Completed
13300
" Bonda!...
bagaimana dari Perempuan Diraja kini dinobatkan sebagai Yang Utama? Kenapa, hebat sangatkah perempuan hina Itu di mata Raja!"
Putera Anal menepuk singgahsana dengan berang, perlakuan Noah dan Marry masih jelas dalam fikiran..
Kemesraan mereka berdua yang saling berpelukan sepanjang penobatan buatkan hati Putera Anal semakin sakit..
Sengaja Noah memeluk Marry di depan khalayak ramai, Noah sengaja mencari sengketa dan menaikkan kemarahan dalam diri Anal.. sepatutnya Marry adalah miliknya.
Putera Anal Masih tidak berpuas hati dengan semua yang jadi. Setiap perbuatan Noah àkan dibalas satu persatu. Hanya Masa yang menentukan bila Hal Itu àkan terjadi..
" Berikan Masa pada Bonda Putera! Masih Terlalu awal Kita merancang helah sekarang ini!"
Dengan hati yang juga geram, permaisuri mendapatkan Putera Anal.
" Apa maksud Bonda? bukan Noah àkan tinggalkan Istana esok Hari. Apa yang Kita perlu tunggu lagi?"
Sakit hati Putera Anal semakin membara bila Raja masih belum membuat Keputusan siapa yang àkan menggantikan tempat Putera Mahkota, sedangkan hanya dia dan Putera Andika yang tinggal.
" Takkan Raja àkan memilih Putera Andika dari memilih dirinya! Tidak takkan Raja buat Keputusan begitu!"
Putera Anal runsing memikirkan pemilihan yang àkan dibuat nanti.. Jika Putera Andika terpilih bagaimana dengan nasibnya nanti.
Dia Putera Kedua, namun Masih tiada kuasa di istana sendiri. Antara Ketiga - tiga Putera, dia yang Paling jauh dari perhatian Raja..Hal Itu dirasakan Putera Anal tidak mustahil.
" Benda Itu bukan mudah Anal, Anakanda kena bersabar. Biarkan Bonda selesaikan satu persatu Hal ini.. Noah àkan tinggalkan Istana esok, Kita perlukan perancangan teliti bagi mengaburi mata Raja, Malah Kita perlukan bantuan Putera Andika untuk segalanya berjalan lancar!"
" Apa yang Bonda rancangkan untuk perkara Itu berjaya?"
Putera Anal masih keruh di wajah, kerana dia Masih belum mendapat jawapan sepenuhnya..
" Pengubatan Putera Mahkota àkan berjalan bagi setengah tahun, Bonda àkan pujuk Raja untuk Putera dinaikkan di singgahsana, di Sana plan Kita àkan bermula!"
" Jadi maksud Bonda?"
Putera Anal telah tersenyum indah diwajah, renungan mata permaisuri yang bermaksud sesuatu buatkan hati lelakinya riang..Jika segalanya berjalan lancar, tidak lama lagi dia àkan menaiki takhta dan menggantikan tempat Raja.
" Putera Anal kena bersabar, selepas segalanya selesai. Takhta Itu àkan tepat menjadi milik Putera!"
Senyuman Permaisuri mekar setaman, niatnya untuk melihat Putera Kandungnya Anal menaiki Takhta àkan termakbul beberapa bulan lagi..
Noah tiada diistana bermula esok, jadi sepanjang setengah tahun ini dia àkan memujuk Raja untuk tempat Putera Mahkota digantikan..
Segala perancanganya kini mulai berhasil.
" Apa maksud Permaisuri untuk Putera Anal menggantikan tempat Putera Mahkota? Kenapa jawatan Itu tidak dikosongkan sahaja!"
Wajah Permaisuri dipandang oleh Raja, keberangkatan Putera Mahkota belum berlaku, tapi Permaisuri telah mengusulkan cadangan yang seakan menjerat dirinya sendiri sebagai Raja..
Sebagai Raja dia berada ditengah. Kedua - Dua Putera adalah anaknya, dan jawatan Putera Mahkota perlu diisi dalam Masa terdekat.. Tempoh 6 bulan Itu bukan Masa yang singkat, dia terpaksa membuat Keputusan yang berat.
Jika terjadi apa - apa kepadanya sepanjang ketiadaan Putera, siapa yang àkan memerintah negara, dia bukan takutkan musuh di luar, yang ditakutkan Raja adalah musuh dalaman Keluarga Diraja.
Adakah anak- anaknya àkan menimbulkan kekecohan jika dia tiada nanti di dunia. Pewarisan Takhta telah dinobatkan kepada Putera Noah, namun keputusannya tidak sepenuhnya akan dipenuhi, semua kemungkinan angkara manusia àkan terjadi.. pada bila - bila Masa pemberontakan dalaman àkan terjadi.
" Raja, setengah tahun bukan satu tempoh Masa yang pendek. Urusan Kerajaan perlu diuruskan, bagaimana jika sepanjang ketiadaan Putera Mahkota, musuh kita menyerang?
Raja àkan berperang, begitu Juga dengan Putera Andika. Siapa yang àkan mengetahui takhta Diraja!"
" Hal ini Raja akan fikirkan nanti, Hal Itu tidak mudah seperti yang difikiran Permaisuri!"
" Kenapa Raja? Adakah Putera Anal tidak layak menyandang jawatan Putera Mahkota menggantikan Raja?"
Permaisuri berang, biarpun Noah àkan hilang dari Istana selama setengah tahun, Putera Anal masih tidak layak untuk menggantikan Raja..
Adakah Putera Anal begitu rendah martabatnya di mata seorang Raja, hinggakan dia tiada tempat di hati, mahupun di mata ayahandanya sendiri...
Ini semua berpunca dari Noah..Jika anak Itu tidak dibiarkan hidup, tentu sahaja Putera Anal akan mendapat perhatian penuh dari raja, bukan seperti sekarang.
" Urusan Negara bukan urusan perempuan Permaisuri, Hal ini ketentuan Raja. Berapa kali Raja harus memberikan pesanan!"
Raja berang dengan sikap keras Permaisuri mencampuri urusan Negara. Hal Itu telah diketahui lama namun dibiarkan, biarpun dia tahu sikap permaisuri, namun dia tiada pilihan lain..
Semua perempuan yang disayangi Raja Semuanya berakhir dengan kematian tragis.
Dia tahu semua itu adalah perbuatan yang dilakukan oleh Permaisuri, namun dia tiada pilihan lain..
Tiada yang mengetahui urusan pentadbiran di dalam istana melibatkan raja selain permaisuri..
Selain itu permaisuri mempunyai Dua orang Putera anaknya, jadi dia tidak mahu perkara buruk berlaku dengan hukuman yang dijatuhkan olehnya kepada Permaisuri, menyebabkan Putera - Putera membencinya..
Pengalaman Putera Noah yang terseksa Kehilangan Bonda sejak dari dilahirkan menjadi pengajaran buat Raja...
Dia sememangnya menyayanggi Ibu Noah, namun kematian mengejut selepas melahirkan Noah membuatkan Raja menumpukan perhatian kepada Putera Mahkota melebihi Putera - Putera yang lain.
Selain dari penderitaan Kehilangan Bonda, dia di uji dengan nasib yang menimpa Noah bila anaknya dilahirkan dengan Sumpahan..
" Apa yang lebihnya Putera Mahkota berbanding Putera Anal?"
Permaisuri berang, selagi Raja belum membuat Keputusan dia àkan terus mendesak..
Putera Anal sedang menunggu jawapan baik darinya, bagaimana dia àkan memberikan jawapan nanti.
" Apa yang Bonda mahukan?" Noah muncul tiba - tiba dihadapan Raja dan Permaisuri.
Dia mendengar semua cadangan Permaisuri untuk memaksa Raja berkenaan gelaran Putera Mahkota, perkara yang telah difikirkan Noah sebelum ini, jika dia meninggalkan Istana.
Perkara sama yang diulang dan ditanyakan kepada Raja setiap kali Noah tinggalkan Istana untuk berperang Dan menawan negara..
Namun Raja dengan penggantian Itu Masih membisukan diri. Tidak pernah sekalipun Noah mendengar, Raja menurunkan perintah Putera Anal menggantikan tempatnya sebagai Putera Mahkota..
" Putera Mahkota... Permaisuri tidak bertanyakan apa - apa, urusan bersama Permaisuri telah selesai. Apa urusan Putera datang kesini?"
Raja mengalihkan pandangan kepada Putera Mahkota.., dia tidak mahu urusan Itu diketahui Noah dengan gelaran Putera Mahkota àkan diserahkan kepada Putera Anal.
" Putera mahu bincangkan berkenaan perkahwinan Puteri Regina bersama Putera Andika. Nampaknya Putera Andika telah menjumpai pasangannya!"
" Apa yang anakanda katakan Noah?"
Permaisuri terkejut, bagaimanan perkara Itu tidak dibincangkan dulu dengannya. Kenapa Andika membincangkan bersama Noah..
Memang dia yang arahkan Andika pergi menemui Puteri Regina. Namun kenapa perkara Itu mudah seperti Itu, dan Noah tidak menolak perkara Itu sedangkan Puteri Regina adalah Puteri yang diramal.
" Putera Andika mahukan perkahwinan bersama Puteri Regina!"
Sekali lagi perkara Itu diulang oleh Noah, bersama rekasi gembira diwajah.
" Bagaimana dengan Putera Mahkota?"
Raja tidak rasakan Itu adalah perkara yang tepat memandangkan Regina yang àkan dikahwinkan bersama Putera Andika Adalah Puteri Palsu yang merupakan hamba Istana Maurry.
" Bonda harus fikirkan Hal ini dulu, Putera Andika belum bicarakan tentang Hal ini!"
Permaisuri resah, dia belum sepenuhnya mengenali siapa Puteri Regina yang dikatakan.
Beberapa kali perjumpaan bersama Puteri, tidak banyak sifat yang dia tahu dari perempuan Itu.
Perkara yang membuatkan dia selesa bersama Puteri Regina, hanyalah mereka berdua membenci perempuan yang sama "Marry," perempuan yang dipilih Putera Mahkota.
" Bagaimana Raja, bukankah Hal ini baik untuk dua negara. Jika perkahwinan Itu terjadi, Puteri àkan kekal disini dan Sumpahan Itu akan beransur pergi?"
Noah memulakan helah, dia tidak mahu identiti Regina sebenar terbongkar dan Marry yang menyamar sebagai Puteri harus kekal diistana.
" Putera Mahkota perkara ini perlu penjelasan dari Putera Andika pada Bonda. Putera Mahkota Tak perlu campur!"
" Ayahanda setuju dengan perkahwinan Puteri bersama Putera Andika, jika tiada halangan Malam ini perkahwinan Itu àkan dilangsungkan Putera Mahkota, semua harus dijalankan Segera sebelum Putera berangkat meninggalkan Istana!"
" Raja...!"
Permaisuri masih Kaku dengan Keputusan Raja, bukan Keputusan Itu yang dia mahukan. Dia mahukan Keputusan tentang status Putera Mahkota digantikan dengan Putera Anal, bukan Keputusan mengenai perkahwinan Putera Andika.
" Keputusan Beta muktamad dalam hal ini. Semuanya ditamatkan disini. Kita àkan bertemu pada majlis diraja diadakan!"
Raja meninggalkan Noah dan Permaisuri, Keputusan berkenaan pemilihan Putera Mahkota pengganti Masih belum dibuat Keputusan...
" Kenapa Bonda berminat dengan gelaran hamba Bonda. Enam bulan yang diperuntukan hanyalah tempoh yang singkat!"
Aura panas dirasakan oleh Permaisuri mengalir dari tubuh Putera Mahkota. Dia tahu bagaimana kemusnahan yang àkan terjadi sekiranya kemarahan Putera Mahkota dikeluarkan..
" Bonda hanya membantu pentadbiran raja. Bonda tiada niat lain, lagipun Putera Mahkota àkan tinggalkan Istana, tiada salah jika Putera Anal menggantikan sementara!"
Dari lirikan mata Putera yang menjeling tajam dengan sengihan, Permaisuri tahu lelaki Itu telah mendengar semua perbualan tadi.
Permaisuri tidak mahu mengambil risiko. Dia harus bijak memainkan Peranan agar segala niatnya tidak diketahui..
" Hmmmm, Putera Tak tahu yang Bonda berminat dengan Pelantikan Anal, Apa Bonda sanggup lihat Putera Anal kecewa sekali lagi?"
" Bonda dan Putera Anal telah bersedia Putera Mahkota!"
" Itu impian Bonda! Bagaimana jika nanti kalau Anakanda kembali dan Gelaran Itu dikembalikan , bagaimana Putera àkan hadapi perkara Itu?
Permaisuri dilihat Noah hanya mendiamkan diri berfikir...
" Mungkin Keputusan Raja Terlihat kejam Bonda. Tapi apa yang Raja lakukan, untuk kebaikan semua. Biar Anal kecewa sekarang dari dia kecewa berkali - Kali!"
Dengan senyuman nipis dari Noah bersama Bisikan kepada Permaisuri.. tubuh wanita Itu ditinggalkan untuk segala maksud Noah difahami permaisuri..
" Tak Guna Putera Mahkota!"
Permaisuri menyumpah bersama gengaman tangan dikepal, dari tadi dia menahan marah dengan sikap Raja yang Masih belum memberikan keputusan..
Kehadiran Noah, Putera Mahkota menambahkan bara..
Noah kemabli ke Kediaman Putera Mahkota, tanpa diduga Regina telah mengubah pakaian dengan Persiapan sederhana seperti ingin keluar menuju ke suatu tempat..
Noah yang memandang kearah Puteri yang sedang melalui dirinya menghentikan langkah memandang Regina tajam..
" Mati!" Regina sempat menyumpah diri sendiri, tadi dia Baru dikhabarkan dengan pemergian Noah ke Dewan Diraja untuk menemui Raja.
Itulah peluang keemasan yang dirasakan Regina untuk menjalankan semua rancangan ...Dia perlu Segera menemui Marry tanpa pengetahuan Noah..
Persiapan Segera tadi tidak berhasil bila separuh Jalan dia terserempak dengan tubuh lelaki raksasa yang sedang menuju kearahnya..
Seperti angin Putera Mahkota telah berada di depannya...Reaksi di wajah lelaki Itu biasa..
" Marry mahu kemana?"
" Meninjau jalan - jalan diistana!"
Cepat Regina menjawab, tubuh dirasakan sejam sejuk namun perlakuan Regina dibiaskan biasa agar wajah takut tidak terpamer diwajah.
" Bagaimana dengan Kesakitan di kaki?"
Noah melurutkan pandangan di kaki Regina, Terlihat Puteri boleh berjalan sendiri.
" Hamba semakin sembuh dengan ubatan Ahli Nujum Tertua, ubat yang diberikan sangat berkesan!"
Penghargaan Regina kepada Ahli Nujum Tertua sangat dihargai, selepas menyapukan ubat yang diberikan oleh Ahli Nujum Tertua, Kesakitan semalam beransur hilang. Senanglah Regina untuk menemui Marry.
" Beta boleh lihat keberkesanan Itu. Beta àkan temankan Marry meninjau kawasan Istana!"
" Tak perlu Putera.....!"
Regina gelisah, waktu ini sahaja peluangnya menemui Marry...Esok dia dan Putera Mahkota àkan berangkat meninggalkan Istana untuk mengikuti Ahli Nujum Tertua.
Lokasi tempat yang mereka àkan lewati nanti masih dirahsiakan.
Penolakan Regina membuatkan Noah mengerutkan kening..dia tiada soalan hanya matanya yang membawakan maksud kepada Regina..
" Apa yang dibawa bersama Dayang disana?"
Selain Regina, Noah telah perasan tentang Dayang yang sedang membawakan sesuatu bersama. Noah tidak tahu jika Ada sebarang majlis diistana yang memerlukan persiapan begitu.
Dia adalah Ketua di kediamannya, tiada satu pun yang terlepas dari pandangan helang Noah.
" Persembahan Puteri!"
Hati Noah telah tidak sedap, dia jelas dengan pembohongan Regina yang terpancar di mata Perempuannya.
" Untuk apa?"
" Adat istiadat bagi Kerajaan Maurry Putera. Hamba pelayan Puteri, dengan pilihan Putera Mahkota mengambil hamba sebagai Perempuan Diraja, persembahan harus diberikan kepada Puteri sebagai penghargaan.!"
" Adakah persembahan Itu untuk perhargaan kerana tuah Puteri, Marry dibawa bersama kesini?"
Senyuman kecil terukir di bibir Noah..
" Perhargaan dari hamba Putera Mahkota, adakah Hal ini dilarang di Istana Auris!"
" Tidak, Marry boleh lakukan apa - apa sahaja disini tapi beta mahu ingatkan sesuatu!"
Jari Jemari Noah menaikkan Dagu Marry agar mata Biru yang bersinar Itu bertentang mata melihat kearahnya..Regina hanya mematikan diri, dia tidak tahu apa yang menanti diri dia dengan tindakan Putera Mahkota..
" Puteri dan Marry di bawa kesini sebagai tahanan beta, dan Puteri Regina pernah berniat membunuh semua pengikut disisinya..
Marry!
Adakah nilai nyawa itu yang Marry bicara untuk Puteri terima semua perhargaan?"
" Beta tahu Marry rancangkan sesuatu!" .....Noah membelai lembut pipi Regina dengan jarinya berakhir di bibir Merah yang Utama...
Tangan Putera Mahkota diturunkan ke pinggang dan tubuh Regina dibawa rapat ketubuhnya...secara paksa dan tubuh Regina telah mengigil hebat dengan renungan mata Noah yang tiba - tiba tajam Dan kejam...
" beta benarkan perjumpaan bersama Puteri.. Tapi seandainya Yang Utama larikan diri dari Auris, nyawa semua tahanan Maurry àkan berakhir!"
" Hamba Tak berani."
Sekali lagi dirasakan Regina lututnya lemah.. Air mata gugur tanpa dipaksa, dia takut dengan pandangan mata Noah ke matanya..
Seakan perkara Itu bukan satu ugutan tapi perkara yang telah terjadi..atau àkan terjadi..
" Hamba Tak berani Putera Mahkota!" Sekali lagi perkara Itu diungkapkan Regina walaupun bukan dari pertanyaan kedua Noah dia seakan telah dipukau dengan perkara sama...
Apa yang dirasakan Regina dia perlu memuaskan Putera dengan jawapannya yang tidak akan meninggalkan Auris..
" Sekarang berangkat menemui Puteri. Dayang!"
" Kenapa Puteri kesini?"
Marry memandang kearah sekeliling biarpun dia bencikan Puteri Regina dia tidak mahu kebencian Itu nampak ketara diwajahnya..
Kini Puteri Regina sudah dinaikkan menjadi Yang Utama Putera Mahkota sedangkan dia masih tiada status di institusi Diraja Auris.
" Beta hanya kesini untuk bertanyakan khabar!"
Regina tersenyum kecil, bicara tadi bersama Noah masih menganggu fikiran. Dia bukan sahaja perlu memikirkan nasib semua tahanan Maurry, begitu Juga nasib dia dan Marry..
Jika dia terselamat tapi selamat Itu bukan untuk rakyat Maurry, kebebasan Itu sia - sia dirasakan Regina...jika dia seorang sahaja yang terselamat..
Tinggal disitu di Negara Auris sebagai Hamba dan tahanan, banyak mengajar Regina tentang hidup..
Nilai nyawa hamba di mata Regina amat berharga..
" Kenapa nampak gelisah? Ada apa - apa yang Tak kena dengan Putera Mahkota!"
Marry serkap jarang, perwatakan Regina kini mulai berubah, tidak sama dengan perwatakan Puteri di perjumpaan akhir perbualan mereka dulu..
" Beta bawakan penghargaan kepada Marry, penyamaran Kita berdua Masih belum diketahui Kerajaan Auris. Esok Beta àkan mengikut Putera Mahkota. Mungkin ini adalah perjumpaan Kita yang terkahir jika Beta tidak selamat."
" Puteri, rahsiakan pasal Hal ini selamanya ..Hamba àkan dikahwinkan bersama Putera Andika, nasib hamba àkan berubah menjadi Puteri Sebenar."
" Rahsia Itu àkan kekal dengan beta..Kekanda beta sedang siapkan persiapan Marry, beta risaukan nasib tahanan Maurry.. Beta Ada permintaan pada Marry!"
" Apa dia permintaan Puteri?"
" Bicara perkahwinan antara Puteri Maurry dan Kerajaan Auris akan tersebar, mungkin perkhabaran perkahwinan ini àkan diketahui Ayahanda..
Lakukan sesuatu untuk menutup wajah selama Beta di luar Istana.
Sebolehnya bicara sahaja dengan Putera Edward, dia telah dimaklumkan tentang penyamaran Kita bedua, Kekanda beta àkan faham!"
" Apa nasib hamba Puteri selepas ini?"
" Putera Andika àkan menjaga Marry ! Dia àkan peristerikan Marry . Dia àkan menjaga dan Marry àkan selamat di sini!"
" Rahsia Itu takkan terbongkar?"
" Jangan risau rahsia Itu àkan tersimpan bersama Beta hingga beta pastikan Kita berdua benar - benar Selamat. Beta àkan carikan jalan.
Regina memandang Marry tanpa berkelip, saat - saat sebelum mereka berdua àkan berpisah perlu disimpan di dalam memori Regina untuk dia ingat perkara Itu selamanya..
" Marry jika Putera Edward ke sini, maklumkan tentang keberangkatan beta bersama Putera Mahkota Auris. Edward pasti Ada jalan dan tahu bagaimana cara untuk menemui beta.."
Share this novel