Putera Anal

Fantasy Completed 13300

Pertarungan sengit berlaku diantara Putera Noah Dan Raja Anal.. Masing - Masing menghunuskan pedang Dan beradu di dalam kehebatan diri yang padu..

Anal tidak mengalah Dan begitu Juga Noah yang hebat menangkis serangan..

Anal yang menggunakan pedang Sakti Diraja, mempunyai kehebatannya yang tersendiri...Setiap serangan Anal melukakan tubuh Noah..

Darah berpecikan di lantai Marmar... Noah kelihatan Keletihan, cuma reaksi wajah Noah yang tidak berubah....

Lelaki Itu tetap tenang, Biarpun hirisan demi hirisan dari pedang Raja Anal menghiris kulitnya..

" Anal habiskan musuh Itu dengan Segera " Permaisuri bersemangat bila dilihat kemenangan berpihak kepadanya..

Seperti ramalan yang tertulis, tubuh Noah Ternyata dapat dilemahkan dengan Pedang Sakti Diraja..

Mungkin Hari ini kisah Seorang Putera Mahkota Raksasa akan berakhir...Kejayaan untuk tampok pemerintah Raja Anal semakin dirasakan Puteri..

Jauh di sudut Balai Diraja...Dua lelaki sedang berlari ke arah Balai Diraja...

Diluar telah dilihat separuh kemenangan untuk Putera Noah....hanya Didalam Balai Raja...Itu yang dikhuatirkan oleh mereka berdua....

" Cepat Ahli Nujum..... !"

" Kenapa Putera pergi dulu... Ini amat bahaya untuk nyawanya!"
Langkah semakin Segera...

" Putera mahukan semua ini berakhir Segera!"

" Dia sedang bahayakan dirinya..Bagaimana jika Itu satu perangkap untuk Putera?"

" Kita perlu Segera Ahli Nujum !"

panglima Carl tidak sedap hati..Dia melihat kegusaran di wajah Ahli Nujum Tertua..Biarpun usia lelaki Itu lanjut, Jelas lelaki Itu menggunakan segala khudratnya bagi Segera menemui Noah, Putera Mahkota...

" Laluan kesini!"
Kedua - duanya membelok sambil Ahli Nujum Tertua mendahului, langkah derap kaki mereka berdua dirasakan Seakan berada diatas angin..Sangat Laju..

Pang!

Trang!
Pang

Tank!
Prang.....

Noah semakin lemas, semua serangan dari Anal dihalang dengan khudratnya yang tinggal....Dia semakin dekat dengan kekalahan....sehinggalah muncul
Ahli Nujum Dan Panglima Carl membantunya..

" Argghhhhhhhhh! Suara Noah bergema di dalam dewan sebelum tubuhnya ditarik kebelakang oleh seseorang dengan kuasanya....

" Putera !"

" Ahli Nujum! Panglima.....! Biar beta habiskan pengkhianat !"
Noah semakin hilang pertimbangan..Entah kenapa tubuhnya dirasakan tidak seperti tubuhnya sebelum ini...keseluruhan tubuhnya lemah hinggakan Anal dapat menyerangnya beberapa Kali..

" Bersabar Putera...Semangat Putera perlu dipulihkan!"
Ahli Nujum mengambil satu barangan, lalu dia mengakungkan sesuatu ketubuh Noah...

" Apa ini Ahli Nujum?"

" Kalung untuk Putera..Dengan kalung ini, kehebatan Putera akan pulih!"
Ahli Nujum Tertua tersenyum...Dia tidak terlambat...Masih tidak terjadi apa - apa perkara buruk yang berlaku kepada Putera Mahkota..

" Untuk apa...?"

" Putera tidak àkan menang jika kalung ini tidak disarungkan pada tubuh Putera.. Percayalah dengan kalung ini, perlawanan ini Baru adil..

" Adil? Noah keliru

" Apa yang mereka bualkan Bonda?"
Tentu sahaja Peluang Itu digunakan Anal untuk berehat sebentar.,Perlawanan bersama Noah tadi memenatkan dirinya Juga..

Ternyata Noah musuh yang sukar dikalahkan..

" Bonda sendiri Tak pasti.. Tapi Nampaknya Ahli Nujum Tertua seperti sedang rancangkan sesuatu!"

" Apakah Kita biarkan sahaja perkara ini?"
Anal mengeluh, penumbuk dikepalkan tidak berpuas hati dengan Kejadian di depan mata...Ingin membuat serangan, adalah suatu perkara yang mustahil...Kuasa Sakti Ahli Nujum Tertua, Itu yang ditakutkan oleh Anal...

" Bonda ada rancangan Anal!"

" Apa dia Bonda!"

******

" Ahli Nujum!"
Tubuh tua Itu rebah di lantai Balai Utama Istana....Darah Merah mengalir di lantai..dalam kelekaan untuk menyelamatkan Noah, Ahli Nujum Utama menjadi mangsa..

Tiada siapa yang tahu di Mana silapnya..

" Putera....Ahhhhhh...Putera, hamba Tak dapat membantu lagi... masa untuk hamba telah sampai!"
Dalam tangan yang berdarah, Luka tembusan pedang Itu ditekup oleh Noah...Kali ini Dia betul - betul tidak berdaya...

" Beta akan pastikan Ahli Nujum Selamat!"
Noah hilang arah tujuan, di hadapannya Dan kelilingnya peperangan Masih terjadi...Bunyi hunusan Pedang, Tombak Masih mencari mangsa...Jeritan manusia yang tertanam Masih kedengaran nyaring ditelinga...

Perkara yang membuatkan Noah semakin lemah...Waktu ini siapa yang akan membantunya bagi menyelamatkan Ahli Nujum Tertua...Dia tidak Kuasa untuk menyembuhkan Dan dalam peperangan untuk mencari pegawai perubatan amatlah sulit...Biarpun dia telah berada di istananya sendiri..

" Dengarkan Putera..Tubuh Putera belum sembuh sepenuhnya...Masih ada perkara yang Masih belum boleh hamba perjelaskan... Sayangnya hamba tidak àkan ada lagi...Jangan putus harapan Putera.. Penawarnya tetap ada!"

" Apa perlu Beta buat Ahli Nujum!"

" Jauhi......Jauhi....Argghhhhhhhhh!"
Perlahan- lahan Mata tua Itu tutup satu persatu tanpa sempat bicara lanjut...bersama tangan lemah yang terkulai di lantai Istana...

Noah membiarkan tubuh tua Itu di dalam ribaanya... Peluang terakhir dia bersama Ahli Nujum Tertua...Lelaki yang banyak membantu Dan mengetahui kisah hidupnya Dan segala yang berlaku pada dirinya...

Panglima Carl Masih mengawasi di sekitar
Kawasan menempatkan jasad Ahli Nujum yang telah tidak bernyawa dan Putera Mahkota Noah Diraja...

" Panglima! Arahkan Pengawal untuk jasad Ahli Nujum Tertua di tempatkan di Bilik Diraja!"

Noah Kembali berdiri, pandangan Mata telah beralih arah disatu sudut menempatkan mayat Tanpa berkepala. Setelah diamati satu senyuman sinis terlukis dibibirnya... Kepala Jasad Masih erat di gengaman tangan Noah...Darah segar yang Masih menitis dibiarkan.Dia menikmati saat - saat dimana kepala musuhnya dipenggal oleh dirinya sendiri, Dan bila kepala itu di dalam gengamannya, dia dapat rasakan Raja Auris seperti sedang melihatnya di Singgahsana..

Klang! Tang ! Klang.... Kepala manusia di baling dilantai..tempat selayaknya kepala Itu berada...

" Panglima! Bagaimana dengan Ana?"
Askar - Askar Kita sedang memburunya Raja...

Noah berpaling memandang tajam kearah Panglima Carl...Tadi dia Terlalu sibuk dengan Ahli Nujum Tertua hinggalah jasad Itu menghembuskan nafas terakhir..dia tidak mengendahkan apa yang terjadi tadi...Anal terlepas dari pandanganya..

" Cari Anal disetiap Istana..Cari disemua tempat persembunyian dalam Istana, kerahkan semua Askar untuk mencari. Perngkhianat perlu dijumpai!"
Suara lantang Noah bergema, dia tidak dapat melawan kemarahan dalam diri akibatnya, semua perhiasan di Balai Istana dihancurkan Noah berkecai seperti kaca..

Panglima Carl Segera bersembunyi di sebalik pintu Dan menyelamatkan diri bari Balai Utama Diraja...

Jelas didepan Mata Kekuatan Dan kekuasaan Noah menjadi luar biasa... adakah disebabkan pengaruh kematian Ahli Nujum Tertua tadi. Hingga Noah berkelakuan begitu... dia pernah melihat Noah berkelakuan dalam diri dikuasi Raksasa dahulu, tapi yang terjadi Kini, kemarahan Dan Kekuasaan Noah lebih hebat dari dulu.....

Lebih menakutkan Panglima Noah sekakan dapat mengawal Kuasa yang ada dalam dirinya...

" Panglima apa yang berlaku? Mana Kekanda Beta?"
Putera Andika muncul..Dia tidak mahu masuk campur dalam pertarungan tadi..Biarpun dia telah dimaklumkan awal oleh Permaisuri Dan Anal untuk hadir kesitu...Dia mengambil Keputusan untuk berdiam diri istananya sahaja..

Dia berbelah Bahagi untuk kekal Dan setia kepada siapa? Dia tidak mahu hubungan yang akan terjadi di masa hadapan akan menjadi semakin sulit...

" Putera Anal telah melarikan diri, hanya Putera Noah disini!"
Carl tidak dapat berterus Terang. Dia mahu Putera Andika melihat sendiri apa yang terjadi..

****

Auris akhirnya dapat ditawan oleh Noah.. Segala kemusnahan telah diperbaiki, rakyat Auris sedang berpusu - pusu Keistana untuk pertabalan Raja Auris yang Baru...

Selesai pertabalan Noah...giliran Putera Andika pula dipanggil untuk menghadap..

" Raja, Adinda menghadap!"
Andika menyembah kearah Noah...Kini Noah telah sepenuhnya menjadi pemerintah Auris Yang Baru.

" Beta ada satu permintaan untuk Putera!"

" Katakan Raja!"

" Adinda akan memerintah Negara sepanjang ketiadaan Beta!"

" Kekanda Noah...Raja mahu tinggalkan Istana?"
Andika terperanjat, belum cukup sehari Noah dinobatkan sebagai Raja Auris... dia mahu meninggalkan tampuk pemerintahan. Dan lebih mengejutkan Andika, dia dipilih sebagai Peganti..

" Beta akan balik selepas berjaya mencari apa yang Beta Cari?"

" Maksud Raja.. Putera Anal?"
Andika dapat rasakan, nyawa Putera Anal dalam bahaya...Dengan segala Kuasa yang ada pada Noah Kini, Peluang Anal menyembunyikan diri lebih lama semakin nipis...

" Regina... Itu yang Beta Cari!"

Andika terkejut dengan sikap Terus terang Noah... Jika Itu yang Noah mahukan dia tidak keberatan... berada disisi Regina lebih menimbulakan masalah kepadanya...

Apa yang merunsingkan Putera Andika adalah Noah... Selepas semua kejayaan yang dimiliki, kenapa Noah, Raja Auris mahukan Puteri Regina... Adakah Itu wasiat terakhir dari Ahli Nujum Tertua..

" Adinda Tak faham! Maksud Raja Puteri Reginà... isteri Adinda?"

" Putera Andika.. Beta belum berterus Terang. Regina isteri Adinda.... Dia hanya seorang penyamar!"
Rahsia dibongkarkan oleh Noah.. Andika perlu mengetahui cerita sebenar.. Tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi..

Sebagai pemerintah Dan seorang Putera Raja Auris, Andika boleh memilih jalan hidupnya sendiri Dan Noah tidak akan masuk campur dalam hidup Putera tersebut...

" Dia.... maksud Raja... dia Penyamar?"
Perkara sebenar mengejutkan Noah..Dia mengingati lagi pandangan Mata Noah pada isterinya di majlis perkahwinan mereka berdua...

Pandangan Mata yang menyimpan rahsia. Dan Kini rahsia Itu telah terbongkar..

" Siapa dia Kanda ?"
Putera Andika terkejut Dan merasakan hidupnya Selama ini dipermainkan.. Dia begitu percaya Wanita yang dikahwininya adalah seorang Puteri.

Biarpun dia tidak melayani Puteri Penyamar selayaknya sebagai isteri..

Disebabkan Itu Semua yang dilakukan Wanita Penyamar Itu dibiarkan sahaja Andika kerana tidak mahu menimbulkan permusuhan dengan Maurry...

" Marry ! Dayang Puteri Regina!"
Kelihatan Andika hanya terdiam hingga membuatkan Noah lebih berterus Terang..

" Jadi... Marry, Wanita bermata Biru dia Puteri Regina sebenar?"
Andika Masih keliru tapi Itu adalah jawapan sebenar yang dirasakan..

" Kanda akan Cari dia!"

" Bagaimana dengan Marry ?"
Putera Andika kebuntuan idea bagaimana dia hendak menguruskan Marry yang menyamar sebagai Puteri Selama ini..

" Terpulang kepada Putera. Putera yang akan memerintah Negara ini. Beta tidak akan masuk campur!"
Noah memegang kemas bahu Putera Andika, bersama harapan Dan amanah yang ditinggalkan di bahu untuk Putera memerintah Negara sepanjang ketiadaannya..

" Bila Kekanda akan berangkat?"
Putera Andika sebenarnya tidak tahu kemana arah tujuan sebenar Noah selepas ini..Dari pengetahuan Andika, dia tidak sepenuhnya mengenali siapa Puteri Regina...

" Maurry!"
Noah memandang kehadapan melalui perhiasan langit yang terbentang luas di depan matanya...di kejauhan Sana dia melihat arah tujuannya sebenar dalam mencari Puteri Regina..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience