21.mm
"Eddie berhenti!" laung jeff tanpa berpaling memandang saudaranya itu.
Eddie terhenti. Asal pula mamat ini? Pelik Eddie memandang lelaki itu. Eddie masih tidak tahu siapa di hadapan jeff.
Jeff tidak mengendahkan saudaranya . Dia memeluk erat emi dan menghilangkan diri. "eh jeff jangan pergi dulu!" eddie mendengus. Mana dia nak pergi ni?
Jeff muncul di bilik emi dan menolak gadis itu ke katil. Dia muncul semula di dapur betul betul di depan Eddie.
"jeff! Kau ingat ini lawak?" marah Eddie. Setahunya saudara dia yang satu ini memang serius dan tidak suka berjenaka. "maaf.. Aku ada hal" mendatar suara jeff.
Seperti biasa, wajahnya tidak beriak. Eddie mengangkat bahu. "jom mama kau panggil di atas" Eddie memeluk bahu jeff.
Jeff mengangguk dan mengikut langkah saudaranya itu. Dia menjeling pintu bilik emi.
Dia tahu gadis itu lapar.
Kentang rebus emi tertinggal di dalam sinki. Pasti gadis itu kelaparan. "eddie aku nak..." jeff cuba bersuara pantas dipotong eddie.
"cepatlah jeff! Nanti mama mengamuk" eddie mencelah. Jeff terdiam. Diikutkan juga langkah kaki eddie naik ke atas.
______
Sebenarnya hanya eddie seorang sahaja yang datang melawat mereka. Pn. Jesina tidak mahu kaum kerabat yang lain datang ke rumah agam.
Memandangkan ada manusia di dalam rumah.
Pn. Jesina muncul di dapur. Dia nampak apa yang berlaku. Wanita itu tahu kedua anaknya menyukai pembantu rumah agam.
"mana boleh vampire jatuh cinta pada manusia" pn. Jesina berbisik sendiri. "aku kena halau pembantu rumah tu jauh dari sini" wanita itu menjeling pintu bilik kedua pembantu rumah itu.
_______
Esok pagi.
Pn. Jesina turun ke dapur awal pagi. Wanita itu menapak ke bilik pembantu rumah. "woi emi talia bangun keluar sekarang!" nyaring Pn.jesina menjerit.
Terkocoh kocoh dua beradik itu berlari keluar dari bilik menuju ke arah wanita itu. "kenapa puan?" emi bertanya.
"aku nak kau berdua keluar dari rumah ni malam ini pergi jauh dari sini jangan sesekali datang balik" Pn. Jesina mengerling tajam pembantu rumah.
Emi terdiam. Talia di sebelah terperanjat.
*imbas kembali*
"kakak cepatlah encik leo suruh kita pulang segera ke rumah agam" talia menjerit dari luar rumah.
Gadis itu menggalas beg di bahu menunggu kakak tirinya. "hish sabar lah sekejap" rungut emi dari dalam.
Emi terpaksa melipat semula kesemua baju di dalam beg. Kalau tidak baju kering yang lain tidak muat disimpan ke dalam beg.
"Hoi talia!" talia menoleh ke belakang. Pak.. Pakcik Dani! Gadis itu kaget. "pakcik dani..." talia mati kata kata.
"kau jangan ingat lepas bapa kau mati hutang dia langsai macam itu sahaja! Sekarang ni wang aku mana?!" jerkah pakcik dani.
Lebih tepat lagi lelaki itu ialah kawan rapat ayah talia suatu ketika dahulu. Lelaki tua itu sebenarnya menyukai talia dan pernah meminta untuk berkahwin dengan gadis itu.
Tetapi bapa talia tidak mengizinkan. Sejak dari hari itu segala wang yang dipinjam oleh keluarga talia dinaikkan bunga yang sangat tinggi.
Mata gatal lelaki tua itu melihat talia dari atas ke bawah. Talia berasa seram sejuk. "gadis bodoh! Kalau kau kahwin dengan aku mesti hidup kau senang" lelaki tua itu tergelak sinis.
Segera talia mengeluar beberapa keping wang dari poketnya. "pakcik ni sahaja yang saya ada dahulu" talia menghulur wang itu.
"hei perempuan!" lelaki itu menarik kuat rambut talia. Gadis itu mengerang kesakitan. "kau tahu tak hutang kau mencecah 200 dollar! Ini baru 50 dollar bodoh!" pakcik dani menunjal dahi talia kuat.
"HOI!!" dari jauh makcik tina menjerit. Wanita itu berlari menuju ke arah talia. Pakcik dani melepaskan rambut dan merampas duit dari tangan talia.
"ingat hutang aku kalau tak kau tahulah nasib kau" lelaki itu memberi amaran sebelum melarikan diri.
"talia okay tak?" makcik tina memandang risau.
Talia mengangguk. Emi keluar sambil mengalas beg.
"jom talia" ajak emi. Emi langsung tak tahu apa yang terjadi. Seperti biasa gadis itu naif. "eh kamu berdua nak pergi mana?" wanita tua itu memandang beg yang digalas dua beradik itu.
"encik leo suruh kami pulang ke rumah agam. Terima kasih makcik" talia beritahu. Makcik tina mengerut dahi. Dia mengangguk tidak lama kemudian.
"hati hati ya" makcik tina memandang talia dan emi silih berganti. Talia tersenyum hambar dan menarik tangan emi mengikutinya.
**imbas kembali tamat**
"paun tolonglah jangan halau kami" rayu talia.
Dia cuba memegang tangan wanita itu. Pantas pn. Jesina menolak talia.
Emi memandang geram. Berani dia tolak talia!!
Emi menahan tangan pn. Jesina. Wanita itu tersenyum sinis.
Mata wanita itu mencerlung tajam ke arah emi. Tangan emi bergerak sendiri mencengkam kuat tangannya yang melecur. "arghh" gadis itu menahan sakit.
Talia ingin menolong tapi badannya tidak dapat digerakkan. "makcik!" Pn. Jesina menoleh. Kelihatan eddie memandang pelik.
Sial! Pn. Jesina berpaling dan senyum palsu. "eh eddie buat apa kat sini?" tanya wanita itu. "siapa mereka?" eddie mendekati emi dan talia. Erk?! Pn. Jesina terkebil kebil.
"pembantu rumah di sini" perlahan pn. Jesina menjawab. "manusia?" Eddie seakan melawak. Emi dan talia mengangguk.
"hah?! Manusia?!" eddie terkejut besar. Dia membulatkan mata memandang Pn. Jesina.
Share this novel