Takdir Yang Dikesalkan

Fantasy Completed 13300

" Putera....Puteri.......!

Noah keluar dari Kereta kuda..Di hadapannya pembantu Puteri Regina telah kelihatan sedang menundukkan tubuh sebagai hormat kepadanya..

" Puteri tidak perlu dikejutkan, pastikan Puteri dan Kereta kuda dibawa masuk ke kediaman Puteri...tiada siapa dibenarkan melihat Yang Utama kecuali beta...

" Panglima!"

Dengan bersuara keras Noah memanggil Pegawai yang mengikuti rombongannya...

Secepat kilat, Panglima - Panglima berada dihadapanya..Sama seperti pembantu Puteri Regina, kesemuanya menundukkan wajah kearah Noah...bersama pandangan mata masing - masing saling berpandangan..

Di fikiran mereka apa yang àkan diarahkan oleh Noah, sedangkan menjadi kebiasaan Noah, Putera Raja Itu amat sukar memberikan arahan, kecuali Sewaktu peperangan...Noah dikenali sebagai seorang Putera Raja yang kurang bersuara Dan hidup sendiri...

Sehari untuk mendengar suara Dan arahannya, adalah satu perkara yang mustahil...

" Kereta Kuda ini perlu diasingkan dari bahagian badan Utama..Bahagian Utama perlu dibawa ke kediaman Puteri tanpa Yang Utama dikejutkan...Pastikan tiada Sesiapa yang melihat Puteri... "

Sebaik memberikan arahan, tanpa menunggu Noah telah mengarah kearah  Ahli Nujum Yang Tertua...Di Sana dia telah melihat kearah Sinar hidupnya nanti...Peristiwa tadi yang berlaku diantara dirinya dan Regina jelas...Itu sebab Utama Noah telah nekad  àkan membuang raksasa dalam hidupnya buat selama - lamanya...

Dalam Hal ini Bantuan Ahli Nujum Tertua diperlukan untuk dirinya pulih...

****

Perlahan - lahan Regina membukakan mata...Keseluruhan tubuhnya cedera..Dia tidak sedar dengan segala yang jadi....Apa yang Masih difikiran Regina....Sentuhan Noah tadi....

Sentuhan yang menakutkan dan selamanya àkan menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya....

Air Mata telah dirasakan kering oleh Regina...Hidupnya tidak akan berubah jika dia menanggis air Mata darah sekalipun...Hidupnya Masih di dalam tangan Putera Mahkota raksasa..Bagaimana dan cara apa lagi dia perlukan untuk keluar dari Dunia yang kejam untuk dirinya...

Tubuh yang digunakan Noah untuk melepaskan semua nafsu dan kemarahannya mulai dirasakan lemah...Adakah dia perlu berputus harap...Tiada lagi pegangan kuat untuk dia bebas..

Setiap Hari hidupnya tidak berjalan seperti yang dikehendaki...Kenapa Dunia dan Takdirnya begitu kejam...

"Puteri....Puteri.......suara tergagap - gagap wanita yang perlahan memanggilnya membuatkan lamunan Regina tentang hidup terhenti....

" Dayang...! Regina Juga lemah menyambut suara Dayang yang memanggilnya...

" Puteri....Apa.....sebe.....! " Suara Dayang tersekat - sekat..Yang sebenar nya dia sendiri tidak pasti jika dia dibenarkan untuk melayan Yang Utama..

Jelas arahan Putera tadi, tiada siapa dibenarkan untuk melihat Regina...Adakah arahan tadi termasuk dirinya, sedangkan dia adalah Dayang yang diperlukan berada disisi yang Utama setiap Masa..

Dia sebenarnya Juga... keliru... Namun Yang Utama telah tidak sedar mengikut kiraan waktu yang dikira Dayang tadi hampir 8 jam.

Melihatkan tirai  kelambu yang bergerak menempatkan Regina, barulah Dayang memberanikan diri memanggil..

Ternyata sangkaan Dayang tepat...Yang Utama telah sedar..

" Dayang ......Bantu beta...Air!" Hanya Itu yang diinginkan Regina dia begitu kehausan...untuk mengerakkan tubuh dia tidak lagi berdaya dan bermaya..

Mendengarkan arahan Regina, Dayang Segera mendapatkan air diruangan sisi katil...sebaik dituangkan, segelas air disuakan Dayang di dalam kelambu nipis yang menempatkan Regina..

Pemberian air tidak disambut oleh Regina...Dayang yang menundukkan wajah hanya menanti untuk huluran air Itu disambut..

" Dayang kesini!"
Lemah...Kehausan ditekak Regina semakin kering,. Namun huluran Dayang tadi tidak dapat disambut... Biarpun keinginan Itu membuak - buak, namun Regina tiada pilihan lain...Kondisi tubuh yang lemah membuatkan  perkara itu menjadi satu perkara yang sukar bagi Regina  buat Masa ini...

" Hamba....hamba tidak dibenarkan Putera
untuk memban....

" Dayang hamba lemah...tolong Bantu!"

" Yang Utama ! Apa yang jadi......?"
Dayang cemas dan terlupa pesanan Putera, mendengar suara lemah Yang Utama Dan tiada pergerakan dia tiada pilihan lain selain membantu dan mengetahui apa yang menimpa Yang Utama...

" Yang......Yang Utama! Apa"
Dayang terkejut dengan apa yang terjadi pada tubuh Yang Utama...

Dia pernah mendengar tentang khabar angin tentang Putera Mahkota...Tanpa disangka dia sedang menyaksikan bukti di depan mata....dan Dayang teringatkan sesuatu tentang ucapan  tadi...

Langkah kaki yang mahu kehadapan untuk mendekati Yang Utama, terpaksa dilangkah kebelakang kembali oleh Dayang...dia tidak mahu mencari masalah di kemudian Hari, namun perasaanya Masih berbelah bahagi...

" Dayang!"

Suara Regina semakin lemah, tubuh Masih belum dapat digerakkan...dia hanya menunggu simpati dari Dayang...sikap Dayang yang berubah langkah didepannya membuatkan Regina semakin membencikan Noah...

Dia tahu Tentu Ada sesuatu yang diucapkan Noah...atau arahan dari Putera Raksasa Itu yang membuatkan Dayang berubah sikap dan perbuatan...

" Maafkan hamba Yang Utama, hamba telah terlepas laku..Arahan Putera...

" Dayang serahkan air pada Hamba..Dayang boleh pergi!"
Regina tiada pilihan, dia sangat kehausan...Tanpa air mengalir ditubuhnya dia tidak àkan dapat kesegaran di tubuh kembali...

Dia hanya berharap, Dayang di hadapannya membantu dan perkara Itu àkan dirahsiakan dari Noah..

Kaki Dayang terhenti...dia berpaling secepat kilat Dan satu cawan diserahkan kepada Regina sebelum Dayang tanpa menunggu telah menghilangkan diri...

Cawan di pegangan Regina pada waktu Itu merupakan satu benda berharga untuk dirinya sendiri..... " AIR"  satu benda yang berharga yang melebihi kekayaan segunung Emas di lautan untuk Regina kini...

Tanpa air....dia tidak àkan dapat memulihkan diri...
Tanpa air dia àkan kehausan bersendiri...
Tanpa air dia tidak dapat berfikir secara waras ....Dan tanpa air ditangannya..dia tidak lagi àkan hidup hingga kini.....

Air Mata Regina kembali mengalir, dia tidak menyangka hidupnya àkan sesukar ini....hadapan kepada Edward semakin menipis...

Maurry , harapannya semakin musnah...Untuk dia menjauhi Noah, seakan lebih sukar dan sepertinya...mereka seperti ditakdirkan bersama...

Apakah Itu khayalan dalam hidup Puteri Regina atau realiti...Regina Masih berkhayal dengan air ditangannya diteguk ke dalam diri untuk dia bina kekuatan diri..

***

" Putera disini Kita àkan menjalankan pengubatan untuk Putera....Jauh dikawasan orang ramai dan kawasan diliputi salji, Itu adalah cara yang terbaik untuk raksasa Itu dimusnahkan!"
Ahli Nujum Tertua menilik dan pandangan matanya tidak lepas dari melihat kearah telinga Putera....Di situ terdapat titik kemunculan Raksasa dalam diri Putera...

Jika titik itu berubah Merah, raksasa dalam diri Putera àkan muncul.....tidak ramai yang mengetahui rahsia Itu, termasuk Putera sendiri...Rahsia Itu hanya diketahui oleh oleh dia dan Raja, Ayahanda Putera Mahkota sendiri...

" Tadi dia muncul kembali Ahli Nujum....Beta dapat mengawalnya Kali ini.....Beta khuatirkan keadaan Puteri! Bagaimana jika perkara Itu luar jawapan Beta...."

Ahli Nujum kelihatan terperanjat, sepanjang perjalanan tadi dia telah menilik rahsia hidup Putera, Dan dalam tilikannya...Tidak terjadi kumunculan raksasa dalam waktu yang terdekat...

Lebih - lebih lagi dengan kehadiran Puteri Regina di sisi...." Apakah jika tilikan dirinya sebelum ini tidak tepat...atau dia seolah - oleh tertinggal sesuatu yang Penting....dia Juga tidak berapa faham tentang raksasa yang muncul untuk seorang Putera....

Dari satu generasi ke generasi...Tugasan Ahli Nujum Utama berubah - rubah dengan kemunculan Raksasa di dalam diri Putera, dan mereka tidak memahami disebalik kemunculan sumpahan Itu...

Sebelum perkara Itu disiasat lebih lanjut, kebanyakan Putera yang disumpah telah dibunuh sewaktu bayi, samada melalui peperangan ataupun pembunuhan oleh Keluarga Diraja...

Seingat Ahli Nujum Tertua, Hanya beberapa kerat sahaja  yang terselamat, namun menginjak ke dewasa, mereka menghadapi masalah lain...dan mati tragis...

Ahli Nujum Tertua mengangguk kecil dan perlahan...Otaknya ligat berfikir, dalam pengubatan dan sejarah Ahli - Ahli Nujum di Dunia, termasuk dirinya  belum ada Putera Mahkota yang terselamat dari sumpahan raksasa...

Seakan sumpahan Itu tiada ubat di Dunia...

" Putera...bagaimana Dia boleh muncul? Apa penyebabnya?"

" Beta tidak dapat kawal perasaan, bila Yang Utama mahu kembali!"

" Maksud Putera? Ke Kerajaan Maurry!" Ahli Nujum Tertua berdebar - debar...Itu sesuatu yang di luar jangkaan, dia tidak pernah terfikir tentang perkara Itu....

Jika tilikan dan analisisnya benar....Adakah Puteri sebenarnya...

" Putera jelaskan pada Hamba, apakah perkara Itu dapat dikawal oleh Putera, Kemunculan Raksasa dalam diri Putera, adakah apa - apa kemusnahan yang jadi?"
Ahli Nujum Masih ingat, sepanjang perjalanan mereka ke tempat pengubatan, tiada apa Hal bencana yang dilaporkan kepadanya...Jadi tiada perkara yang serius...Mungkin hanya kemusnahan kecil...

" Hanya Puteri Ahli Nujum Tertua....Namun......!"

" Apa berlaku pada Puteri, Putera?" Semakin berdebar Ahli Nujum Tertua menunggu jawapan dari Putera Mahkota Noah...

" Yang Utama......Masih bernafas Sewaktu Beta tinggalkan tadi!"

" Huh!" Ahli Nujum menarik nafas lega, makluman Putera Mahkota tadi melegakan dirinya....Puteri Masih hidup dan pengubatan untuk menyembuhkan penyakit Putera Mahkota Noah dapat diteruskan seperti yang dirancangkan...

" Apa yang Ahli Nujum mahu katakan pada Beta!" Kerutan di dahi Ahli Nujum Tertua jelas seakan tubuh tua Itu mengetahui sesuatu..

" Putera ini adalah penemuan terbaru untuk menilai  raksasa dalam diri Putera....Namun perkara ini Masih belum dapat hamba perjelaskan lanjut...Mengenai raksasa dalam diri Putera dan Putera Regina...

Noah yang mendengar nama Regina dikaitkan dalam perbualan semakin Tak sabar untuk mendengar penjelasan dari Ahli Nujum Tertua...
" Katakan Ahli Nujum Tertua....Apa penemuan tentang raksasa dalam diri Beta?"

" Putera Noah, kemunculan Puteri bukan sahaja menjadi penyembuh untuk penyakit Putera, tapi...Kemunculan Puteri Juga dapat membuatkan Putera dapat mengawal raksasa dalam diri Putera...perkara yang sebelum ini tidak pernah terjadi....perkara ini Masih awal Putera...!"
Ahli Nujum Tertua menundukkan wajah....dia sendiri Masih belum pasti, Semuanya Masih awal untuk ditilik....Masih banyak yang perlu diuji dan diketahui...

" Kawal?"
Noah mengerutkan wajah Dan terpegun dengan berita yang Baru diterima...tentang dia, raksasa dan Regina...

Semua kejadian tadi terbayang.....Difikirannya mengingatkan Puteri Regina tadi yang separuh nyawa ditinggalkan...dan dia telah berpesan kepada orang bawahannya....Arahan agar perbuatanya tidak terbongkar...

Jika arahannya dipatuhi, bermakna! ....Regina Masih sendiri...!

Tanpa membalas kata dari Ahli Nujum, Noah bergegas meninggalkan tempat perbincangan bersama Ahli Nujum Tertua, difikiran Noah,  hanya dipenuhi dengan persoalan Mengenai Regina....

" Bagaimana dia boleh terselamat, sedangkan raksasa tadi......"

"Regina!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience