Semasa Eira tiba di perkarangan rumah, sudah kelihatan dari jauh lagi kereta Mercedes-Benz silver di hadapan pintu pagar yang terbuka luas. Eira memarkir keretanya di belakang kereta tersebut. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Hari semakin gelap. Tiupan angin senja seolah-olah mendinginkan tubuhnya. Tugasan yang Zayden tinggalkan masih menggunung minta di siapkan pada minggu yang sama.
Bingung. Amarah Zayden tiada petunjuk bakal reda entah bila walaupun lelaki itu mengetahui yang Eira sudah sedaya upaya cuba memulihkan semak hubungan cinta lelaki itu bersama Elena.
"Yeay!Yeay!Aunt dah balik!" dari pintu pagar kedengaran suara sorak kan tiang Rhea dan Ray.
Dengan ceria Eira melambai tangan ke arah mereka.
"Hey baby bear aunt. Bila sampai?" Di dakap dua tubuh kecil itu silih berganti sebelum Eira mengucup mahkota mereka dengan kasih.
"Tadi...tunggu aunt tak sampai-sampai. Sekarang dah nak balik pun." beritahu Rhea yang berumur lima tahun itu. Sementara Ray pula berusia tiga tahun lebih muda itu hanya tersengih-sengih.
"Mana mama dan papa kamu berdua?" tanya Eira lagi.
Rhea menggeleng. "Papa tak ikut. Mama aje ada dekat dalam. Tengah cakap dengan nenek. Rhea dengar nama nak bagi adik dekat Rhea dengan Ray.."
Hampir melotot mata Eira sebaik dengar. Kemudian dia mengucup pipi mereka berdua silih berganti dek kegeraman dengan pipi mungil mereka.
"Iya ke? Mama kamu cakap macam tu?" sengaja Eira melayan keletah anak saudaranya itu.
Kanak-kanak itu mengangguk dan terus beredar ke dalam rumah. Meninggalkan Eira termenung seketika. Lama kemudian Eira tersenyum sebelum masuk ke dalam.
"I'M HOME...." sapa Eira.
Puan Amber Dan Erissa yang sedang rancak berborak memalingkan kepala dengan serentak ke arah Eira yang sedang tersenyum lebar.
"Balik pun, ingatkan tak sempat jumpa tadi."ucap Erissa semasa membuka sebelah tangan ingin memeluk adik bongsu kesayangannya itu. Eira mendekati Erissa sebelum me dakap erat tubuh hangat itu dengan mata terpejam. Entah kenapa segala rasa beban dan sesak yang berkumpul dalam dada ikut mereda selepas mendakap kakaknya itu.
"Hi big sissy. Sihat? Kenapa Dane tak ikut sekali?" tanya Eira hendak berbasah basi.
Erissa mengangguk dan tersenyum mesra. "Dane masih ada dekat office."
Eira melabuhkan punggungnya di sisi Erissa sementara Puan Amber sudah berlalu ke arah dapur untuk melihat hidangan yang maid sediakan.
"Ni..budak-budak tu kata tadi dia orang nak dapat adik. Betul ke?"
Tersipu senyum Erissa sebelum dia mengangguk kepala. "Iya."
Bersama riak terkejut namun gembira, Eira terus mendakap semula tepi tubuh Erissa. "Taniah Eriss. Aku tumpang gembira di atas berita gembira ni."
Erissa membalas pelukan itu dengan tepukan lembut pada lengan Eira. "Lambat betul kau balik hari ni? Banyak sangat ke kerja tu?"
"Sejak Zayden ada dekat office, sejak tu kerja aku bertambah. Macam tak ada putusnya. Hari-hari ada aje la kerja yang nak dibuat. Cuma belum buatkan kopi untuk dia aje ni..."seloroh Eira.
Erissa ketawa mendengar ucapan. Adiknya itu. "Siapa pulak Zayden tu?" soalnya ingin tahu.
"Anak bongsu Uncle Dennis, kembar Aeron. Kau tak kenal kut."jelas Eira yang teringatkan sikap Zayden terhadapnya kebelakangan ini. Lelaki itu semakin dingin terhadap dia. Dia sudahpun menemui Elena dan menjelaskan perkara sebenar. Semoga hubungan mereka sudah berbaik semula.
" Kau pulak kenapa dah lama tak balik rumah? Mommy sibuk bertanya pasal kau. Kalau nak kata jauh, datang malam pun sempat lagi. Eirina pun diam tak berkhabar. Hantar mesej pun tak berbalas. Entah dah balik sini ke belum tak tahu."Eira meluahkan pertanyaan yang terperap lama tidak berjawapan.
"Aku bukan taknak jenguk. Tapi Dane tu, sibuk memanjang. Kalau nak datang waktu malam pun sampai sini lewat malam jugak." Erissa menjawab perlahan.
Bukan niat dia untuk tidak menjenguk keluarganya itu, tetapi suaminya itu sering sahaja mengelat. Baginya itu hanya alasan semata. Walhal Dane sebenarnya lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga lelaki itu.
"Aku bukannya apa. Mommy tu tak sihat sangat. Kekadang tu datang la jenguk walaupun sekejap. Kesian dekat mommy tu."
Erissa mendiam. Bagaikan mengerikan akan keilafannya. Hari ini dia datang pun ada sebab. Dan dia belum menjelaskan hal sebenar lagi kenapa dia mahu bertemu Eira.
"Mommy pun sibuk bertanya pasal Eirina."
Erissa faham. Teringatkan Eirina menghabiskan pantang di kampung halaman suami Eirina itu.
"Okay la. Aku naik dulu. Nak mandi. Sekejap lagi, aku turun lagi. Kita makan sesama sekali dengan mommy dan daddy."Eura sudah berdiri di situ ingin beredar.
"Eh...sekejap, Eira."
Langkah Eira terhenti. Dia berpaling semula ke Erissa. Wajah kakak sulungnya itu ditenung ingin tahu.
"Duduk sekejap Meen. Ada something yang aku nak beritahu. Penting."
Eira menjadi hairan dengan kata-kata Erissa itu. Namun langkahnya tetap juga diatur semula ke tempat duduknya tadi.
"Apa dia tu?"
"Eira, sebenarnya kan. Aku nak mintak tolong kau sikit ni."Erissa teragak-agak.
" Mintak tolong? Apa dia ya? "
Dalam-dalam Erissa menarik nafas bersedia hendak menyampaikan hasratnya itu.
"Eriss, beritahu la aku. Apa dia yang kau nak aku tolong kan tu?" gesa Eira tidak sabar.
"Aku sendiri tak tahu nak mula dari mana.."
"Cakapa aje la. Apa yang susah sangat. Kau ada problem ke?" pandangan Eira terarah pada riak bergelut Erissa.
"Sebenarnya aku nak buka galeri. Tapi modal aku tak cukup. Jadi aku terfikir, kalau-kalau kau-"
"Nak aku pinjamkan duit ke?"
Erissa mengangguk.
"Berapa banyak yang kau perlukan?"
"50k."
"Hah?50k?Banyak betul tu."
"Please Eira . Aku betul-betul inginkannnya. Ianya impian aku sejak dulu lagi. Kau aje yang boleh tolong aku sekarang."
"Dane macam mana pulak?"
Erissa terus mati Kat. Bibirnya terkunci. Lidahnya membeku.
"Dane kata dia tak kisah. Tapi aku kena guna modal sendiri sebab dia pun tak ada duit nak support aku."
"Nanti aje la. Biar aku bincang dengan mommy dan daddy dulu."
"Eh, jangan. Daddy dengan mommy tak boleh tahu."
Kening Eira terjungkit tinggi. Dia menatap wajah Erissa yang seolah-olah merayu dan berharap padanya.
"Tolong aku ya, Meen?"
"Kenapa mereka tak boleh tahu?"
"Kalau daddy tahu mesti dia membebel. Meen sendiri tahu kan daddy tu macam mana orangnya kalau cerita pasal seni dan galeri ni?"
"Habis tu nak rahsiakan la ni?Meen mana la ada duit sebanyak tu."
"Meen jangan la beritahu daddy. Kau pinjamkan duit tu tanpa mention nama aku. Daddy kan sayangkan kau!"
Eira benar-benar terkedu.
Share this novel