Lukisan

Fantasy Completed 13300

" Warghhhhhhhhhh!....!"

" Menarik!"

" Cantik.....!"

" Raja, lukisan Puteri dan Putera Cantik!"

" Putera memang berbakat, begitu Juga dengan Puteri!"

" Mereka berdua sepadan!"

Antara pujian yang diberikan oleh tetamu kebesaran di istana Malam Itu.. Tetamu yang dijemput khas oleh Raja dan Permaisuri untuk memeriahkan majlis perkahwinan Puteri Andika dan Juga Marry..

" Raja apa pendapat Raja dengan lukisan ini!" Pembesar Istana membawakan lukisan yang telah disiapkan oleh Yang Utama dan Juga Putera Mahkota ke atas singgahsana untuk dipersembahkan kepada Raja...

" Menarik, lukisan Putera dan Yang Utama berbeza... lain dari yang lain! Tapi Noah apa maksud disebalik lukisan ini?"
Raja mengalih pandangan mata kearah Putera Mahkota, dia mahu  tahu maksud apa yang tersembunyi dalam setiap lukisan yang dihasil...setiap tindakan Noah dia tahu,  àkan mempunyai maksud yang tersendiri..

Di dalam gambar lukisan jelas pada pandangan Raja,  terdapat burung dan juga tangga...namun apa yang mengelirukan di sebalik keseluruhan tempat Itu di bayangi dengan  kurungan..

Yang Utama hanya memerhati semua perlakuan Noah yang sedang tenang disisi memberi pandangan jelas pada Raja..

Satu pun perkara yang sedang difikirkan dalam fikiran Noah tidak dapat Regina teka, dia  tidak dapat menangkap apa yang sedang bermain di fikiran Noah.. lelaki Itu penuh dengan muslihat Dan tindakan...

" Maksud didalam lukisan Itu Raja, Hidup di dunia tidak semudah yang Kita impikan.  Untuk berjaya keatas Kita perlu berusaha, Dan setiap tangga dalam lukisan adalah perkara yang perlu ditempuhi...

" Dipenuhi rintangan Dan cabaran..!"

Sekiranya tersadung semasa melangkah, Kita akan jatuh..Jadi untuk terus melangkah Kita perlukan Strategi..Hidup sememangnya bukan pilihan yang  mudah!"

Habis bicara mata Noah memandang kearah pengantin, sudut mata Noah lebih terarah kepada Marry.

Putera Andika yang perasan dengan sudut pandangan Putera Mahkota yang arah mata memandang kearah Isterinya yang Baru dinikahi, berasa tidak sedap hati..Dia dapat rasakan Ada sesuatu yang tidak kena..

Dia kenal dengan Putera Mahkota...

Melihatkan wajah pucat Isteri yang berada disisi, kelakuan Puteri yang menerima pandangan tajam dari Noah buatkan hati Andika semakin mengesyaki sesuatu..

" Puteri, kenapa Noah memandang Puteri tidak berkelip.. Ada apa Puteri?"

" Hah!" ....Tak Ada, Tak Ada Putera, bukankah lukisan Itu àkan dihadiahkan kepada Kita berdua. Maksud Putera Itu umum, maksud untuk Kita berdua hati - hati dalam hidup!"

" Tapi!"

Pap!

Pap!

Pap

" Bagus! Bagus Putera..Lukisan ini bukan sahaja Cantik Dan dapat Menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya Malah, maksud dari lukisan ini sangat hebat!"

" Putera Mahkota beta memang hebat!"

Pembesar, lukisan ini àkan dijadikan sebagai Hadiah kepada Pengantin dari Yang Utama...Tak lupa juga dari Putera Mahkota Negara..

" Putera Andika yang mendengar pengumuman Raja kembali menumpukan perhatian kepada Raja, wajah Noah yang turut berpaling menghadap Raja melegakan sedikit hatinya yang was- was sebentar tadi..

" Putera!" Putera Andika memanggil Noah, bila dilihat pengawal Noah telah berdiri disisi barulah bahu gelap Putera Mahkota di pegang..

Dengan pegangan tangan Andika dibahunya, Noah memalingkan wajah..

" Putera? Kenapa Andika disini?"
Noah tidak menjangkakan kehadiran Andika, Yang Utama telah diarahkan Noah untuk Segera pulang ke Kediaman, dia perlu menguruskan sesuatu bersama Ahli Nujum Tertua untuk keberangkatan dirinya sebelum meninggalkan Istana..

" Andika Ada Hal yang perlu dibincangkan bersama Putera! Hal ini mustahak Putera?"

" Putera Andika ....bukan Malam ini Malam perkahwinan Putera? jika Putera kesini bagaimana dengan Puteri? Tentu Puteri sedang menunggu!"
Noah memainkan muslihat, Melihatkan wajah Andika yang tidak tenang..Dapat Noah menyimpulkan sesuatu.. hubungan Andika dan Marry yang menyamar menjadi Puteri Regina sebenarnya bukan cinta...

Tentu Ada sahaja helah Permaisuri dalam perkara ini...Namun Noah telah selangkah lagi kehadapan...

" Putera Noah, berkenaan lukisan tadi...Apakah perkara Itu melibatkan Puteri, isteri Adinda?"
Andika tidak mampu lagi untuk menyembunyikan perkara yang menganggu fikiranya. Sedari dari majlis otaknya Masih memikirkan perilaku Putera Mahkota yang lain memandang kearah Puteri, isterinya..

Mujur majlis perkahwinan berjalan dengan singkat, jika tidak dia tidak àkan senang duduk jika isu Itu Masih belum lagi di dapatkan jawapan..

" Kenapa dengan lukisan Itu Andika? Apa maksud Putera?" Noah Masih bertenang, segala gerak Geri tubuh Andika dibaca...Nampaknya Andika telah curiga mengenai sesuatu...

" Apa maksud Putera Mahkota dengan lukisan tadi...Menaiki tangga, apa maksud Putera Mahkota...? Putera , kanda tahu yang Adinda tidak àkan merampas takhta yang telah diserahkan oleh Ayahanda...Adinda tidak mahu masuk campur dalam urusan Istana..

" Apakah Putera Masih tidak percaya dengan Adinda.......!"

" Andika!............." Belum habis Putera Andika meluahkan, bahunya telah ditepuk kemas oleh Noah...

" Jaga Istana semasa Kanda sedang dalam pengubatan..Jaga Ayahanda..!"
Noah tidak bercakap banyak, hanya Itu dipesan kepada Putera Andika...

Memandangkan Malam ini adalah Malam terakhir sebelum dia dan Regina berangkat, hanya Keselamatan Raja yang menjadi keutamaan Noah...Perasaannya seperti gusarkan sesuatu..

Namun segala perasaanya Segera dibuang jauh...

****

" Putera Semuanya telah diaturkan seperti perancangan..!" Seorang hamba menyembah Noah sebelum langkah kaki hamba bergerak Dua langkah kebelakang..

" Semua askar telah dikeluarkan perintah Panglima.  Ingat! Sepanjang ketiadaan Beta, Keselamatan Raja adalah yang Utama..

" Segala kemungkinan boleh terjadi..Mereka telah mendoakan untuk Beta mati di Medan peperangan.. Namun nasib beta telah tertulis baik sepanjang zaman, sepanjang Beta berperang, Semuanya berjaya! belum ada Mana - Mana Negara berjaya menewaskan beta dan negara Kita dalam peperangan..

" Adakah Putera mengesyaki sesuatu?"

" Beta Tak pasti....tapi Kita mesti berwaspada...selama ini banyak pihak yang telah lama bersabar....Beta sendiri tidak pasti Kali ini!"

" Jika mereka ingin bertindak Putera Mahkota...Kenapa bukan dulu? Sewaktu Putera Mahkota sibuk dengan peperangan...Kenapa sekarang?"

" Panglima...Sebelum ini Beta Ada raksasa yang melindungi Beta..Seluruh Dunia takutkan amukan Beta...Jika selepas pengubatan, raksasa Itu dibuang...Panglima Rasa kekuatan Beta àkan seperti dulu...?

Pengubatan ini membukakan peluang kepada mereka Panglima..Beta sendiri tidak pasti apalah kuasa Beta àkan seperti dulu atau sebaliknya selepas pengubatan Beta...Tapi yang pasti...Raksasa Itu perlu dikeluarkan Segera...

" Putera......! Hamba Ada sesuatu perkara yang ingin dibicarakan kepada Putera?"

" Teruskan Panglima!"

" Apakah Keputusan Putera Mahkota mengahwinkan Puteri dengan Putera Andika Adalah Keputusan yang tepat. Bukan Puteri Regina yang memberikan Penyembuhan pada Putera Mahkota selama ini!"

Noah dilihat Panglima hanya bertenang , tidak memberikan sebarang reaksi hanya mendiamkan diri..

Melihatkan reaksi Noah, Panglima cepat - cepat menyembah Putera Mahkota, dia begitu takut sekiranya soalan tadi menyinggung perasaan Putera Mahkota.  Sebagai Hamba dia tidak sepatutnya melepasi batasan seorang hamba...

Seorang Raja tidak sepatutnya dipersoalkan..

" Semuanya àkan terjawab nanti Panglima..Seluruh Keluarga Diraja dan Rakyat negara àkan mendapat jawapan. Pergi Segera!'

Noah duduk disinggahsana dengan melibaskan Jubah Hitam yang tersarung ditubuhnya...dengan membawa maksud, bicara Itu terhenti disitu...

" Segala arahan diterima Putera Mahkota!"
Tangan dinaikkan keatas dahi sebagai tanda hormat Kali kedua..

" Panglima! Ketiadaan Beta dalam tempoh yang lama.  Jangan tinggalkan Raja!"

" Hamba menurut perintah Putera Mahkota !"

*****

" Kemana destinasi yang àkan dituju,Putera...hamba mahu tahu?"

Regina gelisah, entah apa pengubatan yang àkan dijalankan oleh Ahli Nujum Tertua nanti..Entah apa nasib dia nanti. Disana dia hanya bersendirian...tiada lagi rakyat negaranya mengikuti...Marry ditinggalkan di Istana, mengikuti Putera Andika, suaminya kini...

Entah apa yang àkan terjadi disana...bagaimana nanti jika Edward mencari susuk tubuhnya di Istana Aurish..dan Marry telah berpindah ke Istana Putera Andika..Marry bukan lagi penghuni di kediaman Puteri di Istana Mahkota...

Hal Itu yang mengusarkan Regina..

Sejak dari berangkat dari Istana Utama, Noah hanya membisu disisi Regina. Hanya Regina sahaja yang sesekali melihat kearah Jendela Kereta kuda untuk melihat pemandangan diluar....

" Satu tempat yang Selamat! Jauh dari sini?"

" Boleh hamba tahu kemana Putera Mahkota?" Hati Regina Masih belum puas selagi dia belum mendapat tahu lokasi sebenar yang àkan dituju...

" Pengubatan Beta, Put.....Ermmm. Marry!" Noah tersenyum kecil dengan kesilapan percakapan tadi..kesilapan yang disengajakan, reaksi cuak Marry di wajah jelas...lebih riang hati Noah dengan perlakuan Regina yang Masih merahsiakan dirinya yang sebenar..

" Putera Hamba Tak main - main! Kemana tempat yang Kita àkan tuju..tempoh yang Putera katakan semalam...Bukan satu tempoh yang singkat..kenapa Hamba yang dibawa? Kenapa bukan Puteri?"

" Beta bawakan Puteri yang sebenar bersama!"

" Aaaaapa.....Apa maksud Putera Mahkota...Hamba bukan Puteri kerajaan Maurry ..Puteri Sebenar Maurry,  Puteri Regina, yang berkahwin dengan Putera Andika...Aa ..apa yang Putera mengarut!'

Noah dilihat Regina tenang dengan bersandarkan tubuh di dinding Kereta kuda..

" Tiada Puteri yang selayaknya seorang Puteri jika dia berjaya menempuh hidup bermalam dengan Beta...Hanya Yang Utama yang berjaya  terselamat...dan Yang Utama adalah Puteri yang dipilih  àkan selama - lamanya hidup bersama Beta.!"

" Tak mungkin! Tapi hamba bukan seorang Puteri, Putera Mahkota..hamba seorang rakyat biasa...mungkin Puteri Regina yang menyelamatkan Putera Mahkota!"
Perasaan Regina berdebar - debar dengan kuat..Tak sepatutnya dia yang terselamat dari ujian raksasa Putera Mahkota Maurry..

Jika dia dipilih oleh Noah...adakah Masih Ada peluang Edward dan Kerajaan Maurry menyelamatkanya nanti....... Puteri Maurry yang àkan dilupakan kelak.

Hidup dalam bayangan musuh dan hidup yang dilenyapkan...

" Itu Takdir yang tertulis Yang Utama. Apakah Yang Utama pasti, nasib hidup Yang Utama tidak tersilap?"

" Apa maksud Putera....!" Pandangan mata Noah menyeramkan..dari kata - kata Noah tadi, Regina dapat rasakan dalam Masa terdekat ini, identitinya àkan terdedah..

" Asal usul Yang Utama? Kerajaan Maurry? Adakah Yang Utama pasti...tiada kaitan dengan Raja Maurry...mungkin Keluarga Yang Utama buangan!"

" Buangan! Mengarut...Beta adalah.......!" Regina mengengam tangan dengan kemas menahan marah..

Wajah tenang Noah membuatkan dia  semakin sakit hati....disebabkan lelaki Itu, dia terpaksa merahsiakan identitinya yang sebenar sebagai seorang  Puteri yang kehormat dikerajaannya.....

Tapi hidup sebagai buangan menjadi seorang asing lebih mengaibkan .. mengingatkan semua penghinaan yang telah terjadi seperti Itu..Hati Regina sakit.

Hidupnya musnah disebabkan dijadikan hamba tahanan, hidup dibawah lelaki Putera Mahkota yang dibenci,  hinggakan hidup sebenar terpaksa dirahsiakan dari Sesiapa..

Tiada Sesiapa yang boleh dipercayai dan hidupnya dipertaruhkan di dalam tangan Kerajaan Aurish..

" Putera, apakah Putera Mahkota lupa? Siapa yang tawan hamba disini? Hamba bukan buangan Kerajaan Maurry..Kerajaan Maurry sayangkan Hamba, termasuk Raja...

Jangan hina Kerajaan Maurry! Mati dan Hidup hamba.....
Regina dalam fasa perasaan mempengaruhi dirinya...

" Apa Maskud Puteri?" Tangan Noah mencengkam leher Regina dalam gengaman yang kuat...cukup untuk pernafasan Regina disekat untuk bernafas...

Tanpa Noah sedar....Suara Regina yang meninggi kearahnya membuatkan raksasa yang tertidur dalam dirinya terjaga...
" Apa maksud Puteri?"

Bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience