TASJ 01

Romance Series 21604

Jam hampir ke angka 7 malam. Suasana mendung dengan langit gelap seperti mahu malam. Sesekali angin bertiup kencang. Kesesakan jalan raya di susur keluar ke jalan besar menyebabkan banyak kenderaan mula beratur dan menanti giliran untuk bergerak ke destinasi masing-masing. Keadaan ini membuatkan pemandu-pemandu mulai marah dan hilang sabar. Dalam waktu begini semuanya menunjukkan sikap pentingkan diri.

Eira Jasmeen mengeluh panjang. Kakinya sudah mulai sengal menekan pedal minyak dan brek kereta yang dipandu. Sudahlah perutnya pedih minta diisi, ditambah lagi dengan keadaan jammed di jalan raya yang luar biasa dari hari sebelumnya.

Hai...apa la nasib petang ni. Ingatkan dapat pulang awal tidak la menghadap jammed. Rupa-rupanya sama aje macam hari-hari lainnya.

Kalau dia tahu, baik dia duduk dekat ofis. Banyak lagi kerja dia boleh selesaikan. Deti hati kecilnya kekesalan.

Hari tu, banyak la jugak kerja dekat pejabat yang perlu diselesaikan. Eira merupakan pengurus bahagian sumber manusia syarikat King Ventur Development yang diterajui oleh ayahnya, Tuan Musa dan Tuan Dennis. Di samping itu, Eira juga perlu memantau projek harta tanah yang syarikat mereka kendalikan. Ada masanya, banyak perkara perlu di telitikan dan diperhatikan dalam masa yang sama sehingga Eria terlupa akan waktu makan dan berehat.

Namun, Eira tidak peduli. Sebagai anak bongsu dari tiga beradik perempuan, dia perlu mengutamakan management syarikat terurus. Kerana itu, apabila ayahnya meminta dia bekerja di syarikat ini sebaik sahaja tamat belajar, Eira terus akur. Dia langsung tdak pernah berkira walaupun kakak-kakanya terlepas dari memikul tanggungjawab tu.

Kepadatan dengan kerta membuatkan Eira semakin melupakan minatnya terhadap seni persembahan dan muzik. Major itu la yang Eira ambil semasa belajar di universiti suatu masa dulu. Jauh bezanya buka dengan bidang kerja yang dia ceburi sekarang.

Tidak semena-mena, perutnya yang berkeroncong semenja tadi mulai memulas. Pedihnya sesakli mencucuk-cucuk. Ingat, perut yang kosong jangan dibiarkan lama. Nanti mengundang penyakit. Dia jugak yang mennghadapnya. Sudah la dia ada gastrik, tapi makan masih jugak dilengah-lengahkan. Kalau mommy tahu, habis dia dileteri. Ngomelnya sendiri.

Eira pantas memusingkan stereng. Membelok k e arah bangunan dereta premis dan kedai makan. Keretanya berhenti di petak parking yang disediakan. Dia keluar dan menuju dan menuju ke sebuah restoran yang terletak di seberang jalan.

Penampilan Eira ringkas pada hari itu. Kemas dengan skinny jean hitam dan kemeja lengan panjang putih. Rambut panjang paras dadanya disanggul, membiarkan anak rambut terhurai sekitar wajah bujur putihnya. Menambahkan keanggunan wajahnya sehingga ada mata liar yang mencuri lihat.

Sebelum melintas, Eira sempat menoleh kanan dan kiri. Dia mendapati ada sebuah kereta meluncur di jalan sama tapi tidak laju. Dia meneruskan langkahnya. Namun belum sempat Eira tiba ke kaki lima jalan, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz hitam brek mengejut di hadapannya.

Eira kejung. Langkahnya mati di situ.

"Woi!Dah nak mampus sangat ke!"jerit suara dari dalam kereta itu. Pemandu tersebut membunyikan hon berkali-kali.

Bersama dada yang sesak. Kening Eira mencerlung. Belum bergerak dari berdirinya. Dia geram kerana herdikan itu.

"Kalau melintas tu, guna mata boleh tak?Tak pandang ke kiri kanan!"jeritan itu semakin lantang. Kali ini pemilik suara itu menjengah kepala dari cermin tingkap seat sebelah pemandu. Seorang gadis berambut karat mempamerkan riak tidak puas hati. Selamba dia menaikkan cermin kereta.

Eh!Dah engaku tu memandu macam orang gila, tak sedar pulak! Getus Eira di dalam hati. Dia cuba melihat wajah gadis itu. Tapi tidak jelas kerana cermin kereta itu tinted kebiruan.

Pemandu tersebut terus menerus menekan hon sebagai isyarat supaya Eira berjalan pergi dari situ. Namun Eira masih enggan berganjak. Dia nak tengok sampai bila perempuan rambut karat tu tahan nak menghadap dia berdiri patung dekat sini. Eira menyilang tangan ke dada. Pantang betul dia dekat jenis manusia yang pentingkan diri dan tak reti nak berbudi bahasa dengan orang lain. Sedangkan yang salah dekat sini bukan dirinya.

Bunyi hon bertubi-tubi memekik memekakkan telinga. Beberapa pasang mata yang sejak tadi memerhati hanya mengeleng dek tingkah mereka. Eira tetap membatukan tubuhnya di situ dengan muka tidak bersalah.

Kereta itu akhirnya membelok ke kanan Eria dan bergerak perlahan. "Dah hilang akal sangat agaknya!"jeritan itu kedengaran dari tempat duduk pemandu pula.

Kereta itu kemudiannya meluncur laju dengan bunyi deruman enjin kereta yang kuat. Eira sekadar memerhati dengan perasaan berbuku berang. Dia langsung tak dapat nak tengok wajah sebenar pemandu yang kurang ajar tu. Namun apabila dia terpandang akan nombor plat kereta itu, dia tiba-tiba tersentak tak percaya.

Macam kereta Aeron. Dia yakin itu kereta Aeron Samson anak kepada jirannya. Tapi...Aeron dengan siapa?Hati Eira tertanya-tanya. Wajah gadis yang muncul dari tingkap tadi seingatnya berambut karat bukannya Hannah yang berambut hitam. Aeron ke yang memandu tadi?

Aeron yang dia kenali bukan seorang player. Aeron tak mungkin akan bersikap kasar. Dia kenal Aeron sebagai jiran sebelah rumahnya dan lelaki yang bekerja satu syarikat dengan dia. Tapi siapa pulak yang memandu kereta Aeron?Dan siapa pula perempuan yang naik angin tadi?

SEJAM KEMUDIAN, Eira sampai ke rumah dalam keadaan kepenatan. Dari dalam kereta, dia sudah tersenyum lebar melihat mommy sedang menanti ketibaannya di hadapan pintu. Langkah itu diatur lekas ke arah Puan Amber bersama dengan barang-barangnya dari dalam kereta.

Kereta Mercedes Executive milik daddy kelihatan di garaj. Kemungkinan daddynya itu sudah lama sampai rumah. Eira berfikir-fikir sambil cuba ingat sama ada daddy dia drive sendiri ke tempat kerja atau menumpang keretan Tuan Dennis. Sempat dia menjeling ke rumah jirah di sebelah kanan kediamannya. Kereta Tuan Dennis ada di parkir.

Pada waktu yang sama, dia juga melihat kereta Aeron sudah terparkir di belakang kereta Tuan Dennis. Tak memasal Eira teringatkan kejadian tadi. Dia memang confirm kereta Mercedes Benz hitam tu milik Aeron. Dia jugak yakin nombor plat tu nombor plat yang sama. Kebetulan pula sepanjang hari tadi dia tidak bertemu dengan Aeron di King Ventur Development.

Sehingga sekarang Eira tidak habis fikir akan gadis berambut perang karat tadi. Takkan la dalam diam Aeron pasang perempuan lain?Buat dia gelisah pulak tak memasal.

"Meen..kenapa ni?Jalan tersenget-senget macam ketam?Apa yang kamu intaikan kat rumah Uncle Dennis tu?"

Eira terdengar mommynya menegur. Tanpa sedar dia sudahpun berdiri di hadapan Puan Amber. Teruja dia pabila melihat mommynya anggun dengan busana warna pink sakura itu.

"Mommy...mommy ada plan ke?Kenapa pakai cantik-cantik ni?Nak dating dengan daddy ke?"Eira bertanya. Langsung tidak menjawab pertanyaan mommy dia tadi.

"Mana nak ke mana-mana."Puan Amber menilik dirinya dengan bingung. Entah apa yang cantik pun dia tak pasti. Anak bongsunya ni pun pandai berkata-kata. "Meen tu mengintai tengok rumah Uncle Dennis kenapa?"soalnya semula.

Eira terus menggeleng. Fokusnya kini terarah pada mommynya. Serius beritahu mommy dia ini jarang sekali berpakaian cantik begini jika di rumah.

Rumahnya juga berlampu. Ruang tamu kedengaran bingit dengan suara televisyen yang memang biasanya terpasang.

"Apa yang Meen pandangkan tu?Beria sungguh mommy menengoknya?"Puan Amber semakin kehairanan melihat tingkah anak gadisnya itu. Dia turut sama memaling ke arah rumah Tuan Dennis.

"Mana ada apa-apa. Mommy tengah buat apa?"soal Eira menanggalkan kasut dari kakinya.

"Mommy tengah tunggu kamu la. Risau mommy sejak tadi kenapa la kamu tak balik-balik lagi. Kenapa lambat?Banyak sangat kerja ke?Daddy kata Meen keluar awal..."

Eira melangkah masuk ke dalam. Selipar dalam disarung ke kaki. Bau haruman makanan sudah menusuk ke rongga derianya. Eira terus ke meja makan. Puan Amber hanya memerhati dengan senyuman. Tidak membuang masa, Eira segera menjengah kepala ke makanan yang sudah terhidang.

"Wah, sedapnya. Mommy masak lasagna."kata Eira hampir nak meninggi suara.

"Kegemaran kamu kan tu."Puan Amber beritahu.

Mereka berdua kemudiannya ke ruang tamu dan duduk bersantai di situ.

"Tapi Meen dah kenyang. Tadi on the way balik singgah sekejap dekat restoran. Sebab tu lambat."

"Kamu tak makan ke masa dekat ofis tadi?"

"Tak sempat..."

"La...kamu ni kan. Sakit tu kambuh lagi baru tau."

Eira sekadar menarik senyuman. Sudah biasa dengan omelan mommynya itu. Kebiasaannya dia akan dileter perkara yang sama jika dia melewatkan makan.

"Kalau ya pun, tunggu la sampai rumah. Boleh makan dengan mommy dan daddy. Penat mommy dengan maid masak."sambung Puan Amber kemudian.

"Dah orang lapar. Kebetulan pulak jalan jammed. Meen pun apa lagi, itu yang melencong sekejap. Tapi mommy jangan la risau. Meen tadi sempat makan salad aje tadi sebab tak berselera sangat."beritahu Eira sebaik teringat kembali pertembungannya dengan Aeron tadi.

"Itu la...tadi tengah hari daddy ajak keluar makan sama, Meen tak mau. Sekarang siapa yang kena marah?"

Tiba-tiba suara Tuan Musa kedengaran dari arah tangga tingkat atas.

Eira terus tersengih.

Tuan Musa turut serta bersantai di ruang tamu. Kemudian dia menekan punat remote tv untuk menukar siaran berita.

Puan Amber pula menghidangkan snek untuk kudap-kudapan di atas meja itu.

"Daddy...macam tak tahu pulak kan...Meen sibuk sehari suntuk ni."

"Sibuk?Kerja apa yang kamu buat sampai tak sempat nak makan?Daddy tak suka kamu sibuk sampai lupa nak makan. "Tuan Musa beritahu dengan perlahan.

Eira mencapai potongan kek buah yang dihulurkan oleh mommynya. "Meen habiskan kerja yang Meen tak sempat selesaikan minggu lepas punya. At the same time Meen kena buat penilain untuk sesi kenaikkan pangkat yang Uncle Dennis nakkan. Baru aje tadi Meen sempat siapkan separuh . Esok baru habiskan semua."

Tuan Musa mengangguk faham. Kerajian anaknya bekerja memang jelas. Dia ingat lagi, Eira pernah menolak permintaanya untuk bekerja di syarikat yang ditubuhkan bersama Tuan Dennis yang sudah menjadi sahabat karibnya sejak 35 tahun bersama.

Memang sejak kecli lagi, perhatian dan kasih sayangnya pada Eira kurang berbanding dengan anak-anaknya yang lain. Bukan sebab pilih kasih tapi antara tiga orang anaknya Eira la yang sentiasa mengalah dalam banyak hal dirumah bersama dia berbanding Erissa dan Eirina yang selepas tamat belajar, masing-masing memilih hendak berkahwin.

"Meen dengar ada orang baru nak masuk kerja ke syarikat daddy?Betul ke?"

Tuan Musa tersentak dari lamunnya. Pertanyaan Eira itu menyergah mindanya. Dia terdiam seketika.

"Ya, ada orang baru nak masuk kerja. Maybe minggu hadapan baru lapor diri."jelas Tuan Musa.

Puan Amber sekadar mendengar. Dia lebih suka mendiamkan diri dan memasang telinga setiap kali dua beranak ini membincangkan soal kerja.

"Siapa orang tu daddy?Penting sangat ke sampai bersungguh Uncle Dennis suruh buat preparation bilik kerjanya tu?"Eira bertanya lagi taktala teringatkan bilik bersebelahan dengan pejabatnya yang sedang di renovate dan akan disediakan dengan perabot baru.

Eira perasan mommy dan daddynya saling mengerling ke antara satu sama lain.

"Nanti kamu tahu la."Tuan Musa cuba berteka teki.

"Nanti tu bila?"

Tuan Muda tersengih. Begitu juga dengan Puan Amber. Kemudian pasangan itu mengalih perhatian ke skrin televisyen. Menonton berita yang sedang ditayangkan.

"Kamu naik la bilik sana. Mandi kemudian kita makan sama-sama."Puan Amber beritahu seakan memujuk anaknya.

Hendak tak hendak, Eira melangkah lesu dengan tanda tanya untuk soalan yang masih tidak terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience