Sumpahan

Fantasy Completed 13300

" Putera,"

" Hmmm!" Noah menjawab tanpa riak di wajah...

" Perhiasan dan hiburan untuk kamu telah disediakan Malam ini. Apa kamu mahu bersiap sekarang?"

Dayang Rose kearah Arthur Noah, telah lama Arthur keluar, kini dia telah pulang. Sekembalinya Noah disitu, dia tidak dijangkiti penyakit lagi.Adakah Noah telah mendapatkan ubat atau penwar bagi penyakitnya ....tapi yang dia tahu dan juga seluruh rakyat mereka...

Ahli nujum negara telah mengatakan bahawa penawar untuk penyakit Noah adalah seorang Puteri....Puteri bermata Biru ..

" Jangan bawakan mereka  kesini, Malam ini Saya mahu beristirehat... Perempuan - perempuan  Itu semua menyesakkan hidup Saya lagi... Serahkan sahaja mereka pada putera - putera yang lain." Noah telah duduk dibirai katil, kaki dilunjurkan, dia tidak mahu menunjukkan kelemahan tubuhnya pada hamba istana..

Tapi yang Noah pasti, sakit - sakit dibadannya semakin berkurangan...Adakah disebabkan tahanan  perang yang dia bawa tadi?

Dia pasti sekejap lagi Ahli nujum àkan kesini dan memeriksakan tubuhnya kembali..Itu adalah rutin harian bagi hidupnya dan dia telah terbiasa.. perkara yang membuatkan Noah semakin berserabut....

Sangkakan Noah tepat....
Bukan sahaja Ahli Nujum yang datang kearahnya....termasuk Raja dan ...... Permaisuri..

" Bagaimana dengan keadaan dia Ahli Nujum, adakah dia semakin sihat?"
..... Raja adalah orang pertama yang Paling risau àkan keadaan Noah, Melihatkan penderitaan puteranya sahaja buatkan dia sengsara, penyakit yang melanda Noah tiada ubat....

Paling sakitkan hati Raja, Noah merupakakn  Putera yang dia Paling sayang, cerdik, kuat dan tampan...Putera Raja yang lengap untuk dinobatkan menjadi Putera Mahkota, pewaris takhtanya  nanti... Tapi...

..Hukuman yang terpaksa ditanggung oleh pewarisnya iaitu putera Noah sangat besar..Puteranya mengalami satu penyakit yang misteri, disumpah dari kecil atas perbuatan dia dulu..dan cara pengubatan Noah juga pelik, mengikut ramalan Ahli Nujum Tertua, hanya puteri bermata Biru yang boleh merungkai sumpahan Noah...

Mata Biru seperti isterinya dulu. dimana dia telah menghukum seorang isteri yang setia dengan kejam..

"Anastasia", Bonda Noah..

" Semakin baik Raja.....adakah...?" Ahli nujum Itu berkira -kira dengan jari sambil peralatan Bulan ditangannya di gerakkan ke Kiri..Seakan meramal nasib si Putera Mahkota..

" Apa dia Ahli Nujum diraja?" Raja tidak sabar untuk  bertanya dia mahukan jawapan, begitu juga dengan reaksi cemas  permaisuri, seakan penawar untuk putera Mahkota mereka telah berjaya ditemui..

" Adakah kerajaan Maury berjaya ditahan dan Puteri seperti dikhabarkan telah berjaya dibawa kesini? Ahli Nujum muda memandang Noah, namun tiada reaksi dari Putera Itu...

Putera Mahkota masih memejamkan Mara dan diam....

"Pengawal Adakah mereka telah berjaya ditemui?" Giliran Raja pula bertanya kepada pengikut - pengikut Noah yang berada disitu...

"Raja, tahanan Kerajaan Maury telah dibawa ke Istana....

Ahli nujum teruja dengan khabar gembira.. peralatan pengiraan bulan beberapa kali dikira semula.... jika benar apa yang difikirannya...perkara yang terjadi kini  adalah magis ... penyakit Putera semakin  pulih..dan ramalan tukang tilik tua adalah Tepat..

Noah membukakan Mata sambil kerutkan Mata.. Wajah Puteri yang menjadi tawanan  tadi cuba  dingati dalam fikiran..Namun yang bermain di fikiran Noah, wajah hamba yang bermata Biru....

Noah menebak sendiri...
" Apa betul dia Puteri seperti ramalan ,  dan dia kesini yang mengubati aku? Tapi ...kenapa Anak matanya berbeza?"
Noah bingkas bangun, sebentar tadi dia telah menemui Puteri kerajaan Maury, ternyata puteri perempuan Itu sungguh kejam..

Namun bila difikiran kembali oleh Noah,
Dunia mereka, tiada yang pelik dan salah..Jika orang suruhan gagal menjamin Keselamatan Raja, pancung adalah hukumannya..

" Rooney, bawa Puteri Maury kesini, dia perlu menemui Raja!"
Noah berjalan dengan hebat dan  memandang kearah Raja, sejak dia kembali keistana, Puteri Itu telah dilupakan.  Namun dia Tak menyangka, sakitnya beransur sembuh dengan kehadiran perempuan Itu..

Permaisuri mendapatkan Noah dan tubuh puteranya yang disangkakan gagah menyimpan rahsia sesuatu. " Noah jika penyakit ini sembuh, kamu kena Segera dapatkan Putera Muda...  Kenapa Malam ini kamu menolak? Kamu belum lagi melihat kecantikan mereka semua.  Perempuan - perempuan Itu dipilih untuk melayani kamu."
Permaisuri memujuk.

Noah hanya memejamkan mata bersama perasaan benci yang disimpan dalam hati..
" penyakit Noah belum sembuh Bonda.  Ahli nujum belum beri kata putus  tentang  penyakit Noah.... Esok, jika penyakit ini belum sembuh, Bonda mahu lihat bilik Noah àkan bergelimpangan dengan mayat perempuan ?" Wajah Noah serius, dia Tak main - main dengan apa yang bicara..

Permaisuri berasa gementar dengan reaksi Noah...

Noah senyum sinis, dia tahu apa yang bermain di fikiran Bonda, dia tidak àkan terjerat.  Pemilihan wanita untuk mendampinginya àkan dipilih sendiri, tanpa campur tangan orang lain..

Mendengar jawapan Noah, Segera Bonda permaisuri Mengundur diri  dari mendekati Noah, Aura pembunuh Noah dapat dirasakan dan dari renungan mata Noah, dapat dirasakan Permaisuri Noah seakan tidak suka dengannya..

Tapi perasaan Itu Segera dibuang jauh.  Dia mengasuh Noah dari kecil dan memberikan sepenuh perhatian lelaki Itu, hingga dinobatkan menjadi Putera Mahkota...tapi kenapa Putera Itu Masih dingin....

Semakin Noah membesar, semakin dia dapat rasakan Noah semakin dingin, dan dia Tak Rasa Noah tahu rahsianya..

Rahsia Itu telah terkubur lama tanpa Ada sesiapa yang tahu..dan dia amat pasti..

" Raja! Akibat takut dengan Noah yang perwatakannya berubah - ubah, permaisuri mendapatkan raja. Berada disisi Ketua Pemerintah  Negara Itu dia berasa Selamat. Dia tidak àkan khuatir dengan renungan tajam Noah yang sejak akhir - akhir ini ditujukan kepadanya..

Belum habis bicara, seorang perempuan muda di perkenalan sebagai Puteri Maury di hadapan Raja..

" Ketibaan Puteri Kerajaan Maury, Puteri Regina Nayla ke istana Putera Kerajaan Auris, Istana Mahkota." Pengawal membuatkan pengumuman..

Muncul Marry dalam persalinan yang Cantik, pengalaman berjalan beriringan menemani   Puteri Regina sebelum ini buatkan Marry tidak kekok untuk menjadi Puteri palsu.....

Dapat Dirasakan Marry tugasan Itu amat mudah, dan dia hanya perlu mengambil hati Putera Noah, satu - satunya Putera Mahkota ...Dan lelaki Itu telah disumpah!"

Tapi sayang, susuk dan wajah Noah adalah  yang Paling kacak dan menawan di antara semua Putera yang dia kenal selama ini. Tubuh lelaki Itu tegap, tinggi Dan Gagah, dengan hiasan  alis kening Hitam  dan rahang yang jitu buatkan Noah menjadi dambaan dan kegilaan gadis - gadis di Harem..

Kehadiran dia di Harem Sewaktu melintasi kawasan larangan tu  cukup mampu buatkan gadis - gadis Harem tergoda Dan membuat bising, hanya untuk mereka dipilih oleh Putera untuk dijadikan teman..

Dan dia Puteri Regina Nayla, terpilih untuk  kesini... Pilihan yang membuatkan Perempuan - perempuan di Harem berputih mata dan terngangga..

Diakui dan disaksikan sendiri oleh Marry,  Aura lelaki Itu  mampu  buatkan gadis - gadis gersang di Harem memandang dirinya tajam. Dia sekarang adalah seorang  Puteri, Puteri bagi Kerajaan Maury yang telah dipalsukan, namun di dunia sebenar, dia perlu merebut peluang yang datang sekali dalam hidupnya..

" Jadi kamu Puteri Maury? " Raja melihat wajah Mary dengan pelik..Pandangan Mata Raja mengarah ke arah Ahli Nujum sambil raja mundar - Mandir mencari jawapan tentang persoalan yang bermain di fikirannya..tentu sahaja kerana ramalan yang diberikan Ahli Nujum utama tidak sama dengan apa yang terlibat didepan matanya...Puteri Itu sangat berbeza..

" Ahli Nujum mungkinkah kamu tersilap tentang hal ini?" Kali ini pandangan mata Raja terarah pada Putera Mahkota.

" Tilikan patik Raja,  Puteri penawar bagi Putera Mahkota telah dibawa kesini. Berkenaan ramalan Ahli Nujum Tertua berkenaan Puteri Kita perlu menyiasat lagi!"

Ahli nujum muda juga terkejut dengan kemunculan Puteri Regina...dia sangat berbeza dengan puteri yang Kerajaan dia sedang cari... tapi memberikan jawapan pada Raja Itu harus...

" Putera Mahkota beransur sembuh, Itu perkara yang baik!" Ahli nujum memberikan jawapan Selamat...

Melihatkan kearah Regina, beberapa kali alatan  bulan dibilang dan digerakkan dijarinya dan  Jawapan yang dia terima bagi soalan Itu tetap sahaja  sama.

Semua perbuatan Ahli Nujum tidak terlepas dari mata Kasar Noah....satu senyuman kecil terukir di lelaki Itu...

" Betul kamu Puteri Kerajaan Maury?" Raja  bertanya sekali lagi meminta kepastian. Kesihatan Puteranya yang Paling Penting sekarang, siapa Puteri yang dapat merawat anaknya àkan diberikan ganjaran. Melihatkan Kesihatan putera yang beransur sembuh dia sangat gembira..

Dan Jawapan dari Ahli Nujum muda dia percaya...Puteri Maury membawa keajaiban untuk Kesihatan Puteranya..

" Ya, Puteri Regina Nayla!" Satu persatu disebut dengan penuh tertib bagaikan seorang Puteri sebenar. Perwatakan lembut Mary buatkan Raja puas hati..

Permaisuri senang dengan kehadiran Puteri Regina Nayla, lebih - lebih lagi kehadiran Puteri Itu telah dimaklumkan awal oleh dayang -dayang Istana, dan dia Ada perancangan untuk Puteri Regina nanti..

" Sebagai penghargaan beta tentang jasa kamu, kediaman  Puteri  7 àkan diberikan kepada kamu. Gelaran Puteri sebagai Kerajaan Maury àkan dikekalkan dan kamu berhak untuk menjalani hidup sebagai Puteri dibawah kuasa Putera Mahkota."
Segala bicara Raja dicatatkan di sebuah lembaran Emas oleh Pegawai istana.

Noah hanya mendengar tanpa berminat, dengan Segera matanya ditutup untuk Segera lena merehatkan diri...Dia tiada kena mengena dengan penghargaan yang diberikan oleh seorang raja. Apa yang dia tahu kehidupanya àkan dijalani  seperti biasa..

" Noah, Putera!"
Raja terkejut dengan perlakuan Putera Mahkota yang telah tertidur, senang dengan melihat reaksi anaknya, Raja tersenyum.

Telah lama dia tidak  melihat Noah tertidur dengan lena...Sejak Noah berusia 3 tahun, anaknya dikatakan menderita penyakit yang tiada ubatnya, Sumpahan seorang Putera Mahkota, perkara yang terjadi untuk seorang Putera dalam jangka waktu  Masa selama 100 tahun.

Kini Noah adalah Putera yang dipilih untuk  dia  menderita penyakit Itu.  Semua disebabkan kesalahan seorang Raja, hingga Anak yang menderita...Jadi bagi menebus kesalahan kepada puteranya, semua kemahuan Noah dipenuhi oleh Raja...

Semuanya tentang Sumpahan Noah,  telah tertulis dalam naskah - naskah lama..Dimana Putera Mahkota yang menghadapi penyakit ini perlu diubatkan dengan ramalan Ahli Nujum Tertua,

Putera yang dijangkiti penyakit Misteri ini dari luaran tiada yang berbeza dari Putera biasa. Mereka berjaya dalam Pemerintah, hebat di Medan perang, Pandai dalam ilmu pengetahuan, namun disebaliknya mereka adalah pemangsa di malamnya.

Bagi penyakit yang melibatkan Noah, Putera Mahkota Kerajaan Auris, Putera  bukan sahaja tidak dapat tidur lena  dan merehatkan diri, malah bila  malam menjelma, terdapat Malam - Malam tertentu Noah àkan menjadi raksasa yang menakutkan dunia, dan bila Siang terjadi..bergelimpangan mayat berada di biliknya.

Perkara yang mengusarkan Raja..Tapi dengan kehadiran Puteri Maury, Raja dapat bernafas dengan lega..

" Keluar semua, Noah mahu beradu. Dia perlu mendapatkan rehat yang cukup!" Raja tersenyum bahagia sambil tangan permaisuri dipegang erat, menandakan dia benar - benar bahagia dengan berita tentang Noah.

****

" Macammana Puteri Itu sampai kesini dengan mudah Dan Noah yang berjaya membawa dia.  Bukan Bonda dah arahan askar yang terbaik kejar mereka, Mana yang kamu silap Andika?"
Permaisuri sangat marah, Dua puteranya tidak berguna. Seorang sering gagal dalam tugasan Dan seorang lagi sering berpoya - poya dengan perempuan, mengalahkan raja.  Sakit hatinya memendam perasaan, lebih - lebih lagi dia belum dapat musnahkan Noah dalam perancanganya.

" Noah dapat menghidu, lagipun Bonda sendiri tahu yang Noah seorang raksasa. Dia dapat hidu semua rancangan Kita!"

" Jangan jadi Bodoh Andika! Bonda bukan hidup sehari dua.bertahun. Kamu Tak buat Macam apa yang Bonda arahkan, sekarang kamu lihat, penyakit Noah semakin sembuh. Jika Hal ini berterusan peluang Noah Naik takhta semakin cerah!"
Sakit kepala Permaisuri, dia takkan benarkan Noah, Anak lelaki kesayangan Raja menaiki takhta.  Sepatutnya anaknya Anal yang menjadi Putera Mahkota, tapi disebabkan perempuan Itu melahirkan dulu, Anak lelakinya menjadi yang Kedua.

" Tak guna!" Permaisuri dibuai perasaan.

" Bonda nak kami buat apa lagi? Puteri Itu telah diletakkan di kediaman Puteri 7, apa Bonda nak Cari nahas pergi ke situ?"
Andika mengingatkan bondanya, Anal tiada Istana pagi ini, entah kamar dimana Anal tidur dan mabuk dengan perempuan, setiap malam itulah kerja abangnya, bagaimana Bondanya boleh berniat untuk abangnya dipilih menjadi Putera Mahkota, rosak negara!

" Ini semua plan Raja untuk Kita jauh dari Puteri Itu. Dia sengaja bawa Puteri Itu kesana untuk Jaga Keselamatan dia.  Kamu Andika carikan cara untuk dapatkan Puteri tu, gunakan segala cara termasuk pikat dia!"

" Bonda? Kenapa Andika dan kenapa bukan Putera Anal, dia kan hebat Bab perempuan !" Andika menolak, tak pasal - pasal dia kena hadapi Puteri kerajaan Maury yang masih belum dia jumpai.

Gundik diistananya sahaja sudah ramai, jika ditambah dengan puteri, lagi pening hidupnya.. dia telah ditemani perempuan sejak Umurnya 12 tahun, dan perempuan yang menemaninya tidak terkira.

Dia telah senang dengan 4 perempuan yang telah tetap Ada di istananya untuk menemani malamnya di ranjang..Untuk menambah lagi masih dirasakan Andika tidak perlu dan plan untuk Itu  tidak berada dalam fikiranya..

" Kamu jangan bantah Andika, sekejap lagi kamu kena jumpa Puteri. Berkenaan Putera Anal, Bonda Ada perancangan yang lain. Siap sedia."

" Haishhbbb! Bonda "
Nak Tak nak Putera Andika terpaksa menurut, pernah dulu dia melawan arahan Bondanya, sebagai balasan habis kesemua wanita kesayangannya dibunuh, lebih menyakitkan salah seorang dari wanita yang dibunuh adalah yang dia Paling cinta...

Bertahun dia merawat diri, namun sepanjang kesepian dia disajikan dengan perempuan yang dapat menghilangkan kebosannya...lama kelamaan kesedihan Itu hilang sendiri..

Sejak dari peristiwa Itu Andika mahupun Anal tidak lagi membantah arahan Bonda.  Putera Istana dan perempuan di Harem tiada sekatan untuk dijadikan gundik untuk mereka berdua, mereka berhak memilih siapa sahaja yang mereka suka selagi perempuan Itu belum dimiliki oleh Raja atau Putera Mahkota..

*****

" Malam ini Ada yang Baru?" Putera Anal dalam keadaan mabuk, dia singgah ke Harem untuk mencari wajah -wajah Baru.

Perempuan di istananya telah dia jemu untuk dilayan, Semuanya telah digunakan..dia perlukan sesuatu yang Segar dan berlainan dari perempuan sebelum ini..pandangan Anal tumpah pada sebuah tubuh wanita yang tinggi lampai...

" Bangukan perempuan Itu, bawakan perempuan Itu keistana beta sekarang. Dia harus disiapkan untuk temani beta Malam ini!"

" Baiklah Putera!"

" Tidak!"
Mina bangun untuk membantah, telah banyak yang dia lihat Dan dengar tentang kekejaman Putera Anal melayan wanita di ranjang...Jika tidak cedera dengan parah, separuh dari wanita Itu yang  menjadi tempat mempelias nafsu Putera itu àkan Mati...Hanya jasad yang àkan dikeluarkan dari biliknya..

' Siapa kamu mahu membantah kehendak beta. pengawal!" Putera Anal bengang, berani perempuan di istana Harem bersuara kepada seorang Putera..

Perempuan - perempuan yang tinggal disitu tiada kedudukan,hanya tahanan perang atau dijual Keluarga... jadi tugas mereka disitu hanya untuk melayan semua putera- Putera diraja..

" Patik?"

" Berani seorang hamba bercakap dengan Beta!" Dalam keadaan mabuk, putera Anal tidak mahu berganjak, perempuan Itu perlu dihukum dengan hukuman setimpal..

Regina yang mendengarnya tidak berpuas hati, dia tahu serba sedikit tentang perempuan - perempuan yang diletakkan disitana, kerana dulu Bondanya juga ditugaskan untuk menjaga Kawasan seperti ini Namun yang berbeza, di istananya Harem dikenali sebagai Paradise...Syurga bagi orang - orang lelaki, Itu yang diterangkan oleh Bonda..Maskud disebalik Itu Regina  sendiri tidak pasti..

Regina tidak àkan membiarkan Mina dihukum tanpa usul Periksa.

" Putera Mahkota,usia hamba Mina belum matang cukup 18 tahun,  jadi tiada kesalahan untuknya menolak!"
Dengan berani Regina tampil,namun wajahnya ditundukkan ke lantai untuk mata birunya tidak dapat dilihat oleh Putera Anal...dengan berkeadaan Itu, dia àkan Selamat..

Namun sangkaan Regina meleset...Kedengaran ketawa- ketawa di kalangan pengawal Istana bergema..

" Bawakan hamba Bodoh Itu kesini! Nampaknya dia juga mahu menerima hukuman!" Putera Anal menambah sambil matanya tidak lepas dari arah pengawal yang mengarah kearah belakang,...

Seseorang gadis diseret di depannya, namun wajah gadis Itu masih ditundukkan...

Dengan menggunakan tongkat Kayu, wajah Regina dinaikkan oleh Putera Anal untuk dilihat...Dari reaksi Putera Anal dia terpegun dengan kecantikan Regina, lebih - lebih lagi dengan kecantikan Regina yang bermata Biru. Kecantikan yang tidak pernah dijumpai dalam Istana.

Putera Anal hilang dalam kemabukan Setelah melihat wajah Puteri Regina. " Bawa perempuan ini ke bilik Beta!" Segera dia membuat penukaran, Malam ini kemarahan dirinya berbaloi, dia akan menambahkan seksa semasa perempuan bermata Biru melayannya nanti..

" Putera Anal, Maaf Saya tidak tahu peraturan disini, Saya mahu pergi!" Regina ketakutan, silap dia kerana munculkan diri....Jika tadi dia berdiam dan tidak memandai, dia tidak àkan terpilih dan dibawa kesini...tapi lihatlah apa yang jadi, dia dan Mina ditukarkan..

Nasib Mina dia sendiri tidak tahu....

" Tanpa arahan aku, pintu di depan Itu tidak àkan dibuka!" Anal senyum sinis, botol arak digogok ke dalam mulut, nasib malam ini baik...Dia ditemani seorang gadis muda yang Cantik Dan bermata Biru..

Pandangan Mata Dan kecantikan yang sukar untuk Anal gambarkan....

" Tanggalkan pakaian engkau tu semua?" Anal memberikan arahan, namun Regina mengelengkan kepala, dia tidak bersetuju..Apa yang Putera Itu àkan buat pada dia hingga dia perlu tanggalkan baju.

*****

" Tolong! Gadis bermata Biru menganggu tidurnya dengan meminta pertolongan... perkara yang membuatkan Noah Arthur terjaga! Adakah penyakit aku  datang balik?"

Belum sempat Noah tutupkan mata kembali, Ada seorang gadis yang telah tersenyum padanya...Perkara yang buatkan Noah kerutkan wajah,

" Siapa yang benarkan gadis ini masuk dalam bilik dia..Siapa yang benarkan?"

" Apa awak buat disini?"
Noah memandang gadis Itu tajam bersama muka yang tiada  berperasaan.. sebelum dia mengambil keputusan drastik, dia perlu mendapatkan jawapan!"

" Bonda permaisuri  arahkan Saya temani Putera Mahkota di sini, untuk  Malam ini..." Mary memandang Putera Noah, tubuh Noah yang tegap dan kacak buatkan dirinya gementar dihadapan lelaki Itu..

Tadi dia bencikan Noah kerana menghukumnya disebabkan Regina... tapi kini dia tidak lagi àkan berpaling dari Putera, lelaki ini perlu dimiliki...
kekacakan Noah Malam ini berbeza ketika Noah  memakai pakaian perangnya tadi...

Kekacakan Noah boleh buatkan Mary kerat jari...

" Macam Mana kalau Kita lakukan sekarang Puteri, tapi Puteri boleh jamin Puteri boleh hidup sampai esok pagi...... Tiap Kali Saya melakukan aksi tu , Raksasa dalam diri Saya akan muncul, apa? Puteri berani mengambil risiko!"
Noah cuba menyakat, namun dia kesuntukan Masa, mimpi dia tadi....Anak mata Biru perempuan Itu, kenapa tidurnya diganggu..

" Sa... Saya...! " Mary terketar - ketar, jika dia bersetuju..Jika raksasa Itu muncul, esok adalah kematiannya...

" Puteri boleh keluar dulu dan fikirkan pasal Hal ini...saya akan menunggu disini bila Puteri bersedia!" Segera Noah merapatkan wajah di leher Mary, dan dengan sengaja, peenafasannya dikuatkan bagi menakutkan Mary..

Setelah berjaya Mary diusir,Noah memanggil pengawalnya..

" Eddie panggilkan semua orang - orang tahanan yang Kita tahan tadi!"

" Puteri Regina?" Eddie cuba menjawab persoalan Putera Noah..

"Bukan dia... seseorang.. Panggilkan semua kesini!"

" Tapi Putera, tahanan perempuan telah dibawa ke Harem atas arahan permaisuri!" Eddie berterus terang dengan apa yang jadi..Apa kuasa dia sebagai Pegawai Istana untuk berlawan dengan permaisuri.

" Cari semua tahanan dan bawa kesini?" Noah berang, namun tidak ditunjukkan, dia dapat rasakan suatu yang buruk akan berlaku..sebelum Raksasanya muncul, dia perlu keluar mencari...

****

" Berani engkau naikkan tangan Itu pada Putera Diraja!" Noah mencekak leher Putera Anal dan digantung di dinding bilik Putera....Dengan wajah bersahaja Noah pandang Anal yang masih berlawan dengannya..

" Siapa yang berani usik barangan aku ?" Noah melihatnya tajam, jika yang didepannya bukan berketurunan Diraja, pasti lumat tulang temulang lelaki Itu dikerjakan ...

Noah memandang kearah Regina, masih dalam esakan, Dan separuh tubuh Regina telah terdedah akibat kesan koyakan, Mujur dia sempat...

" Aku yang dapatkan dia dulu, dia pelayan di Harem. Noah kamu àkan dapat balasan, Itu kawsan permaisuri!"
Anal mengugut Noah, dengan Harapan Noah àkan takut Dan melepaskannya, namun Itu semua tidak terjadi..Noah menguatkan pegangan dengan mengangkat tubuh Anal lebih tinggi dengan cengkaman semakin dikuatkan..

Setelah wajah Anal kebiru - biruan barulah Anal dilepaskan. Tindakan Noah seterusnya, tubuh Anal yang masih Batuk cuba mencari rentak pernafasan dilangkah oleh tubuh Noah yang gagah..

" Pelajari lagi ilmu istana!" Pesanan  Noah sambil Regina dibawa bersama..

Bagi menutupi tubuh Regina yang terdedah, Noah menggunakan Jubah Diraja dirinya untuk  diletakkan di tubuh Regina. Hal yang membuatkan Regina terngangga..

" Kamu datang dalam mimpi aku!" Bicara Noah yang membuatkan Regina tidak faham.. Anak mata Regina yang membiru memandang kearah Noah..

" Terima kasih! Tapi Saya Tak layak untuk pakai Jubah Diraja!" Regina cuba menanggalkan tapi tangannya dihalang..

" Kenapa?" Noah kerutkan wajah mahu tahu apa alasan Regina...

" Jubah Diraja tidak boleh dikongsikan, ia pemberian Raja!" Itu sesuatu yang Regina tahu, kerana Jubah Diraja adalah pemberian Raja Utama.. Hadiah dan membawa maksud tentang kuasa dan pangkat..

" Sesuatu terdedah!" Mata Noah melirik bahagian tubuh Regina yang menonjol keluar dari perbuatan Putera Anal tadi..

Regina tidak dapat menahan malu, Segera bahagian depan Jubah yang diberikan Noah ditutup dengan jarinya..

Tindakan Regina  Dan wajah Regina yang berubah Merah buatkan Noah senyum dalam hati..Namun dia menerima kejutan  tentang  sesuatu....
" Macam Mana seorang hamba boleh tahu tentang Jubah Diraja? Noah berfikir sejenak sambil pandangan tajam melihat kearah Regina...

" Marry!"
Noah mengerakkan tangan di pinggang gadis di depannya..Dengan wajah didekatkan Dan senyuman menyeramkan, Noah mahukan jawapan.. " Macam Mana seorang hamba tahu pasal Hal Ehwal  Istana!"

Suara menyeramkan Noah buatkan tubuh Puteri Regina sekali lagi mengigil... Kenapa dia selalu mencari masalah dengan semua  pengetahuan dia tentang Istana...dia sepatutnya melupakan semua tentang perkara Itu....Dan perlu berdiam, tapi dia pilih untuk bersuara....

Share this novel

EmaIra
2020-10-13 12:34:57 

EmaIra
2020-10-13 12:31:52 

karya pb sentiasa terbaik


NovelPlus Premium

The best ads free experience