Keringat..

Fantasy Completed 13300

King Arthur Noah
Regina Nayla

~~~ Bab 1 ~~~

" Bagaimana keadaan dia?"

" Masih tidak banyak berubah, dia perlu Cari segera Puteri yang dimaksudkan oleh Ahli Nujum. Puteri itu perlu dibawa segera ke Negara ini, dalam istana ini!"

" Berapa Masa yang Kita perlukan?"

" Hanya enam bulan! Dia seharusnya Puteri yang bermata biru. Barulah penyakit Putera dapat penawar!"

" Beta akan usahakan, Arthur perlu sembuh dari penyakit yang menyerangnya dari kecil."

" Ahli Nujum Negara, apa tiada Cara lain selain dari mencari Puteri yang dimaksudkan? Enam bulan Masa yang terlalu singkat?"

" Hanya Ada satu lagi Cara..benarkan Putera untuk makan cebisan hati Dan Jantung Raja!"

" Itu Tak mungkin! Kita takkan memperjudikan nyawa Raja untuk Putera!"

" Pengawal carikan Puteri bermata biru. Jika Ada kerajaaan yang enggan menyerahkan Puteri mereka, Kita akan jalankan peperangan negara!"

******

" Regina sila ikut James segera, kamu perlu pergi sekarang. Ayah Dan Ibu akan menyusul mengikuti kamu!"

" Kenapa Kita perlu lari? Ini istana Regina, Ayah pemerintah. Kenapa Noah Tak ikut sekali dengan Regina?"

" Abang Noah akan ikut Pemaisuri, Kita Tak boleh keluar dari sini secara serentak. James akan bawa kamu, pembesar yang Paling Ayah percayai. Regina kamu ingat pesan Ibu, jangan sesekali tunjukkan pada sesiapa tatu dibelakang Badan kamu..Kami àkan Cari kamu selepas semuanya selesai, ingat simbol ini Regina, jika seseorang menunjukkan pada kamu simbol ini, Baru kamu tunjukkan tatu itu pada mereka.

Satu bongkah Emas ditunjukkan kepada Puteri Regina Nayla, untuk Anak gadis tunggalnya mengingati simbol itu..Dia tidak mahu Regina lupakan asal usulnya jika terjadi sesuatu di Masa hadapan..

" Bagaimana kalau seseorang mengetahui mengenai Hal itu IBU..apakah Saya àkan berada didalam bahaya?"

Jika bukan, kamu perlu rahsiakan perkara itu..pastikan perkara itu rahsia, segala ditubuh kamu jangan didedahkan"

" Ibu Regina mahu menanggis, Regina takut...Regina Tak boleh berpisah dengan Ibu...Regina takut..."

" Regina, awak adalah seorang Puteri, Puteri Kerajaan Maury.Seorang Puteri sepatutnya harus berani, dia Tak boleh takut pada semua bahaya di Masa hadapan.. Jika Abang Noah selamat, dia tidak àkan lupakan kamu, dia akan Cari kamu nanti..dia Putera Raja kerajaan kita..satu Hari kami àkan berjaya Cari kamu..Sekarang kamu harus pergi!"

" Ayah!" Mata bulat bundar berwarna Biru itu melihat kearah Raja Scott yang telah berubah seluruh riak diwajahnya.Puteri tunggal bagi kerajaannya terpaksa berpisah darinya..Bagaimana dia seorang bapa dapat menerima. Regina adakah Anak kesayangannnya..Puteri dalam hati dia seorang . Keputusan drastik Itu semua untuk Keselamatan Puteri Kesayangannya..

" Pergi Regina, Ayah akan Cari kamu.. Pergi! James bawa Regina keluar dari sini! Jaga dia seperti kamu Jaga nyawa kamu"

James selaku pembesar yang taat Setia pada Raja Scott telah menundukkan wajah kearah Raja dan tangan didepakan ke atas dada untuk menunjukkan tanda hormat!
"Dengan segala hormatnya raja! Saya akan jalankan tanggungjawab seperti mana yang raja titahkan!"

James kenalan lama Keluarga Diraja Maury, Kesertiaan keturunan James pada Keturunan Maury tidak dapat disangkal lagi. Dia Panglima pertama yang dipercayai oleh Raja Scott untuk mengikuti Regina. Dia pasti anaknya akan selamat di bawah jagaan James..James Panglima yang Paling gagah di negaranya..

Seharusnya kepakaran James digunakan untuk menyelamatkan negara, namun selaku raja setelah mengenal masalah negara yang dihadapi, Raja Scott membuat keputusan untuk mengarahkan Panglima yang terbaik untuk mengikuti Ahli Keluarganya.

Dia akan mengerahkan seluruh Keluarga keluar dari Zon penerangan, sedangkan Dia àkan mengetuai peperangan hingga ke pernafasan terakhir. Dia tidak akan menyerah kepada musuh. Dia perlu pertahankan negara.

" Bonda"

" Ayah, Regina Tak mahu pergi ikut dia.Kasihi Regina!"

" Regina!"
Suara Ibu memanggil, tapi tindakan Bonda ditahan oleh Ayahanda dengan tangannya ditarik untuk kekal..

" Biarkan dia pergi, jika dia lebih lama disini, Keselamatan dia akan lebih terancam Riana!"

" Tapi, Raja...dia masih kecil. Raja pasti dia akan selamat dengan James.Bagaimana jika dia memberontak dengan James Dan musuh dapat tangkap dia..Bagaimana nasib dia nanti!" Riana menanggis mengenangkan nasib Anak - anaknya. Sebagai seorang permaisuri kepada pemerintanan Maury, dia harus kekal di sisi Raja, Scott.

" Saya àkan Cari dia sampai dapat, dia satu - satunya Puteri di kerajaan ini!"

Bayangan Mata Permaisuri Dan Raja mengiringi pemergian Puteri Regina hingga tubuh kecil itu tidak kelihatan lagi..

Pakkk!
Pintu Besar ditutup setelah aku Dan James keluar dari balairung istina.

James masih kemas memegang pergelangan tangan Aku. Sikap kurang ajar seorang hamba kerana berani - berani memegang Tangan seorang Puteri.

" James, berani awak pegang tangan seorang Puteri, apa awak Tak takut jika kepala awak itu dipancung? Saya seorang Puteri Kerajaan Maury, kesana Saya mahu kembali pada Ayahanda Dan Bonda!"

Perasaan Aku remuk redam, biarpun air mata masih lagi menitis, tiada kesan pada Ayahanda..Ayahanda masih nekad untuk James bawa Aku pergi dari sini.

" Apa yang jadi sebenarnya, aku Baru berumur 4 Tahun.Masih tidak faham masalah orang dewasa. Tidak seperti Noah yang akan terangkan segalanya kepada Aku jika apa yang dititahkan oleh Ayahanda tidak Aku fahami!"

Tapi Mana Noah pergi? Noah Juga kena ikut Nenda pergi dari sini. Itu yang dikatakan Ibu tadi..

" Puteri kena ikut Saya segera keluar dari sini, Jika tidak kepala Saya àkan dipancung oleh pihak musuh!"

" Apa maksud awak dengan musuh James. Kenapa Kita tidak berlawan sahaja dengan mereka? Askar Ayahanda ramai, hebat - hebat semuanya. Kenapa Kita perlu lari?"
Aku Tak puas hati, apa yang tidak kena dengan pemerintanan Ayahanda.

" Puteri masih kecil banyak lagi Hal dunia yang Puteri Tak tahu. Sekarang Saya perlu pastikan Puteri selamat sebelum Raja Dan Putera kembali mencari Puteri nanti. Selamanya Puteri masih seorang Puteri bagi kerjaaan Maury, tapi sekarang Kita kena beredar..Puteri ikut Saya "

Tubuh kecil Aku dicepung oleh James ke dalam kereta kuda. Tanpa menunggu arahan aku, kereta terus berjalan dengan James menjadi pemandu dihadapan dengan beberapa lagi Pengawal berkuda yang mengiringi.

Disebalik jendela Aku lihat untuk Kali terkahir istana sebelum istana yang sebelum ini menjadi tempat tinggal Aku hilang dari pandangan..

Kami berhenti ditengah - tengah hutan Setelah berjam - jam kami meneruskan perjalanan..Hanya yang menjadi sajian Mata Aku, hanya pokok - pokok hutan yang merimbun di beberapa kawasan.

Kereta kuda berhenti. James telah berada diluar kereta kuda tempat Aku merehatkan diri..

" Puteri!"
James memanggil, untuk mengejutkan Aku yang masih berada di dalam tandu kereta kuda.

Setelah Dayang yang mengikuti Aku membetulkan pakaian Aku barulah tingkap kereta kuda dibuka.

" Ada apa James?" Suara dayang yang menjaga Aku kedengaran bertanya.

" Kita berehat disini dulu, jika Puteri Ada permintaan Saya akan tunaikan permintaan Puteri "

" Puteri, James bertanya jika Puteri Ada permintaan untuk dipenuhi."

" Saya mahukan makanan disiapkan, Juga dengan mandian panas!"

" Tapi Puteri.....Aku lihat wajah Dayang yang aku panggil Marry tadi berubah fikiran. Permintaan yang aku cakap tadi adalah perkara biasa harian Aku, tiada yang pelik.

Dayang membuka kembali jendela tingkap tandu. " James Puteri mahukan makanannya disiapkan Dan......begitu Juga dengan mandian air panas.

" Mary, maklumkan pada puteri Kita berada di luar Dan di dalam hutan, Tak selamat jika Kita nyalakan Api waktu ini..Musuh dapat menghidu dimana kedudukan Kita nanti.

Dayang menganggukkan kepala tanda faham.

" Sediakan!"
Sebelum sempat dayang maklumkan kepada aku, soalan itu aku telah jawab kepada James.Berani James untuk langgar arahan Aku, Aku adalah Puteri Negara Maury, Tak sesiapa boleh ingkar.

****

" James apa yang awak buat. Kenapa awak pakaikan Saya dengan pakaian Mary? Baju ini buruk James. Saya Puteri?Mana baju Saya ?"

" Puteri Saya sedang selamatkan nyawa Kita berdua. Ingat pesaanan Saya, jika Ada askar yang tanyakan siapa Puteri, jangan sesekali mengaku. Mary sedang pakai baju Puteri."

" Awak dah Gila, seorang hamba berani pakai baju seorang Puteri..Saya nak jumpa dia!"

Tangan Aku dipegang oleh James dengan kuat, sambil mulut Aku ditekup oleh tangan kasarnya. Dalam keadaan itu aku masih meronta - ronta untuk dilepaskan.

" Ada musuh ditempat Kita berehat tadi. Sekarang mereka menuju kesini, jika Puteri masih buat perangai Kita berdua akan ditangkap.Kita Tak banyak pilihan, orang - orang Kita tadi telah dikepung semuanya.Hanya tinggal Saya dengan Puteri. Sekarang Mary sedang kesana menyamar jadi Puteri untuk selamatkan Kita berdua."
James berbisik secara perlahan kepada Aku, sebelum Aku sempat melihat kearah dia...

" Buk!"

" Hei disini Ada lagi dua orang, seorang lelaki Dan seorang lagi Budak kecil..Mungkin Budak ini anak kepada lelaki ini."
Seorang lelaki dari tiga lelaki yang berpakaian pengawal telah datang kearah kami. James telah dipukul dibahagian belakang kepala, Aku dipegang oleh seorang lelaki. Sebelum kami berdua dipisahkan Aku pandang wajah James, dia masih mengelengkan kepala memberikan isyarat kepada Aku..

Pertama Kali dalam hidup aku, James adalah hamba pertama yang aku kasihan dalam hati..Tak sepatutnya tadi Aku membuat bising, jika tadi Aku ikut semua kata - kata James, kami semua tidakkan akan ditangkap..

Asap dari mandian Aku merupakan punca utama musuh dapat menghidu dimana lokasi kami berada..Kesalahan yang Aku Tak dapat tebus kembali...

Aku Dan James dibawa ke satu lokasi menempatkan mereka yang lain..Kesemua orang - orang telah diikat tangan kebelakang. Tubuh aku dicampakkan kearah hamba - hamba yang mengikuti Aku tadi..

Wajah James telah berdarah akibat dibelasah teruk oleh tiga pengawal yang dapat menghidu tempat persembunyian Aku dengan James..

Seorang lelaki botak muncul dihadapan kami. Pandangan mata James telah melihat kearah Mary, pakaian Mary yang telah berubah memakai pakaian Aku.

Mary, pemilihan Dayang aku, hampir sama umur dengan aku untuk menemani Aku seharian dengan segala keperluan Aku. Jadi tubuh kami berdua tidak banyak berbeza.

" Puteri," lelaki botak memanggil Mary. Tidak seorang pun yang berani untuk menaikkan wajah.

" Yes!" Aku Dengar Mary mengaku menjadi Aku.

" Hari ini Puteri akan buat pilihan, Puteri akan pilih 3 orang untuk pergi bersama Puteri. Selebihnya Kita akan tinggalkan disini.

" Yang tinggal apa awak akan buat? Bunuh mereka atau tinggalkan mereka?" Mary bersuara..

Pertama Kali Aku lihat Mary berani bersuara, sebelum ini jika dia melihat kearah Aku dia hanya menundukkan wajah, hanya bersuara jika perlu.

" Bunuh mereka. Fikirkan masak - masak siapa yang àkan Puteri bawa!" Lelaki botak bertanya dengan nada serius, sambil dia mencangkung dihadapan Mary.

Aku Menarik nafas lega, dengan keputusan Mary, aku dengan James àkan selamat.. pemilihan 3 orang yang àkan selamat akan melegakan Aku.

Sebelum.....

" Hanya Saya!" Yang selebihnya awak boleh bunuh, mereka semua tidak dapat jamin Keselamatan saya." Dengan angkuh Mary membuat keputusan yang memeranjatkan aku.. James aku lihat telah mengelengkan kepala dengan jelas.

Kedengaran suara ketawa lelaki botak bila Mary memberikan jawapan.

Sebentar lagi hidup Aku akan Tamat disini. Aku akan mati dan dibunuh sebagai hamba..

" Tak sangka Puteri Kerajaan Maury seorang yang kejam! Pengawal bunuh mereka semua. Bermula dengan lelaki yang pertama Kita tangkap tadi."

" Baik, Panglima!"

Satu persatu dibunuh dihadapan kami, Aku pejamkan Mata untuk tidak melihat kearah Mayat pengawal pengiring yang telah diambil nyawa secara paksa.

Satu persatu dipancung dikepala dalam keadaan paksa.. darah mengalir lebat sebelum tubuh Badan tanpa kepala dihumban ketepi dengan tubuh masih bergerak - gerak..

Aku hanya dapat memejamkan Mata untuk menunggu giliran Aku sampai.

Pak! Pak ! Pak! Bunyian derapan Kuda semakin kuat kearah kami..Sebelum seorang yang berpakaian seperti Ayah datang kearah kami.

" Raja!" Semua musuh - musuh kami menundukkan wajah.

Suasana menjadi sunyi bila Aku bukakan mata..Aura lelaki yang menuruni kuda terasa dengan kesunyian Alam disekeliling..Seluruh unggas Dan haiwan dihutan turut terdiam..

Hanya derapan Langkahnya yang diatur kearah kami.

Aku tidak menaikkan wajah Seperti yang pernah dipesan oleh Ayahanda sebelum ini, jika bertemu lelaki berketurunan Raja Aku tidak dibenarkan untuk menaikkan wajah, kerana Ada sesuatu yang dari pandangan Mata Aku menakutkan Ayahanda..

" Apa yang jadi?"
Suara garau lelaki kedengaran, secara Tak sengaja Aku menaikkan wajah Dan pandangan kami berdua bertaut...

Pandangan Aku larikan kearah James, dapat Aku lihat James telah memejamkan mata, memberikan isyarat sesuatu.. " Aku Tak sepatutnya memandang kearah lelaki

" Dia...Putera Raja memandang kearah Aku, kata - katanya terhenti dengan kepala botak bersuara.

" Putera Arthur ini adalah Puteri bagi kerajaan Maury. Jalur pakaian ditubuhnya membuktikan dia seorang Puteri."
Lelaki botak menundukkan wajah, sama perbuatan seperti James tiap Kali bertemu Ayahanda, tangannya diletakkan ke dada bersama satu kaki direndahkan ke tanah. Penghormatan bagi seorang hamba.

" Hmmmmm, apa yang jadi disini. Kenapa semua pengikut - pengikut ini engkau bunuh. Siapa yang benarkan?"
Putera yang Aku kenali sebagai Putera Arthur itu kembali bersuara.

" Puteri. Dia yang arahkan semua pengawal pengikut dibunuh atas sebab kesemua hamba gagal menyelamatkañnya dari serangan musuh!"

Kedengaran Putera Arthur ketawa dengan penerangan dari lelaki Botak.
" Bawa Puteri Maury itu kesini. Beta mahu lihat bagaimana seorang Puteri boleh bertindak sebegini kejam. Dia Puteri yang bagaimana? Beta mahu kenali dia."

" Baik, tuanku Arthur! Pengawal bawakan Puteri Maury kesini. Raja Kita ingin menemui dirinya."

Splsah...Jubah raja ditolak kebelakang oleh Arthur sebelum dia duduk di singahsana yang disediakan untuknya.

Kesemua hamba - hamba yang mengikuti kami tadi masih menundukkan wajah ketanah termasuk aku.. Tiada seorang pun yang berani menaikkan wajah bila nyawa berada di hujung tanduk. Lebih - lebih lagi raja yang tiba - tiba muncul.

" Arthur, dia Putera Raja kerajaan Mana, Kenapa aku Tak pernah dengar atau lihat dia sebelum ini.?"

Banyak majlis diadakan di istana, walaupun aku masih kecil untuk dijemput ke majlis, sekurang - kurangnya, semua Putera yang menjadi Anak sebuah kerajaan istana pernah datang ke istana kami. Mereka tidak lepas menjadi santapan Mata Aku..

Walaupun Aku tidak dibenarkan ke tempat keraian oleh Ayahanda, tidak seperti Noah yang harus wajib hadir. Aku curi - curi melihat kearah Majlis. Gilang Gemilang kemeriahan majlis masih Aku Rasa.

Entah kenapa perasaan aku ingin melihat wajah lelaki Anak raja itu sekali lagi. Betul ker tindakan Aku untuk melihatnya, atau Aku akan Ada masalah nanti.

" Regina, Puteri Ayahanda. Kamu Mempunyai sepasang Anak Mata yang Cantik. Mata yang mampu menawan Raja sebuah kerajaan di Masa hadapan. Sebelum kamu membesar dengan matang, pastikan kamu menundukkan wajah sentiasa. Kamu seorang Puteri yang Cantik Regina. Ayahanda takkan biarkan kamu terlepas ke Mana - Mana Putera Raja sebelum sampai masanya. Kamu Puteri kesayangan Ayahanda."

" Ayahanda kamu tidak Adil, kenapa Noah kamu benarkan sedangkan aku disisihkan di dalam bilik. Aku Juga ingin berkawan dengan anak - Anak raja yang lain. Jika bukan Putera, Aku masih berkawan dengan puteri. Apa yang menjadi halangan Ayahanda."

" Regina dengarkan sahaja nasihat Ayahanda. Kenapa kamu berdegil. Kamu mahu Ayahanda Dan Ibu susah hati jika kamu dibawa pergi secara paksa!"
Giliran Noah Pula bising, dia merupakan Abang yang Paling menyangangi Aku.

" Noah kamu cemburu dengan kecantikan Aku. Tiada lagi seorang Puteri yang bermata Biru Dan secantik Paras wajahku. Sebab itu kamu sokong apa yang bapa titahkan!"
Aku mencebik merajuk..

" Setakat bermata biru tapi tubuh kamu yang genit, kamu tidak dapat melawan Aku yang tinggi Dan kacak Regina. Kamu masih gadis genit dimata Aku."

" Gadis Genit!"

Suara Noah ketawa galak mengusik, bersama Ayahanda Dan Bonda. Kesemuanya ketawa dengan gelagat kami berdua...

" Noah!"

Tiba - tiba aku ingatkan gurauan Aku bersama Noah. Sekarang bukan kecantikan Aku yang menjadi pertaruhan bagi penghambaan Aku. Kini yang membuatkan kami ditangkap adalah disebabkan kebodohan aku sendiri. Jika tadi aku mengikut segala arahan yang dikatakan James, pengawal yang dibunuh masih hidup. Kami tidak akan terikat Dan Marry takkan bertindak kejam. Semua kesalahan datang dari Aku sendiri.

" Tidak.!"

Sekali lagi aku naikkan wajah untuk betulkan apa yang terjadi tadi. Pandangan
mata Aku naikkan ke arah Putera tadi, tanpa aku sedari.Anak Mata kelabu lelaki itu melihat Aku dengan tajam bersama riak wajah yang tiada perasaan.

Pandangan kami berdua bertaut Dan masing - masing tidak mengalah.

" Putera ini Puteri yang hamba cakapkan tadi!" Bicara Lelaki Botak membuatkan pandangan Putera beralih kepada Marry.

" Steve siapa Budak perempuan ditanah itu. Dia berani melihat kearah seorang raja. Bawa dia kesini!"

" Maafkan hamba Tuanku, tidak sepatutnya seorang hamba menaikkan pandangan kepada Tuanku!" Sambil menundukkan wajah, lelaki Botak menjerling kearah aku. Segera aku menundukkan wajah.

" Tuanku, hukumlah hamba patik kerana berani - berani menaikkan wajah melihat kearah seorang Putera. Tuanku boleh bunuh dia!"
Marry memberikan cadangan yang kejam sekali lagi kepada Putera Arthur. Perbuatan Marry yang Aku rasakan sangat tidak menunjukkan sikapnya sebelum ini. Sepanjang menjadi Dayang yang menjaga Aku, dia seorang pendiam.

" kenapa Marry boleh bertindak sekejam ini!kenapa dia Tak habis - habis mahu membunuh aku"
James aku lihat tidak berganjak dari tubunya yang masih melihat kearah Tanah. Dengan tiada bantuan dari James, bagaimana dengan nasib aku.

" Puteri Maury.. awak seorang yang Menarik? Kenapa perlu membazirkan nyawa seorang hamba lagi, sedangkan nyawa itu boleh digunakan di Masa hadapan! Perjumpaan dengan anda sangat memberangsangkan!"

" Pengawal, bawa kesemua hamba ke istana. Tiada sesiapa pun dari sini yang perlu dibunuh lagi. Bawa Puteri sekali bersama Kita." Putera Arthur telah bangunn Dan mengarah kearah aku.

Dia bertinggung dihadapan Aku, Ada riak pelik diwajahnya sebaik sahaja melihat kearah aku.
" Berapa umur wahai budak?"

Aku hanya diamkan diri.. ketakutan jelas, entah kenapa Aura dari tubuh lelaki itu mengerunkan . Pertama Kali aku rasakan perasaan begitu.

" Dia bahagian Mana Puteri Maury?"

" Hamba di dapur!" Marry menjawabkan soalan yang diajukan tentang Aku.

" Letakkan dia di Harem!"

" Tapi....seorang hamba bawahan tidak sepatutnya diletakkan disana?"

" Siapa kamu yang hendak mengajar beta? Pengawal beri hukuman Dua puluh sebatan kerana menganggu ketika beta sedang beri arahan.."

" Tuanku Saya seorang Puteri, Saya Tak sepatutnya dihukum begini..Saya Puteri Kerajaan Maury.. Tuanku, Maafkan Puteri!"

Jeritan Marry tidak dihiraukan oleh Putera Arthur. Dalam beberapa saat Mary dipukul oleh orang - orang putera sehingga jumlah sebatan mencukupi.

Plap! Palp.. Plap..Plap..Arghhhh!

Plap! Arghhhh..Plap Arghhhhhh..

" Kamu dengar itu, jikalau kamu mahu selamat jangan sesekali Cuba berlawan dengan perintah yang keluar dari Raja. Esok nasib kamu àkan berubah!"

" Harem? Apa maksud tempat itu ?"
Mata Aku melihat kearah James yang hanya diam tidak melakukan apa - apa. Sesekali pandangan mata Aku terarah pada James.. Jika Aku diletakkan Putera Arthur di Harem, bagaimana dengan nasib James..

" Adakah dia masih boleh selamatkan aku! Bagaimana Ayahanda Dan Bonda bersama Noah àkan mencari Aku!"

****

" Ini semua orang Baru. Itu Puteri Maury, Dan Budak ini, dia pilihan raja Arthur!"

" Siapa Budak ini?" Seorang perempuan gempal melihat kearah Aku tidak berkelip, bersama senyuman sinis di bibir. Pegangan tangannya ditubuh Aku menakutkan.

" Seorang Hamba!"

" Boleh tahan, untuk seorang hamba memiliki wajah dan Mata yang Cantik seperti ini. Patutlah raja memilih dia!"

" Raja mahukan yang terbaik! Pastikan dia bersih..Bila - bila Masa Raja àkan melawat. Dia telah menang dalam peperangan. Dia perlukan istirehat yang panjang."

" Semua itu boleh diatur. Hari ini semua gadis - gadis kelas A telah disediakan untuk melayani Arthur. Dia àkan tertidur Lena."

" Pastikan, hanya yang terbaik dipilih "Margaret.

" Budak bermata biru, engkau ikut aku!"

" Mana awak nak bawa kami?" Mary Mula memberontak dalam diam. Walaupun tadi dia telah di kenakan hukuman, dia masih belum serik.

Margaret berpaling kepada kami Dan dia mengarah ke arah Marry!
" Jangan Cuba melakukan sesuatu yang kamu semua akan kesali. Tugas kamu disini hanya untuk melayani kehendak lelaki Diraja, jangan sesekali cuba untuk melawan jika tidak mahu perkara buruk terjadi pada kamu semua.

" Aku merenung kearah 10 orang yang bersama Aku dengan Marry. Kesemua Budak perempuan itu sebaya kami berdua, semua kelihatan tidak tahu apa - apa yang akan terjadi kami nanti. Segala yang dikatakan Margaret kami tidak faham. Apa yang dimaksudkan Margaret melayani lelaki, sedangkan sebagai Puteri di kerajaan Maury, hanya Dayang - Dayang yang melayani Aku.Bukan aku. Satu perkara yang àkan Aku kekok nanti..

" Saya seorang Puteri Kerajaan Maury, bagaimana saya harus melayan semua lelaki Diraja itu. Saya perlukan perkahwinan bersama Raja!" Marry tidak serik untuk membawa masalah. Dalam keadaan yang berjauhan dengan James, mendiamkan diri adalah perkara yang lebih baik.

" Kamu Budak, kamu sering mencari pasal disini. Bukan tadi kamu telah terima hukuman kerana memberi arahan kepada raja. Apa kamu tidak serik lagi, di sini di kerjaaan Auris, semua pangkat atau gelaran kamu tiada beerti disini. kamu sebenarnya hanya seorang hamba Dan tawanan. Pembebasan kamu hanya terletak pada tangan Sang Raja. Jadi untuk mendapatkan pembebasan kamu, kamu perlu mendapatkan Raja.

Kamu tawan hati Raja, kehidupan kamu di Masa akan datang pasti senang, jika kamu jadi kesayangan bagi Raja.

Mata Margaret melihat kearah Aku..
" Menjadi kesayangan bagi seorang raja, bukan itu yang Aku mahukan.Aku hanya ingin Noah Dan kerajaan Maury menyelamatkan Aku dan mengeluarkan aku dari tahanan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience