Bab 19

Vampire Series 18041

Emi dan talia masuk ke perkarangan rumah agam. Entah hati mereka berdebar.

Tuk tuk..
Emi mengetuk pintu. Mereka berdua memandang sekeliling kawasan rumah. Walaupun masih tengah hari namun kawasan hutan keliling rumah menjadikan kawasan rumah itu gelap.

Prakk..
Seorang wanita muncul dan memandang tajam emi dan talia. Manusia itu kaku. Siapa wanita ni? Emi menggaru kepala. Talia membisu.

"masuk" wanita itu pusing dan masuk. Pn jemima duduk di ruang tamu. Dia memerhatikan gelagat talia dan emi yang takut takut.

"duduk sini" pn. Jesina menunjuk sofa besar di hadapan. Laju emi dan talia melangkah. Masing-masing diam memandang wanita itu.

"aku pn. Jesina mama leo dan jeff" pn. Jesina memperkenalkan diri. Ooh. Talia dan emi mengangguk.

"kau tahu kami siapa? Kau tahu engkau itu siapa?" pn. Jesina tidak lekang menatap manusia di hadapannya.

"ta.. Tahu puan" serentak talia dan emi menjawab. "bagus kau tahu kami vampire" pn. Jesina senyum sinis.

"tapi kenapa kau masih nak kerja disini?!" jerkah wanita itu. Emi dan talia terperanjat. Masing-masing menggeletar.

Talia memeluk erat tangan emi. "ma..maafkan kami puan ta..tapi kami perlukan kerja" jawab emi terketar ketar.

Pn. Jesina mendengus. "aku tak suka anak aku rapat dengan manusia sebab kamu semua hanya sebagai makanan kami" ujar wanita itu.

"manusia bongkak dan bodoh! Sepatutnya kamu jauhkan diri ini kamu seakan menempah maut diri sendiri!!" marah benar pn. Jesina.

Geram hati wanita itu dengan perangai anaknya. Di tambah pula dengan sakit hati terhadap emak emi dan talia yang biadap.

Emi dan talia diam. Mereka tidak mampu berkata apa apa." aku hendak kamu berdua minta pada leo untuk berhenti!" arah pn. Jesina.

Dia berdiri membelakangi mereka berdua. "maafkan saya puan.. Saya dan kakak saya amat perlu kerja ini.. Puan janganlah hukum kami begitu" rayu talia.

Sedih hati gadis itu. Sudahlah di pekan tidak ada pekerjaan. Kakaknya pula dibenci orang kampung. Hutang bapa masih banyak. Bagaimana dia hendak meneruskan hidup?

"Gila" sinis pn. Jesina berkata. "kau tahu tidak hidup kau bila bila sahaja boleh tamat kalau kau masih bekerja di sini?" wanita itu mencerlung geram memandang emi dan talia.

Jeff dan leo di aras dua hanya diam mendengar. Seram mendengar percakapan mama mereka. Buat pertama kali, mereka mendengar mama marah sebegitu.

" leo.. Mama nak buang pembantu rumah itu ke?" jeff memandang leo. "aku tak akan benarkan" leo berkata perlahan.

Jeff mencebik. Berani ke? Leo mengerling geram.
Kau tengok lah nanti. Leo tersenyum sinis tak lama kemudian.

"baiklah kau berdua tak mahu berhenti tak apa tapi aku tak jamin keselamatan kau orang" pn. Jesina memandang sinis.

"aku nak kau berdua potong rumput sekitar rumah agam ni sekarang jangan cuba curi tulang. Malam ni kaum kerabat aku hendak datang" arah wanita itu dan berlalu pergi.

Jeff dan leo membeliakkan mata. Apa? Kaum kerabat? Satu lagi bala. Cepat cepat mereka berdua menghilangkan diri apabila pn. Jesina naik ke atas.

Talia dan emi bergegas masuk ke bilik dan meletak barang mereka. Tak lama kemudian mereka keluar dan mula mengemas.
______

Menjelang senja barulah pembantu rumah itu siap memotong rumput.

Emi dan talia terpaksa menggunakan gunting pendek untuk memotong rumput. Pn. Jesina pula tidak sudah sudah mengarah mereka berdua membuat kerja.

Kerja di sini belum siap sudah disuruh buat kerja lain. Pening pembantu rumah itu melayan tapi tidak berani mereka membantah.

Emi mengeluh. Apalah nasib? Sudahlah dibenci ibu kandung dan penduduk kampung. Dapat kerja dibenci pula oleh majikan. Untungnya talia.

Emi memerhatikan talia di sebelah. Tekun gadis itu membasuh perkakas yang mereka guna. Talia gadis yang cantik dan baik hati.

Malah disukai orang kampung. Emi juga merasakan leo ada hati dengan talia tapi dia tidak mahu serkap jarang.

"kakak saya sudah siap" panggil talia mematikan lamunan emi. "sudah siap? Mari kita masuk" emi tersenyum hambar.

Baru hendak melangkah masuk ke bilik. Sekali lagi pn. Jesina memanggil. "pembantu rumah!!" jerit wanita itu.

Serentak emi dan talia menoleh. "ye puan" sahut talia. Emi hanya memandang.

"malam ini jangan sesekali keluar bilik kalau tak nak darah kau kering" pn. Jesina menjeling sinis. Dia terus keluar dari dapur menuju ke bilik.

Emi dan talia mengangguk. Tuk tuk..
Pintu utama diketuk. Mereka berdua berpandangan.

Cepat cepat talia dan emi lari masuk ke dalam bilik. Senyap sunyi sahaja. Emi cuba mendengar suara dari pintu bilik. Tapi langsung tidak ada bunyi.

Talia juga cuba mendengar bunyi dari ruang tamu. Dia menekap telinga di pintu namun hasilnya sama seperti emi. Tiada bunyi langsung.

Ada orang atau tidak? Masing-masing diam di bilik. Orang ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience