"papa tak kira siapa pun mereka papa nak kamu berdua beritahu perkara sebenar sekarang" tegas en. Jerry mencerlung dua anak teruna itu.
"err.. Papa.." leo menggosok lehernya. Jeff memandang selamba. Tiada perasaan ke? Leo menarik nafas.
"cepatlah beritahu" gesa pn. Jesina. Bengang hatinya mengenangkan perangai beku dua beradik itu.
"sebenarnya talia dan emi ialah pembantu rumah disini leo ambil mereka berkerja sebab leo.." lelaki itu terhenti. Dia memandang sekeliling mencari alasan.
Leo menyiku lengan jeff. Tolong lah aku! Jeff berpaling. Aku lagi?! Jeff menunjuk dirinya. Jeff menggeleng perlahan.
" leo nak...errr..hah! Dia nak ada orang jaga rumah ni rumah agam ni kan besar" sambung jeff. Dia memandang leo sekilas.
Leo mengangguk. "aah ya betul itu" leo pantas menyokong. Pn. Jesina dan en. Jerry memandang sinis.
"bawa mereka ke sini" arah pn. Jesina. Serentak en. Jerry, leo dan jeff memandang wanita itu. Seriuslah?!
Pn. Jesina mengangkat kening. "kamu dah larang emak mereka dari berjumpa anaknya.. Jadi manapun kamu sorok mereka berdua bawa sini jumpa mama!" tegas pn. Jesina berkata dan berlalu naik.
"papa..." baru leo ingin meminta bantuan. Pantas En. Jerry mengangkat tangan. "mama kamu sudah beri arahan papa tak mahu masuk campur" en. Jerry mengangkat bahu dan mengikut langkah isterinya.
"aduh jeff macam mana ni?" rungut leo. Jeff menjeling. "yang engkau takut sangat ni kenapa?" kata jeff.
Leo mendengus. "macam mana kalau mama atau papa atau jemima tak tahan bau manusia tu? Macam mana kalau.." leo terdiam.
"kalau mereka mati?" sambung jeff. Leo mengangguk perlahan. "kau nak kisah apa pasal manusia tu? Kau suka talia ke?" jeff berpusing memandang leo.
Leo memandang tajam wajah jeff. "kenapa kau tak jawab? Kau takut?" jeff memandang sinis.
Leo memandang arah lain. "kau tak suka emi?" giliran leo pula bertanya. "emi dan aku tidak ada kena mengena!" garang jeff berkata.
"kau hendak marah kenapa? Kalau tak suka beritahu sahaja tak perlu marah" leo memandang sinis.
Hahahaha jeff kau tak mengaku. Leo gelak dalam hati. Jeff yang mendengar menjeling geram. "berhenti gelakkan aku" jeff berlalu naik ke atas.
Leo mengangkat bahu dan berlalu keluar.
__________
"talia! Emi!" panggil leo. Dia sudah tiba di depan pintu rumah makcik tina. Runsing memikirkan nasib dua orang manusia itu apabila tiba di rumah agam nanti.
"eh encik leo? Buat apa disini? Keluarga encik sudah balik?" bertubi tubi soalan keluar dari mulut talia.
Leo tidak menjawab. "kemas kain kau pergi ke rumah agam sekarang" arah leo dan berlalu pergi. Talia mengaru kepala.
"talia siapa tu?" emi muncul dari belakang. "encik leo dia suruh pulang ke rumah agam sekarang" beritahu talia. Gadis itu berpusing memandang kakak nya.
Emi mengangguk dan masuk kebilik. Talia mengikut emi masuk.
________
Share this novel