"KENAPA DENGAN you ni, Hannah? Kenapa you benci sangat dekat Eira tu?You sedar tak dengan siapa yang you sakit tu? Kawan baik you sendiri. Mana hati perut you ni!" Aeron melepaskan rasa tidak puas hatinya tanpa sedar. Dia benar-benar kesal dan kecewa dengan sikap Hannah terhadap Eira sejak dua menjak ini. Dia sendiri tidak faham kenapa kekasihnya boleh berubah begini drastik.
Malam itu Aeron benar-benar datang ke apartment Hannah untuk menemui gadis itu seperti yang dia katakan. Mereka duduk di ruang tamu Hannah untuk menyelesaikan isu yang semakin buruk di antara mereka berdua. Suasana hanya ditemani dengan bunyi mesin vakuum self cleaning yang Sedang meluncur perlahan atas lantai sekitar ruangan itu.
Hannah diam termenung memerhatikan ikan yang berenang-renang di dalam akuarium kecil yang terletak bersebelahan dengan sofa dimana dia sedang duduk.
"Hannah, ini last time. I betul-betul merayu dekat you. Hentikan semua nuisance ni. Jangan ganggu Eira apalagi dekati dia. Dia langsung tak ada kaitan pun dengan hubungan kita. You aje yang selalu fikir bukan-bukan tentang Eira dan I."
"Hei, yang you ni dah kenapa? Apa yang dah merasuk you ni Aeron?Beria sungguh you defend perempuan tak sedar diri tu? Siapa girlfriend you sekarang ni? Sakit dia aje yang you kisah? Habis sakit hati I ni tak ada pulak you nak kisah!"
"Sebab Eira tak bersalah, itu problem I sekarang."
"Sampaikan I yang girlfriend you ni pun you marah-marahkan, macam tu?" Hannah membalas dengan kasar. Dia memandang Aeron dengan kening mencerlung marah.
"Hannah, please la. I tak suka you buat kecoh dekat company ayah I. You sendiri tahu Eira tu anak kawan baik ayah I. Kalau hal ni sampai ke telinga mereka mana I nak letak muka nanti? Kalau bukan daddy Eira yang cari I, ayah I yang akan cari I. Siapa yang kena jawab? I jugak tau tu? "Aeron cuba memujuk. Berharap Hannah akan mengerti dengan penjelasannya itu.
Namun Hannah langsung kelihatan tidak kisah apalagi terkutik dengan kata-kata Aeron. Malah perasannya yang bertambah sakit mendengar semua itu.
" Eira bukan kawan I."
" I tak faham tahu tak. I tak faham kenapa you tiba-tiba nak bermusuh dengan Eira?Apa yang paling buat I tertanya-tanya sekarang, kenapa you cakap siang tadi yang you menyesal suruh Eira temankan you ke rumah I dulu? Apa yang you dah rahsiakan dari I selama ni Hannah? "
"Tak payah sibuk nak tahu."
"I ni teman lelaki you, Hannah. Kenapa pulak I tak perlu tahu?"
"You ni dah kenapa? Sibuk sangat nak tahu pasal tu untuk apa?" marah Hannah menghadapkan badannya ke Aeron. Dadanya mula berombak kencang kerana keberangan. Dia paling pantang kalau ada yang menyebelahi Eira, terutama sekali kalau orang tu Aeron sendiri.
Aeron melepaskan keluhan panjang. Give up betul dia kalau bercakap dengan Hannah ni. Dah mati akal kerana cuba hendak memujuknya. "Sebab I taknak orang pandang buruk pada you, Hannah. Dari you naik angin dan buat kecoh dekat office dan terus menerus sakit hati, baik kita settle kan masalah ni. You bagi I faham you. I bagi you faham I."
"Jadi you nak cakap I ni teruk la. I aje yang salah dekat sini. Eira tu mangsa I. Macam tu?"
"Bukan itu yang I maksudkan-"
"Habis tu apa?"
"I cuma cakap, tindakan you ni semborono. Cemburu tak berpada."
"Sudah la, Aeron. Jangan cuba nak pujuk I ke apa. Sebab I takkan berubah. Lagipun perempuan berlagak suci tu cuma talam dua muka je. You tak nampak ke yang dia cuba goda you? Sejak first time I kenalkan you pada dia lagi, dia dah angau dekat you. Benci betul! "
"Apa kena dengan you ni, Hannah? Tak habis-habis pasal tu aje! You tak percaya ke dekat I?"
Hannah berdengus kasar. Masih tidak puas hati. Semua ini membuatkan perasaan bencinya terhadap Eira semakin membuak-buak. Sejak mereka berdua bertemu semula, Hannah sudah dapat merasakan ada seusautu yang Eira telah lakukan terhadap hubungannya bersama Aeron.
"Kita ni dah lama bersama. Patutnya You fikir tentang kita bukan pasal perkara lain yang entah betul entah tidak kebenarannya tu."
Perasaan Hannah kembali bercampur baur. Hal mereka? Dia sudah muak dengan topik itu. Bagi Hannah, dia perlu jalani hidup u dengan sepuas hati dan sepenuhnya. Pertunangan yang bakal terikat tidak lama lagi ini pun dia setuju selepas didesak berkali-kali dengan Aeron.
Padahal Hannah tidaklah begitu tergila-gilakan Aeron. Dia mengenali Aeron pun sewaktu belajar di universiti yang sama dahulu. Aeron seorang penuntut yang sangat popular dan sering menjadi buah bicara rakan sekuliahnya. Dan Aeron juga mempunyai kembar yang lebih kurang sama popular dengannya.
Timbul satu perasaan pada Hannah untuk mendekati lelaki itu. Apabila tamat pengajian, mereka pulang ke tanah air, Aeron mahu membawa Hannah bertemu dengan orang tua lelaki itu. Kebetulan dia terserempak dengan Eira. Dari situ Hannah meminta bantuan Eira untuk menemani ya ke rumah Aeron. Rupa-rupanya dari awal lagi Eira dan Aeron sudah tinggal berjiran dan mereka bekerja di bawah satu syarikat yang sama.
Hari Hannah mula dihurung rasa tidak suka. Tidak disangka yang Aeron begitu mudah tertarik dengan kemesraan Eira sewaktu pertama kali bertemu. Hannah mula mencurigai. Dari hubungan yang baik dengan Eira, Hannah mula mencipta garis permusuhan. Malah Hannah sengaja menyakiti perasaan temannya itu. Pelbagai tuduhan dan fitnah sengaja dia lemparkan untuk mencemar air muka Eira.
Hannah mengetap bibir. Sebenarnya dia membencikan Eira sejak sekolah lagi. Namun perasaan itu dipendam di dalam hati kerana waktu itu mereka bersahabat baik. Entah kenapa Eira sentiasa di lebih-lebihkan darinya? Eira sering dipuji pelajar cemerlang dalam pelajaran. Eira juga disukai oleh teman-teman persekolahan kerana dikatakan lebih peramah dari dirinya.
Eira juga lebih dipercayai oleh guru-guru untuk memegang jawatan tinggi dalam persatuan. Dan paling Hannah bencikan tentang Eira adalah, gadis itu mempunyai latar belakang keluarga yang bahagia. Hannah memang sakit hari apabila mendengar cerita Eira tentang ahli keluarganya. Sementara dia?
Sudahlah hidupnya sejak kecil tidak beraya. Emaknya pula pagi petang siang malam sibuk di pejabat hingga dirinya sering terabai. Hannah benci setiap kali mengingati semua itu. Tambahan pula apabila dia mengetahui crush yang dia sukai sewaktu sekolah dulu turut meminati Eira dalam diam. Mana la tak bertambah rasa bencinya terhadap Eira.
Hannah kemudian melanjutkan pelajar di sebuah universiti tempatan. Kebetulan juga dia ditempatkan satu universiti dengan Eira. Eira pula kelihatan semakin rapat dengan crush dia yang merupakan penuntut senior maka Hannah mengambil keputusan untuk ke luar negara. Dia mahu berada jauh daripada Eira.
Kini, Hannah telah berubah menjadi Hannah yang lebih baik. Hannah yang berpendidikan tinggi dan berpenampilab hampir sama dengan Eira. Apa yang dia tahu, Eira tidak boleh dibandingkan dengannya. Dia lebih bagus. Ibunya janda kaya. Bakal suaminya, Aeron bakal mewarisi syarikat korporat tersebut. Sama ada dia cintakan Aeron ataupun tidak, semua itu belakang cerita. Apa yang penting dia bakal berada di tempat tertinggi dibandingkan Eira. Itu yang paling penting.
"HANNAH..."TEGUR AERON dengan lembut.
Hannah menoleh ke sisi. Menungnya tadi hilang begitu sahaja. Dia menarik senyuman yang dibuat-buat. Aeron seorang lelaki yang baik. Lelaki itu sangat penyabar dan setia melayan kerenahnya. Malah seingat dia, sudah beberapa kali hubungan mereka ini bagai retak menanti belah. Tetapi di atas kesungguhan Aeron maka lelaki itu sering cuba menyelamatkan hubungan mereka.
Namun kalau diberi pilihan Hannah lebih prefer Zayden dari Aeron. Tetapi lain yang diumpan lain yang makan. Apapun, Sam ada Aeron atau Zayden semua tu sudah tidak penting lagi. Apa yang penting sekarang dia telah berjaya menjadi salah seorang penuntut popular di universitinya dahulu. Lagipun baik Aeron atau Zayden mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Apalah la sangat bezanya kan?
"Fikirkan tentang kita Okay? I masih tunggu jawapan you. Ayah I pun dah tanya soalan yang sama bila kita nak kahwin?" pertanyaan Aeron memecah menung Hannah lagi.
Hannah melepaskan keluhan panjang. Malas hendak menjawab.
"Dah la. I letih. I tak nak dengar apa-apa lagi. You balik aje la."Hannah turun dari sofa lalu bergerak ke arah pintu biliknya.
Aeron terkilan dengan sikap acuh tak acuh Hannah itu. Dia hampa kerana Hannah tidak memberi sebarang jawapan untuk soalan tadi.
Share this novel
thank