23.m
"MAMA!" Jeff memanggil dari aras bawah. "Ya" Pn. Jesina muncul di depan tangga.
"mama mana jemima? Sudah 3 hari jeff tak nampak dia" jeff pelik. Lelaki itu memerhatikan sekeliling. Kenapa rasa ada yang kurang?
Semenjak 3 hari lepas dia, leo dan en. Jerry bertafakur di atas. Langsung tidak sedar apa yang terjadi sepanjang mereka melakukan ritual itu.
Rupanya malam sewaktu Eddie sampai Pn. Jesina ingin mereka anak beranak menguatkan aura dalaman mereka. Dengan pertolongan Eddie sebagai pembantu. Mereka bertiga berjaya melakukan ritual itu.
"jemima sudah 3 hari tidak pulang Katanya nak pergi cari mangsa entah entah budak tu sedang seronok dapat lauk banyak itu yang tidak ingat nak balik" rungut pn. Jesina.
Sudah banyak kali anak gadisnya begitu. Lama lama dia sudah tidak kisah. Jeff mengangguk. "mama.." leo turun ke bawah.
Pn. Jesina tersenyum. "papa mana?" tanya wanita itu. "tidur penat" leo tersenyum nipis.
"kamu berdua tak penat? Eddie keluar sebentar" beritahu Pn. Jesina tanpa dipinta.
Leo dan Jeff menggeleng serentak. "mama mana pembantu rumah dari tadi jeff cari tak jumpa" jeff memandang Pn. Jesina menagih jawapan.
Pn. Jesina mencari helah. "err macam ni sebenarnya semalam mereka melarikan diri" tipu wanita itu. Leo dan jeff membeliakkan mata. Apa?!
"mama halang mereka berdua tapi mereka ugut untuk hapuskan keluarga kita kalau mama halang" pn. Jesina pura pura sedih.
Mereka berdua terkejut besar. Berani emi dan talia melarikan diri dan ugut mama mereka? Jeff mengeleng tidak percaya.
Leo meraup muka kasar. Baru 3 hari tidak jumpa pembantu rumah itu sudah buat hal. Sial! Siap kau talia kalau aku jumpa kau!
Leo dan jeff menahan marah. "betullah manusia tidak pandai menghargai" leo mendengus kasar. Jeff menggenggam penumbuk.
Sakit hati mengenangkan perbuatan emi dan talia. Pn. Jesina senyum menang. Padan muka manusia bodoh!
"sudah lepas ni tiada lagi kasihan pada manusia! Siap mereka berdua kalau aku jumpa" kata jeff menahan geram sebelum berlalu pergi.
Muka masing-masing merah menahan marah. Leo naik ke atas tanpa berkata apa apa. Mukanya jelas menunjukkan apa yang dirasakan ketika itu.
Rasa di khianat oleh manusia yang sepatutnya jadi makanan buat makhluk seperti mereka tidak boleh diterima langsung.
Pn. Jesina tersenyum puas. Baru tenang hati aku. Pagi pagi lagi aku sudah gembira mesti hari ini hari bertuah.
______
"Aduh!" talia memegang perutnya. Sejak 3 hari lepas baru semalam mereka berdua diberi makan. Itupun sekeping roti keras dipotong dua untuk makan malam.
Emi baring mengiring sambil memeluk perutnya. Lapar sungguh dia ketika itu. "kak emi" panggil talia.
Emi bangun perlahan-lahan dan duduk bersandar. Talia mendekati emi. Lemah badan mereka berdua kerana kekurangan tenaga.
Tiba tiba..
"woi!" satu suara menegur. Emi dan talia terdiam. Suara tu dari bilik sebelah ke? Serentak mereka berdua menoleh.
Kelihatan seorang gadis berambut panjang sedang mengesot mendekati jeriji besi yang memisahkan bilik itu. Emi dan talia berpeluk sesama sendiri.
"hantu!" jerit emi. Talia menutup mata dan memeluk erat emi di sebelah. Emi mengigil.
"woi aku bukan hantu!" marah gadis itu.
"nama aku jemima" gadis itu memperkenalkan diri. Emi menoleh. Bukan hantu? Dia melepaskan pelukan talia dan mendekati jemima yang terbaring lemah.
"talia ini bukan hantu lah ni manusia" terang emi. Talia menelan air liur. Dia berjalan mendekati jemima dan emi.
"awak okay?" soal talia. Kasihan dia melihat gadis itu. Kelihatan sangat lemah. Jemima mengeleng. "a..aku bukan ma..manusia" payah jemima bersuara.
Hah?! Emi dan talia memandang lama jemima. "aku vampire" terang gadis itu. Emi dan talia mengangguk. "kau berdua tidak takut?" tanya jemima pelik.
"tak kami sudah biasa" balas emi. Jemima ingin bertanya lagi tapi dia tidak larat. "aku lapar" kata gadis itu perlahan.
"sudah berapa hari kau tidak makan?" tanya emi.
"sudah 3 hari aku tidak minum darah a..aku tidak dapat bertahan lebih lama" jemima menangis.
Kasihan emi dan talia melihatnya. Talia mengambil sebatang jarum dari tempat jahitan didalam begnya. Gadis itu mencucuk tangannya dan menyuakan pada jemima.
Pantas jemima bangun dan menghisap darah yang keluar dari tangan talia. Talia menahan geli dan sakit.
"terima kasih" jemima menolak kembali tangan talia. Baru bertenaga sedikit badannya.
Dari jauh kedengaran tapak kaki mika dan bunyi seretan sesuatu menuju ke arah mereka. Masing-masing duduk diam.
Mika mendekati sel bilik emi dan talia. Dia memegang seorang lelaki tua yang sedang menahan sakit. Kelihatan darah mengalir banyak dari kepalanya.
"hei kau nak buat apa dengan lelaki tu?! Lepaskan dia!" jerit emi. Dia bangun dalam keadaan payah dan cuba mencapai tangan lelaki tua itu.
Mika gelak sinis. "kau diam manusia!" jerit mika. Lelaki itu mengeluarkan taring dan menghisap darah lelaki tua itu sehingga kering.
Emi dan talia membeliakkan mata. Talia mengigil ketakutan. Emi mengeleng. Kau sama macam jeff! Tak berhati perut. Emi menahan air mata.
Setelah selesai mika mencampak bangkai lelaki itu ke tepi. "jeff?" dia memandang tajam wajah emi.
Emi terdiam. Dia lupa vampire boleh membaca fikiran manusia.
"patutlah kau ada aura tajam emi" mika mengelap bibir. Dia membuka pintu jeriji dan menarik kasar rambut emi.
"sakitlah bodoh!" Jerit emi. Talia bangun dan cuba menarik lengan mika. Dengan sekali tolak talia jatuh jauh ke belakang.
Sakitnya. Talia memegang pinggangnya. Mika menarik wajah emi rapat dengannya." kau memang manusia degil dan naif! " lelaki itu tersenyum sinis.
Emi meronta ronta supaya mika melepaskan rambutnya. Mika menarik emi keluar dari bilik jeriji besi.
"kak emi!" jerit talia berlari ke pintu besi dan menggoncang kuat.
"kau ikut aku manusia" lelaki itu membawa emi masuk ke bilik di dapur. "lepaskan" rayu emi. Kulit kepalanya terasa ingin tercabut.
Mika mencampak emi ke katil. "kau nak buat apa ni?!" emi bersuara takut takut. Dia berundur ke belakang.
Mika tergelak sinis. "sekarang baru kau takut dengan aku?" dia melangkah perlahan mendekati gadis itu. Emi cuba menolak tubuh mika supaya jauh darinya.
Kuat melawan! Bisik hati mika. Lelaki itu menolak tubuh emi ke katil. Gadis itu meronta lemah. Sudahlah tangan sakit. Badannya pula kekurangan tenaga.
Emi tidak mampu melawan. Dia mengalirkan air mata perlahan. Mika memandang puas. Seronok dia mengenakan gadis itu.
Mika bangun dan menarik muka emi rapat ke wajahnya. "aku bagi kau tinggal di sini ya sayang" mika tersenyum sinis.
Emi tidak membalas. Mika menolak semula tubuh emi ke katil dan keluar. Emi memegang tangannya yang sakit. Dari melecur sekarang sudah melecet dan sangat sakit.
_____
Share this novel