Bab 45

Vampire Series 18041

45.m

Jeff berjalan ke arah taman. Entah kenapa dia terasa ini ke taman pagi itu. Dari jauh matanya dapat menangkap tubuh seseorang yang amat dikenali.

Apa yang dia buat kat sini? Getus hati lelaki itu.
Kakinya melangkah menuju ke arah gadis itu.

"emi?"

Emi berpaling ke belakang. Jeff? Aduh apa lelaki ni buat kat sini? Muka gadis itu berubah masam.

Jeff tersenyum kecil. "emi sampai bila nak marahkan aku?"

"aku dah maafkan kau kan? Apa lagi yang kau nak?" emi menyoal. Bengang pula rasa.

"aku tau.. Tapi kenapa kau masih buat tak tahu dengan aku?"

Jeff berjalan mendekati gadis itu perlahan-lahan. Kalau boleh dia nak tahu sebabnya ketika itu juga.

"itu hak aku" jawab emi sambil menjeling jeff yang sudah berada di sebelahnya.

Jeff gelak sinis. "memang itu hak kau tapi kau dah lama jadi hak aku emi.. Takkan kau tak ingat?" sinis suara jeff bertanya.

Laju emi menoleh memandang jeff.  Matanya tajam memandang lelaki itu. Kau! Kurang ajar jeff!

"kau tak payah nak ingatkan aku jeff.. Kau yang paksa aku!" emi menggenggam penumbuknya kuat. Dia cuba menahan rasa sakit di hatinya.

Jeff terdiam. Lelaki itu mengeluh perlahan.
"emi.. Kawin dengan aku?"

Emi membulatkan mata. Gila apa?! Kawin?!! Aku nak elakkan diri dari kau lagi ajak aku kawin!

"aku tak nak! Kau memang dah gila jeff!" emi menggeleng dan berlalu meninggalkan lelaki itu.

Jeff tersenyum nipis. Tak apa.. Aku akan pujuk kau sampai kau suka aku emi!
_______

Talia berjalan keluar dari bilik menuju ke bilik emi.
Serentak itu, kelihatan emi sedang tergesa gesa berjalan menuju ke biliknya juga.

"eh kak emi!"

Emi tersentak sedikit. Aduhai banyak betul kejutan aku dapat harini. Gadis itu mengurut dada. Pantas emi mencapai tangan talia dan menarik gadis itu masuk ke dalam bilik.

"ehhh.. Kak emi ni kenapa" talia pelik. Asal gelabah sangat?

"diamlah" emi menjeling.

Talia menarik muncung. Eh jap.. Aku cari kak emi sebab nak cakap pasal leo kan? Tapi Macam mana nak cakap ni? Talia menggaru kepalanya.

"kau asal?" tanya emi lagi.

"talia ada perkara nak bagitahu kak emi..." talia menelan air liur kelat.

"mmm.. Cakaplah"

"err..talia...talia sebenarnya... Talia..."

"talia talia.. Talia apa?!" suara emi meninggi sedikit.

Aduh salah masa! Talia menggigit bibir. Lantas gadis itu menggeleng.
"talia tak ada apa apa" sahut talia pantas. Kecut perut dia melihat emi.

"kau cakap sekarang!" gesa emi.

"nanti kak emi marah talia.."

"cepatlah bagitahu!!" desak emi lagi.

"talia... Talia kena kahwin dengan leo." ujar talia sekali nafas.

"APA?!" buntang mata emi memandang talia.

"kau biar betul?!"

Talia mengangguk perlahan. Emi mengeluh berat.
Haih...

"ok aku setuju" ujar emi perlahan.

Talia memandang tidak percaya. Ni... Ni kak emi ke ni? Talia menolak bahu emi dan menarik wajah gadis itu supaya memandangnya.

"biar betul kak emi setuju?" 

Emi mengangguk lemah. Kalau itu yang talia nak.. Dia tak akan halang.

"kak emi tak nak halang talia ke?"

"tak..kalau itu yang kau nak aku tak nak jadi penyebab kau kecewa"

Talia tercengang. Bukan emi patut membantah ke? Tak kan kak emi dah berubah?

"kau tak nak cakap terima kasih ke kat aku?" gurau emi sambil tergelak. Palsu betul gelak dia.

"hah? Te.. Terima kasih kak emi" ujar talia tergagap.

Emi tersenyum nipis dan terus memeluk talia sambil menepuk nepuk perlahan bahu gadis itu sebelum bangun.

"aku nak pergi tandas jap"

Talia mengangguk. Kak emi dah buang tabiat ke?
_______

Majlis perkahwinannya talia diadakan selepas 3 hari dia dilamar oleh ibu leo. Malam ini. Ya malam ini ialah majlis perkahwinan gadis itu.

"terima kasih talia sebab terima leo" pn. Jesina tersenyum sambil memegang tangan talia.

Talia kini sudah sah berkahwin dengan leo, suaminya.

"sama sama err mama" talia masih kekok untuk menyebut perkataan mama.

"hai mama.." tegur leo dari belakang. Dia memeluk pinggang talia. Cantik sungguh isterinya mengenakan gaun merah.

Talia sekadar tersenyum. Dia cuba mengawal perasaannya ketika itu.

Pn. Jesina berlalu pergi untuk memberi peluang pasangan itu berbual.

"terima kasih sebab terima saya" leo tersenyum manis.

Talia yang sedang memandang wajah leo mengukir senyuman tanpa sedar. Manisnya wajah leo masa tengah senyum.

Leo tergelak. Dia dengar apa yang sedang talia fikir ketika itu.

Dari jauh emi memandang pasangan serasi itu.
Tahniah talia.

Emi duduk di sebelah jemima yang sedang makan bersama mika.

"kau okey?" prihatin jemima menyoal.

"aku okey"

"aku yakin abang aku akan jaga adik kau elok elok" jemima memberi jaminan.

Emi mengangguk dan tersenyum hambar. Mustahil ke kalau dia nak balik semula ke kampung? Talia dah kawin dah.. Kalau aku balik sendiri pun aku tak kisah. Janji aku balik.

Emi mengeluh perlahan. Tak apa.. Aku nak cuba tanya pada bonda nanti. Gadis itu memasang tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience