Putera Andika

Fantasy Completed 13300

" Ada apa Bonda panggil Andika kesini?"
Sejak dimaklumkan tentang kemaraan pasukan Noah memerangi pertahanan Putera Anal...Suasana istana menjadi semakin genting...

Raja Anal kehilangan jejak dalam istana, para Panglima Dan pejuang Askar Diraja keluar masuk istana..

Bunyian gendang Dan gading gajah berkumandang setiap waktu..Menandakan ada berita Baru di medan perang...

Seluruh istana telah bersiap sedia menerima peperangan, Namun bagi Putera Anal, dia Masih lagi bekeadaan bersahaja...Dia amat pasti masa untuk Noah Kembali telah tiba..

Kelihatan Permaisuri mundar mandir dihadapannya...Jelas di wajahnya kelihatan gelisah Dan pucat..

" Bonda, kenapa anakanda dipanggil kesini?" Kerana tidak tahan menunggu Andika bicara...Dia mahu mengetahui urusan Permaisuri memanggilnya kesitu..

" Berkenaan dengan Noah?"

" Kenapa dengan Kekanda Noah!"

" Cukup Andika.... Dia bukan Kekanda Putera lagi...Raja Anal dia Kekanda Putera Andika yang sebenar!"

" Permaisuri! Jika Hal ini yang ingin dibincangkan, Putera tiada lagi bicara dengan Bonda!'

" Andika! Anakanda tidak belot pada Raja Anal bukan?"
Akhirnya perkara itu diluah, dia mahu melihat riak wajah Putera Andika memberikan jawapan....Dia amat takut jika sebaliknya terjadi...

Dia tidak mahu perkara buruk terjadi kepada kedua - Dua Puteranya...

" Siapa yang belot pada Negara Auris Permaisuri? Siapa yang bunuh Raja?"
Andika melepaskan tangan Permaisuri yang memegang bahunya...Itu adalah jawapan yang dirasakan Andika sebenar- benarnya..

Dia hanya mendiamkan diri dengan semua yang telah terjadi pada Ayahanda mereka..

Dia tidak dimaklumkan dengan semua perancangan membunuh Raja..Dia hanya disampaikan dengan kematian Raja selepas Ayahanda mereka dibunuh kejam..

Pada mulanya dia tidak percaya dengan apa yang terjadi...Dengan ketiadaan Noah di istana...Bagaimana perkara sedahsyat Itu berlaku...

Dia mahu perkara itu disiasat, Namun segala usahanya ditegah oleh Permaisuri...Anal tidak mengalah, dia mengarahkan semua pegawai istana menyiasat kematian mengejut Raja, walaupun ketika Itu Putera Anal Dan Permaisuri sibuk dengan pertabalan Putera Anal menggantikan Raja...

Kerana kedegilannya menyiasat, waktu itulah Permaisuri Dan Putera Anal berterus Terang dengan rancangan mereka mengulingkan Raja..
Rancangan membunuh Raja Auris...

Andika terduduk lemah dengan apa yang disampaikan oleh Ahli Keluarganya, Permaisuri Dan Kekanda kandungnya sendiri...Putera Anal...

Tiada yang mampu dilakukan Lagi oleh Putera Andika... Jika dia bertindak menuntut Bela, siapa yang mahu mempercayainya...Satu persatu orang kepercayaan Dan pemimpin Diraja dibunuh...Digantikan dengan orang Baru dibawah penguasaan Anal.

Raja Anal..

Setiap Hari Putera Andika mengunjungi Markam Diraja Raja..Disana dia meluahkan kesedihan dalam hatinya Dan penyesalan kerana terlambat menyelamatkan Raja..

Tanpa pengetahuan Permaisuri Dan Raja Anal, Putera Andika sentiasa berdoa untuk Putera Noah Kembali bagi merebut Takhta Dan menuntut Bela...

*****

Noah memandang permakaman Diraja yang terbentang luas di depan matanya.. Dari kejauhan Makam Baru yang terbentuk disitu menjadi tumpuannya...Disitulah Keluarga Diraja dikuburkan, tidak terlepas Juga Ayahandanya Raja Auris yang dibunuh kejam....

Bauan bunga tulip di perkuburan Raja mengingatkan Noah kepada seseorang..Dia amat kenal tentang pengemar bunga Itu..Bunga Tulip putih melambangkan seseorang yang sangat dia kenali...

" Putera Raja dimakamkan disini, Patik akan sediakan upacara penyembahan makam Diraja untuk Putera jika Itu yang Putera mahukan !"

Panglima Carl muncul di depan Noah, mereka telah memenangi peperangan Dua perbatasan..Hanya tinggal lagi Dua perbatasan untuk rombongan Putera sampai ke istana Diraja..

Sebagai Ketua Panglima Dan Orang Kanan Noah,  segala bahan - bahan upacara untuk Putera Noah mengunjungi Makam Diraja telah disediakan awal sebelum rombongan bertolak..

" Tidak perlu Panglima, urusan Itu akan diselesaikan selepas Beta mendapat kemenangan, Itu Hadiah terbaik untuk mendiang Raja!"

Noah terlebih dahulu meninggalkan Makam Diraja..Perhitungan perlu dimulakan..Hanya beberapa jam dierlukam Noah untuk mengalahkan Perbatasan Raja Anal..

" Anal, masanya telah tiba! Persengketaan ini akan berakhir sebentar lagi.!" Tanah di tempatnya berpijak digengam oleh Noah..Telah lama tanah ini tidak dijejak..Sepanjang tempoh Itu dia hanya bersabar dalam diri dengan semua kejahatan yang dilakukan oleh Anal kepada orang - orang Auris..

Semuanya tergambar dimatanya satu persatu...

Pang!

Trang! pang..

Noah menjadi orang Pertama yang Mara dibatasan Ketiga Dan Keempat...Dengan kuasa yang berada ditubuhnya, semua senjata yang digunakan dapat dikalahkan..

Senjata Peperangan Diraja yang digunakan Raja Anal tidak berkesan kepada Noah..Malah Noah mendapat kuasa lebih dari senjata yang pernah digunakan dulu..

Seakan senjata Itu mengenali tuannya...

Bagaikan ada kuasa yang berpihak kepadanya, Bezanya senjata Kali ini dirasakan lebih kuat bagi Noah merasuk ketubuhnya...Hinggakan semua musuh - musuh dibunuh kejam Dan tiada satu pun yang Selamat dengan kemaraan Noah..

Berita tentang kekejaman Noah Kembali menyebar dengan cepat keseluruh Negara Auris..Ada yang mendoakan Noah Kembali kerana tahu akan kekejaman Raja Anal,  Dan ada Juga rakyat Auris yang benci Dan menyumpah dengan kehadiran Putera Raksasa yang Kembali muncul di Negara Auris selepas lama menghilang..

Berita Putera yang disumpah Kembali Dan ingin merebut Takhta Diraja tersebar dengan meluas....

****

" Raja lebih Selamat jika Raja melarikan diri sekarang. Sekarang musuh telah berada di perbatasan pertahanan yang terakhir, sukar untuk raja Dan Keluarga Diraja loloskan diri jika disana Kita tewas.."

" Tidak! Perhitungan Beta Dan Noah telah ditakdirkan..Beta akan hadapi Putera tidak berguna Itu!"

" Siapkan persiapan baju peperangan Beta. Beta akan menunggu dia disini. Beta amat pasti, dia akan beta kalahkan. Hari ini adalah kematian Putera Raksasa!"
Anal semangat, Dia amat pasti dia akan berjaya mengalahkan Noah..

" Panglima jangan khuatir, Semuanya telah ditakdirkan. Hari ini adalah kemenagan Raja Anal..Musuh Diraja Kerajaan Auris akan dihapuskan Hari ini!"
Permaisuri amat pasti akan perkara Itu. Telah beberapa tilikan dilakukan tentang Putera Noah..

Dalam tilikan yang dilakukan Permaisuri Dan Ahli Nujum Diraja Auris..takdir yang tertulis Noah akan menang dalam semua peperangan menentang Auris untuk Kembali merebut takhta, Namun sebaik sahaja dia tiba Keistana utama, tubuhnya akan menjadi  lemah begitu Juga Raksasa yang menghuni tubunnya..

Tubuh Noah lemah, Dan lebih lemah dari tubuh seorang hamba..Peluang yang dinantikan oleh Permaisuri Dan Raja Anal Selama ini akhirnya muncul...

" Pimpin Putera Noah kesini Panglima, telah lama masa ini ditunggu..Sebelum membunuhnya dia perlu disiksa terlebih dahulu..Pengkhianatannya kepada Auris tidak àkan dimaafkan."
Permaisuri bahagia, dia amat pasti dengan nasib yang akan menimpa Noah sebentar lagi...Ramalan tentang Noah membuatkan hidupnya Bahagia..

" Menjunjung Titah Permaisuri!"

" Panglima biarkan rombongan Noah gembira dengan kemenagan mereka di perbatasan. Selepas Itu mereka akan semakin hampir dengan kematian Tragis!"
Raja Anal ketawa bersama Permaisuri, dia tidak sabar menunggu Noah, lebih - lebih lagi dalam fikirannya dia telah membayangkan penyeksaan yang akan dilakukan kepada Noah sebelum kematian Tragis menjemputnya..

Adakah dia àkan membuat perkara yang sama seperti dia membunuh Raja Auris dulu, Ayahandanya... Atau penyeksaan berlainan setimpal dengan kebenciannya yang tersimpan bertahun kepada Noah...

" Anakanda telah fikirkan penyeksaan yang akan dilakukan nanti selepas Kita dapatkan Noah!"

" Semuanya dalam fikiran Beta Bonda!"
Anal senyum licik, masa dirasakan berlalu dengan lambat Kini, Sedangkan hatinya berkobar - kobar untuk menjumpai Noah Dan untuk melihat lelaki Itu menderita dengan sadis..

" Sayang Puteri Regina tidak melihat semua penyeksaan yang Kita akan lakukan pada Noah anakanda?"

" Maksud Bonda?" Anal tersenyum, Tentu sahaja Permaisuri ada pelan untuk melihat Noah lebih menderita...

" Putera mahu naikkan kemarahan Putera Andika.. Puteri Regina telah menjadi isteri Putera Andika, anakanda telah lupa!"

" Yup! Raja Anal terleka sebentar..Bila Permaisuri menyebutkan nama Puteri Regina, Anal membayangkan seseorang yang bukan pemilik wajah itu..Marry, wajah persis bidadari bermata Biru yang pernah menjadi rebutan dia Dan Noah dulu..."

" Permaisuri, rombongan Noah..? Adakah Marry terlibat dalam rombongan kesini?"

" Marry!"
Permaisuri terkejut.. kenapa tiba - tiba nama Wanita Itu disebut...Telah lama nama Itu hilang...Adakah Anal Masih belum lupa...

" Bagaimana dia sekarang?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience