Ahli Nujum Diraja

Fantasy Completed 13300

" Kenapa dengan Beta Ahli Nujum Tertua.. apa yang tertulis dalam ramalan Kitab? Kenapa pengubatan Beta menjadi sukar?" Noah dapat rasakan dirinya lemah, bagaikan ada sesuatu terjadi, adakah dia telah tersilap dalam pengubatan...

Dia tahu Walaupun penyakitnya telah dihidapi oleh ramai Putera Mahkota, hanya dia seorang sahaja yang  menemui penawar, Dan setahu Noah sepanjang tahun Itu, belum ada yang berjaya mengubati....Semuanya hanya bergantung kepada ramalan Ahli Nujum dari zaman ke zaman...

Status kejayaan pengubatan Masih samar...

" Hamba ada perkara yang kurang enak untuk maklumkan pada Putera....Tapi hamba mahu Putera bersabar...."

" Katakan Ahli Nujum Tertua!" Noah tidak mahu berlengah...dia mahu tahu apa punca yang menyebabkan rawatan Kali ini tidak seperti Keputusan sebelumnya...

" Berkenaan Puteri!"

" Kenapa dengan Puteri? Katakan Segera Ahli Nujum Tertua?"
Noah bangun, dia takut jika sesuatu terjadi kepada Regina..

" Puteri telah larikan dia..berita Itu disampaikan oleh pengawal semasa hamba ke bilik Kitab lama."

" Lari? Tapi Bagaimana ? Bukankah seluruh kawasan ini telah dihilangkan dari pandangan? Ahli Nujum Tertua..berikan penjelasan penuh pada Beta....!"

Panglima Siapkan persiapan untuk Beta mencari?"
Noah hilang arah, patutlah tadi dia gelisah, semua Itu terjadi disebabkan Puteri Regina...Siapa yang membantu, Bagaimana .? .Noah tidak peduli, apa yang dia mahu sekarang, dia mahu mencari Puteri Regina seberapa Segera...

" Putera...tiada guna Putera mencari sekarang...Maksud hamba keadaan tubuh Putera...Putera sedang lemah!"

" Beta akan pulih bila Puteri ditemui...!"
Noah berdegil...

" Ada satu perkara yang Putera perlu tahu tentang dua raksasa tadi?" Ahli Nujum was - was untuk memberitahu Noah....Adakah Itu keputusan yang tepat atau sebaliknya..

" Katakan!"

Sesuatu ditunjukkan oleh Ahli Nujum Tertua kepada Noah..Sebuah Kitab lama...

" Apa ini Ahli Nujum Tertua?" Kening Noah berkerut, sambil tangan menyambut buku yang diserahkan Ahli Nujum Tertua..

" Jawapan Mengenai dua raksasa yang muncul dalam pengubatan Putera, jawapan di bahagian ini Putera!"

Noah menilik muka Surat yang dikepitkan Ahli Nujum dengan Bulu Burung Merak Putih...bersama bulu Merak disertakan dengan Manik Mutiara Hitam yang bersinar di waktu Malam...

Satu persatu ayat di Kitab  dibaca Noah dengan teliti dan setiap rungkaian ayat dibaca sebelum ayat di Kitab tersebut berubah menjadi Kenyataan maksud yang satu...bahasa yang digunakan di dalam Kitab menggunakan Bahasa Delta, satu bahasa yang hanya difahami oleh Ahli Nujum di serata Dunia..

Namun Noah mempunyai kelebihan memahami bahasa dengan melihat atau mendengar sekali imbas bahasa yang dituturkan atau bahasa yang terdapat di dalam Kitab ...

Pap!

Buku ditutup Noah dan Renungan tajam Mata Noah memandang kearah Ahli Nujum Tertua...

Panglima yang Baru masuk setelah dipanggil Noah tadi hanya menundukkan wajah di lantai...dia tidak mahu menganggu perbualan Putera Mahkota bersama Ahli Nujum Tertua..

" Jadi Beta tidak dibenarkan keluar dari sini sehingga tempoh pengubatan Itu tamat? Bagaimana dengan Puteri Regina....Kerajaan Aurish? Ayahanda Beta Ahli Nujum Tertua...Sebaik sahaja rawatan Itu selesai, Putera Anal akan dapat balasan setimpal!"

Kemarahan Noah menjadi - jadi, tangan dikepalkan di dalam penumbuk dalam Noah tidak sedar Tangannya menumbuk lantai konkrit 7 lapisan marmar bidara yang ditempa menggunakan Batu dan kayu, dan tanpa dijangka oleh Ahli Nujum, lantai Itu retak menjadi dua...

Kekuatan Noah memang luar biasa..

" Putera bagaimana dengan persiapan Mendiang Diraja....Adakah akan dijalankan disini?"
Panglima serba salah, telah menjadi adat Istana, Jika kematian pemerintah, pewaris perlu menjalankan acara penyembahan kepada Raja untuk acara hormat yang terakhir..

" Sediakan persiapan selayaknya panglima, Itu penghormatan terakhir Beta untuk Raja...Pastikan Semuanya lengkap, Beta mahukan Raja tenang disana.."

Habis bicara Noah menyapu air Mata setitis yang jatuh di pipinya..Dua berita yang mengejutkan Noah..

Pertama berita Kehilangan Puteri Regina, berita yang Baru diketahui selepas beberapa hari Puteri menghilang...

Berita kedua yang mengejutkan Noah, berita kematian Raja Auris, Ayahanda Noah yang mati secara tiba - tiba... Lebih menyedihkan Noah semua orang suruhan di Istananya dibunuh kejam Dan semua orang - orang Istana ditukar atau disalinkan dengan pekerja Baru...

Putera Anal pula dinobatkan sebagai Raja..Ada perkara yang tidak kena dirasakan Noah..

Pertama, kematian mengejut Raja?
Kedua, kenapa Putera Anal perlu dipilih Segera sedangkan peraturan Istana, semua Keluarga raja yang layak menduduki Takhta dikumpulkan dulu sebelum Mendiang dikafankan..

Lebih mengejutkan Noah, pemilihan Itu akan berlangsung selepas Hari ke 45 kematian Raja....tapi Hari ini adalah Hari Kedua kematian Raja dan Putera Anal telah dipilih menaiki Takhta..

Semuanya tidak berasas....

" Menurut perintah Raja." Panglima Carl tersasul..

" Panglima Jaga lidahmu, Hari ini Baru Hari Kedua kematian Raja, tiada Sesiapa yang layak menyandang jawatan Itu selagi masanya belum sampai "
Fikiran Noah mengingati wajah Putera Anal...Noah hanya tersenyum sinis..

" Puteri...gunakan sepenuhnya tempoh 6 bulan ini Puteri..Selepas Itu tunggu kedatangan Beta!"

" Ahli Nujum Tertua, teruskan pengubatan sekarang !"
Noah berkeras, Walaupun dalam hatinya sangat ingin kembali ke Kerajaan Auris bagi melihat Mendiang Raja buat Kali terakhir, namun hatinya berbelah bahagi antara amanat dan kehendak diri..

Sebelum berangkat ke pengubatan dia telah menerima titah Raja agar tidak kembali dalam tempoh pengubatan 6 bulan, Walaupun apa pun yang terjadi pada Auris atau pemerintah...pesanan terakhir dari Ayahanda masih diingat segar dalam fikiran Noah..

" Putera! betangkatlah ke pengubatan bersama Ahli Nujum dan di Sana Anakanda perlu bertenang, lapangkan fikiran Anakanda untuk semua perkara yang Ă kan berlaku di Luar..."

" Apa maksud Ayahanda?" Noah berpaling melihat Raja. Dirasakan Noah terdapat sedikit kelainan dengan kelakuan Raja Kali ini..

" Kerajaan ini hanya untuk Anakanda, tiada lagi yang layak Selain Anakanda. Jika sepanjang tempoh Itu terjadi sesuatu, Putera tidak dibenarkan untuk kembali kesini..Teruskan pengubatan sehingga tempoh Itu berakhir... Kembalilah untuk Takhta Putera selepas tempoh Itu berakhir, Dan waktu Itu Dunia Semuanya  akan berada dibawah perintah Anakanda.."

Noah melihat Raja tidak berkelip, pertama kali berbicara bersama Raja Mata Ayahandanya dilihat...Noah mencari jawapan dari Mata Itu...

" Raja jangan khuatir segala amanat Raja Anakanda akan turuti." Ringkas jawapan yang diberikan Noah. Dilihat Noah Raja hanya menganggukkan kepala dan tersenyum gembira..

Kelakuan Raja buatkan Hati Noah tidak sedap, kelakuan Raja pagi Itu sangat berlainan, jelas di wajah Raja mahukan terbaik untuknya..Itu tidak dapat disangkal lagi.. namun bicara Raja mengusarkan Noah..

Disebabkan perkara Itu dia telah berbincang bersama Panglima untuk menjaga Raja di Istana Sewaktu ketiadaanya...Dan berita yang Baru diterima membuatkan hatinya sakit...

Kematian Raja di Istana tanpa punca!

****

" Regina..Anakanda..Kamu Masih Selamat "

" Bonda....Anakanda selamat dan rindu keduanya " .Regina memeluk erat keduanya sambil diperhati oleh Edward yang telah senyum dengan gembira..

Selepas masing - masing berpelukan melepaskan rindu, tiba waktu santapan Raja.. Kepulangan Puteri Regina masih dirahsiakan dari luar atas titah Putera Mahkota Edward.. Semuanya untuk Keselamatan Puteri..

" Regina kenapa kamu hanya menguis makanan? Adakah makanan yang disediakan Dayang tidak menyelerakan kamu?" Bonda orang pertama yang dapat melihat perubahan dari tingkah Regina..

" Semuanya menyelerakan Bonda hanya tekak  Anakanda."

" Bonda , Puteri masih kepenatan..biarkan Puteri berehat dahulu..Selepas serasi seleranya akan kembali seperti dulu " Edward memegang tangan Regina di sisi, kepulangan Regina ke Maurry melegakan hati Edward...Dia berjaya menyelamatkan Regina dari Puter Auris..Kejayaan terbesar bagi Edward..

" Puteri, jika mahu berehat Ayahanda benarkan untuk Puteri beradu.Nampaknya Puteri masih kepenatan."

" Menurut titah Raja, Bonda , Edward..Puteri Mohon undur diri terlebih dahulu..Tubuh Anakanda perlukan rehat, harap Anakanda tidak menganggu sajian Diraja."
Regina bangun dari kerusi, selepas memberikan hormat kepada Raja, Permaisuri dan Putera Mahkota dengan menundukkan wajah Regina berjalan beriringan bersama Dayang untuk menuju ke kamar Puteri...

Sepuluh langkah Regina berjalan, tubuhnya rebah, namun berjaya ditangkap oleh Dayang yang mengiringi dirinya tadi..

"Puteri?"

" Anakanda!"

" Regina"
Edward mendapatkan Regina dengan pantas. Segera tubuh Itu diangkat dan dipapah kebilik...

Raja Segera menitahkan tabib Diraja untuk memeriksa..

Permaisuri telah bersedih dan menemani Regina disisi kamar.Semua yang melihat keadaan Puteri Regina dilanda kesedihan.

Regina Puteri yang diselamatkan dari penculikan, setelah kembali Puteri telah lemah sebegini...Semua Mata memandang kepada Edward untuk mendapatkan penjelasan Dan jawapan tentang keadaan Puteri..

Edward mundar - mandir di bilik dengan harapan tidak terjadi sesuatu yang buruk terjadi  pada tubuh Regina..

Setengah jam Ahli Nujum Negara memeriksa keadaan tubuh Puteri..Beberapa kali Juga gelengan kepala kelihatan, Dan beberapa kali Juga nadi ditangan Puteri diperiksa...Seakan Ahli Nujum sedang mencari jawapan kepastian...

" Apa yang jadi Ahli Nujum? Terangkan pada Beta apa yang jadi pada Puteri Regina?" Raja semakin tidak sabar, semua kelakuan Ahli Nujum dilihat...Seperti ada sesuatu yang sukar digambarkan dari riak reaksi wajah Ahli Nujum Diraja..

" Raja, Maafkan patik..Nampaknya ada perkara yang perlu patik maklumkan pada Raja." Mata Ahli Nujum Diraja memandang kearah Dayang - Dayang yang terdapat di dalam kamar Puteri..

Raja yang melihat reaksi Ahli Nujum Diraja Segera memgarahkan Dayang - Dayang untuk beredar... Yang tinggal hanyalah Permaisuri, Edward dan Raja..

Hati Permaisuri tidak sedap dengan apa yang terjadi....semakin gusar hati Permaisuri melihat keadaan Regina yang masih tidak sedar..

" Katakan Ahli Nujum Diraja, apa yang tidak kena dengan Puteri Regina. Kenapa dia Masih belum sedar?"
Raja gelisah, dengan kelakuan Ahli Nujum Diraja..Tentu sahaja ada sesuatu yang telah berlaku...

" Ahli Nujum Diraja, apa yang terjadi pada Puteri?" Giliran Edward pula tidak sabar..

" Hamba telah periksa keadaan Puteri, Raja dan Putera Mahkota Edward.. Nampaknya Puteri sedang berbadan dua."

" Apa!" Raja terkejut Besar..

Edward telah terdiam..

Permaisuri telah menaggis hiba..Entah apa nasib malang yang telah menimpa Puteri. Selepas ditemukan, Puteri hamil dengan Anak dari benih Putera Raksasa..

" Ahli Nujum bunuh bayi dalam kandungan Itu..Gunakan segala cara untuk bayi Itu tidak hidup?"
Raja kematian idea, hanya Itu dirasakan jalan terbaik untuk segalanya..

" Ayahanda!"

" Raja!" Permaisuri dan Edward terkejut dengan Keputusan Raja..

" Kita perlu Tanya Puteri dahulu Raja,  Anak siapa yang dikandungkan Puteri? Kita hanya mampu berharap jika kandungan Puteri bukan dari benih Putera Auris."
Perasaan  Edward berbelah bahagi, dia tahu tentang pemilihan Perempuan Diraja, dan Dia tahu Puteri Regina dipilih oleh Putera Mahkota Auris...Tapi Mengapa perkara Itu terjadi  secepat ini...Edward mengharapkan keajaiban dalam hidup Regina..dia mengharapkan agar bayi yang dikandung Regina bukan Anak Putera Noah...

Jika sebaliknya....

" Puteri"

Regina tersedar dari pengsan, dilihat disisinya Permaisuri, Edward dan Raja... Ketiga - tiga mereka memandang kearahnya..

" Apa yang berlaku?" Tangan Regina memicit kepala yang dirasakan sakit...

" Puteri pengsan, mujur Semuanya Selamat..tadi Ahli Nujum Diraja telah kesini ...ada sesuatu yang dikatakan tentang Puteri?"
Pandangan mata Permaisuri memandang kearah Raja..

Amanat tentang pertanyaan Itu telah diberikan oleh Raja kepada Permaisuri..Walaupun berat dirasakan Permaisuri tentang Tanggungjawab Itu, dia tiada pilihan lain...Perkara Itu harus ditanyakan sendiri pada Regina..

" Apa Ahli Nujum Negara katakan Bonda?"
Wajah- wajah yang memandang kearahnya seperti menyembunyikan sesuatu...

" Puteri .....Puteri sedang berbadan dua!"

" Apa? Tapi Bagaimana?"

" Siapa bapa kepada bayi Itu Puteri?" Raja tidak sanggup untuk menunggu lama..

Edward masih berdiam menunggu jawapan dari Regina..

" Anakanda mengandung?" Perkara yang Regina sendiri masih  Tak pasti.....dan Dia amat pasti siapa Ayah kepada bayi yang dikandung Regina...

" Gugurkan kandungan Itu Regina, Itu lebih baik untuk Masa depan Puteri?" Raja mendengus geram dalam kemarahan dengan apa yang terjadi...

Jika dia kuat melawan Auris Masa peperangan dulu , semua perkara ini tidak Ă kan terjadi...Regina tidak Ă kan diculik Dan menerima nasib sebegini...

Raja lebih menyalahkan dirinya sendiri di atas semua yang berlaku kepada Puteri kesayanganya..

" Maksud Ayahanda? ....Tidak bayi ini tidak bersalah...Tidak!"

" Puteri siapa Ayah Budak Itu adakah Putera Mahkota Auris?"
Giliran Edward pula bertanyakan soalan kepada Regina...

" Bayi ini Anak Puteri Edward, tiada yang berhak keatas dia Selain Puteri...Puteri Ă kan lahirkan dia ke Dunia!"

" Puteri, Hal ini tidak bagus pada Puteri, bagaimana nanti di Masa hadapan..Apakah Puteri Ă kan besarkan dia berseorangan...dan Jika Anak ini adalah bayi Putera Mahkota Noah, Puteri tahu bagaimana Putera Itu disumpah..Jadi jika bayi ini Anak Putera Auris, bayi ini Juga....."

" Bukan....bayi ini tiada Ayah..Dia cuma ada Puteri...Puteri Ă kan lahirkan dia." Regina nekad, biarpun bagaimana nasib Anaknya nanti, dia Ă kan lahirkan bayi Itu..Bayi Itu tiada salah pada dunia...

Raja memandang Edward akibat kedegilan Puteri Regina.. Salah dia dari dulu, semua permintaan Puteri ditunaikan..Kali ini dia tidak mampu untuk berbuat apa - apa...Hanya Edward harapan Raja bagi memujuk Puteri..

" Permaisuri Hal ini selesai disini untuk Hari ini...Biarkan Puteri Regina berehat... Perkara ini Ă kan Kita bincangkan lagi kemudian."

Regina dilihat Raja telah memejamkan Mata dengan tubuh dipalingkan dari Raja dan Permaisuri...Dia mahukan ketenangan dalam diri untuk menerima berita mengejutkan yang Baru diterima..

" Hamil!"

****

" Putera!"

" Teruskan Ahli Nujum Tertua, kecederaan ini Hanya sedikit jika dibandingkan minggu yang lalu.. Beta tidak apa - apa!"
Noah memejamkan Mata kembali, dia mahu rawatan Kaliterapi Dalaman Rohani yang dijalankan Ahli Nujum Tertua diselesaikan mengikut waktu...

Dia tidak mahu melepaskan semua detik perawatan...dia mahu Segera sembuh Dan setiap detik untuk menamatkan tempoh 6 bulan perawatan adalah tempoh yang Paling sukar dalam hidup Noah...

Dia rindukan Regina dan dalam Masa yang sama dia bencikan Putera Anal Dan tidak sabar untuk memberi pembalasan setimpal di atas semua perbuatan Putera dan Juga Permaisuri..

Ahli Nujum memutarkan tujuh Batu Hitam di atas bulatan.. Baru Delima Merah diletakan ditengah - tengah bulatan...Satu Mutiara ditempatkan di atas Delima..Pencantuman barangan benilai dari Darat dan Laut, begitulah Juga punca kuasa bagi Putera Noah dan Raksasa... namun Yang menjadi tanda Tanya kepada Ahli Nujum Tertua, kehadiran Raksasa Kedua....

Telah ditilik tentang perkara Itu dan telah dinilai dengan semua peralatan yang lama yang berada di bilik Kuno Utama, hanya satu jawapan yang diterima oleh Ahli Nujum, dan jawapan dari semua tilikan adalah sama...tapi apa yang mengusarkan Ahli Nujum Tertua, adakah perkara Itu benar? Tapi semua persiapan telah dibuat dengan teliti, bagaimana perkara Itu benar - benar terjadi...

Bagaimana nanti jika sekiranya Noah mengetahui tentang perkara Itu...reaksi Putera Mahkota bila perkara Itu terbongkar....

Sayang bagi Ahli Nujum Tertua, tuan badan untuk perkara Itu dipastikan telah menghilang dari kawasan Itu dan kesahihahan perkara Itu tidak dapat dipastikan sehingga Puteri Itu ditemui semula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience