Keesokan malam talia datang sambil mengalas beg yang berisi bajunya. Talia masuk dan mengetuk pintu. Seperti biasa, ia terbuka sendiri.
"helo encik.. Saya dah sampai" laung talia. Dia meletakkan begnya dan berjalan sekitar ruang tamu yang sungguh luas itu. Baru ruang tamu dah luas macam ni? Tempat lain macam mana agaknya. Talia berkata dalam hati.
Lelaki misteri itu muncul di belakang talia sambil memandang sinis. Dia dapat mendengar satu persatu apa yang talia fikirkan di dalam hatinya.
"talia" panggil lelaki itu.
Talia berpusing kerana terkejut dan hampir terjatuh. Dengan pantas lelaki itu memaut pinggang talia dan menarik tubuhnya rapat dengan badan lelaki itu.
Talia diam kerana masih terperanjat. Dia dapat melihat jelas wajah lelaki di depannya."kau kenapa pandang aku macamtu?" tanya lelaki itu.
Talia yang terpukau melihat wajah kacak lelaki itu tersedar dan terus menjarakkan diri. "ma... maafkan saya encik" Talia menundukkan kepala berulang kali.
"ikut aku" arah lelaki itu sambil berjalan ke arah dapur. "bilik kau di sini" tunjuk lelaki itu. Talia melihat ke dalam bilik yang agak luas itu.
"emm nama encik siapa?.. Nanti senang saya nak panggil" tanya talia memandang wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu putih pucat dan matanya berwarna biru. Menawan sekali.
"panggil aku Leo." jawab lelaki itu dan berlalu pergi. Talia tersenyum nipis dan masuk ke dalam bilik rasminya. "besar nya bilik ni.." talia teruja dan terus menghempaskan dirinya di atas katil.
Talia terus tertidur tanpa sempat mengemas barangnya kerana kepenatan. Leo muncul di dalam bilik talia dan memerhatikan gadis itu tidur sebelum dia hilang begitu sahaja.
Share this novel