Zayden tidak habis fikir kenapa Eira berkelakuan sebegitu.
Zayden mengekori langkah Eira. Dia cuba hendak mendekati gadis itu supaya mereka dapat berbual dengan proper. Dia merasakan yang mereka berdua memang pernah bertemu dan sikap Eira ini semakin menguatkan lagi keraguannya itu. Tetapi Zayden masih belum dapat kenalpasti di mana dan bila. Sedangkan hatinya sedang serabut memikirkan masalah yang melandai dalam hubungannya bersama Elena, bolehkah dia memikirkan perkara lain?Zayden mengeluh perlahan.
"I nak tanya you lagi ni. You sure ke kita tak pernah berjumpa sebelum ni?Sebab I yakin sangat yang kita pernah berjumpa."Zayden memberitahu apa yang dia fikirkan.
Eira yang sedang membancuh jus oren, membuntang mata terkejut seketika. Mata bundarnya bergerak ke tatapan Zayden. Kali ini gemuruhnya tidak lagi dapat dibendung. Pecah peluh dingin dia dengan soalan kali kedua Zayden itu. Menjadi dia semakin panik untuk berduaan dengan Zayden.
"Serius beritahu, I memang yakin kita pernah berjumpa Eira. Tapi I tak ingat dekat mana."Zayden menyambung lagi sambil berkerut kening ingin tahu.
Perlahan-lahan Eira memusingkan badan ke Zayden. Dah sampai masanya ke untuk dia menceritakan hal sebenar kepada Zayden? Tapi sekarang ni dia dan Zayden sedang menyelesaikan projek bersama. Jika penjelasannya nanti akan mengundang amarah dari Zayden, ia akan mempengaruhi kerjasama mereka berdua. Dan jika dia berterus terang Zayden mungkin akan bersikap serong padanya. Kalau Zayden ni seorang yang pemaaf tak apa la juga. Bagaimana sekiranya Zayden bukan jenis seorang yang begitu? Hati Eira berbisik resah.
"Dalam dunia ni bukan ada seorang dua yang mempunyai rupa paras yang sama. You ingat you aje yang kembar? I pun ada jugak." seloroh Eira berbaur gurau agar tidak kelihatan serba salah di situ. Dan berharap Zayden akan drop topik perbualan mereka itu.
Zayden berdengus kecil dengan sengih di bibir apabila mendengar respon Eira. Dia rasa senang kerana dapat berkenalan dengan gadis tersebut. Kecantikan Eira memang menggamit matanya memandang tetapi hati Zayden sudah dikunci dengan kemanjaan Elena. Hanya kebelakangan ini ada pula masalah yang timbul. Zayden hampir berputus asa hendak memujuk kekasih hatinya itu. Alangkah bagusnya jika dia dapat menjejaki gadis yang menjadi punca keretakan hubungannya itu.
"You bergaduh dengan kekasih you ke?" pertanyaan Eira menyentak Zayden dari lamunan.
Zayden tersenyum tawar. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Suasana di dalam pantries menjadi senyap untuk beberapa ketika. Hanya mereka berdua sahaja di situ.
Eira kembali menyambung membuat minumannya. "Orang perempuan ni memang macam tu. Marahnya sekejap aje. Kalau ada masalah, salah seorang kena bertolak ansur dulu. Jangan dua-dua sama degil tak nak mengalah." Amboi, pandai la dia beri nasihat. Sedangkan masalah semua berpunca dari dia.
"Jangan kan mengalah aje, I dah buat macam-macam tapi girlfriend I still jugak taknak. Give up jadinya.."
"Bagi la dia ruang sikit.... Esok okay la tu."
Zayden menarik nafas dalam sebelum dihela panjang. "Tak tahu la. Nak cakap macam mana lagi."
"Boleh I tahu you bergaduh sebab apa? Itupun kalau you nak cerita la. Kalau taknak pun tak apa."Eira cuba menduga. Betul ke kerana dirinya hubungan Zayden terjejas.
Mata Zayden bergerak ke tepi muka Eira sambil berfikir semula dekat mana aje dia pernah lihat wajah cantik ini. Semakin berserabut fikiran dia ketika ini.
" Sebab ada orang lain ke? "Eira masih berkeras hendak memancing Zayden agar memberitahu apa yang berlaku terhadap teman wanita lelaki itu.
Zayden mengangguk." Tapi bukan disebabkan I. "
" Dah tu? Girlfriend you ke? "
" Bukan jugak. "
Eira memandang Zayden dengan jantung berdegup takut. Menanti kata-kata seterusnya dari lelaki itu.
"I tak tahu la kenapa. Hari Jumaat semalam I dengan dia keluar dating bersama dekat Sebuah kafe ni. Entah dari mana m, tiba-tiba datang sorang perempuan ni. Tegur I lepas tu tuduh I curang pada siapa tu namanya, Hana?Nina? I tak Ingat. Tapi I yakin perempuan tu salah orang. Mesti perempuan tu ingat I Aeron. Jadi dia ingat I curang. You tahu kan Aeron dengan Hannah kan? "
" Mm...tahu. Kalau macam tu kenapa you tak beritahu hal tu dekat girlfriend you? "
" Ingat I tak cuba ke? I bersungguh jelaskan hal tu dekat dia. Tapi dia malah tuduh I hanya gunakan abang kembar I sebagai alasan aje. "
Eira membisu. Tiada soalan yang dapat di tanyakan lagi memandangkan memang benar dia puncanya.
" Kalau I dapat jumpa dengan perempuan tu, I rasa hubungan I dengan girlfriend I mesti dapat dipulihkan. I really love her so much. I taknak hubungan kami putus."
TIDAK DUDUK. DIA BERDIRI. Tidak berdiri. Dia berjalan mundar mandir di dalam pejabat dengan hati yang walang. Perbualan bersama Zayden tadi berulang-ulang dalam benak fikirannya. Lelaki itu kedengaran benar-benar maksudkan apa yang dikatakan. Bagaimana sekiranya masalah hubungan Zayden di tahap yang serius? Mereka berpisah dan kemudian punca sebab dirinya. Macam mana ni? Semakin serba salah dibuatnya. Dia nak tolong pulihkan semula keadaan macam mana? Hujung kuku ibu jadi di gigit Eira tidak senang.
"Ni semua salah aku.. Patutnya aku tanya dulu bukan melulu tuduh orang lain. Sibuk sangat kan nak jaga tepi kain orang, sekarang tengok! Masalah jugak yang aku cipta!" gumamnya ke bengangan.
Sedar tak sedar jam sudah masuk ke 7 malam. Di celah-celah blinder yang tergantung di cermin pejabatnya, Eira dapat melihat meja cubicles di luar sudahpun lengang. Ramai staf sudahpun clock out. Disaat kerjanya masih banyak yang tergendala tidak selesai, fikirannya masih tidak menentu kerana memikirkan kesalahan dirinya terhadap Zayden. Kalau dia berterusan begini, pasti satupun kerjanya tidak akan selesai.
Apa nak buat ni!?
Share this novel