Bab

Vampire Series 18041

44

Jemima membuka mata kerana terasa seperti ada sesuatu yang berat melingkari badannya.

Apa ni? Gadis itu meraba pinggangnya. Eh! Ni.. Ni tangan siapa pulak ni?! Pantas jemima menoleh ke tepi.

Kelihatan mika masih lagi nyenyak tidur di sebelahnya. Wajah mika tenang sangat. Jemima terdiam seketika.

Tu suami aku kan? Bisik hati gadis itu. Jemima melihat tubuhnya dan mika yang masih lagi berbalut busana perkahwinan mereka malam tadi.

Jemima mengangguk. Ye ye betullah dia dah jadi suami aku. Gadis itu tidak jadi hendak bangun. Dia baring dan memusingkan tubuhnya menghadap mika.

Perlahan-lahan tangannya menyentuh wajah bersih lelaki itu. Mika.. Awak pergi mana selama ni? Gadis itu meneliti setiap inci wajah mika di sebelahnya.

Mika menyembunyikan senyuman. Dari tadi lagi sebenarnya dia dah sedar. Tapi tengok jemima dah bangun dulu. Tak jadi dia nak buka mata.

Perlahan-lahan tangannya mencapai tangan jemima yang sedang mengusap lembut pipinya.
Mika membuka mata.

Jemima terus terkaku kerana terperanjat. Aduh malunya! Merah muka gadis itu menahan malu. Dia cuba menarik semula tangannya dari genggaman mika tapi makin kuat pulak mika pegang.

"mika.. Dah pagi ni.. saya nak pergi mandi.. Errr.. Boleh tak lepaskan tangan saya?"

"emmm...nantilah dulu" mika memeluk pinggang jemima dan mengerat pelukannya.

Jemima tak mampu nak melawan dah. Sesak nafas aku wei! Dibiarkan sahaja lelaki itu memeluknya.

Mika menutup mata semula. Jemima merenung wajah mika yang sudah kembali lena. Gadis itu tersenyum nipis dan menutup mata menyambung tidur. Kasi canlah.
_______

Awal awal pagi emi sudah ada di taman. Saja dia nak hirup udara segar pagi itu. Sejak malam semalam dia rasa rindu dengan kampung halamannya.

Kalau minta nak balik... Agak agak dapat tak?
Gadis itu menyoal dirinya sendiri. Dia melabuhkan punggung di atas buaian dan membuai perlahan.

Para tetamu masih lagi ramai. Dewan penuh dengan saudara mara mika dan jemima. Malas emi nak tunjuk muka. Kang kantoi pula yang dia sebenarnya manusia. Huhu

Emi termenung memikirkan hasratnya. Aku bagitau talia lah pasal ni..
____

Huarghh.. Talia mengeliat. Gadis itu bangun menuju ke jendela dan membuka seluasnya. Emm.. Masih lagi ramai tetamu kat sini..

Tuk tuk tuk..
Talia berpusing menghadap pintu. Siapa pula datang pagi pagi ni? Tak mungkin kak jemima.. Mesti kak emi?

Talia mengangkat bahu dan berjalan menuju ke pintu. Prakkkk...pintu terbuka luas.

Kelihatan pn. Jesina sedang berdiri sambil tersenyum memandang talia.

Kenapa ni? Kenapa makcik pula yang datang sini? Gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"talia sayang.. Boleh mama masuk?" lembut sahaja wanita itu bertanya.

Talia tersenyum hambar. Nak tolak pun aku rasa serba salah. Aduhai.

"masuk lah makcik"

Pn jesina melangkah masuk dan duduk di atas sofa di tepi katil. Dia memandang talia yang sedang bingung melihat dirinya.

"mama tahu yang talia pelik kenapa mama datang sini kan?"
"sebenarnya ini berkaitan dengan leo... Leo dan talia" pn. Jesina berhenti sejenak untuk melihat reaksi gadis di hadapannya.

Talia mengerutkan dahi. Kenapa dengan leo?
Takkan dia sakit betul betul? Dia vampire kot!

"kenapa dengan leo makcik? Dia okay kan?" gadis itu tidak senang duduk.

"panggil mama" tegah wanita itu. Pn. Jesina tersenyum. Nampaknya benarlah kata leo. Talia masih ada perasaan dengan anak sulungnya.

"mama ada permintaan besar pada kamu talia.. Tapi sebelum tu.." wanita itu menarik nafas dalam.

"mama nak mintak maaf sebab selama ni...." pn. Jesina menelan air liur, pahit.

"... Mama dah dera kamu berdua... Mama betul betul dah insaf sekarang.. Mama tahu susah untuk kamu maafkan mama tapi tolonglah mama mohon kamu dan emi maafkan kesalahan mama.. Tolong jangan benci mama lagi..mama dah tak sanggup hidup serba salah macamni talia.. " pohon pn. Jesina sambil menangis teresak esak. Wanita itu sudah melutut di hadapan talia sambil memegang kaki gadis itu.

Talia tergaman. Dia sendiri terkejut. Sampai macam tu sekali makcik nak minta maaf dengan dia?

" makcik.. " talia melutut sambil  memegang bahu Pn jesina yang sedang menahan tangis.

"saya dah maafkan makcik.. Makcik janganlah sedih macamni" pujuk talia ikhlas.

Pn. Jesina memandang tidak percaya.
"be.. Betul ke?"

Talia mengangguk dan tersenyum lebar. Dia memeluk erat wanita di hadapannya. Pn jesina membalas pelukan talia erat sekali. Tak sangka hati manusia ini masih lagi ikhlas untuk memaafkan kesalahannya.

"ta.. Tapi mama ada satu permintaan.."

"iya apa dia makcik.. cakap je.. Kalau saya mampu saya akan tunaikan" talia tersenyum manis.

Pn. Jesina menggenggam tangan talia erat.
"mama nak kamu... Kawin dengan leo" jelas wanita itu.

Talia membulatkan mata. Dia menggeleng perlahan.

"mak.. Makcik cakap apa ni?" nada suara gadis itu bergetar.

Pn. Jesina mengesat air mata yang semakin galak jatuh apabila melihat talia seperti menggelengkan kepala.

"tolonglah talia... Hanya itu sahaja pertolongan yang mama nak dari kamu..." kata wanita itu dalam esakan.

"tapi kenapa"

"semenjak kamu berdua pergi dari rumah.. Leo dan jeff dah tak mahu bercakap dengan mama.. Ma.. Mama sedih sangat talia. Mama seperti dah hilang anak anak mama.. Jemima hilang.. Leo dan jeff dah tak anggap mama macam emak mereka... Leo.. Leo kata kalau mama berjaya pujuk kamu untuk kawin dengan dia.. Dia akan terima mama semula" semakin kuat tangisan pn. Jesina mengenangkan masa lepas.

Talia terdiam. Kenapa mesti aku? Aku.. Aku tak tahu macam mana ni sekarang? Kak emi?! Tolong talia!

"tolonglah mama talia. Mama ikhlas minta maaf dan nak kamu jadi isteri leo.. Mama sanggup sujud di kaki kamu talia" pn. Jesina meletakkan kepalanya di kaki talia yang berada di hadapan.

"makcik! Makcik!" talia berundur sedikit. Dia menarik bahu wanita itu supaya bangun mengikutinya.

"makcik jangan macam ni.. Saya yang rasa bersalah" ujar talia. Dia menghela nafas berat.

"tak talia.. Mama ikhlas talia.. Kamu cakap je apa yang kamu nak mama buat.. Mama sanggup demi leo dan kamu.." pn. Jesina menggenggam tangan talia cuba menyakinkan gadis itu.

Kesian pula aku tengok.. Aduh! Talia merenung pn. Jesina lama sebelum mengangguk.
" saya setuju makcik... Saya.. Akan kawin dengan leo.. " talia tersenyum tawar.

" ka...kamu biar betul?"

Talia mengangguk pantas. Biarlah... Dia berkorban buat kebahagiaan seorang ibu. Sekurang kurangnya dia sudah merasa bagaimana pengorbanan menjadi seorang anak.

" terima kasih talia sayang.. Mulai hari panggil mama tau" meluru wanita itu memeluk talia dan mencium pipi gadis itu berulang kali. Gembira benar nampaknya.

Talia tersenyum bahagia. Tak sangka makcik ops mama ada peribadi yang comel macam ni..

Sekarang... Apa aku nak bagitahu kak emi?
Talia buntu
_______

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience