Completed
13300
" Apa yang ditunggu lagi, jalankan sekarang Pengubatan!"
Jelas di penglihatan Noah, Pengubatan yang dipanggil tadi telah menundukkan tubuh didepan matanya. Menyembah.
" Apa maksud pengubatan? Kenapa tidak dilakukan sekarang. Beritahu Beta, Apakah pengubatan Ingkar dengan arahan Raja!"
Noah berang, dia telah mengarahkan untuk sebahagian tubunh Regina dipisahkan . Iaitu Anaknya! Dia mahukan Anaknya dikeluarkan dari tubuh Regina..
Regina telah menanggis teresak - esak dengan semua yang dilakukan Noah. Dia tiada daya untuk melawan...Tubuh telah dibaringkan di atas Batu Marmar dari Jenis Jed yang ditempa khas untuk pengubatan dirinya... malah Noah melakukan sesuatu yang dahsyat dengan kaki Dan tangan Regina diikat.
Semua perbuatan Itu dilakukan sendiri oleh Noah, Putera Raksasa.
Tidak seorang pun yang dibenarkan untuk menyentuh Regina sebelum Bahagian Pengubatan Hadir.
" Hamba .....hamba...Hamba tidak berani Raja. Jika perkara Itu dilakukan akan membuatkan nyawa Puteri Dan Anak dalam kandungan melayang!"
" Apa maksud pengubatan! Kenapa perkara Itu tidak boleh dilakukan?"
Semakin kuat suara Noah, wajah telah memerah marah bila semua yang dirancang tidak mengikut plan hidupnya.
Bagaimana Anak Itu boleh wujud sepanjang dia bersama Regina. Kehidupannya disumpah, dia tidak mahu zuriat yang dilahirkan dari benihnya Juga turut disumpah menjadi Raksasa
Dia saksikan sendiri bagaimana Raksasa Kedua dalam dirinya muncul. Raksasa keduanya lebih hebat dari yang Pertama miliknya malah Raksasa yang muncul lebih tidak berperikemanusiaan .
" Permaisuri Dan Anak kandungan akan mati. Puteri sedang mengandung bulan penuh Raja. Tidak sesuai untuk dijalankan pembedahan. Tiada apa yang mampu menyelamatkan Puteri jika Puteri dipaksa untuk meLahirkan bayi dalam kandungannya secara paksa.!"
Noah menghempas barang yang berada berdekatannya, dia melepaskan geram dengan semua yang jadi. Termasuk pengubatan ini, telah tujuh pengubatan dipanggil oleh Noah, Dan Semuanya tetap dengan pendirian memberikan jawapan yang sama.
" Raja!'
perlahan pengubatan tua memanggil Noah untuk sedar kembali dengan kemarahan tadi.
" Tiada jalan lain pengubatan?"
Noah Masih tidak percaya. Dia amat yakin Tentu sahaja ada cara lain untuk Dia menyelamatkan Puteri..
" Raja dari pengalaman hamba Dan dalam isu melibatkan Raja Dan Puteri.. Hamba tidak yakin tapi hamba ada mendengarkan cerita dari perkampungan seberang tentang pengubatan Ahli sihir lama!"
" Apa maksud pengubatan?"
Noah teruja, dia amat harapkan harapan dirinya untuk menyelamatkan Puteri Regina berhasil nanti...
" Kehamilan Puteri adalah satu isu yang berat. Dengan ilmu hamba Raja, hamba hanya setitis air dalam lautan luas. Hamba ada dengarkan kisah dari guru hamba dulu tentang seorang pengubatan lama atau Ahli Nujum lama tentang Zikar!
" Siapa Zikar?"
" Zikar! Dia mengubati sakit - sakit misteri yang tidak boleh diubati oleh Ahli -ahli Pengubatan dunia."
Noah teruja mendengar penjelasan dari Ahli pengubatan ketujuh yang dipanggil tadi keistananya...
" Dimana Raja mampu mencarinya?"
" Hamba Tak dapat pastikan Raja dimana lelaki Itu berada, tapi Kali terakhir hamba mendengar, dia berada di Kerajaan Maurry! Itu khabar Dua tahun yang lalu"
" Maurry!"
Noah memandang kearah Regina, begitu Juga Regina yang memandang Dan berlawanan Mata dengan Noah..Mereka berdua saling berpandangan sebelum Noah membuang perintah kepada Panglima untuk Zikar dicari..
*****
" Pengawal halau orang - orang Itu semua keluar. Ini arahan Raja, hanya Pengubatan yang dibenarkan masuk ke Istana !"
Suara Panglima Merah bergema memberikan arahan. Dengan berkuda disekitar kawasan Istana dijelajahi untuk melihat jika terdapat permasalahan di batasan Pintu Besar negera.
" Terima perintah Panglima!"
" Panglima!"
Muncul seseorang menghadap Panglima Merah. Separuh kaki ditundukkan untuk memberikan Hormat. Menandakan orang di atas dirinya mempunyai kuasa arahan kepadanya.
" Kamu siapa? Apa tujuan kamu kesini?"
Panglima Merah mundar mandir berkuda keliling Askar di depannya. Dari baju seragam yang dipakai Jelas Askar di depannya datang dari sempadan utara, menempatkan Pintu Besar Gergasi bagi menghalang kemasukan Rakyat dari utara.
Kepulangan Dan kejayaan Noah sebagai Raja begitu cepat tersebar hingga menyebabkan kebanjiran Rakyat, golongan pemimpin Dan pembesar untuk memberikan hadiah Dan penghormatan taat setia kepada Noah.
Namun mereka tidak mengetahui masalah dalaman yang menimpa Istana. Noah sedang dalam percubaan dengan masalah bersama Puteri yang dia pasti dipilih Noah menjadi Permaisuri Auris. Hanya Itu yang dikhabarkan orang Istana. Tiada siapa yang tahu apa yang benar - benar terjadi di Istana Dan kepada Raja.
Hanya perintah Raja yang dikeluarkan kepada mereka, Pintu - pintu Besar sempadan diarahkan tutup oleh Raja. Pihak Istana dilarang menerima tetamu dari dalam atau luar dari negara mereka.
Hanya yang dibenarkan adalah Bahagian Pengubatan Dan Ahli Nujum untuk masuk menghadap Raja....
Suasana kawasan Dan kawasan sekitar Istana seperti suasana ketika darurat, dimana suasana senyap sunyi memenuhi setiap ruangan..
" Hamba membawa berita dari Utara. Seseorang mengaku sebagai pengubatan Dan Ingin menemui Raja dengan Segera!"
" Apakah kamu tidak menerima titah Raja. Hanya Pengubatan dibenarkan masuk Keistana, apa kamu telah memeriksanya?"
" Pasukan telah memeriksa tapi tidak menemui bukti bahawa dia seorang Pengubatan, tapi.....!"
" Tapi apa?"
Panglima Merah tidak berpuas hati. Pekerjaan senang untuk mengenali seorang Pengubatan, Namun apa yang mengkhuatirkan Askar di depannya.
" Dia mahukan Raja menjemputnya. Jika tidak dia tidak mahu berganjak dari Pintu Besar Gergasi!"
" Apa maksud kamu? Siapa pengkhianat Itu. Tidakkah dia takut dibunuh!"
Panglima dalam kemarahan bila mendengar berita yang disampaikan oleh Askar. Berani seorang Pengubatan membuat permintaan kepada Raja untuk menjemputnya..
Sebelum Noah dikhabarkan, dia perlu melihat dengan matanya sendiri, gerangan apa lelaki yang dimaksudkan oleh Askar.
" Huh! Ini lelaki yang mahu Raja menjemputnya?"
Panglima Merah tersenyum sinis memandang seorang lelaki tua yang sedang duduk tenang di pertengahan pintu Besar. Terlihat diseberang jumlah orang - orang ramai yang Ingin melepasi pintu Besar Gergasi utara.
" Dia seorang yang kebal Panglima. Mempunyai kuasa Sakti. Hamba tidak tahu bagaimana di mendapat Kuasa. Tapi yang hamba tahu semua serangan tentera dari utara dapat dipatahkan lelaki Itu dengan senang Dan pintu Besar gagal ditutup Kembali oleh orang Istana." Kata - kata Panglima yang dilantik di Pintu Sempadan Negara bagi menjaga kawasan jagaan Itu...
Panglima Merah dapat merasakan Aura Haba yang Besar di situ....
" Apa usaha semua disini gagal?" Panglima Merah mulai pelik dengan situasi yang melanda pintu Utama Utara. Terlihat dimatanya hanya seorang lelaki tua. Pakaiannya pula hanya seperti pendeta lama, berpakaian kelabu berserta wajah Dan rambutnya telah dihiasi dengan warna putih...
Panglima Merah turun dari Kuda yang ditungganginya Dan mengarah kearah Pendeta pengubatan yang dimaksudkan..Sebelum berita disampaikan Kepada Raja, dia perlukan kesahihan cerita sebenar.
" Siapa kamu orang tua?"
Panglima Merah bertanya, dia mahu melihat reaksi dari wajah tua yang tenang di depannya.
" Hamba Pendeta pengubatan. Datang untuk menemui Raja."
Ringkas jawapan dari Pendeta Pengubatan yang Masih Bersila didepan pintu Besar.
" Kamu sudah dimaklumkan oleh orang - orang disini. Semua diberikan kesempatan oleh Raja untuk ke Istana untuk pengubatan. Sekarang kamu telah lewat, banyak lagi Ahli Pendeta yang sedang menunggu giliran, kamu seharusnya tidak menganggu tugasan Askar disini.!"
Pendeta dilihat Panglima Merah terdiam. Mungkin sedang asyik berfikir..
" Bagaimana jika perkara ini diketahui Raja Dan Panglima menolak kedatangan hamba?"
Pendeta tua tersenyum sekilas. Bicaranya membuatkan Panglima Merah tidak senang.
" Apa yang Pendeta tua mahukan?"
" Jika raja tidak kesini, Panglima bawakan hamba menemui Raja. Disana hamba akan jelaskan pada Raja."
Panglima Merah Masih was - was dengan cadangan Pendeta tua, Namun bila difikirkan dirinya Dan keadaan disitu..Semua dirasakan masuk akal baginya...Noah inginkan Pengubatan untuk Istana... Dan jika lelaki ini adalah Pendeta Pengubatan yang dicari Raja, dia akan mengalami masalah Besar nanti kerana dianggap culas dalam kerjanya menjaga sempadan Negara....
Panglima Merah membuat Keputusan drastik...
" Askar sediakan kereta Kuda. Pendeta akan ikut rombongan Panglima ke istana " orang kanan Panglima Merah mengeluarkan arahan..
Pendeta bangun dari pertapaan sendiri di Pintu Besar Utara. Perlahan - lahan pintu Besar dirapatkan oleh Pendeta Tua Kembali hanya dengan hembusan nafasnya.......
****
" Bawakan di masuk!"
Noah menunggu. tadi ada berita dari perbatasan Utara untuk seorang Pengubatan hebat menemuinya. Berita tentang kedatangan Panglima Merah Dan Pengubatan Tertua telah dimaklumkan Segera kepada Noah..
" Siapa kamu !"
Noah bengis, telah banyak Pengubatan yang hadir ke Istananya Namun tiada yang mampu untuk menyelesaikan masalahnya..
" Hamba Zikar Raja. Sahabat Lama Ahli Nujum Tertua Negara!"
Pengubatan Tertua memperkenalkan diri kepada Noah..
" Zikar!" Nama yang pernah disebut pengubatan tadi, Noah Masih ingat.....
" Sahabat Ahli Nujum Tertua Negara? Kenapa Baru sekarang Pengubatan munculkan diri? Beta memang sedang mencari Pendeta..."
" Hamba mendapat amanat dari Ahli Nujum Tertua.!"
Sesuatu diserahkan kepada Noah. Sesuatu dibacakan kepada Noah setelah Surat Itu diserahkan Pengubatan Tertua kepada pengawal..
Selesai dibaca Dan diperjelaskan isinya barulah Noah sedar, sebelum kematian Ahli Nujum Tertua, dia telah menghantar wasiat kepada Abang segurunya iaitu Zikar untuk membantu dia.
" Beta izinkan pengubatan untuk menilik Beta!"
Noah menyerahkan tangan kepada Pengubatan..Dari Surat yang diserahkan dia percaya Ahli Nujum Tentu sahaja ada jalan untuk mengubati penyakitnya. Noah percaya dengan pemilihan Ahli Nujum Tertua membantunya.
Tangan Noah ditatapi lama oleh Zikar.Sesuatu dikeluarkan dari tubuhnya.Lima minit berlalu, Zikar memandang kearah kamar.
" Apa yang pengubatan lihat disana?" Mata Noah turut memandang kearah tempat sama dimana Mata Zikar terarah...
" Raja mempunyai masalah tentang Permaisuri!"
" Apa maksud pengubatan?" Noah perlu menilai terlebih dahulu tahap kemampuan pengubatan dalam menilainya..
" Permaisuri sedang sarat Dan Puteri tidak dibenarkan berada di sini!"...
" Apa yang perlu Beta buat Pendeta...?" Noah semakin Ingin tahu..dari Surat Ahli Nujum Tertua tadi...Zikar mempunyai kebolehan dalam tilikan, Dan Pengubatan lama Misteri, berbeza dengan Ahli Nujum Tertua yang hanya menjalankan pengubatan dengan hanya melalui ramalan......Sejauh Mana kesahihan tentang ilmu Zikar Pendeta tua di depannya Noah sendiri Tak pasti...
Apa perlu dia teruskan tentang rancangan untuk Anaknya dibunuh, Dan bersedia dengan kehilangan Regina selamanya dalam hidup dia atau memberi Peluang kepada Zikar.....
" Puteri perlu keluar dari Auris Dan melahirkan putera Raja. Masanya semakin singkat...Kedua - duanya akan Selamat Raja Itu janji hamba....selepas Itu ....Dan Raja!"
Zikar meneruskan tilikan...
" Apa yang akan jadi pada Beta?"
Auris akan semakin kuat, hamba akan membantu Raja memusnahkan Raksasa Itu...Tapi harus diingatkan Raja, selagi Raksasa belum sepenuhnya dimusnahkan Raja tidak dibenarkan menemui Permaisuri. Hal Itu akan membahayakan kedua - duanya.
" Beta tidak akan berpisah dengan Regina. Dia nyawa Beta!"
" Perpisahan Itu hanya untuk sementara...Itu yang terbaik Raja. Dengan nyawa hamba, hamba berjanji untuk Raja dipulihkan dari sumpahan !"
Noah terdiam, Janji yang dibuat oleh Pengubatan Tua di depannya dirasakan adalah benar....Adakah Hal Itu benar. Sumpahan dalam diri Dan Raksasa yang Selama ini menghuni hidupnya dapat dirungkaikan, Regina Dan Anaknya Juga akan Selamat..
" Berapa lama masa diperlukan untuk Beta Kembali mencari Puteri Pengubatan Tertua?"
" Melalui tilikan hamba, Secepatnya 7 Bulan purnama Merah. Itu masa yang tercepat jika segalanya berjalan lancar!"
Noah membuang pandangan kearah kamar yang menempatkan tubuh Regina. Dia tiada jalan lain, perpisahan dari Puteri adalah jalan yang dipilih..
" Beta benarkan!"
" Raja hamba ingij berterus Terang tentang apa yang akan terjadi nanti...Semuanya bersyarat dari semua yang akan terjadi kelak." Pendeta dengan tenang melihat kearah Noah untuk Raja Itu bersedia...bila dilihat Noah menganggukkan kepala memberi kebenaran dia meneruskan bicara..
" Puteri harus dibiarkan bebas untuk kemana sahaja yang Puteri mahukan. Tiada siapa dari Auris yang dibenarkan tahu tentang keberangkatan Puteri. Dimana lokasi yang akan Puteri, semua tentang kehidupan Puteri akan datang, Puteri sahaja yang berhak tentukan..tanpa campur tangan dari Raja..."
Noah hanya diam mendengar...Melihat keadaan Raja Pendeta tua meneruskan syarat - syaratnya...
Hamba sendiri yang àkan membawa Puteri keluar dari Aurish Dan bila Semuanya Selamat, tiga bulan Pertama yang muncul hamba akan kembali kesini untuk meneruskan pengubatan bersama Raja...
Sebelum kesini Raja, hamba akan menelan Ubat bagi menghilangkan ingatan tentang Puteri untuk Semuanya Selamat di kemudian Hari..
" Bagaimana Beta mahu mencari Puteri nanti Pendeta...Apa maksud Pendeta dengan semua tentang ingatan Pendeta dihilangkan?"
Noah tidak sanggup, dia dapat bayangkan apa yang jadi nanti jika Regina Dan Puteranya gagal dicari..
" Itu semua harus dari daya usaha Raja sendiri untuk mencari!"
*****
" Puteri akan keluar dari sini Malam ini?"
Noah memeluk Regina, bagaikan tidak mahu tubuh Itu terlepas lagi dalam pelukannnya.
" Apa yang Raja mahukan lagi?" Regina mengigil, dia tidak dapat memahami maksud Noah. Keputusan Raja Itu sering bertukar..Baru sebentar tadi tubuhnya digunakan oleh Noah lagi Sedangkan tadi dia Baru menurunkan perintah kejam untuk tubuh bayinya diasingkan dari tubuh....
Titah tentang Anaknya akan dibunuh telah dikeluarkan. Apalagi rancangan Noah untuk atur hidupnya..
" Kita akan berpisah untuk 7 purnama Merah, Puteri akan Selamat melahirkan seorang putera!"
Kandungan Regina disentuh, sebaik sentuhan Anak dalam kandungan Regina bergerak hebat.
" Hamba akan keluar dari sini?"
Regina Masih terkejut..Kenapa Noah bertukar Fikiran...? Apakah perkara yang membuatkan Noah bersetuju untuk Dia pergi dari situ.....
" Beta akan Cari Puteri setelah Semuanya selesai!"
Noah semakin tidak keruan, perpisahan dari Puteri adalah perkara yang sukar dalam hidupnya.
" Raja..apa yang jadi?" Regina tidak faham. Kenapa Noah akan mencarinya selepas 7 purnama Merah. Kenapa dia tidak dibebaskan terus dari hidup bersama lelaki kejam Itu..
" Beta akan Cari Puteri! Tunggu Beta"
" Raja terus Terang pada Puteri apa yang berlaku?" Regina penasaran, apa lagi plan Noah Kali ini....fikiran Regina takutkan sesuatu! Apa maksud Noah dia akan mencarinya Kembali selepas 7 Bulan purnama Merah....jika dia Selamat melahirkan seorang putera, usia Anaknya menganjak 7 tahun..
Noah akan berpisah dengan dirinya Selama 7 tahun? Adakah Itu perkara benar yang akan terjadi?Itu adalah berita gembira buat Regina... Berpisah dari Noah Itu yang mahu Regina lakukan...
Noah berterus Terang kepada Regina dengan semua syarat - syarat yang ditetapkan oleh Pendeta.. Malam ini adalah Malam terakhir mereka bersama sebelum tubuh mereka berpisah..dia tidak mahu perkara Itu dirahsiakan lagi...
Regina terdiam mendengar semua penjelasan dari Noah, dia merengangkan tubuh dari Noah...Dia begitu lega bila mendapat Peluang untuk pergi dari hidup Noah selamanya...
" Apa yang Puteri fikirkan?"
Noah berdiri disisi Regina....Dia dapat mengagak apa yang sedang bermain di fikiran Puteri Regina di waktu ini...
" Hidup Puteri nanti?"
" Tiada yang perlu dikhuatirkan Puteri, waktu Itu singkat, Puteri akan beta Cari?"
" Noah!" Mata Regina berkaca...
Noah memandang pelik ke wajah Regina..
" Tinggalkan Puteri, jangan Cari lagi...Biar Puteri pergi untuk selamanya...anggap Puteri dah tiada di Dunia!"
Regina pasrah, Malam ini adalah Malam terakhir dia disitu..Dia mahu berterus Terang dengan Noah tentang semua perasaan yang disimpan untuk lelaki Itu..
Hati Noah pedih...
" Tapi kenapa Puteri?"
" Puteri bencikan Raja. Raja pembunuh Keluarga Diraja Maurry..Bagaimana Puteri boleh maafkan Raja!"
Segalanya disingkap oleh Regina terus kepada Noah...Dia mahu Noah faham perasaannya yang membenci lelaki Itu sepenuh hidupnya..
Regina membencinya!.....
" Beta akan Cari Puteri!"
Itu janji Noah sebelum tubuh Regina dilepaskan dalam pekatan Malam Meninggalkan Auris bersama Pendeta menenaminya........
Tamat..
Share this novel