Bab 9

Vampire Series 18041

Emi dan talia memasak sama-sama pada petang itu. Emi gembira kerana dia sudah ada tempat berteduh.

"kakak talia suka kak emi duduk sini" talia senyum sambil menyediakan pinggan. "kakak pun suka talia tapi kakak risaukan emak" emi tersenyum nipis.

Talia hanya mampu diam. "maaf lah kalau talia jadi punca kakak kena halau" mohon talia. Emi tergelak. "talia benda dah jadi kan janganlah rasa bersalah".

Jeff mendekati pembantu rumah yang rancak berbual di dapur. "seronok nampak" jeff menyindir. "encik jeff nak makan?" tanya talia.

"talia pergi panggil leo" arah jeff. Dia asyik memerhatikan gerak geri Emi yang sedang membancuh air sirap.

Talia naik ke atas. Dia merenung bilik yang sama waktu dia pengsan. "mana leo ni?" tanya talia sendiri. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik leo yang tertutup rapat.

Talia memulas tombol pintu perlahan dan menjenguk ke dalam. Encik leo tidur rupanya. Gadis itu mendekati leo dengan berhati-hati.

"encik leo o encik leo" talia menyentuh sedikit bahu leo yang tidur di atas katil. Tidur mati ke? Talia cuba menyentuh tangan lelaki itu.

Leo sengaja pura pura tidur. Dia dapat menghidu bau gadis itu sejak awal lagi. Sejuknya tangan encik leo. Talia cuba menggenggam tangan leo. Dia ingin memastikan leo tidak sakit.

Leo membuka mata dan menarik gadis itu rapat kepada nya. "kau cuba buat apa?" tanya leo perlahan. Muka talia yang rapat dengan leo kemerahan.

"maaf encik" talia menjarakkan diri. Leo memeluk gadis itu dan menarik talia ke atas katil. Talia kini sedang berbaring berdepanan dengan leo.

"encik.. Maaf lah saya cuma nak kejut encik bangun untuk makan" talia memandang ke arah lain. Dia malu kerana leo merenungnya.

Talia cuba bangun namun tangan leo pantas merangkul pinggang talia. Lelaki itu memeluk talia dengan erat. "teman aku sekejap" pinta leo sambil menutup mata.

Di dapur.
Mana talia dan encik Leo ni? Emi tidak senang duduk. Dia menjeling jeff yang tengah merenungnya.

Emi mengigit bibir. "Encik jeff lapar tak?" tanya emi. Jeff duduk di kerusi makan dan tersenyum sinis. "memang aku lapar tapi makanan aku tak sama macam kau" jawab jeff.

Lelaki itu memerhati lauk yang dimasak oleh dua orang beradik tiri. Emi menoleh pantas. Tak sama? "encik jeff makan apa?" tanya emi.

"emi.. Kau betul nak tahu apa yang aku makan?" jeff menongkat dagu memandang Emi. Gadis itu mengangguk laju. Naif betul perempuan ni!

Jeff senyum sinis. "meh sini ikut aku" jeff bangun dan menarik tangan emi. Gadis itu ikut tanpa tahu apa yang menantinya.

Waktu semakin senja. Jeff membawa emi masuk ke dalam hutan. "encik kita nak pergi mana?" emi yang keletihan bertanya.

Jeff tidak menjawab. Jeff melangkah laju. Emi terpaksa mengejar langkah jeff hampir tersungkur.

Sampai di satu kawasan lapang. Jeff melepaskan tangan emi. Jeff ghaib tiba tiba. "encik!" jerit emi ketakutan.

"encik jeff jangan tinggalkan saya!" emi tercari cari susuk tubuh lelaki itu. Emi ketakutan dan menangis. Kawasan hutan gelap gelita.

Tiba-tiba ada cahaya pelita dari arah kiri menuju ke emi. Seorang lelaki berjambang memberhentikan kereta kuda dan turun." adik manis apa kau buat di sini" tanya lelaki itu.

Emi mengesat air mata. "encik tolong saya..saya nak keluar dari sini" emi memegang tangan lelaki jambang dan meminta pertolongan.

Lelaki itu senyum melihat emi atas ke bawah. "boleh boleh adik sila naik" lelaki itu membuka pintu kereta kuda. Emi masuk ke dalam.

Lelaki itu masuk dan mengunci pintu. Dia memandang emi dengan senyuman gatal. "kalau kau nak keluar dari sini kau kena balas dulu budi aku" lelaki jambang itu menerkam emi di depannya.

Emi menjerit dan menolak wajah lelaki itu dari menciumnya. Jeff mana kau?! Tolonglah aku!! Emi menangis kuat.

Kudratnya semakin lemah untuk melawan nafsu lelaki miang itu. Lelaki itu cuba untuk mencium emi yang semakin lemah namun tidak sempat kerana pintu kereta kuda itu ditarik kasar dari luar.

Lelaki itu menoleh dan zappp! Wajahnya dicakar. "aduhh!!!!!" lelaki itu terjatuh di luar dan mengerang kesakitan.

Jeff memandang emi yang sedang ketakutan dan menarik gadis itu keluar. "kau nak tengok makanan aku kan?" jeff menarik rambut lelaki itu dan menghisap darah.

Badan lelaki jambang yang gemuk menjadi semakin kempis. Jeff mencampak mayat lelaki itu di tepi. Dia menoleh ke arah emi.

Mulut emi ternganga kerana terkejut. Jeff menghampiri dan mencium mulut emi dengan pantas. Emi membeliakkan mata dan menolak jeff.

Jeff senyum sinis dan mengelap darah di bibirnya. Emi memegang bibirnya yang terkena kesan darah dari bibir jeff. Gadis itu pengsan di situ juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience