TASJ 29

Romance Series 21604

Zayden memandang skrin telefon dengan renungan muram. Hatinya gelisah. Berulang kali dia cuba menghubungi Elena tetapi panggilan sekali pun tidak dijawab. Dia mencuba sekali lagi. Pun masih begitu. Entah ke mana Elena pergi? Detik hari Zayden tidak tenteram.

Apa yang Zayden lakukan selama dua hari yang lalu hanyalah kerana dia enggan me campur adukkan. Urusan kerja dan peribadinya dalam satu masa. Bukan niat dia mahu menghalau Elena. Tapi dia benar-benar ibuku dan tiada masa hendak menghadap kerenah Elena. Kalau tidak memang dia dah lakukan apa saja untuk gadis itu.

Zayden sengaja tidak menghubungi Elena. Tetapi entah kenapa kejadian yang hampir membahayakan nyawa Eira petang tadi terbayang-bayang di dalam kepala. Dia merasakan kejadian ngeri yang pernah berlaku pada dirinya dahulu seolah-olah akan terjadi sekali lagi. Rasa takutnya menerpa.

Flashbacks

"ZAYN...hari ni nenek nak masak makanan kegemaran kamu!." terngiang-ngiang suara neneknya, Puan Rita.

Zayden yang sedang bersiap-siap hendak ke kuliah sempat mengerling ke arah neneknya yang sedang duduk memerhatikan dirinya di katil. Kelihatan tangan Puan Rita ligat mengemas bantal dan selimut atas katil itu.

Awal pagi itu, Zayden perlu menghadiri kelas. Sebelah petang pula dia sudah berjanji dengan Ariel hendak ke perpustakaan. Manakala selepas pulang nanti dia ada date Bersama Elena pula.

Kelibat neneknya yang bergerak ke meja belajar ya menyedarkan Zayden dari menungnya. Zayden nenyisirkan rambutnya dengan kemas.

"Nenek nak masak apa hari ni? Rasanya makan favorite Zayn bukan ada satu jenis aje."Zayden membetulkan jaket di badannya. Kemudian dia bergerak ke meja belajar dan mencapai beg dari situ.

Datuknya, Encik Aidan, entah ke mana keberadaannya belum pasti. Sejak pagi lagi kelibat orang tua itu tidak kelihatan.

" Adalah. Nanti kamu tahu la. " jawab Puan Rita separuh berbisik.

"Apa dia?"

"Kalau kamu nak tahu, nanti dah habis kelas balik la rumah. Kita makan sama-sama."

"Tapi saya ada date dengan Elena petang ni." beritahu Zayden manja-manja memeluk belakang badan neneknya.

"Bawak la Elena sekali kalau macam tu. Nenek pun teringin nak tengok kawan perempuan kamu tu. Bila lagi kamu nak kenalkan nenek pada Elena tu kan. Nanti sampai balik ke rumah mama dan ayah kamu tu, tak berjumpa terus kami."

"Bukan Zayn taknak bawak jumpa. Elena kata dia segan. Belum sedia."

Puan Rita berdengus kecil. Dia memukul perlahan lengan Zayden yang masih memeluk tubuhnya itu.

"Nak segan apanya la. Nenek dulu jumpa dengan datuk kamu, terus aje ajak kahwin tak payah nak bercinta lama-lama. Lepas kahwin baru bercinta."

"Itu zaman nenek, sekarang zaman Zayn. Lain kisahnya nek."jawab Zayden selamba. Bagi dia, cinta itu perlu disemai terlebih dahulu sebelum di pupuk dengan kasih sayang. Dia tidak mahu terburu-buru. Cintanya hanya datang sekali. Itu harapan Zayden.

" Apapulak, sebab tu hubungan Nenek dengan atuk kamu kekal sampai sekarang. Tak macam orang sekarang, bercinta bagai nak rak, lepas tu putus di tengah jalan jugak."

Zayden tersengih. Puan Rita bersungguh-sungguh menegaskan kenyataannya. Zayden faham cinta nenek dan datuknya itu tidak berbelah bahagi. Dijodohkan dengan ahli keluarga dan akhirnya di satukan. Cinta dulu dengan sekarang banyak bezanya. Cinta zaman dulu kaya dengan kesetiaan. Cinta zaman sekarang sukar untuk ditimbang dengan mata kasar.

"Dah, baik kamu pergi sarapan dulu. Nanti tak sempat pulak."

Zayden mengangguk. Dia sudah melepaskan pelukan di tubuh neneknya. "Nenek tak sarapan sekali? Jom la."

Puan Rita segera menurut. "Eh, nanti sebelum kamu nak ke universiti tumpangkan nenek sampai depan jalan nanti."

"Baik hantar terus ke pasar...."

"Tak payah la. Nenek naik teksi aje. Kamu tumpangkan nenek sampai simpang jalan tu pun dah boleh."tika itu mereka sudah berada di dalam kereta Zayden. Jari telunjuk Puan Rita menuding ke arah hentian bas di sebelah kiri jalan.

Zayden memandang perhentian teksi itu. Untuk ke situ dia terpaksa membuat pusingan U terlebih dahulu.

"Turunkan kat tepi situ je. Nanti kamu kena pusing-pusing lagi." beritahu Puan Eira bagaikan faham akan masalah Zayden.

Zayden teragak-agak tetapi dia akur juga akhirnya. Memandangkan sekiranya dia membuat pusingan U di hadapan simpang itu semata-mata untuk menghantar neneknya di bus stop, makan di jalan sebelah sana juga dia terpaksa membuat pusingan U sekali lagi untuk ke kolejnya pula.

"Hati-hati nek."

"Ya..kamu pun sama bawak kereta tu."Puan Rita sempat mengucup dahi Zayden sebelum keluar dari kereta.

Zayden perhatikan langkah neneknya berlalu pergi. Dia membalas tatkala neneknya melambai tangan ke arahnya. Dan waktu itulah tragedi hitam berlaku. Di hadapan matanya.

"ELENA! Nenek I dah tak ada." Zayden teringat lagi panggilan pertama yang dibuat selepas segala-galanya terjadi dalam sekelip mata.

Tubuh Puan Rita terkulai kaku. Terdapat tompokan darah yang memerah di atas jalan. Kelihatan orang ramai mulai berkerumun di tubuh itu. Air mata Zayden mengalir deras.

END of flashback.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience