Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Emi masih lagi tidak melelapkan mata. Dia memegang perutnya. "laparnya" emi menepuk perut.
"talia buat apa kat bilik ya?" emi menyoal sendiri. Hendak diajak talia keluar takut tertangkap pula.
Pening gadis itu.
Sementara itu. Talia tidak dapat melelapkan mata. Kenapa lah aku tidak masuk bilik kak emi tadi? Keluh gadis itu.
Tuk tuk.. Talia terbungkam. Siapa pula tu?
" siapa?" talia bertanya. Tiada yang menyahut. Tombol pintu dipulas kasar dari luar.
Talia takut. Kakak emi tolong talia! Talia jerit dalam hati. Suaranya tersekat. Segera talia menyorok di dalam selimut.
Pap.. Pintu terkuak perlahan. Buntang mata talia terperanjat. A.. Aku kan sudah kunci pintu tadi! Talia menggigil.
Encik Leo tolong saya! Talia memanggil leo. Entah kenapa dia terfikir lelaki itu. Perlahan-lahan pintu itu ditutup kembali. Dia mendengar derapan kaki menuju ke katil.
Talia tidak berani menjengah. Dia menutup mata serapatnya. Mata talia terbuka luas apabila ada sesuatu yang menjalar di pinggangnya.
Talia mahu bangun namun tangan itu menghalang dirinya untuk bangkit. Talia cuba melepaskan diri.
Gadis itu menolak tangan itu dari pinggangnya tapi tidak berjaya. "kuatnya" talia berhenti kepenatan.
Tangan itu menarik tubuh talia ke belakang. Gadis itu menggigil kuat. Hampir menitis air matanya.
Tubuh gadis genit itu terhenti. Talia dapat merasakan tubuh seseorang di belakangnya rapat.
Terasa nafas makhluk itu rapat di lehernya. Talia menarik nafas. "si...siapa ka...kamu?" gadis itu memberanikan diri bertanya.
Kedengaran tawa sinis di belakang. "hamba aku cuma milik aku" sinis suara itu berbisik. Talia membuka mata luas. Suara itu?! Hamba?!
Talia segera berpaling. "encik leo?!" talia menjerit perlahan. "diam" arah Leo dengan mata tertutup. "encik leo" talia bersuara geram. "encik tahu tak saya takut sangat tadi saya ingat apa benda lah yang datang sudahlah saudara encik sampai malam ni saya tak ta...." PAP! mulut talia dikucup lama.
Talia terus terdiam. Terkejut dirinya. Hati talia berdetak kencang. "aku suruh kau diam kan perempuan" selamba leo berkata. Matanya masih lagi tertutup rapat.
Muka talia merah padam. Dia hanya diam memandang wajah leo sebelum menutup mata.
_______
Emi mundar mandir di bilik. Perutnya berkeroncong. "tak apalah aku masak makanan sekali untuk talia.. Semoga aku tidak tertangkap" emi berdoa. Perut yang kelaparan lebih menakutkan berbanding amaran pn. Jesina.
Emi membuka pintu perlahan. Dia menjenguk sedikit. Sekeliling gelap gelita. Gadis itu pelik. Benarkah saudara pn. Jesina sudah tiba atau itu hanya helah wanita itu?
Emi melangkah ke ruang dapur. Perlahan-lahan dia menapak. Nak makan apa ni? Gadis itu melihat kabinet dapur.
Yang tinggal cuma kentang. Kentang? Emi mengeluh. Tak kisahlah janji makanan. Nak masak ke? Kalau kantoi macam mana?
Emi menggeleng. "aku rebus sahajalah" gadis itu memasang api dapur dan masuk semula ke dalam bilik.
____
Selang beberapa minit. Emi keluar semula untuk memeriksa Kentang yang direbus. "okay sudah lembut"
Gadis itu membawa periuk panas ke sinki untuk menapis air panas keluar. Tiba tiba pinggang emi dirangkul dari belakang. Emi terperanjat.
"auch" air panas terkena tangan gadis itu. Dia mengibas tangan. Siapa ni?! Emi bengang. Dia berpusing. "encik jeff!" emi jerit kecil.
Jeff berdiri rapat dengan emi. "aku rasa mama aku sudah beritahu saudara aku datang malam ni" ujar jeff tanpa memandang wajah gadis itu.
Emi terdiam. Dia mengetap bibir menahan sakit di tangan. "encik lepaslah!" emi menolak tubuh jeff. Seinci pun tidak berganjak.
Jeff tersenyum sinis. Emi menghadap wajah jeff geram.
"WOI jeff!" suara garau di belakang memanggil. Serentak itu jeff dan emi kaku. Masing-masing terkedu Habislah! Eddie! Jeff memandang wajah emi yang pucat di hadapan.
Emi menelan air liur. Spontan dia memeluk erat tubuh jeff. Takut! Tangannya yang masih sakit itu tidak dipedulikan.
"Jeff? " derapan kaki itu semakin mendekat.
Alamak?! Kalau dia nampak Emi macam mana?! Jeff dapat merasakan pelukan gadis itu semakin kuat.
Share this novel