"Iya ke...tapi rasanya I pernah ceritakan dekat you..."
"Itu masa you balik dari rumah family mama you pun I tak pernah tahu Uncle Dennis ada anak lelaki. Apatah lagi anak kembar. Masa tu I ingat kakak you tu anak tunggal."beritahu Eira sedaya upaya nak kelihatan tenang di situ.
"And now you know."senyum Aeron dengan lebar.
Dengan kelat Eira ikut tersenyum. Kejamnya diri kerana bersangka buruk terhadap Aeron selama ni. Dan dia harap Zayden takkan pernah ingat dimana mereka pernah bertemu. Seeloknya kalau tak ingat langsung pun tak apa!
Kalau Zayden betul-betul tidak boleh recalled semula akan pertemuan mereka, dia perlu kekal tenang. Daripada malu kerana salah orang hingga menyebabkan hubungan Zayden dan gadis bernama Elena itu terganggu, dia sanggup buat-buat lupa!
"Zayden baru aje balik dari sana jugak, beberapa hari yang lepas."beritahu Aeron.
"Oh-"Eira beriak terkejut yang dibuat-buat.
"And also, dia akan join kita."beritahu Aeron lagi.
"Oh really?"Eira kedengaran terkejut dan tak percaya pada masa yang sama.
Aeron mengangguk. "Untuk assignment pertama dia,I nak dia handle project Blue Lagoon."
Jantung di dalam dada mengepam darah berderu laju ke otak. Membuatkan denyutan yang menyakitkan dapat dirasai pada urat kepala. Kenyataa Aeron itu hampir membuatkan Eira pitam. Dia begitu tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diberitahu oleh lelaki itu. Dah kenapa pula Zayden menjadi partner dia untuk projek tu? Aeron pasti ke ini idea yang baik? Hati Eira berasa tidak senang dengan semua itu.
Sempat Eira mengerling ke Zayden yang sedang duduk. Wajah itu kelihatan selamba dan bersahaja semenjak tadi. Dengan kemeja lengan panjang kelabu dan bertali leher hitam berjalur kelabu, lelaki itu kelihatan lebih segak dan profesional dibandingkan Aeron.
Rambutnya disisir kemas dengan anak rambut terbelah sebelah kiri menjadikan penampilan Zayden kelihatan matang dari Aeron. Bau haruman mewah gentleman milik lelaki itu menerawang di sekitar ruangan berpenghawa dingin itu. Teringat pula wajah marah dan serius Zayden sewaktu di kafe tidak semena. Memang serupa!
Tak hairan la kenapa beria sungguh Zayden bertanya dan berkelakuan seperti orang tidak tahu apa-apa. Bolehnya dia cakap macam tu dengan Zayden!Ugh!Sudah la penampilan dua orang ini juga berbeza boleh pulak dia tak perasan!Dia cuma fokus pada rupa paras semata semasa pertembungan tu!Aduh!Mana nak letak muka ni sekarang!
"Bukan apa Eira, I tak adalah nak biarkan ahli keluarga I yang uruskan projek besar syarikat sedangkan baru masuk kerja. Tapi sebab I tahu kemampuan Zayden macam mana dan I tahu Zayden boleh ikut sama handle projek ni dengan you."Aeron menjelaskan alasannya sebelum menunggu Eira bertanya lebih mengenai permintaannya tadi.
Menung Eira mati. Dia yang duduk kejung di sisi Zayden terus bersandar ke belakang dengan kaki bersilang. Cuba untuk relaks sedangkan dalam kepalanya sudah seperti taufan dan ribut!
"Lagipun Zayden ada pengalaman banyak semasa di tempat kerja lama dia."tambah Aeron lagi.
"Bukan itu isunya. Cuma sekarang I belum ready lagi nak ada partner kerja."Eira beritahu kemudian. Dia belum bersedia hendak berkerjasama dengan sesiapa, lagi-lagi dengan Zayden.
"Kenapa?You rasa tak bersedia nak bekerjasama dengan I sebab kita berdua orang asing ke?"Zayden berasa terkesan sedikit dengan jawapan Eira itu.
Eira mati kutu sebaik mendengar Zayden bercakap begitu.
"Kalau itu aje sebab kenapa you reject cadangan abang I tadi, I don't think that enough to make you doing so.."
Aeron mengangguk. Dia ikut bersetuju dengan kata-kata Zayden.
"Tapi, Aeron-"terarak-agak Eira dibuatnya.
"You fikir dulu okay. Esok you baru bagi tahu."minta Aeron bernada memujuk.
Sedikit lega mendengarnya, Eira menarik senyuman nipis. Bagus la kalau macam tu. Nanti esok dia akan berikan jawapan 'tidak' kepada Aeron tanpa berfikir dua kali terus. Settle!
"I cuma nak dengar jawapan 'ya' aje dari you nanti."
Mendengar kata-kata itu, senyuman Eira terus memudar. Bungkam kerananya.
EIRA menapak keluar dari pejabat Aeron dengan langkah yang berat. Bahunya sakit seakan sedang memikul beban yang banyak. Masakan tidak, dia tiada pilihan selain menurut akan permintaan Aeron yang mahu dia mengetuai projek Blue Lagoon bersama dengan Zayden. Suka atau tidak, rela atau tidak, dia terpaksa juga menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Aeron dengan pasrah. Lagipun, idea ini adalah datang dari Tuan Dennis dan daddynya sendiri. Eira tiada lagi alasan yang kukuh untuk dijadikan modal untuk mengelak.
Tapi yang anehnya, kenapa daddy dan Tuan Dennis langsung tidak pernah menceritakan tentang penglibatan Zayden sebagai kakitangan di syarikat mereka dari awal?
Nak buat bagaimana lagi, nak tak nak dia kena temui daddynya dan Tuan Dennis untuk membincangkan hal ini semula. Dengan harapan dua orang itu akan berubah fikiran dan menarik semula akan cadangan Aeron!Mana tahu la kan kut..kut mereka akan ubah fikiran. Maka dia tidak akan ditekankan dengan perasaan serba salahnya sekiranya bekerja dengan Zayden yang telah dituduh olehnya berlaku curang.
"Kenapa you nampak macam tak suka dekat I?"Zayden menegur sewaktu sedang berjalan ke arah pejabatnya.
Melompat terkejut Eira dibuat sapaan itu. Dan bila dia menoleh, lelaki itu berada di belakangnya. Mahu melompat keluar aje jantung dia rasakan menyedari lelaki tersebut berdiri di situ. Tak nampak ke yang dia taknak bercakap dengan Zayden sekarang?Bolehnya lelaki ni tanya kenapa?
Zayden terus merapat ke Eira. Tiada garis emosi di wajah itu. Kecuali renungan ingin tahu dek sikap dingin Eira terhadapnya sejak tadi. Obviously dia boleh nampak Eira seakan enggan berurusan dengan dia. Kenapa, dia tak tahu. Sebab dia baru berkenalan dengan Eira. Dan bila dia bertanya soal ini pada Aeron, abang dia bolehnya ketawakan dia atas tuduhan dia yang pesimis, kerana belum kenal sepenuhnya siapa Eira.
"Dah kenapa you cakap macam tu?"Eira memandang Zayden dengan resah gelisah hingga membuatkan perutnya memulas semacam. Dia tidak menyangka bahawa kejadian petang Jumaat hari tu boleh meninggalkan impak sebegini pada dirinya. Dia seolah-olah bukan dirinya setelah berdepan dengan Zayden begini. Mana perginya Eira Jasmeen yang selalunya lantang bersuara dengan yakin?Gerutunya di dalam hati.
"Tak adalah. Dari tadi I perasan you seakan tak selesa dengan I."
"Tak bermakna yang I bencikan you..."
Dengan dalam Zayden meneliti wajah Eira. Dia cuba mendapatkan kepastian dari tatapan mata itu. Dia begitu pasti dengan perasaannya ini. Ketika Aeron perkenalkan mereka berdua tadi dia sudah perasan yang Eira seakan cuba mengelak dan kelihatan terganggu sebaik bertemu dengannya.
"Kalau macam tu, I minta maaf sekiranya I buatkan you rasa tak selesa. Maybe sebab ini first time kita berjumpa. Jadi I rasa kekok sikit nak bercakap dengan you."beritahu Eira.
"Jadi macam ni ke you treat someone yang you baru jumpa? I nampak macam you mengelak dari I..."
Betapa bergelutnya Eira ketika ini. Dia hanya mahu balik ke pejabatnya sekarang. Tak boleh ke? "Mm...I rasa you dah salah faham dekat sini. Zayden sebenarnya I tak kisah dengan siapa I bekerja pun.."
"Then?"
"I cuma tak pandai nak handle dengan orang baru dalam satu kerja tu. Ini adalah projek besar pertama yang I handle sejak I masuk ke syarikat ni. You pulak masih dikira sebagai orang baru. Banyak perkara yang you kena belajar lagi tentang syarikat ni..."
Eira sedaya upaya hendak meyakinkan Zayden. Sesungguhnya dia semakin gemuruh apabila berdepan dengan Zayden. Di fikirannya sekarang dia cuma terbayangkan rupa gadis berambut perang karat yang bersama dengan Zayden tempoh hari. Rasa bersalah bertubi-tubi menghentak nuraninya.
"So...maknanya you tak percaya dekat I yang I boleh handle projek ni la?Macam tu?"soal Zayden yang sejak tadi tidak lepas dari merenung Eira. Betul la kata kakak sulungnya Angela. Eira sememangnya seorang wanita yang rupawan. Tubuhnya tinggi lampai dan berkulit putih tauhu.
"Bukan macam tu. I tak pernah pun fikir macam tu apalagi pandang rendah pada kebolehan you. I yakin you mempunyai pengalaman yang lebih baik dari I. Cuma-"
"Cuma you taknak berurusan dengan I?"Zayden membuat andaian lagi.
Eira terkedu. Dia tidak dapat mencari kata untuk memjawab kenyataan Zayden.
"No wonder la kenapa papa dan Aeron bersungguh nak I mulakan assignment pertama I dengan you.."ujar Zayden lagi.
Kening Eira terjungkit tinggi kehairanan. Apa maksudnya?
"Rupa-rupanya papa dan Aeron nak beritahu I yang King Ventur ada pekerja yang komited dan tetap pada pendiriannya macam you."
"Hah?"
"Papa banyak cerita tentang you, Eira. Aeron pun sama. Sejak I balik hari tu mereka tak berhenti dari mengungkit tentang you. Sampaikan I sendiri tertanya-tanya. Siapa aje la Eira Jasmeen yang buatkan family I ni seronok sangat nak bercerita. Tak sangka pula yang keinginan I untuk sama-sama bekerjasama dengan you tercapai. I tak sabar nak bekerja dengan you lepas kita berkenalan tadi."jelas Zayden dengan bersemangat.
"Bila masa pulak I setuju? I tak cakap apa-apa lagipun tentang keputusan I."
"La...kenapa pulak?Ini kan pertemuan pertama kita. Dan kita akan sama-sama bekerja untuk projek besar syarikat. I berharap sangat yang you akan berikan peluang dekat I untuk tunjuk kebolehan I. Boleh kan?"
"I tak sure. I belum boleh buat keputusan sekarang."balas Eira masih berkeras enggan bersetuju.
"Makin you berdegil untuk menolaknya, semakin nekad I nak teruskannya Eira."tegas Zayden.
"I'm just being persistent. Not stubborn."
"Kalau macam tu, kita tunggu dan tengok."Zayden menarik senyuman penuh maksudnya.
Share this novel