Kebal

Fantasy Completed 13300

" Hamba belum mati!"
Regina menghadap Noah dengan tidak berkelip.. biarpun Tubuh  Masih belum digerakkan sepenuhnya....kelakuan Noah diperhati dari jauh...disebalik kelambu nipis yang menutup pemandanganya....

Reaksi Noah yang bergegas masuk dari pintu, menuju kearahnya diperhati oleh Regina melalui ekor matanya....

Segalanya kembali dalam ingatan Regina....
Sikap Dayang tadi ....
Perkara yang membuatkan perasaan Regina semakin benci Dan sakit....
Mengapa tidak sahaja tadi  dia dibunuh kejam oleh raksasa Putera Mahkota...
Apa yang menghalangi Noah?
Persoalan yang Masih bersarang dalam benak Regina....

Jika dia mati!

Tentu sahaja perjalanan hidupnya lebih mudah...Semuanya àkan terkubur...
Janjinya pada Kerajaan Maurry,
janji pada Raja dan Permaisuri.....
dan Juga janji pada Abangnya, Edward...
Semuanya àkan Segera tamat...

Noah telah dihadapan Regina.....sebaik sahaja tirai nipis Itu diselak.....Regina dilihat Noah telah tersedar.....
Satu perkara yang membuatkan hati Noah tersenyum...

Melihatkan Renungan tajam Regina, Noah dapat memganggak apa yang sedang bermain di fikiran Yang Utama...

Dia perlu mencari langkah untuk Regina bertenang sebelum sesuatu disampai nanti...

" Ada Sesiapa yang datang kesini?"
Tanpa mempedulikan bicara Regina tadi, Noah duduk disisi Regina...
Berada disisi Regina.....Mata Noah terarah  melihat sekitar Dan matanya menangkap kearah gelas kosong yang berada di sisi bantal pembaringan Puteri...

Seperti seakan arahannya tadi...?....perkara yang menjadi persoalan dalam diri Noah...Namun persoalan Itu dipendam dan dibiarkan dahulu...
Keadaan diri Regina yang dikhuatirkan....

" Kenapa Putera kesini?"
Regina cuba mengalihkan topik perbualan....

" Jawab pertanya Beta!" Noah berkeras, soalan dari Regina bukanlah jawapan yang dimahukan oleh Noah...

" Ti...tiada siapa! Tiada siapa  kesini...? Hamba hanya sendiri!"
Regina cuba mengurangkan kegugupan dalam hati, tanpa disangka oleh Regina soalan berkenaan siapa menjadi tajuk Utama Noah menemui dirinya...

Fikiran Regina mengingatkan Dayang yang menolongnya tadi.....wajah Itu menjelma...

Dia tidak menyediakan jawapan ...dan dia tidak bersedia ....dia hanya menurut kemarahan  dan kebencian dalam hatinya kepada Noah, tanpa mempedulikan masalah yang àkan mendatang jika Noah tahu arahannya dilanggar.....jika Noah tahu entah apa masalah yang mungkin àkan menimpa Dayang yang membantunya tadi...

" Ini..?Bagaimana gelas kosong ini berada di sisi Yang Utama?"
Noah tidak suka dengan pembohongan, dan sikap Regina di depannya jelas....Ternyata telah Ada seseorang kesini ...dan segala yang terjadi ditubuh Regina...Jelas...

" Hamba yang ambil disana, Putera...Tiada Sesiapa kesini!"
Regina gelisah....dalam keresahan merahsiakan kedatangan Dayang tadi dia terlupakan sesuatu....

Noah dilihat Regina sedang memandang tepat kearah matanya....lebih menakutkan senyuman sinis Noah dan pandangan mata yang berkeliaran di ruangan kediaman Regina....Seakan lelaki Itu sedang lakukan sesuatu...

" Putera!"
Regina tiada pilihan dia perlu mengalihkan tumpuan Noah....Dia Masih belum mengenali Noah sepenuhnya...dan Masih belum  mengetahui kelebihan lain yang Ada pada Putera Mahkota Aurish...Dia takut kelebihan Noah àkan memakannya nanti..

Cukup sahaja tadi dia dikejutkan dengan Putera Noah mempunyai kelebihan dalam pelbagai bahasa...termasuk bahasa Maurry...jika tekaannya tepat, mungkinkah Noah dapat menghidu siapa yang pernah datang kesini...

Dia perlu mencari jalan...Noah perlu dipastikan untuk tidak dapat mengetahui siapa yang pernah berada di biliknya...

Noah memalingkan wajah, Dan pandangan matanya tertumpu kepada Regina...

" Putera.... Hamba perlukan air....untuk tubuh hamba!"
Regina mengigitkan bibir tanda keresahan...Tangannya Segera memegang tangan Noah.....Dengan menarik perhatian Noah, dia harapkan rancangan Itu berhasil...
Tumpuan Noah àkan terganggu dan perbualan tentang siapa ke situ àkan ditamatkan...

Gelas dihulurkan Regina kepada Noah untuk pertolongan...

Tanpa bertanya, gelas dicapai Noah dan dia Segera ke sisi meja dan menyerahkan kembali gelas berisi air kepada Regina....

Regina yang gelisah mencapai huluran Noah dengan terketar - ketar...Dia Cuba mengawal keseramanya berada di sisi Noah, cara yang Paling bijak difikirkan Regina, air Itu diteguk rakus ke dalam tubuhnya...kelegaan yang dirasakan Regina kini diharapkan akan  berterusan....

Noah tetap sahaja berada disisi Regina menunggu dan segala perbuatan Regina diperhati...Ada persoalan yang perlu diungkapkan dan Ada perkara yang perlu diketahui oleh Puteri...

Tentang mereka berdua....

Selesai Regina menghabiskan air dicawan, pandangan Noah Masih tidak berubah memandangnya tepat...seakan lelaki Itu menunggu dirinya selesai dengan urusan air tadi...

Kegelisahan di hati Regina semakin berdebar - debar....berdebat dengan Putera Mahkota raksasa tidak mendatangkan khabar baik pada dirinya...Semuanya berakhir dengan kemusnahan hidupnya lagi....Kali terakhir kejadian yang berlaku adalah peristiwa beberapa jam tadi..

Melihatkan reaksi Noah yang tidak berganjak untuk pergi buatkan Regina gelisah....Tiada tiada cara lain lagi, dia perlu fikirkan sesuatu....

" Hamba mahu berehat Putera!"
Regina tiada pilihan lain, sebaik sahaja gelas kosong dihulurkan pada Noah, tubuhnya dipaling untuk perbualan Itu terhenti disitu...

Namun bagi Noah, Masih Ada perkara yang perlu dibincangkan mereka berdua...

"Puteri!"

Regina dilihat Noah masih tidak berganjak memalingkan wajah.....mata Regina telah dipejamkan dengan tubuhnya dipalingkan...

" Beta telah berbincang dengan Ahli Nujum Tertua...Ada perkara yang Puteri perlu tahu sepanjang pengubatan Beta!"
Noah memegang bahu Regina, perkara yang perlu dibincangkan bersama harus dibahaskan, dan dia mahu Regina faham àkan situasinya sepanjang pengubatan...

" Hari telah lewat malam Putera, hamba perlukan rehat dengan kejadian tadi...!"
Sengaja perkara Itu diingatkan oleh Regina dengan harapan Noah àkan faham situasinya...Walaupun Regina teragak - agak dengan Keputusanya kini ....namun kerana kebencian kepada Noah, dia memilih untuk tidak meneruskan bicara...

" Perkara penting! Tentang Yang Utama...Sepanjang pengubatan ini, Yang Utama tidak dibenarkan untuk memperoleh keturunan...!"
Noah tiada pilihan, segalanya perlu dijelaskan sebelum esok dia àkan berangkat meninggalkan Regina untuk pengubatan...

Regina memalingkan tubuh menghadap Noah.....Selepas tegukan air liur yang pertama Regina meneruskan soalan...Dia begitu terperanjat dengan Berita yang disampaikan Noah...

" Apa maksud .....Putera?" Seram sejuk tubuh Regina....dia tidak pernah fikirkan tentang keturunan bersama Putera Raksasa Noah...Putera Mahkota kerajaan Aurish nampaknya semakin hilang Akal ....
zuriatnya bersama Putera Raksasa....apakah benda itu akan terjadi nanti?.....tidak dia tidak benarkan Hal Itu terjadi...harapannya àkan musnah dan ....
Hidupnya seperti  disumpah ...

" Jika Itu terjadi...... Beta tidak akan benarkan ......Pembunuhan adalah langkah sebaiknya jika bayi itu  dilahirkan!" Noah memandang Regina dengan serius...kelihatan di mata Noah Regina telah mulai Kaku tidak bergerak....

Melihatkan keadaan Regina...

" Puteri...!"

Noah cuba menyedarkan Regina, kebenaran tentang hidup yang kejam, perkara yang perlu ditempuhi dan dilalui mereka berdua..... dan bicara  Noah Ternyata mengejutkan Regina...

Regina kembali sedar dalam lamunan...

" Itu takkan terjadi....!"
Regina melarikan pandangan mata dari melihat kearah Noah...
Dari bicara Noah......dia mempunyai sebab yang kukuh Mengapa lelaki Itu adalah makhluk yang paling dibenci oleh dirinya sampai mati...

Putera Raksasa Kerajaan Aurish tiada jelas kasihan, biarpun zuriat keturunan sendiri...Biarpun dia tidak mengalaminya lagi, dia dapat membayangkan jika Hal Itu terjadi kelak....Semua Hal Itu patut dielakkan oleh Regina...

" Perkara ini Hanya untuk tempoh 6 bulan, sepanjang pengubatan Beta!"
Dengan tenang Noah teruskan bicara Dan mahukan Regina faham maksudnya...

" Tiada yang beza Putera...perkara Itu tidak àkan pernah  terjadi...Hamba akan pastikan!"
Regina tegas....perasaanya seakan dicarik dan hancur...Biarpun dia bencikan Noah, perasaanya Masih tersentuh dengan apa yang telah tertulis dalam hidupnya...
Selain hidupnya dikawal, perjalanan hidupnya ditentukan oleh Putera Raksasa...dan keturunan dia Juga tidak terlepas...

Dia tidak mengharapkan dia àkan melahirkan..... Tapi jika Hal Itu terjadi, dia tidak dapat berfikir apa jalan yang àkan dipilih kelak....apakah benar Anak itu akan dibunuh?"

Melihatkan Regina yang diamkan diri...

" Puteri....Bayi itu turut disumpah...Beta Tak mahu nasib dia sama seperti Beta!"
Noah tidak mahu Regina salah faham dan dia mahu Regina tahu segala yang jadi adalah bersebab...

Sekali lagi Regina terkejut dengan pengakuan Noah .....Ternyata dalam Hal ini dia masih lagi was - was....Apakah benar itu yang akan terjadi atau Noah ada muslihat lain?..."
Dalam hal ini Regina tidak mahu mengambil Jalan mudah, dia perlu bertenang dan berfikir...Baik untuk dirinya begitu juga untuk Noah...

" Hamba àkan pastikan Hal Itu tidak terjadi....!" Regina menarik nafas lega, segalanya yang dibicarakan Noah dirasakan berasas, namun perkara itu masih awal untuk dinilai.......

" Itu saranan dari Ahli Nujum Tertua, Beta tiada pilihan lain....Beta àkan menemui Puteri hanya 1 Kali dalam sebulan...Puteri perlu bersedia menunggu kepulangan Beta...!"

Ucapan Noah membuatkan Regina lebih seram sejuk....sepanjang pertemuan itu dia tidak àkan tahu niat Noah....lelaki Itu begitu misteri...

" Baik!"
Regina  tiada pilihan lain selain Hanya menurut hidup diaturkan...

" Semua keperluan Puteri àkan disediakan sepenuhnya!"
Noah memberikan satu ciuman di dahi Regina...persetujuan dari Regina yang akan menantinya buatkan dia bahagia...

" Putera..APA yang hamba perlu buat.. jika Hal Itu terjadi....!"
Regina buntu, perkara tadi Masih difikirkan....segala kemungkinan akan terjadi...dia perlu lebih hati - hati.....disini dia terasing sendiri...Seluruh kawasan diliputi salji.....Selain bekerjasama dengan Putera Mahkota dia tiada pilihan lain...

Keberadaanya disitu tiada Sesiapa yang tahu...lokasi dia berada dirahsiakan untuk Keselamatan Noah....sebarang berita keluar tidak dibenarkan....

Tiada gangguan sepanjang rawatan, Itu yang diperintahkan oleh Raja, Aurish...

" Puteri àkan diberikan ubat selepas melayani Beta...Semuanya àkan disediakan oleh Ahli Nujum Tertua.!"
Noah berterus terang....tempoh Masa beberapa hari tidak menemui Regina àkan membuatkan hidupnya sukar...

Semakin Noah merapatkan wajah, Regina dilihat Noah melarikan wajah menjauh....Noah merapatkan tubuh kearah Regina di pembaringan...

Dirasakan Regina tangan Noah telah menjalar di pinggangnya...
" Putera, hamba perlukan rehat!"
Regina menolak, dia tidak sanggup lagi..

Selimut ditubuh Regina dibuka dan sebahagian tubuhnya terdedah....Sesuatu yang mengejutkan Noah...
" Bagaimana Puteri ke situ....tapi...!" Baju ditubuh Regina Masih belum berganti dan Noah dapat memahami sesuatu dari kejadian ini...

" Hamba hanya inginkan rehat!"
Regina berdolak - dalik, dia tidak mahu Noah mengesyaki apa - apa....

" Persalinan lama, kenapa belum ditukar?"
Noah mengerutkan wajah memandang Regina...Ada sesuatu yang dia telah terlepas pandang....kelihatan Regina Masih tidak berganjak dari pembaringan...

"  Haa.....Hamba terlalu lelah!"
Regina akhirnya akur, Semuanya atas perbuatan Noah...dan dia mahu Putera Raksasa tahu apa yang sedang berlaku pada tubuhnya...

" Putera hamba Tak mampu melayani Putera ... Putera perlukan wanita lain ....Hamba Tak layak untuk Putera!"
Regina berterus terang, 2 Hari bersama Putera Noah adalah satu saat yang sukar...tiada jalan lain lagi.....Noah perlu menambahkan wanita lain disisinya...jika Noah jatuh hati pada wanita lain, Itu lebih bagus untuk Regina...dia sangat berharap Hal Itu berlaku.

Noah mundar mandir berfikir, sesekali pandangan matanya mendapatkan Anak Mata Regina...kata - kata Regina mencabarnya...Dan di situ dia dapat tahu tentang penipuan Regina tadi...

" Nampaknya yang Utama tidak boleh bergerak....Jadi siapa yang ambilkan air untuk Yang Utama tadi?"
Noah kembali memandang sekeliling Dan bersama Mata yang dipejamkan dia seakan sedang lakukan sesuatu....

" Putera.....Put..Putera!"

" Sssssshhhhhhhh!" Noah masih memejamkan Dan sebaik mata dibuka, dia memandang mata Regina Tajam...

" Panglima!"
Suara Noah bergema bersama  arah langkah kaki Noah menghala ke pintu Utama kediaman meninggalkan Regina sendiri......

" Putera!"
Suara Regina memanggil tidak lagi  dihiraukan Noah.... Perlahan - lahan Tubuh Putera Mahkota menghilang di sebalik Pintu Kedua dari pandangan mata Regina....

Dalam hati Regina dia menjerit kesal...
Dia tidak mahu Dayang Itu dihukum..Namun untuk dia membantu,  dia  perlukan tenaga Dan kekuatan...sedangkan pada waktu ini dia tidak boleh bergerak....

" Putera!" Regina menjerit kuat untuk Noah mendengarinya...

" Putera!"

" Putera!"

Noah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience