34.m
Tiga hari berlalu.
Luka di badan emi dan talia semakin bertambah.
Jeff dan leo pun sudah tiga hari tidak menjenguk mereka.
Hanya Eddie yang sudi datang ke ruang bawah tanah dan menghantar makanan untuk dua orang gadis itu.
"talia" panggil Eddie perlahan. Dia memandang kasihan talia yang sedang menangis teresak esak di tepi katil.
Lelaki itu tahu setiap malam makciknya datang ke sini dan mendera dua orang gadis itu. Bila ditanya. Alasan makciknya tetap sama iaitu talia dan emi punca jemima hilang.
Pening kepala eddie melihat keadaan di dalam rumah agam itu. Jeff dan leo sudah tiga hari menghilang entah ke mana.
Pn. Jesina pun tidak tahu kemana dua lelaki itu menghilang.
Elica dan gina pula tidak habis habis mengampu Pn. Jesina supaya menjodohkan mereka dengan kedua anak lelakinya .
"talia" eddie mendekati katil. Talia yang baru tersedar kedatangan lelaki itu terus berdiri. Dia mengelap air matanya dan tersenyum manis.
"eh eddie awak dah sampai" serak suara talia menyapa. Dia cuba menyembunyikan tangisannya.
Eddie tersenyum tipis. "nah makanan untuk awak" lelaki itu menghulurkan sebungkus nasi kepada talia.
Berkerut dahi talia memandang eddie. "mana awak dapat benda ni?" tanya talia tidak percaya. Sudah lama rasanya dia tidak menikmati nasi. Mesti kakak emi gembira.
"awak ada jumpa leo?" talia memandang penuh berharap. Leo dah lama tak datang berjumpa dengannya. Kali terakhir dia berjumpa lelaki itu sewaktu lelaki itu menemani dia tidur di bilik itu. Selepas itu, tiada lagi bayangan leo.
Eddie terdiam dan tidak menjawab. "err.. saya keluar dulu" lelaki itu memandang talia yang tersenyum tipis merenung bungkusan di tangannya.
****
"emi?!" panggil Eddie kuat. Tiba tiba tangannya kirinya dipegang kuat oleh sesuatu. Pantas lelaki itu menoleh.
"emi!" terjerit kecil lelaki itu melihat emi yang sedang terbaring lemah di tepi pintu. Laju eddie mencempung tubuh genit itu dan meletakkannya di atas katil.
"eddie.. Jeff mana?" dalam kesakitan emi masih sempat bertanya tentang jeff. Dia tahu lelaki itu menghilangkan diri kerana merajuk dengannya.
Eddie mengetap bibir. "a.. Aku tak tahu.." serba salah eddie menjawab. Geram betul dia dengan sikap jeff dan leo yang lepas tangan.
Emi mengeluh. Gadis itu menutup mata menahan air matanya dari jatuh. "emi.. Makan la dulu" ajak eddie. Emi menggeleng perlahan
Lelaki itu meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Dia mengeluh berat. Sampai bila makcik nak seksa diaorang ni? Kedengaran dengkuran halus dari mulut gadis itu.
Eddie tersenyum kecil. Dia keluar perlahan-lahan.
Aku mesti fikirkan cara untuk selamatkan diaorang berdua.
****
Ruang tamu
"makcik.." gina memeluk bahu Pn. Jesina. "bila jeff nak balik ni? Penat gina tunggu" gadis itu merengek sambil memuncungkan bibir.
Pn. Jesina tergelak. "nanti mereka baliklah" wanita itu sendiri tidak tahu kemana anaknya pergi.
Alice dari tadi hanya termenung memandang ke arah dapur. Tadi dia ternampak eddie keluar dari situ. Entah apa yang dilakukan oleh lelaki itu didalam sana.
"alice" panggil gina. Pekak perempuan ni! "Alice!!" jerit gadis itu. Terperanjat alice dibuatnya. Alice memandang geram gina di sebelah.
"kau apahal?!" kasar alice bertanya. Gina tersenyum mengejek. "kau renung apa dari tadi? Makcik tanya kau tahu tak mana leo dan jeff pergi?" gina bertanya.
Pantas alice menggeleng. Dia memandang makciknya. "saya tak tahu makcik. Leo pergi tak beritahu apa apa pun kat saya" kata alice dengan nada merajuk.
Pn. Jesina tersenyum. "tak apalah. Kejap lagi baliklah tu mereka berdua" pujuk wanita itu.
Krakkk...
Ketiga tiga mata yang sedang duduk bersembang di ruang tamu menoleh ke arah pintu utama.
Terjengul wajah sugul leo dan jeff masuk ke dalam rumah. Mereka berdua terus naik ke atas tanpa menegur Pn. Jesina dan dua gadis di sebelah mamanya.
Gina berlari mengejar langkah jeff. Gadis itu menarik lengan jeff sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah.
Jeff terkejut dan terus merentap tangannya. "woi! Kau ni apahal perempuan? Dah gila ke?!" tengking jeff kuat dan terus berlalu meninggalkan gina yang terpinga pinga.
Pn jesina dan alice meluru naik mendapatkan gina yang sedang menahan air matanya. Gadis itu memandang jeff tidak percaya.
"gina gina kamu okay tak?!" pn jesina menggoncang bahu gina yang sedang berdiri kaku.
"alice bawa gina masuk bilik" arah wanita itu. Dia melangkah menuju ke bilik jeff dengan hati yang panas. Sesuka hati anaknya hendak menengking tetamunya!
"jeff! Keluar sekarang!" pn jesina mengetuk pintu bilik anaknya kuat. Namun tiada sahutan. Pn. Jesina mendengus bengang.
Dia meninggalkan bilik jeff dan berjalan menuju ke bilik gina. Dari jauh kedengaran suara gina menangis teresak esak sambil di pujuk oleh alice.
" dahlatu gina" pujuk alice. Dia menepuk nepuk bahu saudaranya. Pn. Jesina masuk dan duduk di sebelah gina.
"gina maafkan jeff ya janganlah terasa hati. Jeff tu memang dingin sikit." pujuk wanita itu lagi.
Gina tersendu sedan memandang makciknya. "jeff tak suka saya ke makcik?" tanya gina.
Pn. Jesina mengangkat kening. Emm. "eh tak delah jeff okay je dengan kamu kan" wanita itu teragak agak untuk menjawab.
"kau buat la bagi jeff suka kau" cadang alice yang lama mendiam. Berkerut dahi gina memandang saudaranya. Buat jeff suka aku?
Pn. Jesina mengangguk menyetujui cadangan alice.
****
"eddie!" panggil jeff. Eddie terkejut melihat kelibat jeff menghampirinya. "wei sejak bila kau balik?" bulat mata lelaki itu memandang jeff.
Jeff menarik eddie menuju ke dapur. Kawasan dapur lebih senyap dan tiada orang lalu lalang.
"eddie aku nak.."
"kau ke mana tiga hari ni?" eddie memotong percakapan jeff. Habis dihambur segala rasa marahnya kepada lelaki itu.
Jeff terdiam. Dia mendengar sahaja hamburan eddie kepadanya. Ya dia tahu apa salahnya.
"kau tahu tak selama kau tak ada ni.. Emi dan talia kena dera dengan mama kau?" soal eddie lagi.
Jeff terkejut. Dera? "kau biar betul?" tanya jeff meminta kepastian.
Eddie tergelak sinis. Dia menceritakan apa yang berlaku kepada dua orang gadis itu sepanjang ketiadaan Leo dan jeff.
Jeff kehilangan kata kata. Dia memang marah dengan mamanya namun ada benda yang lebih penting dia hendak lelaki itu buat. "eddie aku nak minta tolong dengan kau ni" pinta jeff.
"kau tak marah ke? Kenapa kau ni hati batu sangat?! Aku tahu la emi dan talia tu tak penting tapi.. "
"EDDIE" jeff meninggikan suara. Lelaki itu menarik nafas panjang sebelum bersuara.
"tolong aku bawa emi dan talia keluar" jeff bersuara perlahan. Hah?! "keluar? Aku nak bawa pergi mana? Bandar ke?" tanya eddie, berkerut dahinya memandang jeff.
Lelaki dingin itu tersenyum. "bawa pergi istana puak kedua".
Apa?! "jeff kau biar betul?! Kita kan tengah perang dengan puak tu?" selar eddie. Tak kan nak bawa emi dan talia tu?
"sebenarnya aku dan leo tak ada tiga hari ni sebab kami pergi berunding di istana puak kedua. Tak sangka jemima ada di sana. Selama ni bukan emi dan talia yang sorokkan jemima. Aku dah salah sangka" terang jeff penuh kesal. Dia meraup kasar mukanya.
Eddie menggelengkan kepala. "habis tu selama kita bergaduh dengan puak tu sebab apa?"
"sebab puak terakhir" balas jeff merenung Eddie tajam.
Eddie membulatkan mata. "puak terakhir? Puak alice dan gina kan?"
Jeff mengangguk. Selama ini pergaduhan antara puak pertama dan kedua disebabkan oleh perbuatan khianat puak terakhir.
"habis tu mama kau macam mana? Mama kau dalam bahaya jeff!" eddie tidak senang duduk.
Jeff memegang bahu eddie. "aku tahu. Sebab tu aku minta tolong kau bawa mereka berdua pergi dari sini. Aku dan leo akan selesaikan masalah ni.
Ini sembur pada emi dan talia. Bau manusia diaorang akan hilang. Pastikan manusia tu sentiasa pakai minyak wangi ni" terang jeff lagi sambil menghulurkan sebotol minyak wangi.
Eddie memandang botol yang berada di tangannya. "kau tak nak tengok manusia tu dulu ke?"
Jeff tersenyum nipis. "pastikan kau bawa mereka keluar malam ni" ujar jeff dan terus berlalu naik ke atas.
Terkebil kebil eddie memandang jeff yang semakin jauh meninggalkannya. Akhirnya emi dan talia dapat keluar dari neraka ni.
Share this novel