Completed
13300
" Bagaimana Puteri ? Apa kata kalau Kita kembali ke Kerajaan Maurry bulan purnama àkan datang? Utusan tentang pernikahan Dua negara ini telah dikhabarkan..Beta hanya harapkan berita negara dari Negara Puteri?"
" Putera...,apa maksud Putera. Bukankah pernikahan ini telah selesai.... Buat apa...Buat apa untuk Puteri kembali ke Kerajaan Maurry...
" Apa maksud Puteri? Puteri tidak mahu kembali ke Negara Kerajaan Puteri? Apa Puteri Tak mahu berjumpa kembali dengan kerabat Keluarga Puteri di Sana?'
Putera Andika mengerutkan wajah...Pertama Kali dalam hidup dia berjumpa dengan seorang Puteri yang tidak mahu kembali ke Negara asal..lebih mengejutkan Andika Puteri Regina yang dinikahi seakan mengelak untuk kembali..
Tidak seperti tiga orang perempuan yang telah menjadi gundiknya di Istana Dan perempuan - perempuan sebelum ini...Semuanya ingin pulang Setelah Andika mulai rapat dengan mereka.. Pulang untuk melepaskan kerinduan pada Keluarga..
Dia pernah penuhi permintaan seorang hamba yang menjadi Perempuannya dulu..Namun akhirnya, Hal Itu diketahui oleh Permaisuri...
Peraturan Istana tidak boleh diubah untuk seorang hamba.. Akhir penghidupan wanita kesayangan Andika dihukumi hukaman mati.. Hidup sebagai Hamba di Istana tiada banyak pilihan..Taraf hamba hanya di bawah kaki Keluarga Diraja..
" Bukan Itu maksud Puteri, Putera...Sebenarnya mungkin pernikahan ini àkan mendapat balasan dari Kerajaan Maurry, lagipun Keputusan pernikahan ini terburu - buru...Hamba seorang Puteri tunggal di kerajaan Maurry.. Pernah Putera fikirkan tentang Keluarga Diraja Puteri disana.. Perasaan Keluarga Puteri jika Kita kembali dalam Masa terdekat..
Lagipun pernikahan ini membelakangkan Keluarga Diraja Puteri...Semua Keputusan pernikahan ini hanya menurut semua dari perintah Raja Aurish...sedangkan Putera tahu bagaimana Dua Kerajaan ini bermusuh."
" Pernikahan telah terjadi..Apa Puteri bimbang jika pernikahan ini dibatalkan oleh Keluarga Diraja Maurry?
Beta tiada masalah jika Hal Itu terjadi!"
" Apa maksud Putera..!"
Marry terkejut dengan luahan Putera Andika pada Malam pengantin mereka berdua. Tanpa disangka oleh Marry, isu berkenaan Keluarga Puteri Regina menganggu mereka berdua Malam ini..Belum sehari mereka berdua menjadi Pengantin Diraja. Isu Keluarga telah diungkit..
Marry gusar! Adakah pernikahan ini tiada beerti untuk Putera Andika. Jika benar bagaimana nasibnya di situ kelak..Hidup bersama seorang Putera Raja yang hanya menganggap dirinya tidak bernilai..
Kenapa hidupnya Masih belum berubah menjadi yang lebih baik..Kenapa hidupnya tidak bertuah seperti Puteri Regina sebenar..
" Puteri...Pernikahan ini cadangan dari Putera Mahkota, Dan telah dipersetujui oleh Permaisuri dan Raja.. Puteri boleh tinggal di Istana ini Dan kekal sebagai isteri Diraja beta...!"
Andika berdiri dan ingin melangkah ke pintu bilik..
" Nanti! ...Putera...
" Apa lagi Puteri?" Andika berpaling kearah Marry...dia mahu Marry jelas tentang hubungan mereka berdua selepas pernikahan yang telah terjadi..Tentang perasaan Andika, dia tidak mahu lagi perasaanya di mainkan oleh sessiapa lagi..Jalan hidupnya àkan ditentukan sendiri..
" Kemana Putera mahu pergi..Bukankah Malam ini malam meraikan pernikahan Diraja..Puteri àkan ikut segala arahan Putera sepanjang pernikahan ini!"..
Marry tanpa segan silu telah memeluk Putera Andika selepas laluan keluar Putera tadi dihalang...
" Bagus! Sekarang lepaskan tubuh Beta!" Tanpa membalas pelukan Marry Putera Andika Masih terpegun dengan wajahnya Masih melihat ke arah hadapan, mengarah ke pintu..
" Apa maksud Putera..?" Puteri milik Putera Andika .Jadikan Puteri milik Putera Andika Malam ini..Puteri hanya milik Putera, tidak àkan ada pengganti..!"
Marry terdesak, Putera Mahkota seakan tahu siapa dirinya yang sebenar..Renungan tajam Noh tadi di pelaminan sangat menakutkan.. Jika dia Masih membuang waktu tanpa memiliki Putera Andika Malam ini..Bagaimana dengan nasibnya kelak jika rahsianya terbongkar..
Jika Malam ini dia dapat memiliki Putera Andika, sekurang - kurangnya kedudukan dirinya di Istana àkan terjamin..Dia tidak kisah sekiranya kedudukan hanya di tingkat terbawah di Keluarga Diraja Auris..Itu sudah cukup memadai.Sekurang - kurangnya dia tidak lagi hidup sebagai Hamba yang hina..
" Bukan malam ini Puteri...!" Dengan Kasar Andika melepaskan tubuh Marry, hinggakan tubuh Marry terjatuh ke atas lantai..
" Putera...!" Marry Cuba merangkak kearah Putera Andika namun lelaki Itu mengelak Dan melangkah terus kearah pintu...
Sebelum melangkah keluar dari bilik , Putera Andika berpaling kearah Marry yang Masih Kaku di lantai..
" Jaga kelakuan Puteri disini, Beta àkan mencari Puteri jika perlu!"
Selesaikan melafaskan, Putera Andika keluar..difikirannya telah terbayang tubuh wanita kedua yang menghuni istananya..
" Arghhhhhhhhhhhhhhh!" Marry menjerit Kesakitan dalam hati dengan perlakuan Putera Andika kepadanya...Sekali lagi dalam hidup dia tewas..Namun Itu adalah permulaan pertama Dan Malam pertama hidupnya sebagai Puteri Sebenar..
Langkah pertama dia telah berjaya melakonkan watak menjadi seorang Puteri Maurry..
Kedua dia berjaya menjadi isteri kepada seorang Putera dari Kerajaan Aurish.. Dia hanya bermula dengan hidup dan dihina oleh Putera pada Malam perkahwinan mereka..Dia akan bersabar, dan dia amat pasti hidupnya àkan tenang di Istana ini..
Putera boleh menolaknya pada Malam ini..Namun Malam - Malam berikutnya dia àkan mencari jalan untuk mendapatkan Putera menjadi miliknya...
****
" Putera?kenapa Putera disini?"
" Malam ini giliran Yang Kedua? Ada masalah untuk Beta kesini?"
Satu persatu baju ditubuh perempuan kedua ditanggalkan Putera Andika,. dia mahukan kesegaran Malam Itu...Segala tuntutannya àkan dilayan oleh Perempuan Kedua seperti selalu...
" Putera ..bukan Malam ini Malam pernikahan Putera.....?" Perempuan Kedua menahan berahi dengan sentuhan - sentuhan yang dilakukan Putera Andika di tubuhnya..Sentuhan Putera sangat mengasyikkan dan menaikkan nafsu mereka berdua..
Ciuman berahi Putera membuatkan keduanya terbuai dalam kenikmatan Malam....
" Pernikahan Itu hanya Idea Permaisuri, Beta sudah cukup dengan kamu bertiga melayani Beta....Tubuh kamu bertiga yang sentiasa dalam fikiran Beta...!"
Mendengarkan semua ucapan Putera Andika, Perempuan Kedua tersenyum lebar..semua sangkaan mereka selama ini meleset...
Jika sebelum ini mereka bertiga takut memikirkan tentang nasib mereka nanti bila Putera Andika bernikah.. Kini Semuanya telah terjawab, mereka bertiga Masih kukuh kedudukan mereka disisi Putera..
Kewujudan Puteri dalam hidup Putera tidak mendatangkan kesan apa - apa dalam hidup mereka Bertiga...Sambil melayan nafsu Putera Andika, Perempuan Kedua tidak sabar untuk Hari esok menjelang...Dia mahu berita Itu Segera dikhabarkan kepada Perempuan Pertama dan Dan Perempuan Ketiga Putera Andika..
Dan dia mahu menceritakan kebanggaan kepada mereka berdua bila malam pertama pernikahan Putera bersama Puteri.. Putera Andika mencari dirinya untuk dilayan...
" Kenapa Perempuan Kedua memanggil kami kesini?"
Perempuan Pertama duduk di kerusi yang disediakan di Taman, semua kelakuan diikuti oleh Perempuan Ketiga....Ketiga - tiganya mempunyai ketinggian yang hampir sama, Malah bentuk wajah hampir serupa..
Sambil menunggu penjelasan perempuan Ketiga, Ketiga - tiganya dihidangkan dengan makanan Dan minuman snek ringan..
" Malam tadi Adinda Ketiga melayani Putera di kamar!" Dengan senyuman berbangga, mata perempuan Ketiga melihat reaksi terkejut pada wajah Dua perempuan yang lain.....
" Malam pertama pernikahan Putera?"
Wanita Ketiga tidak sabar, mendengarkan penjelasan Perempuan Kedua, dia terkejut Besar..
" Putera mencari Perempuan Kedua? Bagaimana dengan Puteri Regina, bukan Malam tadi?.Apa kata Putera Perempuan Kedua?"
" Perkara Itu yang Adinda mahu bincangkan disini! Semalam Putera maklumkan Kedua, kedudukan Kita di Istana ini tidak àkan berubah..Rutin hidup Kita àkan berjalan seperti biasa!"
" Mana mungkin yang Kedua, Ini bukan pemilihan Perempuan Baru untuk Putera..Ini pernikahan Putera dan perempuan yang dinikahi seorang Puteri.. Hal Itu berbeza dengan seorang hamba!"
Perempuan Ketiga mejelaskan segala yang mengusarkan hatinya sebaik sahaja berita pernikahan Putera Andika tersebar...
" Adinda faham, tapi Itu kata Putera kepada Kita bertiga...Adinda belum pekak, apa yang Putera katakan Itu Hal sebenar yang terjadi?"
Kedua menuangkan minuman sambil tangannya ligat memasukkan makanan. Tugasan semalam melayani Putera Andika amat memmenatkan, Mujur berita gembira itu membuatkan dia lebih semangat untuk berjumpa dengan Dua perempuan yang lain....
Jika tiada Hal Penting untuk dibicarakan, Kedua lebih memilih untuk berehat di tilam yang empuk di kamar..
" Maksud Kedua..Pernikahan bersama Puteri tiada nilai di mata Putera..Kita bertiga Masih kekal di Istana ini?" Ketiga tidak sabar, berita yang mengejutkan ini sangat menggujakan dirinya Juga...
Hanya Perempuan Pertama yang Masih diamkan diri, fikiranya memikirkan sesuatu...Semua kemungkinan Masih samar - samar dalam fikiranya...
". Bagaimana yang pertama? " Melihatkan Perempuan Pertama tiada sebarang reaksi membuatkan Ketiga tertanya - Tanya.
Antara mereka bertiga, perempuan Pertama lebih pengetahuan dan pengalaman di Istana..
" Pertama tiada sebarang jawapan buat Masa ini pasal Putera, Hal ini Masih Baru.. Lagipun Puteri yang dipilih Itu pilihan Permaisuri, jadi Kita perlu berjaga - Jaga!"
Mendengarkan jawapan bernas dari Pertama, kedua- duanya menunduk..Apa yang dikatakan Pertama sangat tepat, biarpun mereka Selamat bersama Putera Andika, namun Itu Masih belum dapat menjamin Keselamatan mereka sebagai Hamba..
Apa yang pernah terjadi kepada Perempuan kesayangan Putera Andika menjadi pengajaran kepada semua perempuan Istana...Biarpun menjadi Perempuan kesayangan Seorang Putera Raja, belum dapat menjamin nyawa Masih di badan untuk Hari esok..
Semua disebabkan kekejaman Permaisuri..
*****
" Bagaimana Dayang apa berita yang dibawakan untuk Beta?"
Seorang Dayang masuk menghadap Marry, sambil menyembah Dan tidak menaikkan wajah, Dayang Masih bertelaku di lantai..
" Ampunkan Hamba, Hamba telah menyiasat dengan berhati - hati, semalam Putera Andika telah singgah ke kamar Perempuan Kedua dan bermalam di Sana!'
" Bangsat!"
Pap!
" Dayang.....Siapa hamba yang berani - berani menganggu Malam pernikahan Beta? Berapa lama Putera di disitu?"
Marry dalam keadaan marah, Putera Andika memilih untuk tidur bersama Hamba dari tidur bersamanya..
Apakah tubuhnya begitu jijik pada pandangan seorang Putera Raja..
dia tidak àkan biarkan perkara mengaibkan ini terjadi lagi...dia tidak àkan benarkan, dia perlu fikirkan sesuatu...
Perempuan Itu perlu diajar secukup - cukupnya..
" Melihatkan kepada .....Dan pencarian hamba semalam....Sepanjang Malam Puteri!"
Melihatkan kemarahan Puteri Dayang Juga turut mengigil ketakutan ...Bukan sahaja dia takut melawan arahan Puteri tapi jika perkara ini dibongkar, dia juga àkan mendapat nasib yang sama dari Putera, mungkin dipancung kepala jika perbuatanya mengintip Putera secara bersembunyi di hidu...
" Kamu boleh pergi!" Marry telah dapat jawapan...Dia nekad, Sesiapa sahaja yang menghalangi plannya untuk berjaya àkan diberikan balasan setimpal...
" Tunggu?"
" Ampun Puteri?"
" Berikan utusan kepada Perempuan Kedua, Beta mahu dia kesini berjumpa..Begitu Juga dengan perempuan - perempuan lain Putera Andika. Segera Dayang!"
Marry telah mempunyai rancangan rapi.Kejadian semalam tidak àkan dibiarkan, Semuanya perlu dihentikan ...
Share this novel