Bab 35

Vampire Series 18041

35.m

"talia masuk cepat" eddie menarik lembut tangan gadis itu masuk ke dalam bilik emi. Dia mahu selesaikan perkara ini sebelum makcik saudaranya datang.

Talia tersenyum lebar memandang emi yang sedang baring. "kakak emi!" talia meluru memeluk emi.

Kaku emi kerana terperanjat. "ehh talia" emi mendakap erat adiknya. Tubuh adiknya susut mendadak.

"kak emi kenapa kurus sangat? Cengkung dah" gurau talia sambil mengesat air mata. Rindu sangat dengan emi nampaknya.

"eddie apa yang kau buat ni sebenarnya?" emi meleraikan pelukan talia. Gadis itu memandang eddie dengan perasaan ingin tahu.

Eddie tersenyum dan tunduk seketika. "aku akan bawa kau berdua keluar dari sini" eddie menoleh ke arah emi dan talia menanti reaksi mereka.

Terperanjat besar emi dan talia memandang eddie. "eng.. Engkau biar betul eddie?!" riak wajah emi menunjukkan gadis itu amat terperanjat.

Talia mengangguk laju menyetujui apa yang dikatakan oleh emi.

"dengar.. Sekarang ni kita bertiga duduk di lantai dalam bentuk bulatan" arah eddie. Emi dan talia ikut tanpa banyak soal.

Lelaki itu menyembur semburan yang diberi oleh jeff di badan talia dan emi. Dua orang gadis itu senyap. Tidak bertanya untuk apa mereka disembur.

Mungkin untuk ritual yang hendak mereka lakukan kot?

Mereka bertiga duduk dengan lutut bertemu antara satu sama lain. "aku perlukan sikit di antara korang berdua" kata lelaki itu lagi.

Berkerut dahi emi dan talia mendengarnya. Darah? Emi terus menghulurkan tangannya tanpa banyak soal.

"kak emi boleh ke?" talia meminta kepastian.

Emi mengangguk. Auch. Gadis itu menggigit bibir menahan sakit tangannya yang ditoreh sedikit.

Eddie menoreh sedikit tangannya pula. Darah manusia dan vampire bersatu.

"sekarang pegang tangan dan tutup mata jangan sesekali buka selagi aku tak suruh" tegas eddie berkata.

Perlahan-lahan mereka bertiga lenyap dari bilik itu.
____

Auch! Kepala aku. Emi memegang kepalanya yang terasa sangat berat. Aku kat mana ni?
Gadis itu menoleh sekeliling.

Besarnya bilik. Besar matanya memandang bilik yang cantik berhias itu. Macam mana aku boleh ada kat sini?

Naik pening emi memikirkannya. Talia? Talia?!
Mana dia?! Pantas emi bangun apabila teringatkan adiknya.

Mana talia ni? Emi berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu dan menguak sedikit sambil menjengulkan kepala melihat ke luar.

Kelihatan ramai gadis ke hulu ke hilir entah hendak ke mana. Emi keluar dan berdiri tegak di depan pintu biliknya.

Aduh! Nak ke mana ni?

Gadis itu berjalan mengikut langkah sekumpulan gadis yang kebetulan lalu di hadapannya.

Wah! Mata emi melilau melihat sekeliling kawasan yang seperti istana besar itu.

"emi!" lembut satu suara gadis memanggil. Mata gadis itu menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

Emi menutup mulut tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang.

"jemima?! Serius lah" emi berlari dan memeluk jemima kuat. Jemima tergelak sambil membalas pelukan gadis itu.

"kak emi" panggil talia yang baru muncul. Eddie di sebelah hanya tersenyum nipis. Emi tersenyum. Dia meleraikan pelukannya. "apa yang berlaku sebenarnya?"

"mulai hari ini korang akan duduk sini dengan aku" kata jemima ceria. Teruja dia dapat berjumpa dengan emi dan talia.

"aduh dah dahlah berdrama kat sini" perli mika yang datang entah dari mana. Terus Emi menarik jemima menjauhi lelaki itu.

Talia segera menyorok di belakang Eddie. Kenapa ni? Eddie memandang pelik emi dan talia yang seperti hendak melarikan diri.

"ehh jap jangan takut" jemima menarik semula emi mendekatinya. Dia tahu apa yang dirasai emi dan talia ketika itu.

"jemima kau lupa ke kau buat buat lupa?" bisik emi. Jemima tergelak kecil. "sebenarnya ni istana mika.. Dia yang bawa aku kat sini" terang gadis itu.

Emi terdiam mendengar kata kata jemima. Dia memandang talia yang masih bersembunyi di belakang eddie.

"mika yang bagi korang tinggal kat sini" tambah jemima lagi. Ternganga emi dan talia mendengarnya.

Riak wajah mika tetap serius dan dingin. "dah la tu.. Jemima ikut aku" arah mika tegas dan berlalu keluar dari ruang utama.

Muka jemima pucat. Aduh lelaki ni nak apa?
Menyesal aku pertahanan dia tadi.

"err emi pergi jumpa bonda dengan talia ya" ucap jemima tergesa gesa. Pantas gadis itu berlalu untuk mengejar langkah mika.

"talia siapa bonda?" tanya emi sejurus sahaja kelibat jemima hilang.

"ratu istana"

Ratu? "talia jangan main main"  emi sudah menelan air liur. Kenapa pula ratu nak jumpa aku? Aku ada buat salah besar ke?

Tak sanggup emi hendak membayangkan hukuman yang bakal diterima sekiranya benar dia melakukan kesalahan.

"jom kak emi" tangan emi ditarik supaya mengikut langkahnya.

"kak emi jangan risau.. Bonda baik lah" ceria talia cuba menenangkan emi.

"mana kau tahu"

"tadi masa kak emi tidur.. Talia dah jumpa dengan bonda"

Terkebil kebil emi memandang talia yang sedang menarik tangannya. Emi mencari kelibat eddie.
Mana eddie ni? Tadi ada.

Baru dia ingin bertanya tentang jeff. Pandai je eddie mengelat. Emi mencebikkan bibir.
"jeff tahu ke?" gumam gadis itu sendiri.

Kalau boleh dia ingin berjumpa jeff secepat mungkin.

****

Mika menarik jemima masuk ke dalam biliknya. Dia menolak jemima ke katil dan berdiri memandang tajam gadis itu.

Naik gerun jemima dibuatnya. "aku nak habuan aku" pinta lelaki itu.

Aik?  "habuan apa?!"

"kau kata kalau aku bagi manusia tu tinggal kat sini kau nak bagi aku habuan kan? Sekarang aku tuntut" mika menadah tangannya sambil menggerakkan jarinya.

"eyy mika awak dah salah faham ni" jemima cuba mengalihkan tumpuan lelaki itu. "saya tak kata pun saya nak bagi habuan kat awak.. Saya cuma kata kalau awak bagi dorang tinggal sini nanti awak akan dapat habuan yang baik" alih jemima lagi.

Mika merenung tajam muka jemima. "kau tipu aku?" keras nada suara lelaki itu.

"mana ada cuma awak yang salah faham.."

Riak wajah mika berubah sinis. "kau dah pandai tipu aku sekarang kau memang tak takut dengan aku ke?"

Perlahan-lahan mika mendekatkan wajah nya begitu hampir dengan muka jemima.

Jemima menegakkan badan. "awak jangan buat macam macam" gadis itu memberi amaran.

Mika tersenyum sinis. "kalau aku buat jugak?"
Semakin galak dia mengusik gadis itu.

Jemima sudah gelisah. Jantungnya berdegup laju. Aduh aku bukan nak maraton!

Tok tok..
"jemima kau kat dalam ke?!" kedengaran suara emi memanggil jemima.

Terus jemima menolak tubuh mika menjauhinya dan berdiri tegak.

"err saya keluar dulu"

"malam ni jangan lupa ya sayang.." meleret senyuman mika memandang jemima.

Malam ni? Kenapa dengan malam ni?
Bulat mata gadis itu memandang mika. Terus jemima berjalan laju menuju ke pintu dan keluar.

Mika didalam bilik menghamburkan tawanya.
Tunggulah nasib kau malam ni. Lelaki itu merebahkan badan di atas katil dan melelapkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience