TASJ 04

Romance Series 21604

Hujan gerimis mulai membasahi kawasan pusat bandar. Eira berlari anak menuju ke sebuah kafe. Setiba tempat berteduh, pantas dia menepis pakaian akan sisa air hujan yang menimpa dirinya. Nasib baik kemeja yang dipakainya hari itu warna gelap, tidak lah kelihatan sangat kesan titisan hujan yang mengenai bajunya. Hujan yang turun pula langsung tidak menunjukkan tanda akan berhenti dalam masa terdekat.

Keadaan kafe ketika itu tidak sibuk dengan pelanggan. Eira mengambil tempat di kerusi bahagian penjuru kafe tersebut. Sebelum itu dia sempat memesan minuman hangat dan sepotong kek tiramisu. Sambil menunggu akan pesanannya tadi, Eira diam scrolling telefon memeriksa hal-hal penting dan tidak penting. Sudah menjadi kebiasaannya dengan rutin sebegini. Keluar menjalankan aktiviti casual dengan sendiri bukan perkara asing untuk Eira. Malah tinggal sebumbung bersama mommy dan daddy juga tidak membuatkan Eira berasa terkongkong. 

Daddy dia telah memberikan kebebasan untuk dia. Janji dia pandai-pandai bawa diri dan tahu batas pergaulan. Itu la pesanan yang selalu terngiang dalam kepala.

Kebetulan pulak, hari ini dia tidak perlu menghantar mommy pergi ke hospital kerana ditemani oleh maid dengan menaiki Uber. Itu yang sebelum dia gerak menjemput mommy dia dari hospital, Eira berjalan-jalan di sekitar.

Sedang dia khusyuk membaca butiran artikel hartanah di skrin telefon, Eira mendengar perbualan dari meja sebelah kanan  di belakangnya. Suara yang familiar. Tapi siapa pulak? Kehairanan, dia pun mencerling ke balik bahu. Kelihatan seorang lelaki duduk menghadap seorang gadis sedang saling berpegangan tangan.

"I janji nanti bila I dah dapat kerja di syarikat papa I, I akan penuhi semua kehendak you. Tapi bukan sekarang sayang. I belum ada income yang stabil untuk support you. Ada banyak benda yang I kena pertimbangkan untuk hidup baru I dekat sini."

Mengerenyet tidak selesa mata kiri Eira melihatnya. Dia pantas memalingkan pandangan ke arah lain. Rasa macam tidak sopan pula dia memasang telinga akan perbualan orang lain. Tapi itulah, telinganya ini bukannya ada volume setting atau mute button untuk tidak mendengar perbualan itu.

"Tapi I dah lama teringin nak set dress tu. Nanti kalau I tak beli, orang lain yang akan beli. Melepas I...you tak sayang ke dekat I?" dengan manja suara gadis itu kedengaran.

"Kalau orang lain dah ambil dulu, you boleh pilih dress yang lain. Bukannya ada sepasang aje dress dekat pasaran sana. Lagipun dress yang you nak tu-"

"Kenapa dress tu?"

"Takkan la hanya nak sepasang dress aje harga sampai mencecah 6ooo. Macam tak lumayan aje."lelaki itu membalas dengan nada teragak-agak.

"Tak kira. I nak jugak. I taknak pilihan lain!"

"Alright...alright. I belikan untuk you."

Eira kengerian. Hampir mahu melotot keluar biji matanya sebaik dengar. Memangnya lelaki ni lembu dicucuk hidung ke?Bolehnya menurut macam tu aje kerana cinta?6ooo untuk sepasang dress?Logik tu letak dekat otak, bukan dekat lutut. Tak masuk akal betul.

Seusia menghabiskan hidangannya, Eira pun bangkit. Pada masa yang sama pasangan di meja tadi ikut berdiri. Tanpa diduga mereka pun bertembung di laluan yang sama. Eira tersentak sebaik bertentang mata dengan wajah si teman lelaki. Sementara pasangan itu kelihatan bersahaja dan tidak tahu apa-apa.

"Yes?"tegur gadis itu kepada Eira. Mungkin kerana perasan akan renungan Eira yang terarah pada kekasihnya di samping ketika itu.

Kejung membatu di situ, mata Eira terbuntang. Keningnya hampir bercantum. Wajah gadis dihadapannya memang tidak asing. Lagi-lagi dengan rambut perang berkarat miliknya. .Serta merta realiti menyentak Eira. Memang betul!Gadis dihadapannya ini adalah gadis sama yang hampir hendak melanggar dia tempoh hari. Gadis yang mengherdik dirinya melalui tingkap kereta Aeron.

"Hello!Kau dah kenapa pandang-pandang boyfriend aku macam tu?"bentak gadis yang merangkul lengan itu kegeraman.

"You cheating...you cheat on Hannah..." gumam Eira perlahan. Namun ucapannya itu kedengaran jelas.

Wajah kedua-dua orang hadapan Eira ketika itu berubah serta merta sebaik mendengar kata-kata Eira tadi.

"Hannah?Siapa pulak si Hannah ni?"soal gadis itu melenting sambil berpaling ke sisi, memandang teman lelakinya dengan kening berkerut.

Eira di situ turut memandang ke arah lelaki tersebut. Memang dia terkejut. Malah dia berasa tidak percaya dengan kenyataan bahawa Aeron yang pada awalnya bersama Hannah sekarang berganding tangan dengan perempuan lain.

Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?

Awal hari tu, Hannah yang beria menuduh dia mengurat Aeron, sedangkan jelas lelaki itu yang bermain kayu tiga.  Kalau namapun lelaki, semuanya sama.

Masih Eira ingat lagi, nasib rakan-rakan perempuannya yang lain. Anna yang meraung histeria selepas mengetahui tentang teman lelaki lapan tahun bersama dengan rakan sekerja lelaki itu sendiri dibelakangnya. Belum lagi kisah Rinna gadis yang menjadi rakan sekuliahnya sewaktu di universiti, bercerita tentang kecurangan tunang tiga tahunnya. Kini rakan baiknya sendiri Hannah telah dicurangi dengan kekasih sendiri. Memikirkan soal itu buatkan Eira tumpang bersedih untuk Hannah.

"You...siapa Hannah?"gadis itu mulai membentak di situ. menarik perhatian beberapa pelanggan yang berada di kafe itu. Mereka semua memerhati dengan riak masing-masing.

Lelaki itu pula kelihatan terpinga-pinga sendiri. Antara sedar tak sedar kerana situasi tersebut. Dia turut menjungkit bahu tak tahu. "Elena, I sendiri tak tahu apa yang perempuan ni cakap kan.."

"Tak guna kan you?You curang dengan I!" jerit gadis itu hingga membuatkan perhatian semua orang terarah pada mereka.

"Tak..Elena, sayang. Sumpah I tak tahu."tegas lelaki itu sambil mencengkam lengan teman wanitanya.

"DIAM!!"Elena merentap tangannya dengan kuat lalu berjalan pergi dari situ dengan hentakkan kaki tidak puas hati.

Eira yang memerhati terkedu diam di situ. Kalau ikutkan hati memang sudah di hempuk kepala lelaki tu dengan beg tangannnya ketika ini juga. Biar terbuka sedikit fikiran tu akan kenyataan bahawa lelaki itu telah memperbodohkan Hannah selama ini.

"I tak kenal siapa perempuan ni, inikan lagi perempuan nama Hannah tu!"

"Dasar lelaki. Semuanya sama. Sampah!" Gadis bernama Elena itu berpaling dengan riak wajah berangnya.

"Elena!Sayang!"jerit lelaki itu berkali-kali.

Gadis itu tidak menoleh lagi dan terus berlalu pergi.

Suasana di situ pun secara automatik menjadi tenang. Eira kemudiannya teringat akan janjinya untuk menjemput mommy dari hospital. Lama-lama di situ bukannya beri dia apa-apa faedah. Tanpa menghiraukan lelaki dihadapannya Eira turut berpaling dari situ. 

Tapi itulah, tidak memasal dia berasa tidak sedap hati pula bila malukan Aeron seperti tadi. Sudah pula hari ni hari Sabtu. Esoknya Ahad. Isninnya nanti dia kena menghadap lelaki itu di pejabat. Paling tidak bertemu di rumah mereka. Dah sah-sah lelaki itu akan menggunakan pengaruh sebagai anak pemegang saham utama syarikat untuk membalasnya semula.

"Hey!"panggil lelaki itu tadi.

Eira tidak berhenti. Dia buat tidak endah.

"Hei!Apa masalah kau sebenarnya ya?"lelaki itu kelihatan berang dan bengang.

Eira berpusing menghadap lelaki itu ketika kakinya sudah melangkah keluar dari pintu. Penampilan ringkas lelaki itu kelihatan seperti sudah lama berada di luar, bukan seperti orang baru pulang dari pejabat.

Seingat dia la, tadi dia perasan Aeron memakai kemeja biru keunguan. Tapi lelaki di hadapannya ini mengenakan t-shirt round neck hitam dan jaket hitam. Rajin pula ya nak tukar pakaian kemudian berlakon seperti orang tidak bersalah. Ah!lelaki kalau nak buat salah, mereka akan lakukan apa saja.

"Kenapa ya kau burukkan aku?"suara tegas lelaki itu memecah suasana.

"You dah kenapa?I tak buat apa-apa okay." balas Eira tidak bersalah.

"Eh...buat-buat tak bersalah pulak!"

"Aeron, I dengan Hannah kawan baik. I sayangkan dia dan I tak suka kalau lelaki sampah macam you ni sakitkan hati dia. Selama ni Hannah fikir I goda you sedangkan you yang bermain kayu tiga di belakang dia. Tak ada hati perasaan ke you ni?"

"Aeron?"sengih lelaki itu mengejek.

Eira mengecilkan matanya. Memandang bosan dek menyampah dengan lelaki yang hanya tahu hendak bermain dengan kata-kata.

"Aku rasa kau dah salah orang ni."ujar lelaki itu. Hujung bibir itu terherot ke tepi.

"Jangan nak berlakon ya. Buat-buat tak kenal nama sendiri pulak."dengus Eira.

"Dah memang betul kau salah orang, nak aku cakap macam mana lagi."

"What ever la. I nampak you dengan perempuan rambut karat tadi tu."

"So, bila kau nampak aku dengan perempuan tu, kau terus assume aku ni Aeron la. Kalau aku bukan Aeron kau nak buat apa!"

Eira berdengus tak percaya seakan mahu ketawa. "Hahaha.....jangan nak bergurau la. Orang gila pun tak mengaku dia gila!Inikan you yang dah terang-terang buat salah masih jugak nak menegakkan benang yang basah!"

"Hei!Mulut tu jangan nak kurang ajar sangat ya!"

"Hello, please la ya. Kalau dah salah tu mengaku aje salah. Tak payah la sampai nak berlakon seakan diri tu teraniaya dan mangsa keadaan. I paling pantang kalau jenis lelaki tak jujur ni!"

"Aku tak tahu siapa kau. Dan aku tak tahu kenapa kau asyik tuduh aku curang macam ni. Apa yang aku tahu kau kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku hari ni. Aku nak kau perbaiki semula hubungan aku dengan kekasih aku!No matter what. Fix it the mess you made!"

Eira ketawa buat-buat lagi. Dia menarik pintu ke dalam lalu keluar dari situ tanpa menghiraukan lelaki tadi. Ada dia kisah!

"Padan muka!"sempat dia menggetus semasa beredar pergi dari situ dengan muka selamba.

Kalau dah lelaki semuanya tak pernah nak setia dan jujur dalam hubungan. Menjengkelkan betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience