GAGANG TELEFON diletakkan perlahan sambil Eira melepaskan hela nafas panjang yang semakin menyesakkan sasa. Dia merapu wajah beberapa kali. Baru sebentar tadi terganggu dengan perbualannya dengan Tuan Musa. Kini diganggu dengan panggilan dari Erissa yang benar-benar terdesak mahukan bantuan darinya pula. Pada masa yang sama dia teringatkan pertemuannya dengan Eirina beberapa hari yang lepas. Mereka mengharapkan bantuan kewangan daripadanya.
Eira mata akal. Bukannya dia tidak mahu membantu tetapi dia perlu memberitahu tentang hal ini kepada ibu bapanya terlebih dahulu. Dengan persetujuan mereka barulah wang-wang itu dapat diserahkan. Sedangkan kakak-kakaknya pula meminta hal ini dirahsiakan dari pengetahuan orang tua mereka.
Sudahlah dia bingung memikirkan masalah Erissa dan Eirina, kini dia berhadapan dengan isu daddynya yang kini berkelakuan pelik. Kenapa semuanya datang secara mendadak?
Ketukan di pintu nyentak Eira dari menungnya. Zayden berjalan masuk ke dalam. Lelaki itu kelihatan segak dengan kemeja biru tua dan slack kelabu.
"Eira, I ganggu you ke?"
Eira sekadar melemparkan senyuman terpaksa.
Zayswn segera duduk di hadapan meja Eira. Suasana bilik agak redup. Di atas meja itu bersusun dengan fail yang bertumpukan. Di hujung meja ada sebakul bunga ros yang dijadikan sebagai hiasan. Cantik dan kelihatan segar. Tetapi tidak cukup untuk menceriakan raut empunya badan yang kelihatan murung.
"You busy ke?"
"Tak. Cuma nak kemas kini quotation dari supplier."jawab Eira beralasan.
Sejujurnya dia belum buat apapun. Fikirannya terlalu sibuk penuh dengan urusan keluarganya. Hatinya tidak tenteram memikirkannya.
"I nak ajak You Lunch dengan I...err-"Zayden memandang jam tangannya tepat jam 2 petang." Minum petang... "dia membetulkan ayatnya.
Eira tersengih. Matanya merenung jam." Elok la. I pun memang ada masa masa nak join you."ujar Eira sambil mengemas mejanya. Dia bangun dan mencapai beg tangannya dan terus mengekori langkah Zayden yang sudah menunggu di luar pintu pejabat.
" Eira, kenapa I tengok muka you ni macam ada masalah? Memangnya ada apa? " tanya Zayden menyelami riak yang terpancar di raut wajah Eira tika itu.
Hangat kentara jam 3 petang terasa menghangatkan basa. Mereka baru sahaja selesai makan di sebuah restoran tidak jauh dari company mereka.
"Kenapa you tanya macam tu? Memangnya dekat dahi I ni ada tulis ke I dalam masalah?"
"You seem like it..." Zayden menjungkit bahu. Zayden mencuri pandang wajah lembut di sisinya. Anak mata Eira yang dalam menikam terus ke sanubari. Ada getaran yang terasa. Dia sendiri tidak tahu kenapa. "Masa makan tadi satu yang I tanya, satu yang you jawab. Macam nak tak nak aje bercakap dengan I."ujarnya masih tersenyum.
Eira termenung seketika dengan renungan kosong." Mana ada. I cuma penat sikit je hari ni."nafi Eira. Dia berharap Zayden tidak memanjangkan topik perbualan mereka itu. Memang dia ada masalah. Tapi itu masalah peribadi yang melibatkan keluarganya.
"Apq yang you penatkan?" Zayden masih tidak jemu dari memandang Eira. Hatinya begitu tenteram tatkala gadis itu membalas pandangannya. Langkah mereka semakin menghampiri bangunan.
"Draf laporan you hari tu. I busy siapkan."sengaja Eira mengalikan perhatian Zayden. Biar la masalahnya itu. Dia akan selesaikan sendiri tanpa melibatkan orang lain.
"Banyak lagi ke?"
"Dah nak siap. Cuma ada yang I kena rujuk pada you."beritahu Eira.
"Okay. No problem. You balik awal ke hari ni? Kalau lambat I terus bincang dengan you pasal report tu?"ujar Zayden.
Eira tidak memberikan sebarang jawapan.
"Ke you ada hal lain?" soal Zayden.
"Kalau you nak bincang I Okay je. Tapi I dah janji dengan Dante pasal pelan promosi jualan lot-lot kedai yang dia dah buat. Lepas tu sebelum pukul 7 I kena balik sebab dah janji dengan Mommy nak ke rumah kakak I malam ni."
Zayden mengangguk. Faham dengan keadaan Eira. Lagipun tak banyak yang dia nak tanyakan tentang projek Blue Lagoon tu. Bukan dia tak mahir, tetapi sebagai menghormati rakan yang lebih senior, Zayden nak tak nak kena rujuk pada Eira sebelum itu.
"Dante ada pontensi untuk meningkat. I suka bekerja dengan dia."komen Eira tiba-tiba.
Zayden menoleh ke arah Eira." You nak cakap yang you tak suka team up dengan I ke? "
" Ke situ pulak perginya."
Zayden ketawa. Eira turut tertawa.
" Nanti I terus ke ofis you."maklum Zayden menukar topik.
Namun ketawa mereka mati setelah melihat seseorang tidak jauh dari situ.
"Eh, daddy you dengan siapa tu?"
Eira mengeruhkan dahi. Dia tidak terkata kerana dia juga kurang tahun dia nampak seorang wanita besut kemas sedang menunggu Tuan Musa mendekatinya.
Eira dan Zayden segera melintasi jalan. Eira tidak menyedari ada sebuah kereta yang tiba-tiba meluru ke arahnya. Pandangannya tertuju ke arah Tuan Musa dengan wanita tadi. Dia cuba me gamat. Dia yakin itu bukan wanita sama yang pernah dilihat bersama ayahnya di restoran tempoh hari. Siapa pulak wanita tu? Detik hati Eira dengan perasaan ingin tahu.
Zayden di sebelah kebingungngan. Dia pantas menarik Eira sebelum sempat kereta yang bergerak laju tadi merempuh ke arah gadis itu. Eira terdorong ke belakang hampir sahaja hendak terjatuh.
"Eira!Apa kena dengan you ni!" Zayden membentak. Kereta tadi sudah menekan brek sehingga berdecit tayarnya berbunyi. Beberapa buah kereta lain juga turut berhenti secara mengejut. Ada yang membunyikan hon beberapa kali.
Eira yang bagaikan baru tersedar kelihatan terpinga-pinga. Wajah Zayden tegang.
"Kenapa you lintas jalan macam tu aje, tak nampak ke ada kereta tadi!"
Zayden sudah bergerak melangkah pergi dari Eira di belakangnya.
"Zayden. " panggil Eira.
"Kalau nak berangan ke apa ke itu You punya hal. Tapi jangan la mengelamun masa nak melintas."Zayden tiba-tiba menengking tanpa amaran.
Eira terkedu. Dia memandang Zayden yang sedang mencerlung kening ke arahnya. Renungan itu begitu menakutkan sehinggakan lidahnya terkelu.
Zayden terus beredar pergi dari situ.
Eira pula kembali mencari kelibat Tuan Musa bersama dengan wanita yang mencuri perhatiannya tadi. Mereka sudahpun tiada lagi di situ. Dengan keluhan berat, Eira berkerut kening tidak senang.
Apa sebenarnya yang daddy dia sedang lakukan ni!?
Share this novel