Bab 29

Vampire Series 18041

29m

LEO bangun tidur awal pagi. Dia ingin mencari Pn. Jesina terlebih dahulu. Kedua orang tuanya keluar pergi entah ke mana dari petang semalam. Pagi pagi buta tadi baru balik.

"Mama!" panggil leo keluar dari bilik. Pn. Jesina yang baru hendak melangkah turun berhenti. Wanita itu tersenyum lebar memandang leo.

"iya leo sudah jumpa adik kamu belum?" soal pn. Jesina teruja. Leo terdiam. "belum mama.." jawab lelaki itu.

Wajah ceria pn. Jesina bertukar kelat. "ini semua salah manusia tu" Pn. Jesina menahan geram. "kalau mama jumpa mereka siaplah!" tambahnya.

"leo sudah cari di kawasan kampung dan hutan tapi tidak jumpa" beritahu leo. Dia memandang kosong mamanya.

"mana lah jemima sekarang ni sayang?" wanita itu tunduk memandang lantai. Sedih hatinya.
Leo terdiam. Tiba tiba lelaki itu teringatkan talia. Manusia tu! Bulat mata leo memandang pn. Jesina.

"leo kenapa ni?" Pn jesina mendekati anak sulungnya. Leo menggeleng. "mama rehat dahulu leo akan tetap cari jemima sampai jumpa" janji leo.

Harap harap mama tak risau sangat. Lelaki itu tersenyum dan berlalu turun ke dapur. Dia menuju ke ruang bawah tanah.

Pn. Jesina dan en. Jerry pun tidak tahu kewujudan ruang bawah tanah itu. Leo membuka pintu besi bilik talia perlahan.

Kelihatan talia sedang baring di atas katil dalam keadaan lutut rapat ke dadanya. Gadis itu tidur dalam keadaan mengigil.

Perlahan-lahan leo merapati talia. Leo diam memandang talia yang sedang tidur. Apa patut aku buat? Biarkan saja ke dia macam ni? Leo menanya dirinya sendiri.

Talia masih lena tidur walaupun dalam keadaan mengigil kerana takut dengan gelap. Dari malam tadi gadis itu menahan semua ketakutannya sehingga terlena sendiri.

Leo mengurut lehernya. "biar aku ambil sarapan dan baju untuk kau ya" leo berkata perlahan dan berlalu keluar. Masih ada sedikit simpatinya buat gadis itu.
_______

Emi membuka mata perlahan lahan. Peningnya kepala aku. Emi memegang kepalanya yang berdenyut. Gadis itu melihat sekelilingnya. Aku masih kat bilik penjara ni?! Emi mengeluh.

Kejadian malam tadi mula terngiang ngiang di fikirannya. Bulat mata emi memandang di sebelah. Jeff! Dia dah pergi! Emi menarik nafas lega.

Gadis itu tunduk dan memandang tubuhnya yang tidak dibaluti sehelai benang pun. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

Teresak esak emi cuba menahan tangis. Kesal dengan apa yang terjadi di antara dia dan jeff. Emi bangun dan mengutip bajunya. Dia menuju ke bilir air untuk mandi.

Nampaknya emi terpaksa memakai semula baju kotornya. Hanya itu satu satunya baju yang dia ada.
______

Leo meletakkan baju di tepi talia yang masih tidur. Tubuh gadis itu terketar ketar. Leo mengigit bibir. Perempuan ni!

"Talia bangun" panggil leo. Tiada tindak balas. "talia bangunlah!" panggil lelaki itu lagi. Tidur mati ke?! Leo bengang.

Dia cuba menarik tangan talia yang sedang memeluk lututnya. "kuatnya kau peluk lutut kau" omel leo perlahan.

Dia cuba melepaskan pegangan gadis itu dari memeluk lututnya sendiri. Talia terganggu. Gadis itu membuka mata dan terus berganjak jauh ke hujung katil apabila terpandang leo.

Leo terdiam memandang reaksi spontan talia. "kau ni kenapa? Muka aku seram sangat ke?" soal leo dingin.

Talia diam. Dia tidak rasa hendak bercakap dengan lelaki itu. "kau bangun pergi mandi  pakai baju ni!" leo mencampak gaun panjang berwarna coklat gelap ke talia.

Talia masih mengigil. Dia bukan seorang penakut tapi sejak apa yang berlaku di rumah agam mika. Perasaan beraninya seakan mudah terlucut.

"yang kau kat situ lagi kenapa?! Pergi mandi sekarang!" leo menarik lengan talia bangun. Talia tidak melawan.

Gadis itu bangun dan cuba mengawal perasaan takut di hatinya. Perlahan-lahan talia melangkah. Kakinya seperti tidak stabil untuk berjalan. Mungkin akibat menggigil sepanjang malam.

Leo mendengus. Menyusahkan betul! Leo menghampiri talia dan terus mencempung tubuh gadis itu masuk ke dalam bilik air.

"lembab" leo menurunkan talia. Talia yang masih terkejut dengan tindakan leo diam memandang leo lama.

"cepatlah mandi!" leo menjirus air ke wajah talia. Bulat mata talia memandang lelaki itu. Woi! Talia memandang geram. Tubir matanya panas.

Talia terus menolak leo keluar dan mengunci pintu bilik air. Sampai hati kau buat aku macam ni! Apa salah aku? Talia terduduk menangis.

Hatinya sakit. Entah kenapa dirinya sentiasa malang? Dari dia lahir sehingga sekarang! Ibunya mati ketika melahirkan dirinya.

Talia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu. Dapat pula emak tiri yang kejam. Hendak mencari duit tapi tersekat didalam keluarga vampire yang bencikan manusia.

Talia memeluk lutut dan menangis sepuasnya. Dia ingin meluahkan segala peritnya ketika itu.
______

Emi meneliti baju di badannya. Masih boleh ni. Gadis itu tersenyum hambar. Rambutnya yang baru lepas dicuci dibiar lepas.

Emi pening. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan jeff lepas ini? Gadis itu duduk bersila dia atas kat dan termenung panjang.

Clarkk.. Selak pintu dibuka dari luar.

Emi kaku. Berdebar hatinya melihat siapa yang datang. Lelaki tu? Emi mengerutkan dahi. Lelaki pada hari yang sama ketika dia dan talia dihalau oleh pn. Jesina.

Eddie tersenyum. "hai cik adik" sapa lelaki itu manis. Emi malas nak menyahut. Dilihat sahaja tindak tanduk lelaki itu meletakkan dulang makanan dan dua helai baju di tepi katil.

"nah awak makan dan pakai baju bersih ini ya" eddie bersuara lembut. Emi menggeleng. Gadis itu senyum sinis.

"kenapa buat baik pada aku?!" keras nada suara emi. Eddie mengerut dahi memandang emi. "maksud awak?" tanya lelaki itu pelik.

"kau vampire kan? Kenapa kau tak bunuh saja aku?" bergetar suara emi. Gadis itu menahan sebak di hati.

"saya.." eddie kehilangan kata kata. Dia dapat melihat jelas mata emi merah menahan air mata dari jatuh.

"saya keluar dulu" eddie memandang emi sekilas sebelum keluar. Kenapa dengan gadis tu?

**

Jeff melangkah mendekati saudaranya apabila ternampak eddie sedang berjalan menuju ke biliknya.

"macam mana eddie?" tanya jeff ingin tahu. Tenang sahaja dia menuturkan ayat itu. "kau buat apa kat dia jeff?" eddie memandang jeff tajam.

Jeff terdiam. Emi beritahu ke?!  "kenapa?" soal jeff tanpa riak. Wajahnya bersahaja. Tapi didalam hati seperti ingin meletup.

"tak adalah cuma... Gadis tu macam terlalu sedih seperti banyak perkara buruk berlaku pada dia" jelas eddie. Jeff menarik nafas lega.

"andaian kau je..manusia tu sebenarnya bersubahat sembunyikan adik aku" nafi jeff. Lelaki itu yakin memang emi dan talia yang menyembunyikan adiknya.

Eddie pelik. Manusia culik vampire? "oh.. Btw baju dan makanan semua sudah selesai pandai pandai kau cakap dengan mama kau pasal diaorang tu" pesan lelaki itu.

"cakap apa benda dengan mama jeff?" dari belakang pn. Jesina bersuara. Wanita itu memandang jeff dan eddie meminta penjelasan.

Eddie tersenyum. "pandai pandai eh jeff" terus lelaki itu berlalu masuk ke biliknya. Jeff memandang geram saudaranya itu.

Kurang ajar betul! Jeff berpura pura tidak dengar. Baru hendak melangkah untuk melarikan diri. "jeff!! " panggil Pn. Jesina kuat. Wanita itu mengangkat kening.

"apa yang kamu sembunyikan sekarang ni?!" tanya pn. Jesian tegas. Geram betul hatinya. Sudahlah dia risau tentang jemima sekarang timbul pula perkara baru.

"mama..." jeff diam. Macam mana aku nak beritahu ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience