22.m
"MAKCIK!" Eddie mencerlung tajam wajah emi dan talia. "makcik kenapa manusia boleh bekerja di rumah agam ni?" soal lelaki itu.
Pn. Jesina terdiam. Selama ini dia yang membangkang kaum kerabatnya dalam setiap perkara melibatkan manusia. Tapi kali ini anak dia pula yang melakukannya.
Pn. Jesina mengeleng kepala." Eddie kamu jangan masuk campur! Ini hal makcik dengan mereka!" wanita itu memberi amaran.
Eddie mengerut dahi. Patutlah dia dapat hidu bau manusia sewaktu datang semalam. Mata Eddie tidak lepas memandang emi dan talia.
Emi masih mengerang kesakitan. Tangan yang melecur terasa seperti disiat. Talia panik." kak emi.. " gadis itu meniup tangan emi yang sakit.
"sudah! Kau berdua tak payah pura pura sakit! Sekarang kemas barang kau dan keluar dari rumah ni!" Pn. Jesina naik hantu.
Kecut perut pembantu rumah itu melihat wajah Pn. Jesina. Dengan pantas mereka masuk ke bilik dan mengemas barang.
"eddie" pn. Jesina menoleh memandang anak saudaranya. "jangan sekali pun kamu beritahu jeff dan leo tentang perkara ini kalau mereka tanya biar makcik yang jawab" pn. Jesina berkata tegas.
"kalau perkara ini sampai ke pengetahuan mereka siap kamu!" wanita itu memberi amaran.
Eddie tidak menjawab. Dia sekadar memandang tanpa riak. Tidak terlintas langsung rasa takut di hatinya.
Emi dan talia keluar dari bilik. Di bahu masing-masing mengalas beg baju. Sebenarnya mereka berdua risau dan takut.
Risau apa yang akan berlaku kepada mereka sekiranya leo dan jeff tahu mereka keluar dari rumah dan takut diapakan oleh pn. Jesina.
"bagus sedar diri sebelum aku bunuh kau berdua baik kau berambus dari sini!" pn. Jesina memandang benci.
"keluar ikut pintu belakang" pn. Jesina menunjuk pintu dapur. Emi dan talia berjalan perlahan. Sayu hati mereka diperlakukan seperti tiada maruah.
"ingat jangan sesekali muncul di kampung ni lagi kalau tak nak keluarga kau jadi mangsa aku HAHAHAHA" wanita itu tersenyum sinis. Seram sekali bunyi gelak pn. Jesina.
Wanita itu menunjukkan taringnya. Cepat cepat emi dan talia keluar.
Manusia sial! Kalau bukan sebab anak aku mesti aku sudah bunuh kau! Mata pn. Jesina merah menyala. Lauk di depan mata tapi tidak boleh diusik. Bengang jadinya.
_____
"Kak emi! Kita hendak pergi mana?" talia mengeluh penat. Sudah beberapa jam mereka berjalan di hutan. Sejak keluar dari rumah agam pagi tadi.
"aku tak tahu talia kita dah tak boleh masuk kampung lagi nak pergi bandar aku tidak tahu jalan" emi mengeluh. Dia mengesat peluh di dahi.
Cahaya matahari amat terik memancar. Tidak pernah sekali pun emi keluar dari kampung apatah lagi talia.
"kak kita sudah jalan jauh ni mari kita rehat sekejap" talia berhenti. Emi mengangguk.
Tangan emi yang melecur semakin teruk. Dia hanya mampu menahan sakit dan membalut lukanya menggunakan kain.
Talia membuka balutan luka emi dan menuangkan air di luka itu. "talia! Kau buat apa ni?! Sudahlah itu sahaja air yang ada!" emi menarik tangan dan terus membalut kembali lukanya.
Talia terdiam. Dia kasihan dengan kakak tirinya. Bukan dia tak tahu emi sedang menahan sakit. Dia menyimpan semula bekas air di dalam beg.
"sudah mari jalan" emi bangun. Mereka berdua berjalan jauh ke dalam hutan. Tiba tiba emi berhenti. Talia di belakang terperanjat.
"kenapa kak emi?" tanya talia. "talia depan ni ada rumah agam juga lah" emi menunjuk rumah agam besar di hadapan. Dia memandang rumah itu tidak berkelip.
Talia mengerut dahi. Rumah? Gadis itu berdiri di sebelah emi. "betul lah" talia mengiyakan. Dia memandang kagum.
"eh kak emi dalam hutan tebal ni ada rumah agam besar?" talia pelik. Emi mengangkat bahu.
"apa kata kita cuba minta kerja disini?" emi memberi cadangan.
Talia menggeleng. "macam pelik sahaja ada rumah di sini" talia bersuara perlahan. Emi mengeluh. "jom lah talia tangan aku sakit sangat ni" emi merungut.
Talia memandang kasihan. Perlahan dia mengangguk. Emi tersenyum lebar. Mereka berdua berjalan menuju ke pagar besar rumah agam.
Belum sempat emi pegang pagar itu terbuka sendiri. Emi dan talia kaku kerana terperanjat. Emi menarik nafas. Gadis itu menarik tangan talia dan melangkah masuk menuju ke pintu.
Tuk tuk...
Emi menelan air liur. Talia di sebelah memeluk erat lengan emi. Prakk.. Pintu terbuka. Kelihatan seorang lelaki di hadapan pintu.
Emi dan talia terpukau memandang wajah lelaki itu yang seakan sempurna tanpa sebarang kecacatan. "apa kau nak?" kata lelaki itu serius.
"err maaf kami berdua mencari kerja encik ada kerja kosong di rumah ini?" emi tersenyum paksa. Dalam rumah itu hanya diterangi lilin. Mungkin kerana jauh di dalam hutan jadi bekalan elektrik tidak sampai.
Lelaki itu memandang emi dan talia silih berganti. Tak lama kemudian dia tersenyum sinis." masuk" lelaki itu memberi ruang dua beradik masuk ke dalam rumah.
Emi dan talia terlopong memandang keadaan di dalam rumah agam itu. Luas sekali. Rumah agam itu mempunyai dua aras. Tangga terletak di tepi dinding. Di tepi tangga itu kelihatan banyak almari kayu bertutup rapat.
Entah apa di dalamnya. Di sebelah almari yang banyak tersusun itu ialah laluan menuju ke dapur. Selebihnya di tempat mereka berdiri ialah ruang tamu.
"ikut aku" lelaki itu berjalan ke dapur. Wah dapur pun luas seperti rumah agam yang mereka bekerja sebelum Ini.
Lelaki itu membuka satu pintu di tepi almari dapur. Hampir tidak perasan kewujudan pintu itu. Emi dan talia mengikut sahaja langkah lelaki misteri di hadapan mereka.
"kita hendak pergi mana encik?" emi bertanya. Laluan yang mereka lalu sekarang agak sempit. Pelik dia melihat perlakuan lelaki itu. "nama aku mika" lelaki itu tidak menjawab soalan emi.
"Encik mika jawab soalan saya" emi memandang penuh curiga. Mika berhenti dan menoleh ke belakang.
Di hadapan mereka sekarang ini terdapat sebuah lagi pintu. "tu pintu apa?" tanya emi lagi. Mika tersenyum.
Dia membuka pintu dan mempersilakan dua beradik itu masuk. Emi tidak berganjak.
Talia pula masih memegang erat lengan emi. Kecut perut dia memandang lelaki itu. Nasib baik kakak emi ada.
Mika mendengus. Dia menarik tangan emi masuk ke dalam. Gadis itu terpaksa melangkah masuk kerana lelaki itu memegang kuat tangannya.
Tempat apa ni? Emi dan talia memandang sekeliling. Kelihatan banyak pintu jeriji besi seperti penjara di situ.
"encik ni tempat apa?" emi menarik tangan lelaki itu memaksa dia supaya menjawab soalan nya.
Mika dapat merasa suatu yang pelik di dalam dirinya apabila kulit tangan emi menyentuhnya. Dia mempercepatkan langkah sehingga dua beradik itu hampir tersungkur untuk mengikut rentak kaki mika.
Lelaki itu berhenti betul betul di salah satu jeriji besi. "ini syurga sayang" lelaki itu ketawa sinis. Mika memandang pintu Jeriji besi itu dan ia terbuka sendiri.
Emi dan talia terkejut. Lelaki ini?! Lelaki ni vampire ke?! Emi membulatkan mata memandang mika. Talia langsung tidak melepaskan pegangannya.
Mika tersenyum dan menolak tubuh dua beradik itu kedalam bilik penjara. Dengan pantas pintu besi tertutup sendiri.
"woi! Lepaskan kami!" emi berlari ke pintu. Dia menggoyangkan pintu besi itu sekuat hati. Talia cuba membantu emi namun tidak berjaya.
"duduk diam ya sayang" mika ketawa sinis dan berlalu keluar. Emi menahan marah. Sial! Talia terduduk kepenatan. Apa sudah jadi? Siapa lelaki tu?
_______
Share this novel