Completed
13300
Kerajaan Auris
" Putera menunggu di Istana Utama. "
Seorang Dayang datang dan maklumkan kepada Regina..
" Apa urusan Putera di Sana dayang?"
Regina lemah dia masih lagi baring di atas katil..Perkara pertama yang difikirkan Regina di dalam fikiran adakah untuk berehat...
" Hamba Tak tahu, hanya menjalankan tugas,!" Dayang hanya menundukkan wajah, menunggu arahan Regina selanjutnya..
" Dayang tolong Bantu Saya!"
Tangan Regina dihulur ke arah Dayang, dia sukar untuk mengerakkan tubuh...
Tubuh yang lemah buatkan Regina perlukan bantuan Seseorang?"
" Yang Pertama apa yang berlaku?"
Wajah terkejut Dayang, dengan mulut yang separuh terbuka, tangan yang dihulur Regina dicapai..
" Jangan maklumkan pada sesiapa!" Regina membalutkan tubuh dengan Kain separuh kapas yang diserahkan oleh Dayang bagi menutup sebahagian Besar tubuhnya yang tiada berpakaian.
Pergerakan Regina terbatas akibat tubuh yang mula memberikan ransangan sakit keseluruhan tubuh dan bahagian intim yang sangat sukar dijelaskan oleh Regina..
Regina tiada alternatif yang lain dia harus menggunakan Laluan yang terhampir dengan bilik mandian!
" Dayang Bantu Saya untuk bangun, bawakan ke bilik mandian terhampir!"
Regina dapat rasakan tubuhnya sukar untuk digerakkan , Inikan pula untuk berjalan, sempat Regina menyumpah Putera Mahkota dalam hati, kerana perbuatan lelaki Itu semalam ..
Sekarang, dia perlukan kesegaran untuk tubuhnya kembali bertenaga..
" Apa yang jadi Yang Pertama?"
Dayang tidak dapat menyorokkan perasaan ingin dengan apa yang Terlihat di depan mata.
Tubuh Yang Pertama cukup menyeksakan, dengan kesan lebam dan kemerahan keseluruhan tubuh, dengan Segera dia memimpin tangan Regina untuk dipimpin.
" Lebih baik perkara ini tidak dibicarakan Dayang, Semua yang jadi disini Dayang lupakan!"
Regina memandang Dayang yang membantunya, biarpun usia dia Masih muda, tapi Dayang yang membantunya sekarang lebih muda dari Regina..
" Baliklah Yang Utama, .. Di..Sana ..di sana Pertama!"
" Bantu saya kesana!" Dengan langkah yang perlahan Regina dibantu oleh seorang Dayang, dengan tubuhnya di papah berat dengan langkah yang perlahan ..
Cukup menyeksakan, namun Regina tiada pilihan..
Tubuh Regina diletakkan berhampiran tepi mandian.. Dayang mengambil alih siraman Yang Pertama, dengan curahan air yang membasahkan tubuhnya, Regina kembali segar...
Tubuh yang di gosok secara lembut oleh Dayang buatkan Regina begitu selesa.. dia mahu menikmati nikmat sesaat dalam hidupnya di Auris, sebelum nasib tahanan sepertinya àkan berubah sekali lagi bila Putera Mahkota dijumpai lagi..
" Yang Pertama!" Dayang memanggil perlahan..
Regina hanya membukan mata secara perlahan ..
" Apa dia Dayang?" Regina begitu selesa dengan Dayang yang sedang merawat tubuhnya...
" Kami akan serahkan " Bukti" pada Permaisuri dengan apa yang terdapat di tempat beradu!"
Regina tidak membalas, dia hanya kembali memejamkan Mata..Dia tahu apa maksud yang disampaikan oleh Dayang.. Semalam adalah proses untuk dia menjadi "matang"
Proses yang Regina sendiri tidak sangka àkan begitu menyeksakan dirinya..
Dia pernah dimakluman sebelum ini tapi dari penyampaian yang berbeza.. Dulu dia dimaklumkan oleh Bonda Diraja , setiap gadis di Dunia àkan menempuhi Proses matang selepas berkahwin..
Selepas berkahwin, setiap gadis akan melalui Proses menjadi Perempuan, seterusnya proses menjadi wanita apabila melahirkan zuriat, dan Ibu hinggalah seterusnya...Itu yang pernah diajarkan pada Regina..
Tapi dia tidak menyangka proses hidupnya àkan berakhir di tangan Putera Mahkota Mahkota...
Proses ' matang' bagi Regina sebagai Puteri Kerajaan Maurry tidak terjadi dalam perkahwinan..
sebaliknya ....Dia hanya Perempuan Diraja bagi Noah Putera Mahkota, dan bukan sebagai seorang isteri ..
" Kerja - kerja Bukti Itu àkan dilakukan Segera Yang Utama." Dayang mematikan lamunan Regina berkenaan hidupnya..
" Bukti Itu àkan dibawa kemana Dayang !" Hidup Regina dirasakan telah musnah selepas Bukti Itu diserahkan, dia àkan selama- lamanya menjadi seorang Marry dan Perempuan milik seorang Raja..
" Dayang Utama àkan bawakan Bukti kepada Permaisuri...... Yang Utama sangat bertuah kerana menjadi Perempuan pertama yang dipilih Putera! "
Dayang meneruskan rawatan dengan Tubuh Regina diurut lembut...
" Hidup bersama Putera Mahkota adalah bertuah ?" Regina dapat rasakan Itu adalah Sumpahan terburuk dalam hidupnya!
" Apa yang jadi pada perempuan yang lain Dayang?!"
Regina mahukan kepastian tentang cerita mengenai Putera Mahkota Auris yang dirahsiakan sebelum ini..
Satu perkara yang Regina tidak faham, kenapa dia Masih hidup. Sedangkan dari bicara Edward, Putera yang bersama Putera Mahkota Noah, akan mati.
" Tiada perempuan sebelum ini yang Putera pilih Yang Pertama, hanya Puteri....Tapi..?"
Dayang was - was, matanya meliar melihat kearah pintu. Dia seperti takutkan sesuatu.
Bicara di istana perlu hati - hati, banyak mata - mata Permaisuri yang memerhati..
" Tapi Ada Dayang?"
Regina tidak sabar untuk mengetahui lanjut tentang perempuan- perempuan yang pernah hidup bersama Putera Mahkota.
" Puteri... Mereka semua mati!"
Wajah Dayang berubah pucat, perlahan perkara Itu disampaikan, dia tidak mahu ada yang mendengar perbualannya bersama Yang Utama.
" Bagaimana?"
Regina mempalingkan wajah dan melihat kearah Dayang untuk jawapan.
" Hamba Tak tahu!"
Dayang Segera menjarakkan tubuh...Ada rahsia yang disimpan..
" Yang Utama Dayang siapkan pakaian!" Dayang mengundurkan diri meninggalkan Regina bersendirian untuk bersiram..
" Mana Yang Utama?"
Noah muncul dihadapan Dayang yang sedang siap untuk menyediakan kelengkapan pakaian untuk Regina..
Kesemua Dayang menundukkan tubuh dan terketar - ketar dengan kehadiran Putera Mahkota yang mengejut.
" Dayang!" Suara Noah dikuatkan bila dia tidak mendapat jawapan.
Dari kekecohan yang berlaku, muncul Dayang Utama bagi menghadapi Putera Mahkota.
Hanya Dayang Utama yang dibenarkan bicara kepada Putera Mahkota.
" Putera Mahkota!" Dayang Utama Masuk menghadap Dan memberikan sembah kepada Putera Mahkota.
" Dayang Mana Yang Utama?"
Bicara Noah singkat dengan wajah serius tanpa perasaan memandang kearah Dayang.
" Yang Utama masih bersiram!" Jawapan Dayang pendek dan tergagap - gagap, dengan Harapan Putera Mahkota tidak àkan Murka kerana gagal menyiapkan Yang Utama dalam persiapan menghadapi Raja..
" Dimana?"
Noah tidak berganjak, dia perlu Segera mencari Regina disebabkan Ahli Nujum Tertua àkan tiba bila - bila Masa.
" Permandian Puteri di Mandian Emas Diraja!"
Tanpa menunggu Dayang menghabiskan bicara, Noah telah hilang dari pandangan sepantas Angin..
Noah tiba di mandian Emas Diraja, pintu dibuka dan melangkah kedalam melihat kearah Kolam.
Disana dia dapat melihat tubuh seseorang yang dicari..
Seseorang dirasakan Regina hadir dibelakangnya, mata masih dipejamkan oleh Regina untuk menikmati keselesaan di bawah air..
Kepekatan bauan bunga dan wangian yang diletakkan Dayang amatlah menenangkan Regina.
" Dayang beta telah selesai, Bantu beta !"
Regina membukakan Mata Dan memandang kearah Dayang..
" Putera..!" Regina melihat kearah Putera yang berjalan tenang kearahnya..
" Kenapa Putera disini, Mana Dayang?" Regina Masih terkejut, dia berenang - renang di dalam kolam sambil mata kedua mata saling memandang. Noah mengegelingi Kolam dan Regina hanya memerhati langkah Putera yang memusing kolam.
" Keluar, Kita perlu Segera ke Istana Utama!"
" Mana Dayang?"
Regina berkeras, dia tidak mahu Noah melihat tubuhnya yang berbogel, lebih - lebih lagi rahsia yang disimpan Regina di belakang tubuhnya..Dia tidak àkan benarkan Putera Mahkota ataupun sesiapa di kerajaan Auris tahu tentang Tatu yang ditanam ketubuhnya..
Satu Kain putih dilayangkan Noah kepada Regina untuk menutup tubuhnya keluar dari kolam..
Kain putih Selamat sampai kepada Regina, namun dia tidak àkan keluar selagi Noah belum keluar dari bilik mandia Itu. Dia pasti Noah pasti Ada muslihat untuk datang kesini..
Kedegilan Regina buatkan Noah mengerutkan wajah..
" Marry, Apa tunggu lagi??"
" Hamba tidak selesa Ada lelaki!"
" Tidak banyak pilihan untuk seorang Perempuan Diraja, sekarang keluar Marry!"
Noah senyum sinis, dia tidak suka bila arahannya dibantah..
" Apa maksud Putera,?"
" Sebagai Putera Mahkota, tadi adalah perintah..tapi sebagai lelaki beta bayangkan hal Itu berlaku di
sini?"
Noah membukakan Tali pinggang di tubuh..
Melihatkan perlakuan Noah dan kejadian semalam..
" Hamba keluar Putera!"
Regina berdiri dengan sebahagian tubuh diperlihatkan kepada Noah sebelum Kain putih yang diserahkan tadi disarungkan ketubuh.
Baru Regina ingin melangkah, lututnya kembali lemah, dan dia tergelincir sebelum Ada tangan yang menyambut pinggangnya..
" Kenapa cuai!" Mata Noah memandang tepat kearah mata Regina yang masih lagi terkejut dan pucat..
" Ham.....ba...Ha....!" lidah Regina kelu, sebenarnya tubuh Regina belum pulih, tapi dia tidak mahu Noah tahu..
Tangan Noah yang dipinggang Regina Segera dilepaskan selepas Regina dilihat telah stabil..
Malang bagi Regina, sebaik sahaja tangan Noah lepas dari tubuhnya, sekali lagi dia terjatuh di lantai..
Segera mata Noah memandang kearah Regina dengan kerutan..
" Apa yang jadi,Marry?"
Kali ini Noah tidak àkan membenarkan Regina rahsiakan apa - apa lagi dari pengetahuan dia. Dia tidak àkan benarkan lagi dia tertipu.
" Hamba perlukan bantuan untuk berdiri!"
Regina menundukkan wajah, dari wajah Noah dia tahu lelaki Itu masih menunggu dia memberikan jawapan sebenar!"
" Kenapa perlu bantuan?" Kali ini suara Noah dikuatkan bila Regina masih belum memberikan maklum balas.
" Semalam..Kesan semalam!"
Wajah Noah yang telah bertukar Merah Dan bengis buatkan Regina pucat..Dia takutkan raksasa Noah yang pernah dilihat dulu muncul...
Mendengarkan bicara Regina, Noah memandang Regina tajam sebelum tangannya membawa tubuh Regina di pangkuan.. Tanpa bicara sepatah, Noah meneruskan perjalanan ke arah Perpaduan Putera Mahkota.
****
" Bagaimana Dayang, jam berapa kematian Perempuan Diraja?"
Tanpa menunggu berita yang disampaikan oleh Dayang, permaisuri telah buat kesimpulan.. Sepanjang tempoh Putera Mahkota mencari pasangan,. belum ada Puteri yang terselamat. Inikan pula seorang hamba..
Disamping Permaisuri Putera Anal telah tersenyum sinis.
Putera Andika hanya bereaksi biasa mendengar bicara dari Bondanya, namun dihati Marry, dia telah bersorak gembira. Tidak sia- sia dia datang disitu dengan undangan dari Permaisuri untuk meraikan kematian Perempuan Diraja..
Dayang hanya menundukkan wajah, dia serba salah untuk memberikan jawapan dengan perlakuan permaisuri yang cepat membuat Keputusan.
Perkara sebenar tidak dapat disorokkan kerana dia takut dengan hukuman yang àkan diterima nanti.
" Ampun permaisuri, bersama Hamba Ada persembahan untuk makluman Permaisuri tentang Perempuan Pertama Putera Mahkota!"
Dayang menundukkan tubuh tidak mahu melihat kemurkaan Permaisuri dengan jawapan yang dipersembahkan nanti.
" Dayang bukakan Segera persembahan!"
Hati permaisuri tidak sedap, dia dapat rasakan kelainan kepada perwatakan Dayang Hari ini.
Perasaan Permaisuri tidak sabar begitu Juga dengan Putera Anal dan Marry, hanya Putera Andika yang masih bertenang dengan semua yang diperlihat di depan mata..
Dia juga turut merasakan keganjilan dengan semua perlakuan Dayang Utama Putera Mahkota.
Sebaik sahaja persembahan Itu ditunjukkan, Permaisuri, Putera Anal dan Marry berdiri bagaikan tidak percaya dengan apa yang Terlihat di Mata mereka.
" Dayang apa maksud semua ini?"
Putera Anal tidak sabar, dia tahu maksud disebalik perca Kain yang berdarah, cuma yang dia tidak pasti, adakah Perempuan Itu masih Selamat atau telah mati.
" Marry tentu sudah mati, walaupun mereka bersama semalam, tentu dia tidak àkan Selamat dengan raksasa Putera Mahkota!"
Tiba pula giliran Marry memyimpulkan jawapan yang masih belum diberikan oleh Dayang..
Permaisuri telah duduk kembali dengan kening dikerutkan dengan berita yang diterima pagi ini. Pandangan Permaisuri masih kearah Dayang yang Masih menunduk kebawah..
" Berikan jawapan Dayang sekarang?"
Permaisuri tidak dapat bersabar, selagi tidak dapat jawalny..Hatinya tidak senang..
" Perempuan Utama Selamat bersama Putera Mahkota!"
" Tidak mungkin!"
Reaksi Permaisuri dengan jawapan Dayang..
Putera Anal menepuk singgahsana yang diduduki tanda tidak berpuas hati..
Marry Juga terkejut dengan berita yang disampaikan Dayang, dengan pandangan mata berubah kepada Putera Andika..
Andika Masih bereaksi tenang seperti tadi dengan berita yang disampaikan Dayang.
" Siapa lagi yang tahu Hal ini Dayang!"
Dalam fikiran permaisuri dia telah menyediakan rencana untuk perkara ini..
" Dia pernah jangka àkan ada seorang perempuan boleh melepasi ujian tersebut, cuma dia tidak menjangka hamba biasa boleh terselamat, tambahan disebabkan hamba Itu, Putera Anal turut menerima tempias.
" bagaiamana seorang hamba boleh terselamat?"
Pandangan Permaisuri beralih kepada Marry.
Tentu sahaja kehadiran Puteri Regina disini yang membuatkan Sumpahan Putera Mahkota berjaya dirungkai, tapi Bagaimana dengan Hamba seperti Marry boleh terselamat ..
" Hamba Tak tahu bagaimana Permaisuri, tapi perkara ini Raja telah tahu. RAJA telah bergegas ke Kediaman Putera Mahkota tadi pagi sebaik sahaja Dayang Utama Putera Mahkota mengadap Raja. Hamba ke sini hanya untuk maklumkan perkara ini Permaisuri!"
Dayang Masih menundukkan wajah, dia tidak mahu kehadirannya menyampaikan persembahan menjadi bencana. Tingkah laku sepanjang menghadap Permaisuri perlu dijaga.
Pap!
" Apa yang bermasalah dengan perkara ini Bonda. Sebagai Keluarga Diraja, perkara ini patut dirai!"
Putera Andika tersenyum, jelas di wajahnya, Permaisuri dan Putera Anal berubah wajah, begitu Juga dengan Puteri Regina.
" Apa Anakanda merepek, apa Tak cukup lagi Putera Mahkota buat bencana dalam Istana ini..Raja sebelahkan dia, berikan perhatian penuh pada Putera Mahkota. Bagaimana dengan Putera Anal, dia disisihkan selama ini begitu Juga dengan Anakanda!"
Permaisuri tidak berpuas hati, dari dulu hubungan Putera Andika dengan Putera Mahkota rapat, sedangkan layanan Itu patut diberikan kepada Putera Anal, Putera kandung..
" Andika adinda tidak membantu dalam perkara ini. Lebih baik Adinda senyap dari rumitkan keadaan!" Tiba giliran Putera Anal pula melepaskan geram pada Putera Andika
" Bonda...Kekanda, terpulang, Adinda cuma berikan pendapat. Sekiranya Sumpahan Putera Mahkota telah lepas dari tubuhnya, raksasa dalam tubuh Putera Mahkota àkan Mati!"
...Jadi apa yang perlu Kita takutkan lagi tentang Putera? Kuasa Kita semua akan sama, lebih - lebih lagi Kekanda! Adinda tidak mahu Masuk campur dalam hal ini"
Putera Andika meninggalkan perjumpaan, dia mahu berangkat ke Istana. Fikiran kusut perlu dileraikan memikirkan lagi dua Hari dia àkan berkahwin dengan Puteri Regina, masalah terbesar dirinya.
Dari perjumpaan sebelum ini Dan tadi, hatinya berbelah bahagi..
Tanpa disedari Putera Andika, langkah ya diekori oleh Marry..
" Putera Andika, sebentar!" Langkah Besar Putera Andika buatkan Marry lelah untuk mengejar...
Andika memberhentikan langkah dan menunggu untuk Marry tiba di hadapannya. Kelihatan Puteri Itu telah lelah. Mungkinkah dia yang berlari laju atau Puteri yang mempunyai masalah Kesihatan..
" Ada apa Puteri?"
Andika membalas kelelahan Puteri dengan senyuman ..
" Macam Mana ! Macam Mana Marry belum mati?"
Hati Marry semakin sakit dengan kenyataan Puteri Regina Masih hidup dan berada di sisi Putera Mahkota yang berkuasa.
" Sepatutnya Puteri Tanyakan soalan Itu pada diri Puteri sendiri!"
" Apa maksud Putera Andika?"
" Marry Masih hidup semalam adalah disebabkan tuah Puteri berada di Istana ini."
" Beta tidak faham, apa maksud Putera?"
" Raksasa dalam Putera Mahkota pernah diramal oleh Ahli Nujum Tertua sebelum ini dimana hanya boleh disembuhkan dengan seorang Puteri?"
" Jadi beta Puteri Itu?"
Hati Marry tidak sedap dengan semua kebenaran yang dikatakan seperti Putera Andika..
jika mengikut seperti ramalan , bermakna bukan dia sebenarnya yang menyembuhkan Putera Mahkota Auris, tapi penyembuh sebenar adalah Puteri Regina..
Puteri yang dicari Kerajaan Auris..
Kini Putera dan Regina telah bersama, dan Puteri Regina tidak mati....apa nasib dia nanti jika perkara ini terbongkar..
" Tidak aku kena Cari jalan!"
" Puteri!"
" Puteri!"
" Puteri?" Kelihatan di mata Putera Andika, Puteri Regina masih mengelamun tentang sesuatu hinggakan Kali Ketiga panggilan, Puteri masih berangan..
" PUTERI REGINA."
Tiada pilihan, Putera Andika terpaksa mengejutkan Puteri Regina dengan bahunya disentuh..
" Huh!"
" Kenapa Puteri?"
" Tak...Tiada apa - apa Putera. Beta cuma fikirkan nasib beta disini?" Marry membalas dengan senyuman kecil di bibir..
" Nasib Puteri àkan Selamat disini , Raja takkan benarkan sesuatu perkara terjadi pada Puteri, lebih - lebih lagi bila melibatkan Putera Mahkota."
" B...Beta tahu..bagaimana perkahwinan Kita Putera Andika, Raja telah tahu perkara ini?"
Andika hanya terdiam...dia tidak dapat memberikan jawapan samada dia perlu memilih Puteri Regina dan kekal diistana, atau sebaliknya..
Share this novel