24.m
Talia tidak senang duduk. Sekejap bangun sekejap baring sekejap duduk. Jemima pening melihat gadis itu.
"talia! Duduk diam" arah jemima. Talia mengeleng kepala. Risau memikir keadaan emi.
"aku tahu kakak kau selamat aku dapat hidup bau dia di dalam rumah ini" beritahu jemima. Talia menoleh. "betul ke jemima?" soalnya.
Jemima mengangguk. Talia memerhatikan wajah jemima. Cantik rupanya gadis ini. Jemima tersenyum.
"awak sangat cantik jemima.." tanpa sedar talia bersuara. Jemima tergelak besar. "betul ke?" soal jemima.
Talia mengangguk. Tiba tiba bunyi derapan kaki itu datang lagi.
Mika datang dengan wajah yang serius memandang jemima. Jemima langsung tidak menoleh.
Lelaki itu tersenyum sinis. "jemima!" panggil mika. Jemima menjarakkan badan dari pintu besi. Mika mendengus.
BUM!
Pintu besi ditolak kasar. Jemima menelan air liur. Dia tahu lelaki itu sedang marah. Mika menarik lengan jemima bangun dan mencium mulut gadis itu kasar.
Talia membulatkan mata. Apa ni?! Dia memandang mika dan Jemima silih berganti. Tidak percaya apa yang baru dilihatnya.
"kenapa kau lari dari aku?" keras mika bersuara. Badan jemima masih lemah. Gadis itu menggeleng perlahan.
"le..lepaskan saya mika" jemima menolak tangan lelaki itu. "sampai mati aku tak akan lepaskan kau" mika menolak tubuh jemima dan berlalu keluar.
Talia memandang tidak berkerdip. "jemima awak okay?" tanya talia. Jemima mengelap air mata. Tidak pernah sesiapa mengasarinya sebelum ini.
"aku okay" lemah jemima menjawab. Talia diam. Dia tidak jadi hendak bertanya memandangkan gadis itu sedang bersedih.
"sebenarnya mika adalah kekasih aku tapi kami sudah beribu tahun terpisah kerana masalah puak" terang jemima tanpa dipinta.
Talia terangguk mendengar. Khusyuk betul.
"mesti orang kampung kau banyak hilang bukan?" tanya jemima. Talia pantas mengangguk. "itu sebenarnya perbuatan mika tapi sebelum ini dia tidak begini" jemima mengeluh.
Sebelum ini Lelaki itu tidak berani mendekati manusia. Apatah lagi membunuh mereka. Tapi di sebabkan oleh perbuatan manusia yang membunuh keluarganya sebelum ini. Lelaki itu menjadi pendendam.
"sebab itu awak tak mahu bersama dengan mika?" talia menduga. Jemima terdiam. "aku tidak layak bersama dengan mika talia" gadis itu tersenyum hambar.
"makcik mika sendiri yang memberi amaran kepada aku supaya menjauhinya" sambung jemima lagi.
Talia mengangguk. Beruntungnya jemima. Sudahlah cantik. Ada lelaki kacak yang mengejarnya. Kaya pula. Dia mengeluh mengenangkan nasib malangnya.
______
Jeff langsung tidak bertanya apa apa lagi tentang emi kepada Pn. Jesina. Dia menjadi lebih serius berbanding sebelum ini.
Leo pula hanya terperap di dalam bilik. Lelaki itu juga tidak bersuara apa apa sejak pagi tadi.
"jeff sayang sudah malam ni pergilah berehat" pn. Jesina mendekati anak lelakinya. Jeff memandang tanpa riak. "jeff nak ke bandar" ujar lelaki itu.
"buat apa? Kan Eddie sudah pergi uruskan kaum kita itu" Pn. Jesina mengerut dahi. Jeff tidak menjawab.
Pn. Jesina mengeluh. "baiklah pergilah" wanita itu mengalah. "leo pun nak ke bandar" leo muncul tiba tiba dari belakang.
Pn. Jesina mengeleng. "kenapa mesti kamu berdua pergi sekarang?" bantah wanita itu.
"jeff dan leo akan selesaikan perkara di sana mama jangan risau" jeff memandang leo. Masalah utama di bandar ialah perbalahan puak yang tidak selesai antara kaum mereka sendiri.
Vampire tinggal di bandar? Pelik bukan? Sebenarnya ada suatu kawasan di bandar yang menjadi tempat tinggal bagi semua puak vampire. Tiada seorang manusia pun tahu mengenai tempat itu.
Pn. Jesina mengangguk lemah. Dia tidak mampu menghalang. Anak lelakinya semakin tidak mempunyai perasaan. Seakan hati mereka sebiji batu yang keras.
_______
Seminggu berlalu.
Emi bangun dan duduk di atas katil. Seminggu sudah dia dikurung di bilik itu. Nasib baik makan sekali sehari. Walaupun hanya sepotong roti keras.
"apalah yang aku kena buat lagi?" emi memandang tubuhnya yang semakin susut. Tangannya yang melecur semakin bernanah.
Dia termenung di dalam bilik yang tidak mempunyai tingkap itu. Bagaimana talia sekarang?
____
Di penjara.
Talia menggolek kiri dan kanan. Baringnya serba tidak kena. Jemima pula hanya duduk bersandar. Gadis itu sangat lemah.
Talia tidak dapat membantu jemima lagi. Darah di badannya seakan mahu kering. Jemima juga melarang talia dari memberi darah kepadanya.
Pap pap pap mika berjalan mendekati bilik besi jemima. Jemima yang tersandar lemah itu terus duduk di penjuru bilik.
Mika menarik seorang wanita yang agak gempal masuk ke dalam bilik besi Jemima. "aw...awak nak buat apa dengan dia?" jemima menjauhkan diri.
"hisap darah perempuan ni" arah mika. Matanya mencerlung tajam memandang Jemima. Gadis itu mengeleng. Wanita gempal itu menangis ketakutan.
"saya tak nak biar saya mati! Awak keluar mika!" jerit jemima. Mika mendengus kasar. Dia menampar wajah wanita gempal itu dan menghisap darahnya.
Jemima membeliakkan mata. "kau memang kejam!" jemima bangun untuk menarik wanita gempal itu dari tangan mika.
Mika pantas mencapai tangan jemima dan menolak tubuh wanita gempal yang sudah nyawa nyawa ikan itu. Lelaki itu merangkul pinggang jemima dan tersenyum sinis.
Dia memegang wajah jemima dan menekan pipi gadis itu sehingga mulut jemima terbuka sedikit. Pantas mika merapatkan bibirnya dan mengalirkan darah wanita gempal itu keluar dari bibirnya masuk ke mulut jemima.
Jemima membeliakkan mata. Dia memukul mukul bahu mika supaya melepaskan dirinya. Telan baru aku lepaskan! Mika bersuara di dalam hati.
Jemima tiada pilihan lain. Ditelan juga darah itu. Nikmatnya! Tubuh gadis itu terasa segar sedikit.
Mika melepaskan gadis itu. "aku tak akan benarkan kau mati" keras mika bersuara. "lepaskan emi dan talia mika awak sudah dapat saya" lemah jemima bersuara.
"kalau kau nak tahu mereka berdua ini bekas pembantu rumah kau sayang" mika senyum sinis. Jemima mengerut dahi. Pembantu rumah?
Talia memandang tidak berkelip. Hah?
Mika ketawa kuat. "hei manusia! Jemima ini adik jeff dan leo kau mesti kenal kan?" ujar lelaki itu.
Talia terlopong. Oh! Kebetulan.
Jemima masih tidak mengerti kerana dia tidak pernah nampak emi dan talia di rumah agam itu.
"sudah kau ikut aku sekarang jemima" mika menarik tangan jemima keluar dari bilik penjara itu.
Jemima tidak mampu melawan kerana kudratnya masih lemah. Diikutkan juga langkah lelaki itu.
Jemima di bawa masuk ke bilik atas.
Bilik siapa ni? Jemima memandang sekeliling. "ni bilik aku dan kau akan tinggal di sini" mika melepaskan tangan gadis itu.
"lebih baik saya tinggal di bilik busuk itu mika!" keras jemima bersuara. Dia melangkah ke pintu.
Jemima cuba memulas tombol pintu namun tidak berjaya.
"kau tak akan boleh buka pintu ini sayang sebab pintu ini pintu khas untuk bilik aku" mika tersenyum sinis.
Dia menarik tangan jemima dan menolak tubuh gadis itu ke katil. Jemima terkejut. "awak jangan macam macam!" jemima memberi amaran.
"macam macam apa?" mika mendekatkan tubuhnya. Dia cuba menahan gelora di dada.
"sudah kau pergi mandi sekarang! Baju kejap lagi aku bagi" mika menolak tubuh jemima bangun. Dia kemudiannya baring di atas katil.
"saya tak akan mandi kalau awak masih di dalam bilik ni" jemima menahan geram. Mika tergelak sinis.
"apa yang kau ada semua aku yang punya jemima" mika bersuara perlahan sebelum melangkah keluar.
Jemima memandang tidak percaya. Berani dia cakap macam tu?!
Share this novel