Perkahwinan

Fantasy Completed 13300

" Panggilkan Putera Andika kesini ! Segera!"
Permaisuri melepaskan kemarahan kearah Dayang. Dari perbualan tadi, hatinya semakin sakit. .
Raja memperkecilkan kuasa dan kewujudan dia depan Putera Mahkota, bukan pertama Kali tapi sepanjang dia disisi Raja, Ada sahaja plan Permaisuri yang dihalang Noah..

Putera Mahkota selangkah kaki didepan dia..Tapi apa yang memeningkan Permaisuri , Ada apa dengan Puteri Regina, hinggakan Noah setuju untuk Puteri dikahwinkan dengan Putera Andika. Sedangkan sebelum ini semua Puteri tidak dilepaskan Noah untuk perubatan diri..

Dalam Permaisuri mengelamun dengan perkara yang berlaku tadi dengan Raja..Muncul Putera Anal.

" Bonda, bagaimana adakah Anakanda àkan dinobatkan Malam ini?"
Berita berkenaan Permaisuri menemui Raja telah tersebar seluruh Istana.

Entah bagaimana perkara Itu disebarkan, Putera  tidak tahu... Sejak penemuan bersama Bonda semalam, Putera Anal telah menerima pujian dan penghargaan dari orang - orang Besar yang dijumpai.

Hatinya berbunga Besar dengan ucapan tahniah, tidak syak lagi oleh Putera Anal, Permaisuri berjaya memujuk Raja..

" Apa yang anakanda merepek? Siapa yang maklumkan pada Anakanda tentang Penobatan Putera Mahkota pada Anakanda... Malam ini memang àkan ada majlis di istana, tapi bukan untuk Anakanda...!"

" Habis kalau bukan Anakanda , siapa Bonda?"
Senyuman yang terukir di bibir Putera Anal Segera masam mencuka,  Putera berubah wajah menjadi Hitam.

" Putera Andika!"

" Apa?Andika? Maksud Bonda Raja Anugerahkan Andika, jawatan Putera Mahkota!"

" Bukan !" Belum sempat Permaisuri menghabiskan bicara, kemunculan Putera Andika di depan mereka berdua...dengan langkah yang laju, Andika mendapatkan Permaisuri..

" Apa maksud Putera Anal Permaisuri,?" Dia Juga terkejut dan dalam Masa yang sama tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut kenapa namanya dipetik dalam perbualan Permaisuri dan Anal.

" Berani Putera Andika tidak maklumkan pada Bonda tentang hubungan Putera dengan Puteri Regina! Kenapa Noah yang bicarakan Hal ini pada Raja?"
Permaisuri berang, Dan melepaskan kemarahan kepada Andika..Dia tidak puas hati bila  Noah Masuk campur dalam hal Keluarganya..

Lebih menyakitkan lelaki Itu telah usulkan perkara Itu terlebih dulu dari dia kepada Raja .

" Putera Mahkota dah usulkan perkara ini ? Apa reaksi  Raja Permaisuri?"
Putera Andika Juga terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Permaisuri. Dia sedang berkira - Kira untuk berfikir terlebih dahulu dengan perancangan Permaisuri, Tak sangka Noah telah sampaikan kepada Raja..

" Apa Putera Tak tahu pasal Hal ini ?"

" Bukan ini yang permaisuri mahukan? Jalinkan hubungan bersama Kerajaan Maurry, untuk pertambahan kuasa kerajaan..  untuk menyokong pemilihan Putera Andika menggantikan Raja!"
Andika senyum sinis, sepanjang hidupnya dia hanya digunakan untuk Putera Anal mendapat apa yang diinginkan di Dunia. Sedangkan dia dijadikan Batu loncatan oleh Permaisuri...

" Jadi apa yang àkan berlaku Malam ini? Putera Andika akan berkahwin? Andika, Permaisuri.."
Putera Anal yang tidak tahu apa - apa Cuba meneka...kuat firasatnya mengatakan Putera Andika àkan berkahwin dengan Puteri Regina, hanya puteri Itu yang berada di istana..

Mengingati wajah Puteri Kerajaan Maurry Anal tersenyum... dia tidak berminat dengan Puteri Regina, jadi dia tidak Ada masalah jika Andika dipilih untuk menjadi jodoh Puteri Itu.

" Jadi ini sebab Anakanda dipanggil kesini? Malam ini Anakanda àkan berkahwin..Apa raja telah bersetuju?"
Tiada dalam perancangan Putera Andika, dia àkan dikahwinkan dengan Puteri Regina dalam beberapa jam lagi. Tentu sahaja semua persiapan telah dilakukan oleh Raja dan Noah àkan turut membantu..

" Raja telah bersetuju tentang perkahwinan ... Mengenai Keputusan gelaran Putera Mahkota untuk Putera Kedua, Masih tiada jawapan "
Permaisuri mengeluh berat, sekali lagi Anal terpaksa kecewa...

" Bonda berapa lama lagi Raja àkan berdalih tentang perkara ini? Apa Anakanda sebagai Putera Kedua tidak layak memegang gelaran Itu?"
Anal meradang, dia selalu sahaja dibandingkan dengan Noah, Putera kesayangan Ayahanda..

" Jangan Tanya Bonda Putera Anal, Bonda dah lakukan semua perkara untuk memujuk Raja..Jika Noah tidak muncul dan bawakan perkara tentang perkahwinan Putera Andika, Kita àkan ada jawapan tadi."

" Alasan Bonda, sampai bila Anal hendak jadi yang Kedua Bonda...selama - lamanya di belakang Noah!"

" Anal...

" Anal...kemari, Kita bincangkan lagi perkara ini...

" Anal.... Putera..
Kelibat Putera Anal telah hilang dari pandangan...Hanya yang tinggal di situ Permaisuri dan Putera Andika...

PUTERA Andika masih terkejut dengan perkahwinan yang dirancang..Begitu cepat hinggakan beberapa jam lagi dia àkan menjadi Pengantin Diraja...

****

" Putera, kenapa Hal ini tidak dibincangkan dulu dengan Adinda?"

" Kenapa, bukan yang ini Adinda mahukan , berkahwin dengan Puteri Regina yang Adinda cinta..Kenapa berubah fikiran Andika, Malam ini àkan diadakan majlis perkahwinan, segala persiapan Raja telah uruskan...Amanat Raja telah disebarkan di seluruh negara?"
Noah berpaling menghadap Putera Andika , seorang Putera yang tidak berminat dengan urusan negara, hanya yang menjadi penghalang hubungan Noah dan Andika untuk erat hanya permaisuri..

Mereka berlainan Ibu, namun hubungan Andika bersama Noah lebih rapat dari hubungan saudara kandung Andika bersama Putera Anal...

" Adinda.....Adinda Tak rancang semua ini terjadi secepat ini? Sedangkan Putera Mahkota àkan keluar dari Istana! Siapa yang akan menemani Adinda di istana nanti."

" Puteri Regina, sebagai Isteri Adinda dia àkan menemani Putera.. Kenapa Putera, adakah hantu MARIA, menganggu Adinda lagi"
Noah bergurau, dia tahu disudut hati kecil Putera Andika, adindanya Itu Masih belum melupakan perempuan yang pernah dicintai sepenuh hati...

Kematian Maria dari perbuatan Permaisuri buatkan hidup Andika merana ...Cinta bagi hati Andika telah mati..

" Putera tahu tiada siapa yang boleh menggantikan Cinta Maria... Adinda belum bersedia untuk melalui semua Itu sekali lagi.   Adinda takut nanti Puteri terabai...Gadis yang dipilih Permaisuri untuk Adinda di Istana, melebihi cukup untuk keperluan Adinda!"

" Kanda faham maksud Putera, tapi Kanda Masih belum dengar tentang Mana - Mana perempuan di Istana Adinda telah ...... "

" Adinda tidak mahu Mana - Mana perempuan di Istana mengandungkan zuriat Adinda... Selepas Maria, takkan Ada lagi Kanda.. Biar Adinda tiada Keturunan..Itu pengajaran buat Bonda!"

" Putera Andika, perkara lama jangan diungkit, mungkin Sewaktu Marry disahkan dengan zuriat Adinda, Bonda rasakan waktu Itu tidak sesuai untuk Adinda, Putera masih belum cukup umur untuk menjadi bapa!"

" Putera jangan ungkitkan lagi perkara Itu.. Perbuatan Bonda pada Maria, Adinda àkan ingat sampai bila - bila. Bonda bukan sahaja meragut nyawan Maria, tapi hidup Adinda Juga musnah...Tiada apa lagi yang tinggal disini."
Jika bukan disebabkan Noah yang membantu, mungkin Putera Andika telah memilih jalan untuk dia menamatkan nyawanya sendiri..

Sebelum Keputusan Itu dibuat, Putera Mahkota menghalang...

Noah mengajarnya tentang hidup di istana..Kisah hidup Putera Mahkota yang dari kecil telah disumpah dan penganiayaan yang terjadi dalam hidupnya  lebih mencabar dari kisah hidupnya sendiri ..

Dia membuat Keputusan untuk bertahan, Dan bermain dengan semua permainan yang berlaku di istana...Sangkaan Andika Semuanya àkan berakhir jika dia hanya menurut, namun dia sekali lagi diuji dengan perkahwinan bersama Puteri Maurry...

" Adinda jangan bimbang, segalanya tentang Perkahwinan Diraja àkan berjalan dengan lancar. Dalam Hal ini kanda telah banyak pengalaman!"
Noah tersenyum, mengikut perkiraan Noah telah beratus Puteri Raja yang telah dikahwini dalam satu malam. Dalam peperangan negara, telah beberapa Puteri dibawa pulang Dan terus dikahwinkan...

Hanya melalui pemilihan Perempuan Diraja tanpa perkahwinan, Noah berjumpa dengan apa yang dicarinya, .......
pencarian Noah akhirnya berjaya...

Sumpahan di badannya àkan terungkai sedikit Masa lagi..
Malah raksasa yang selalu mengunjunginya juga akan musnah...

****

" Titah Raja dipegang kemas oleh Regina, sekejap matanya menangkap ayat, sekejap Masa lagi dia mulai termenung.. Sepanjang dia menjadi Puteri, tiada majlis yang dia hadiri, dan dia tidak diberikan bakat sejak lahir....

Apa yang terpampang pada Titah Raja amat mengusarkan Hati Regina.. fikiran memikirkan apa persembahan yang àkan dia lakukan nanti..

Jika bersama Edward, abangnya àkan sentiasa ada jawapan untuk soalan Regina...kenangan bersama Edward Masih segar dia ingatan Regina...

" Apa yang Abang lakukan di majlis, kenapa ramai Puteri - Puteri yang bernyanyi?"

" Itu persembahan Puteri - Puteri dari pelbagai negara, petandingan untuk menentukan siapa yang àkan jadi yang Pertama!"

" Untuk apa Edward?"

" Kemenangan, jika dia menjadi yang pertama, dia àkan menjadi rebutan bagi Putera - Putera Raja!"

" Rebutan untuk apa?" Regina tidak faham, senyuman di bibir Edward mekar, bagiakan Ada sesuatu yang disembunyikan..

" Puteri Itu àkan menjadi satu nilai yang berharga untuk tahun ini sebelum tahun depan menyusul, dia adalah yang Paling hebat! dan dia akan mendapat Jodoh dengan senang!"

" Adinda nak Masuk nyanyian Itu Edward, bagaimana caranya?"
Regina teruja, suara -suara gemersik indah selalu menaikkan bulu romanya...suara merdu Puteri - Puteri yang bernyanyi bersama dengan sorakan dan tepukan tangan sangat meriah..

" Adinda...Adinda tahu peraturan Raja, Adinda tidak dibenarkan berada di dalam majlis!"

" Tapi Edward, tolong Adinda kali ini..Hanya Malam ini Edward, Kita jangan beritahu Raja, Kita rahsiakan perkara ini?"

" Tidak Regina, kehadiran Adinda àkan menganggu pertandingan, kesemua mata - Mata lelaki àkan terarah kepada Adinda! Wajah Adinda mampu memukau mata - mata lelaki!"

" Kenapa Adinda dilahirkan sebagai seorang Puteri yang Cantik!"
Regina protes, disebabkan kejadian diri yang hampir sempurna buatkan dia dihalang untuk melakukan pelbagai perkara yang bisasa dilakukan oleh seorang Puteri..

Dia sebenarnya hanya dikurung di dalam Istana sebelum Umurnya cukup bebas untuk menemui Dunia luar...
Sebelum Regina sempat untuk bebas, dia telah menjadi tahanan Noah, Putera Mahkota raksasa...

" Apa yang  Yang Utama mengelamun?" Noah tiba ke Kediaman Dan bergerak perlahan melangkah  mengambil tempat di sisi Regina..

" Tentang Titah Raja, Persembahan untuk Malam ini. Perkahwinan Puteri Regina?"
Titah Raja diserahkan kepada Noah, dan mata tajam Noah membaca satu persatu titah yang tertulis..

" Apa bakat yang Utama Ada? Hanya pilih satu atau Dua...Semuanya àkan berkahir dengan cepat!"

" Hamba tiada bakat Putera.. Ayahanda...!"
Regina tersasul, namun cepat dengan tindakan perbualan Itu dimatikan...

" Ayahanda?" Noah mengulangi kata - kata Regina yang tersasul...Jelas di pendengaran Noah, perkataan Itu keluar dari mulut Regina..

' Raja...Raja Auris...apa Hamba Tak boleh memanggil Raja sebagai Ayahanda!"
Wajah Regina pucat, dia tidak mahu Noah mengesyaki sesuatu...Bagaimana di depan Noah dia boleh tersasul kata...

" Lupakan pasal Hal tadi, mengenai bakat, apa yang Adinda pernah buat sebelum ini? Selain memanah?"

" Hamba tiada bakat lain, hamba Tak pernah mencuba " Masa semakin suntuk dirasakan Regina, lagi beberapa jam sebelum perkahwinan Marry, dia masih belum lagi mendapat Idea..

Kehadiran Noah disisi dirasakan Regina membantu..Tidakah dia seorang sahaja yang memikirkan apa yang àkan dilakukan nanti..

" Apa kata dengan tarian?"

" Huh! Hamba Tak pernah .....bagaimana?"

" Beta akan ajarkan yang Utama..

" Tapi, Masa untuk perkahwinan lagi beberapa Jam Putera, bagaimana jika hamba malukan Putera nanti?"

" Beta àkan Bantu!" Tubuh Regina ditarik oleh Noah untuk turut Menari, dalam beberapa langkah tarian yang ringkas diajar ..

Huh! Huh! Huh ....cukup Putera, Hamba tiada tenaga lagi!"
Regina menunduk, beberapa tarian dirasakan tidak membantu Regina, hampir semua dia tidak pandai...Tubuhnya keras mengikut rentak Noah...

Dia perlukan latihan yang lama  untuk setanding dengan Noah...

Noah hanya memerhati Regina yang kepenatan. Dia cuba membantu Yang Utama, tapi apa yang dikatakan Regina benar, satu langkah tarian pun Yang Utama kekok untuk manari.

" Yang Utama katakan pada Beta, semasa di Maurry apa yang selalu dilakukan Yang Utama untuk menghabiskan Masa satu Hari?"
Noah tiada pilihan, semua perempuan di Istana perlu mahir dalam satu kemahiran.  Walaupun Regina di Auris hanyalah sebagai Hamba, namun kedudukan Regina   disisi Putera Mahkota..

Status gelaran Itu Besar dan Regina tidak terlepas dengan ujian Itu..

" Hamba....Tiada yang khusus hamba lakukan disana..Hamba tidak diberikan banyak pilihan untuk memilih, hanya diletakkan dalam Istana......menemai Puteri!"
Jika bukan disebabkan kecantikan yang dimiliki mungkin dia telah mahir dengan pelabgai bidang...

" Apa yang Puteri Regina lakukan disana, Marry sentiasa berada disisi Puteri?"
Noah cuba mengetahui apa yang dilakukan seorang Puteri Maurry sepanjang hidupnya...Luahan hati Regina adalah mengenai kisah hidupnya sepanjang menjadi Puteri Maurry..

" Puteri dilahirkan sebagai seorang yang Cantik! Raja perintahkan untuk Puteri tidak keluar dari Istana, beberapa peraturan ditetapkan Raja untuk Puteri..

Larangan berjumpa lelaki dan semua majlis keraian, larangan sebelum usia Puteri matang!
Waktu meluahkan Noah nampak kesedihan di mata Regina, kehidupan seorang Puetri yang disingkirkan dari kehidupan normal Puteri yang lain..

Dalam Hal ini Noah tidak menyalahkan Raja, kecantikan di wajah Regina memang memukau mata - Mata yang melihat kearahnya...Kerana Itu dia disorokkan oleh Raja Maurry...

" Beta àkan Bantu Yang Utama  Malam ini, Kita berdua àkan lakarkan tentang kehidupan!"

" Maksud Putera?"

" Tunggu Malam ini! Beta perlu menemui Raja sebelum Esok pagi Kita àkan berangkat keluar Istana!"

" Putera kenapa pengubatan Itu tidak dilakukan disini?"
Berdua - duaan dengan Noah memang menyeramkan, lebih - lebih lagi mereka berdua akan berangkat meninggalkan Istana esok..

" Perlukan Ruang untuk tiada gangguan manusia!"

" Bagaimana dengan Hamba Putera.  Sepanjang pengubatan hamba àkan ada sekali?"

" Ya, sebagai Yang Utama, tugas  Marry, adalah berada di sisi Beta. Sentiasa disini!"
Tubuh Regina dibawa Noah dalam pelukan, nafas Noah yang tidak teratur menakutkan Regina...

" Janganlah perkara Itu terjadi lagi..." dalam hari Regina berdoa...

"Putera, tiba masa untuk menemui Raja!" Kali ini Regina membiarkan Noah memeluknya, dia tidak membantah..Jika terjadinya  penolakan, Putera àkan bertindak lebih pada tubuhnya...

Noah melepaskan senyuman sebelum bibir kedua - duanya bertaut, semakin lama ciuman Noah semakin mendalam dirasakan oleh Regina, sebelum pelukan Itu dilepaskan dan Tubuh Noah menghilang...

*****

Marry Terlalu Cantik bagi pandangan mata Regina, dengan persalinan perkahwinan mewah, Marry duduk disinggahsana pengantin bersama Putera Andika.

Perkahwinan yang mengejut membuatkan tiada satu wakil dari Kerajaan Maurry yang hadir, utusan telah disampaikan oleh Raja, hanya untuk Ayahanda mengetahui tentang perkahwinan yang diadakan di Auris..

Doa yang tidak putus - putus Regina dari mulutnya, dia tidak mahu Ayahanda, Raja Maurry Murka dengan berita yang diterima...Dia mahukan Kerajaan Maurry terima perkahwinan Itu dengan berlapang dada...

Kekuatan Auris tidak dapat disangkal lagi oleh Regina..Cukup terbukti dengan Kekuatan tentera di Istana Putera Mahkota yang sangat mengerunkan, belum lagi kejutan menanti di Istana Utama.

Regina Masih belum mengetahui apa yang dirancang oleh Putera Mahkota, sejak tiba disini tubuh mereka berdua melekap, Regina tidak dibenarkan untuk menjauh..

Semua perlakuan pelik Putera diikuti oleh Regina , dia tidak membantah hinggalah tiba pengumuman untuk dia menyampaikan persembahan untuk Pengantin Diraja..

" Persembahan Yang Utama!"

Satu tangan dirasakan Regina keras mendukung dirinya, seperti penobatan pagi tadi Noah kembali mendukungnya, sedangkan dia boleh berjalan sendiri..

" Apa Putera cuba lakukan?" Regina membisik, dia tahu Putera Mahkota mendengarnya....

" Gunakan peluang yang ada, sekejap lagi Yang Utama àkan tahu!"

" Tapi Putera, hamba perlu lakukan persembahan sekarang.. Persembahan apa yang hamba perlu lakukan jika tubuh hamba di pangkuan Putera?"
Peluh memercik di dahi Regina, badan terasa panas..Tidak satu pun pelan yang dirancang Putera dimaklumkan kepadanya..

" Yang Utama àkan tahu nanti?" Noah tersenyum kecil sambil tubuhnya meneruskan langkah untuk duduk di satu ruangan.  Tubuh Regina tidak dilepaskan menjauh, sebaliknya Regina didudukkan di atas pehanya..

Disitu beberapa Dayang mula memulakan tugas, satu lembaran di dudukkan di hadapan Putera Mahkota, berdua Dan warna diletakkan disisi. Semua mata yang berada di Dewan memandang kearah pasangan yang sama Cantik, sama padan..

Tumpuan mata tetamu lelaki lebih menumpukan kepada wajah dan Tubuh Regina.. Manakala mata tetamu perempuan lebih terarah kepada Noah..

Sikap romantic kedua - Dua pasangan menjadi perbualan tetamu, hinggakan Ada yang iri hati dengan cara Putera Mahkota melayan Yang Utama..

" Sekarang apa Putera?" Regina dapat melihat lukisan di depan mata, berus Dan warna yang disediakan, dia tidak pernah menggunakan peralatan lukisan sebelum ini..

" Kita àkan mulakan?," Tangan Regina digengam Noah dalam dakapan dan mereka berdua memulakan lukisan ....Baru segaris lukisan dilukiskan...

" Nanti!" Permaisuri hadir di hadapan Noah dan Regina ...Semua yang jadi di depan mata membuatkan Permaisuri lebih berang...

Berani - berani Putera Mahkota memainkan peraturan istana, sedangkan Ada peraturan untuk Puteri dalam persembahan...

" Ada apa permaisuri?" Senyuman Raja yang tadi mekar mulai berubah dengan Ada suara yang membantah upacara persembahan dari Yang Utama..

" Putera tidak dibenarkan ambil bahagian dalam persembahan. Itu adalah peraturan persembahan bagi Puteri.. Kenapa persembahan Itu tidak dilakukan sendiri oleh Yang Utama.  Kenapa perlukan bantuan Putera Mahkota?"
Permaisuri berpuas hati, dia amat pasti golongan bawahan seperti Marry tiada kelebihan apa - apa yang patut dibanggakan..Malam ini dia perlu menjatuhkan air muka Yang Utama. Hatinya àkan puas dapat membalasa dendam semua perbuatan dari Noah terhadap dia dan Putera Anal..

Berus diletakkan kembali oleh Putera ....Sebelum mata Putera melihat kearah Permaisuri dengan senyuman...Wajah Putera kelihatan tenang, tiada yang bergolak dari riak wajah Noah, hanya Regina yang gelisah Dan pucat...

Apa yang dia perlu lakukan nanti jika dia perlu melukis sendiri..
Dia tiada kemahiran dalam melukis..Dia hanya mempunyai kemahiran memanah, kemahiran yang diajar Edward dulu..

" Perlukah Anakanda beritahu masalah sebenar tentang Yang Utama? Yang Utama tidak mampu melukis!"

Semua suara - suara tetamu telah bersuara dan berbisik...

Permaisuri telah menguntumkan senyuman kemenangan.... seperti firasat nya memang Yang Utama pilihan Putera Mahkota tidak berguna... Perempuan Itu àkan disingkirkan dari sisi Putera Mahkota dan Istana..

Kemasukan Marry ke Istana telah menimbulkan kekecohan...

" Jika tiada kemahiran Anakanda, Yang Utama tidak layak berada disisi Putera Mahkota!" Seorang tetamu terlepas bicara, bila disedari kesilapan diri bicara tentang Putera Mahkota, dia Segera menundukkan wajah...

Kelihatan Putera Mahkota tidak ambil peduli dengan cakap - cakap tegang di belakangnya tentang hubungan dengan Yang Utama..

" Anakanda beritahu Raja, adakah Marry tiada sebarang kemahiran?"
Raja susah hati, dari telinga yang mendengar Bisikan - Bisikan tetamu yang hadir, ramai yang mulai goyah dengan hubungan Yang Utama yang dipilih oleh Putera Mahkota..

" Raja....semalam adalah Malam perkahwinan kami, dan Hari ini Marry belum benar - benar sembuh untuk mengerakkan tubuh, dia perlukan bantuan Anakanda... adakah Raja mahu Anakanda terangkan apa yang telah berlaku semalam secara teliti?"

" Jangan.........." Cepat Raja bicara, dia adalah saksi yang terjadi semalam. Dia tahu kenapa Noah mendukung Yang Utama dalam dakapan, dan dia tahu tetamu Juga dapat jawapan dari bicara Noah...

Tetamu yang memahami telah mengundurkan diri...apa yang dikatakan Putera Mahkota adalah benar...Yang Utama tidak boleh bergerak dan melangkah...

" Raja, peraturan istana tidak boleh diubah sewenang - wenangnya. peraturan tetap peraturan, Puteri perlu menyiapkan tugasan untuk persembahan!"
Lebih sakit hati permaisuri bila Noah berjaya mencari jalan agar Yang Utama Selamat Malam Itu...

" Tiada siapa yang mengubah peraturan istana sedia ada, Bonda... Peraturan Persembahan Diraja  Itu hanya untuk seorang Puteri? Sedangkan pemilihan Yang Utama Anakanda dari kalangan hamba biasa!"

Lebih kuat suara tetamu yang hadir berbicara...Segala kata - kata Putera Mahkota Semuanya benar...tiada yang salah jika Putera Mahkota membantu,

Pertama disebabkan oleh keadaan tubuh Yang Utama..

Kedua, Pemilihan Yang Utama dari kalangan hamba di Istana...

Melihatkan sikap Putera Mahkota sekarang di mata tetamu yang Hadir , dengan kewujudan yang Utama di sisi , Putera Mahkota telah banyak berubah..

" Hal ini dibenarkan!"

" Yang Utama layak dibantu ....."

" Tiada yang salah, tidak mengubah persembahan Diraja....

" Dibenarkan!"

" Permaisuri perkara ini dibenarkan..."

" Teruskan Putera Mahkota!"

" Boleh dibantu bukan salah Yang Utama!"

Mendengarkan suara - suara yang bergema menyokong, Permaisuri kematian kata - kata, dia hanya mengundurkan langkah kebelakang dan kembali duduj, tiada apa - apa yang perlu dia lakukan lagi, untuk membuat bantahan  dia hanya tinggal seorang....
Semua tetamu lain yang hadir Semuanya menyokong tindakan Putera Mahkota..

" Bagaimana Raja?" Biarpun mendapat sokongan dia mahu Raja memberikan kata putus..dia tahu kemenangan telah berpihak kepadanya dan Regina..

Regina telah menundukkan wajah kerana malu dikatakan tidak berdaya...Jadi inilah plan Putera Raksasa untuk membantunya... Jika Regina tahu Hal ini àkan terjadi, dia lebih rela tidak menghadiri majlis diraja sepanjang hidupnya..

Daripada dimalukan lebih baik dia disembunyikan....

" Teruskan Putera Mahkota, Ayahanda mahu lihat hasil terakhir lukisan Itu disiapkan.. Itu adalah persembahan hebat bagi perkahwinan Diraja Putera Andika dan pasangan.  Hubungan Putera dan Yang Utama perlu dicontohi oleh pasangan yang lain."

Dengan Amanat dari Raja, tangan Regina kembali digengam oleh Noah, Dan dibawa ke lukisan untuk  dilakarkan..

Regina hanya memerhati perlakuan Noah yang hanya berwajah biasa sepanjang  mereka berdua membuat persembahan lukisan...
" Bagaimana Putera boleh setenang ini?"  sedangkan dalam hati Regina sedang bergolak laju dengan semua yang terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience