Bab 37

Vampire Series 18041

37.

"sebenarnya dorang berdua ni kena pukul dengan aku.. Tu yang luka satu badan tu" gurau eddie. Dia terus menghamburkan ketawa melihat muka ketat jemima.

Fuh! Emi dan talia menarik nafas lega. Biarlah apa yang jadi pada mereka hanya mereka sahaja tahu. Tak perlu rasanya hendak melibatkan jemima.

"kau ni eddie! Main main lah"  jemima menjerit marah. Dia mencubit lengan lelaki itu berulang kali untuk melepaskan geramnya.

"ehem.."

Serentak semua menoleh ke arah suara yang berdehem pada mereka.

"seronok nampak?" mika menegur. Matanya memandang tajam jemima.

Emi dan talia terdiam. Terkebil kebil mereka memandang lelaki itu. Nak tegur rasa macam lain la pulak. Yelah dari musuh jadi tempat bergantung. Mmm.

Jemima berhenti. Pucat mukanya melihat mika di hadapan.

" wei mika.. Buat apa kat sini?" eddie cuba memecahkan suasana kekok.

"aku kena bagitahu engkau ke apa aku buat kat sini?" sinis mika menjawab.

Mata lelaki itu menjeling ke arah eddie. Apa hubungan lelaki ni dengan jemima? Sampai boleh bergurau macam tu. Dengan aku tahu asyik takut je memanjang.

" aku bukan apa cuma.."

"err mika.. Kenapa awak erm kesini?" jemima memegang lengan eddie untuk menahan lelaki itu dari bersuara. Nampak benar mika tak suka eddie.

Mika menjeling tangan jemima yang sedang memegang lengan eddie. Panas hatinya ketika itu. Sial lah!

"yang kau pegang tangan dia kenapa?" mika merentap tangan jemima supaya gadis itu melepaskan pegangannya.

Eddie tersenyum sinis. Dia memeluk pula bahu jemima erat. Sengaja ingin menguji mika.

Bulat mata mika melihat perilaku eddie.
"engkau.." lelaki itu menolak kasar tangan eddie.

"jangan sentuh hak aku!" mika memberi amaran. Wajahnya serius dan sedikit merah. Jelas kemarahan di wajah lelaki itu.

Emi dan talia sejak tadi hanya membisu. Muka mika tak mesra langsung. Macam mana nak tegur!

"hak? Maksud kau?" selamba eddie bertanya. Dia tahu mika sakit hati dengan dia. Sengaja dia menambah minyak. Biar terbakar lelaki tu.

Mika tidak menjawab. Dia terus menarik tangan jemima supaya mengikuti langkahnya.

Jemima sudah kecut perut. Habislah! Menyesal aku pegang eddie tadi. Langkah mika semakin laju. Tercungap cungap juga gadis itu hendak mengejar rentak kakinya.

_____

Mika berhenti di hadapan singgahsana miliknya.
Dia melepaskan tangan jemima kasar.

"kau suka lah kan tadi?!" kuat suara mika bergema. Jemima terkedu.

"apa maksud awak?" gadis itu melihat sekeliling. Takut sekiranya ada yang mendengar suara kuat mika tadi. Mujur hanya ada pengawal yang sedang bertugas di depan pintu.

"apa hubungan kau dengan Eddie?!" mika mencengkam kedua dua lengan jemima kuat.

Ouch! Jemima mengaduh kesakitan.

"kitaorang berdua sepupu lah mika.. Lepaskan tangan saya!" jemima cuba merentap tangan mika di bahunya.

"kau ni me.."

"Mika!" suara bonda memanggil kuat.

Bonda berjalan mendekati mika dan jemima. Mika terus melepaskan tangannya.

"bonda.."

"emm.. Bonda nak cakap dengan jemima sekejap" pinta wanita itu tanpa memandang wajah anaknya. Dia tersenyum memandang wajah jemima yang sedang cuba tersenyum manis memandangnya.

"baik bonda" mika tunduk sedikit dan mengerling jemima di sebelahnya. Kemudian dia melangkah keluar dari ruangan itu.

Bonda mika mengusap lembut rambut jemima.
"maafkan mika kalau dia berkasar dengan kamu ya" wanita itu tersenyum tipis.

Dia sendiri nampak bagaimana layanan anaknya terhadap jemima. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga menyebabkan anaknya berubah sikap menjadi begini. Dia sendiri tidak tahu sebabnya.

Wanita itu yakin. Gadis di hadapannya ini mampu mengubah mika kerana selama anak lelakinya tinggal bersamanya di dalam istana. Mika tidak pernah membawa mana mana gadis datang ke istana ini. Hanya jemima satu satunya.

"mika baik je dengan saya bonda" jemima cuba menutup rasa bersalah wanita itu.

"bonda cuma harapkan kamu sahaja jemima.."

Jemima mengerut dahi. "harapkan saya? Harapkan Untuk apa?"

Auch!  Bonda mika memegang dadanya. Kenapa sakit sangat ni?

Jemima mula panik. "eh bonda kenapa ni? Okay tak?" Gadis itu meluru mendapatkan wanita itu.

"bonda okay.. Bonda hendak berehat sekejap ya"
Wanita itu berganjak ke belakang sedikit dan menghilang.

Jemima mengeluh perlahan. Apa yang bonda nak cakap sebenarnya?
_______

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience