Bab 42

Vampire Series 18041

42

Majlis perkahwinan mika dan jemima malam itu diadakan dengan sangat meriah. Ramai tetamu hadir. Semua tetamu dari keturunan vampire. Mestilah kan? Jemima dan mika kan vampire.

"jemima dah sedia ke?" tanya emi sambil membetulkan rambut gadis itu. Cantiknya jemima.

Jemima memakai gaun putih yang direka khas untuknya. Dengan sedikit sentuhan di wajahnya. Gadis itu sudah kelihatan sempurna.

Jemima memegang tangan emi lama. Eh? Emi memandang wajah jemima yang seperti hendak menangis.

"kau kenapa ni?" emi memegang wajah jemima.

"emi... Aku takut.. Aku takut kalau mika tak muncul.. Bonda kata pagi tadi dia akan sampai. Aku tunggu dia kau tahu tak?! Aku tunggu dia tapi aku tak nampak langsung mika. Emi macam mana ni? A.. Aku.."

"jap jap"
"jemima.. Kau yakin dengan bonda mika kan?"

Jemima mengangguk. Air matanya yang terkeluar sedikit diusap.

"jangan risau jemima.. Aku tak tahu kenapa aku cakap macam ni tapi aku rasa mika akan muncul jugak dan aku percaya pada bakal bonda kau" ikhlas emi berkata.

Jemima mengeluh kecil. Aku harap apa yang kau kata tu betul emi. Aku tak nak keluarga aku dan bonda tanggung malu.

"kakk emi.." panggil talia dari depan pintu bilik.

"hah kau Talia teman jemima jap.. Kak emi nak tukar baju dulu" ujar emi lalu berjalan keluar menuju ke biliknya.

Sibuk mendandan si jemima sampai terlupa nak tukar baju.
_____

"emm.. Rasanya ok dah kut" emi memandang
Gaun separas lutut berwarna biru langit yang terletak elok di badannya.

Aku ke ni? Lawanya. Ewah puji diri sendiri eh. Hahaha. Emi tergelak sambil membelek dirinya di hadapan cermin.

Tuk tuk.. Pintu bilik gadis itu di ketuk.

Haish sapa pula ni? Ganggu betul la. Emi mendengus dan melangkah ke pintu lalu  membuka pintu itu seluasnya.

Je.. Jeff?! Emi terkejut. Terlopong mulutnya. Pantas dia bertindak menutup kembali pintunya namun sempat ditahan oleh tangan lelaki itu.

"emi buka pintu ni" arah jeff.

Emi menutup mata. Sudah lama dia tidak mendengar suara lelaki itu.

"emi.." panggil jeff sekali lagi. Lembut sungguh suara dia ketika menyebut nama gadis itu.

Haish! Emi mendengus. Lemah betullah kalau dia sebut nama aku macam tu. Emi membuka kembali pintu.

"nak apa?!" kasar gadis itu bertanya.

Jeff terpegun memandang emi. Cantiknya...

"hei jeff" emi menepuk perlahan lengan lelaki itu.

Lelaki itu tersentak. "kau.." jeff terus melangkah masuk dan menutup pintu rapat.

Hei! Terperanjat gadis itu dibuatnya. "kau nak buat apa ni?"  suara emi sedikit meninggi.

"kau sihat?"

Hah? Emi memandang tidak percaya. "kau datang sini sebab nak tanya benda tu je ke?"

Jeff tidak menjawab. Dia hanya memerhatikan tindakan balas gadis itu. Ternyata emi masih marah pada dirinya.

"baik kau keluar jeff" arah emi sambil menunjuk ke arah pintu.

Jeff tersenyum. Dia menghilangkan diri tak lama kemudian.

Emi menjeling. Tahu pun pergi.

Sedang emi menolehkan wajahnya ke belakang. Pap! Satu kucupan hinggap di pipinya . Merah muka emi kerana terkejut dan malu. Siapa yang berani sangat ni? . Emi berpusing ke belakang sambil mencerlung tajam.

Kelihatan jeff sedang tergelak kecil. "nanti kita jumpa lagi ya sayang.." ujar jeff sebelum menghilangkan diri.

Emi terkaku. Ahhhh! Berani kau jeff!
Jeritnya kuat didalam hati.
_____

Emi tergesa gesa keluar dari bilik menuju ke dewan perkahwinan. Hish ni semua jeff punya pasal!

Dia menyelit di celah celah orang ramai menuju ke bahagian depan sekali.

Wahhh... Kelihatan jemima berada di atas pentas perkahwinan sambil menunggu kehadiran pengantin lelaki.

Emi melambai kecil. Dia cuba menggamit perhatian jemima.

Jemima menarik nafas perlahan. Tangannya semakin sejuk. Takut sebenarnya. Aik Siapa pula yang melambai lambai kat aku tu?

Gadis itu menoleh. Eh Emi! Jemima mengangkat kening seakan bertanya kemana emi menghilangkan diri dari tadi.

Emi hanya tersengih menayangkan gigi putihnya.

Kedengaran suara para tetamu tiba tiba bersorak di belakang sehingga memaksa jemima menoleh. Apa yang seronok sangat tu?

Dari jauh kelihatan bonda mika sedang berjalan beriringan dengan mika yang segak memakai baju tuxedo putih menuju ke pentas perkahwinan.

Jemima terlopong. Mi.. Mika?! Mika datang. Gadis itu menoleh ke arah emi dengan riak wajah tidak percaya.

Emi mengangguk laju dan tersenyum lebar. Ye jemima tu mika.. Mika dah datang untuk kau.
Aduh asal aku rasa sedih pulak? Emi menepuk pipinya perlahan.

Mika berjalan mendekati jemima sambil tersenyum memandang tetamu di kiri dan kanannya.

"mika.. Jangan buat perangai dengan jemima.."
Pesan bonda mika sebelum meninggalkan anaknya dan berjalan menuju ke meja makan khas yang disediakan untuknya.

Mika tidak menjawab. Riak wajahnya selamba sahaja. Perlahan-lahan kakinya melangkah naik ke atas pentas dan mendekati jemima.

Mika mengerling jemima di sebelah. Lawanya... Tapi muka pucat sangat?  Lelaki itu menyembunyikan senyuman.

Jemima tidak dapat menahan debaran apabila mika sudah berada betul betul di sebelahnya.

Tolonglah hati! Aku tak nak pengsan kat sini!!
Jemima menutup mata seketika dan cuba menarik nafas sedalam yang mungkin.

Mika di sebelah tenang sahaja. Tidak gelisah langsung. Gumam jemima dalam hati. Tiba tiba tangannya digenggam.

Jemima memandang tangannya yang digenggam oleh tangan lelaki di sebelahnya. Dia mengerling  mika di sebelah.

Lelaki itu tidak menghiraukan jemima dan hanya memandang  pendeta yang sudah berdiri di hadapan mereka.

"baiklah.. Kita mulakan" ujar pendeta itu.

" Putera mika adakah kamu sudi menerima jemima sebagai isteri kamu?"

"ya saya sudi"

"jemima adakah kamu sudi menerima Putera mika sebagai isteri kamu?"

Jemima menelan air liur. Terkebil kebil dia seketika. Mika menolak perlahan bahu jemima menggunakan bahunya. Cepatlah!

Jemima menarik nafas sebelum menganggukkan kepala. "ya ya saya sudi pendeta" jawab gadis itu yakin.

"silakan" pendeta mempersilakan mika dan jemima meneruskan acara perkahwinan untuk mengesahkan mereka sebagai suami isteri.

Mika dan jemima saling berpandangan. Jemima sudah malu. Merah wajah gadis itu. Perlahan-lahan mika memegang wajah jemima. Dia merapatkan wajahnya dan mencium lembut mulut jemima.

Jemima hanya merelakan sahaja. Dia sendiri kaku di situ. Kedengaran tepukan gemuruh dari para tamu setelah mika melepaskan ciuman nya.

Mika berpusing ke arah tetamu dan tersenyum sambil menundukkan kepalanya sedikit. Dia mencapai bahu jemima dan menarik gadis iti rapat dengan tubuhnya.

Jemima memandang mika. Tidak berkelip langsung dia melihat lelaki itu. Kenapa... Kenapa dia rasa mika macam lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience