Completed
13300
" Siapkan Puteri Dayang, jangan lama!"
Putera Raja meninggalkan Regina Setelah tubuh Itu diletakkan selamat di atas katil. Regina yang di usung dalam dakapan tadi dibawa terus ke Kediaman Putera Mahkota dari bilik pemandian Emas Diraja.
Sepanjang laluan ke Peraduan, semua yang melihat Tingkah laku Putera pada Perempuan Utama bagaikan tidak percaya..
Sikap Putera Mahkota telah berubah, hanya dengan satu malam...dan Ini pertama Kali mereka melihat seorang perempuan mendapat perhatian dari Putera..
Nampaknya Perempuan Utama Putera Mahkota bukan orang sebarangan, bukan sahaja Yang Utama tidak mati semalam, Malah pagi ini mereka diperlihatkan dengan sikap Putera Mahkota yang begitu menjaga Yang Utama.
" Dayang Mana persiapan Beta?"
Regina melunjurkan kaki ke lantai, sebentar tadi dia telah dipermalukan oleh Noah dengan mendukung tubuhnya untuk kesini..
Sepanjang laluan Itu, perbuatan Noah telah dipertontonkan pada perkerja Istana Dan Dayang - Dayang yang melalui kawasan itu..
Merah padam dirasakan Regina diwajah, dia tidak pernah diaibkan sebegitu Rupa.. Untuk menghilangkan kegugupan dan malu pada perbuatan Noah, Regina terpaksa menyorokkan wajah di tubuh lelaki raksasa Itu.. Dia tiada pilihan lain.
" Ini dia Yang Utama?' Seorang Dayang meletakkan Jubah yang diseliputi Emas di hadapan Regina.
Mata Regina bagaikan tidak percaya dengan Persiapan yang disediakan oleh Dayang..
" Kenapa awak siapkan Jubah Diraja untuk Saya Dayang ? Bukan Jubah ini dikhaskan untuk Puteri Diraja? Sedangkan hamba!"
Regina tidak sedap hati, lepas satu persatu dia diuji. Di fikiran Regina dia mengesyaki sesuatu..
"Adakah Noah telah tahu dengan penyamaran dia atau rahsia Itu Masih tersimpan kemas..."
Dalam situasi Itu, Regina teringatkan Marry!
" Hadiah dari Raja Yang Utama, tadi Jubah Diraja ini dihantar bersama dengan Putera Mahkota!"
Dayang menundukkan wajah....seperti Mana mereka menghormati Permaisuri, begitu Juga mereka terpaksa menghormati Regina.. Nampaknya Yang Utama mempunyai tempat istimewa di hati Putera Mahkota. Mereka semua perlu berwaspada...
" Dayang dimana hamba boleh jumpa Puteri? Maksud hamba Puteri Regina?"
Regina fikirkan sesuatu di dalam fikiran, jika dia tidak sakit untuk berjalan, dia àkan Segera menemui Marry..banyak bantuan yang diperlukan dari Marry..
Perkara utama dalam fikiran Regina, dia fikirkan tentang James, panglima kepercayaan negara mereka..Sekiranya James telah ditemui, dia àkan merancang Hal seterusnya..
Sekarang dia perlu menemyui Marry untuk rancangannya berjaya..
" Puteri Kerajaan Maurry berada di kediaman Puteri ke 7, Yang Utama.!"
" Bagaimana hamba boleh kesana? Laluan bahagian Mana hamba kena pilih?"
Keluasan Istana Putera Mahkota sangat besar, istana kedua terbesar dari Istana Utama. Di sini sahaja terdapat beberapa kediaman, sepanjang disini dia belum lagi menjelajah keseluruhan Ruang, hanya beberapa tempat sahaja yang dia tahu..
Regina hanya menunggu Masa yang sesuai, jika dia boleh mendapatkan bantuan Dayang ,dia àkan gunakan semua peluang yang ada.
" Kenapa Yang Utama mahu mencari Puteri?"
" Hamba Dayang Puteri Regina sebelum ini, memandangkan hamba telah dipilih oleh Putera Mahkota, sebagai Perempuan Diraja.... jadi hamba ingin memberikan pernghormatan dan hadiah pada Puteri!"
" Perkara itu tidak terjadi disini Yang Utama!"
" Itu adat negara kami Dayang, hamba perlu jumpa Puteri Regina, tolong siapkan Hadiah untuk Puteri!"
" Apa yang patik perlu sediakan Puteri?"
" Hamba àkan maklumkan pada Dayang nanti!"
Tubuh Regina disarungkan dengan Jubah Diraja yang dihantar tadi. Dia tidak mempunyai banyak pilihan...
Sebentar lagi dia perlu menemui Raja dan semua Kerabat Keluarga Diraja Auris, dia àkan diperkenalkan dan dinaikkan status baru dalam Keluarga Diraja Itu.
" Hamba Tak sesuai dengan Jubah seperti ini Putera! Hamba cuma perkerja Istana bukan seorang Puteri!"
Noah kembali mendukung Regina dalam dakapan. Walaupun pada mulanya Regina menolak, dia akhirnya mengalah, Noah tidak benarkan Pegawai Istana lelaki untuk mendukungnya.
Dengan sedikit paksaan, tubuh Regina kembali dicepung dalam pangkuan Noah.
Perjalanan dihentikan Noah, sambil mata lelaki Noah memandang tepat ke arah Regina.
" Itu Keputusan dan pemberian Raja, alasan apa untuk Marry menolak!"
" Hamba bukan seorang Puteri, hamba cuma perempuan Diraja pilihan Putera Mahkota. Status Itu berbeza Putera?"
Mata Regina menjeling Noah, pandangan dilarikan Segera bila mata Noah yang tajam melihat kearahnya.
" Terima pemberian Raja...Raja lebih tahu!"
Regina tetap berdegil, jika dia Masih diperlakukan begitu oleh Noah, semua pembesar dan Keluarga Diraja àkan tahu apa yang terjadi semalam..dia perlu berkeras...
walaupun dia hanyalah seorang Perempuan Diraja di kerajaan Auris, dia masih seorang Puteri bagi Kerajaan Maurry,dan dia selayaknya tidak dimalukan sebegini Rupa.
" Putera turunkan hamba disini!"
Tidak disangka oleh Regina, mereka berdua telah sampai dia Dewan Utama Diraja, dimana terletaknya tempat berkumpul semua Keluarga Diraja dan Bangsawan - Bangsawan negara Auris. Tanpa Regina sedari apa yang telah menantinya disana.
" Kenapa ? Apa Marry sudah boleh berjalan?" Noah meletakkan kembali Regina di atas lantai secara berdiri...
" Hamba..,!" Regina serba salah, memang dia degil dan malu jika tubuhnya masih dalam pangkuan Noah, tapi dia Tak Rasa jika dia dapat jalan sempurna.
" Apa tunggu lagi. Beta dah letakkan Marry , kenapa belum berjalan?"
Noah Licik, matanya masih memerhati segala tindak - tanduk Regina di depan mata, dia sengaja menunggu untuk melihat alasan seterusnya.
" Putera Tak perlu tunggu hamba.. Hamba boleh jalan sendiri!"
Regina resah bila dilihat Noah belum Ada tanda - tanda untuk pergi dari situ, nampaknya dia perlu tunjukkan Bukti pada Noah, yang dia boleh kembali berjalan.
" Tiada yang penting disana sekarang, Kita berdua adalah tetamu yang Penting dalam perjumpaan nanti, jadi bagaimana Marry?...mulakan langkah tanpa beta!"
Noah masih tiada reaksi di wajah, hanya pandangan mata yang melihat kearah kaki Regina untuk mulakan langkah..
Baru Regina ingin mulakan langkah, tubuhnya kembali dipaut oleh seseorang!
Tubuh Regina kembali di pangkuan Putera Mahkota.
Noah membisikan sesuatu.
" Jangan berdegil Marry, beta Tak tahu perbuatan semalam àkan tinggalkan kesan seperti ini!"
Licik Noah sebelum dia kembali memulakan langkah dengan Marry tubuh Marry berada di pangkuannya.
Marry yang malu, darahnya Segera dirasakan menjalar panas di keseluruhan tubuhnya..tapi ada sesuatu yang menganggu fikiran Regina untuk ditanyakan kepada Noah..
" Bukan sebelum ini Putera dan Puteri.....!" Soalan Regina terhenti disitu bila dia lihat wajah tampan Noah dan jelingan tajam mula memerhatikan wajah dia kembali.
" Tiada yang selamat!"
Ringkas jawapan Noah, dia hanya harap Marry tahu maksud dia dan perkara Itu ditamatkan disitu..
Pasangan Diraja tiba di Dewan Utama, semua mata - mata yang berada di Dewan Utama Diraja tidak melepaskan tumpuan mata pasangan Diraja yang hadir..
Apa yang diperlihatkan kepada mereka, adalah sesuatu perkara yang mustahil terjadi...
Putera mendukung seorang perempuan di pangkuan dan Perempuan Itu adalah Perempuan Diraja yang dinobatkan semalam. Mereka tidak salah, hanya seorang perempuan yang mempunyai mata secantik itu, dan perempuan Itu telah menjadi milik Putera Mahkota..
Suara Dewan bergema dengan suara - suara pembesar yang menyaksikan keajaiban dalam hidup mereka semua..
" Apa yang jadi "
" Dia adalah Perempuan Pertama yang Selamat!"
" Bukan...dia hanya hamba biasa!"
" Dia Selamat!"
" Perempuan ini Selamat!"
" Dia dari Kerajaan Mana?"
" Dia Selamat dengan Putera?"
" Tapi Dia bukan Puteri!"
Bagi Raja, di singgahsana Paling teratas, Raja telah tersenyum lebar dengan kehadiran Noah dan Marry, sebagai penyamaran Puteri Regina... rahsia Itu perlu disimpan sebelum àkan dibongkarkan kelak..
Di sisi sebelah Raja, seseorang yang dikenali sebagai Ahli Nujum Tertua telah Melihatkan kehadiran Regina di pangkuan Putera Mahkota...
Tangannya ligat memainkan peralatan 7 bintang benua untuk menilik, Dan disebelah tangannya lagi menilik 7 bintang di langit untuk dia melihat perkara tadi...Sesuatu dari tilikan yang Tertua, buatkan mata Ahli Nujum Tertua bersinar melihat kearah Raja..
Penawar bagi Putera Noah telah dijumpai, hanya dia perlukan Ruang dan Masa untuk semua Sumpahan yang dikenakan pada Putera Mahkota musnah.
" Putera Mahkota Noah, Marry, beta sangat gembira hari ini! Nampaknya Putera telah mendapat pasangan untuk hidup bersama . Beta àkan dapat pewaris dari Noah tidak lama lagi!"
Bicara Raja buatkan Puteri Regina semakin malu, dia yang diletakkan di sebelah Noah hanya menundukkan wajah, sebelum dirasakan sepasang tangan merayap dipinggangnya..
" Apa kena dengan Putera Mahkota, Tak cukup ker dia malukan beta berkali - Kali, kenapa dia sampai tunjukkan Hal Itu disini!"
Regina menyumpah, sambil mata Regina menjeling tangan Noah yang melingkar di tubuhnya, semakin Regina menjarakkan diri, lebih dekat tubuhnya ditarik dengan paksa.
Dihadapan Regina terdapat Marry, Putera Anal dan Putera Andika..
Marry memberikan pandangan tajam,. bersama Jelingan mata dari Putera Anal melihat ke arah dia pasangan.. hanya Putera Andika yang memberikan senyuman balas pada kehadiran dia dan Putera Mahkota...
" Ini semua pertolongan dari Puteri Regina Raja. Semua tuah yang jadi disebabkan Puteri Maurry!"
Noah memandang kearah Puteri Regina Palsu,kelihatan di Mata Noah, Marry melihat kepada Puteri Regina Asli, pasngannya kini.... perbuatan yang membuatkan Noah membiaskan senyuman kecil..
Ternyata penyamaran Marry sebagai Puteri Raja mulai goyah. Wajah pucat Marry tidak dapat dirahsiakan, berbanding dengan Puteri Regina yang sebenar, dia hanya tenang berada disisinya..
Noah sendiri tidak menyangka Puteri Sebenar akan setenang Itu ...
" Adakah Puteri sedang rancangkan sesuatu?", Noah berfikir Dan tanpa dia sedari, dia memandang Regina yang berada disisi dengan lama.
Pandangan Noah buatkan Regina tidak selesa.
" Ada apa Putera, kenapa pandang hamba tidak berkelip!"
Regina perasan Ada sesuatu yang sedang difikirakan Putera sambil memandang kearahnya tajam.
" Di atas sana Ada Ahli Nujum Tertua Diraja? Dia akan menilik Puteri Regina sebentar lagi ."
" Apa kaitan dengan Hamba Putera?"
Regina resah, dia memikirkan kenapa Ahli Nujum dipanggil disitu, bukankah perkara Itu telah selesai dengan tilikan yang dilakukan pada Marry sebelum ini.. Bagaimana jika nanti dia yang ditilik..
" Kenapa Marry resah? Hal Itu tidak berkaitan dengan Marry bukan ?"
Noah berbisik sambil membawa tubuh Marry dalam pelukan. Pandangan mata Putera Anal yang tidak lepas memandang kearah Marry buatkan hati Noah menjadi panas.
Bukan sahaja mata Anal yang melihat kearah Regina, Malah lelaki - lelaki Bangsawan yang berada Di Dewan Utama Juga tidak melepaskan pandangan pada tubuh pasangannya..
" Putera lepaskan?"
Regina berbisik perlahan untuk orang lain di sekeliling mereka tidak mendengar. Dia lemas bila Putera semakin mengeratkan pelukan bagaikan tiada Ruang di antara mereka berdua.
Mata - mata sekeliling telah memandang kearah mereka. Dari perhatian Regina, permaisuri yang berada di sebelah Putera Mahkota telah beberapa Kali memberikan Jelingan, Semenjak mereka berdua Masuk ke dalam Dewan, dimana tubuh Regina dicepung Putera dalam dakapan.
" Pedulikan mata - mata yang memandang kesini, Marry. Itu bukan urusan beta!"
" Tapi Putera, Saya Tak selesa. Kita di khalayak ramai, semua ada disini!"
" Apa yang awak malukan?"
Mata Noah memandang tubuh Regina.
Regina dapat rasakan keseraman dari pandangan Itu..
" Putera Mahkota Noah, sebagai Raja bagi Kerajaan Auris, Marry sebagai Perempuan Diraja Putera Mahkota , beta berbesar hati untuk gelaran Perempuan Diraja dinaikkan taraf Dan dinobatkan sebagai Yang Utama Diraja, Putera Mahkota Auris.."
Kesemua yang hadir memberikan sembah kepada Putera Mahkota.. sebelum tubuh Regina didukung kembali oleh Noah ke dalam dakapan untuk menerima penobatan.
" Apa yang Putera buat!"
Regina masih tercengang dengan apa yang jadi. Dalam keadaan terpaksa dia memberontak dalam dakapan Noah..
Mujur Noah telah bersedia, satu cengkaman dari Jari Jemari Noah memberikan tanda amaran kepada Regina.
" Jangan sampai Beta hancurkan tulang temulang Marry disini ? Jaga Tingkah laku!"
Bersama Bisikan Dan amaran tubuh Regina dibawa kearah Raja untuk dinobatkan..
Di sebelah Raja, Seorang lelaki tua yang dikatakan oleh Noah sebentar tadi telah berdiri disisi satu Anak tangga dibawah Raja..Mata lelaki tua Itu tepat memandang kearah anak mata Regina..
Kegerunan dari pandangan mata Ahli Nujum Tertua buatkan Regina membisukan diri. Dia seakan - àkan telah terpukau dengan Masa..
" Bagaimana Ahli Nujum Tertua, adakah dia Puteri yang dicari Auris selama ini?"
Dalam Masa menobatkan Regina, Ahli Nujum menilik Regina dengan lebih dekat untuk mengaburi mata - mata orang yang menghadiri penobatan..
" Dia adalah Puteri yang dicari, Raja. Nampaknya upaca itu perlu Segera diselesaikan. Mengikut perkiraan patik, esok adalah Hari yang baik untuk berangkat kesana.!"
Ahli Nujum memberikan senyuman pada Noah, wajah keruh pada Putera Mahkota tidak lagi kelihatan.. Bermakna separuh nasib dari Putera Mahkota telah berubah, dengan kehadiran Puteri yang diramal disisi, dia hanya harapkan urusan Itu àkan menjadi mudah..
" Apa jadi kepada Puteri selepas pengubatan Ahli Nujum?"
Noah mengalihkan pandangan pada Regina yang telah dikakukan oleh Ahli Nujum buat sementara. Kelihatan mereka bertiga sedang menobatkan Regina, sedangkan mereka menilik Puteri yang sebenar.
" Pewaris bagi Putera Mahkota tidak boleh dilahirkan dalam tempoh Masa ini. Jika dilahirkan dan bayi Itu hidup, nasib Putera àkan bertambah buruk!"
" Apa yang àkan jadi?"
Raja gelisah, tempoh 6 Bulan diperlukan untuk pengubatan, dalam tempoh panjang itu pelbagai perkara àkan berlaku.
" Anak Itu àkan dilahirkan menjadi penyambung Sumpahan kepada Putera Mahkota. Jangan bimbang Putera, sepanjang tempoh Itu Puteri àkan diawasi, patik àkan sediakan semua kelengkapan untuk perkara Itu tidak berlaku.
Disetiap bulan Puteri àkan diberikan pil pengubat untuk mengugurkan janin!"
Ahli Nujum berpuas hati dengan Puteri yang berjaya di bawa kepadanya. Nasib Putera dan penyakitnya bergantung kepada keberkesanan pengubatan nanti.
" Nampaknya esok Anakanda àkan pergi dari Negara ini mengikut Ahli Nujum Utama, segala kelengkapan telah Ayahanda sediakan. Hati - hati!"
Setelah bahu Noah ditepuk oleh Raja, Noah kembali membawa Regina ke tempat duduk mereka, dalam tiga langkah meninggalkan Raja di takhta, Regina tersedar dalam mimpi yang lama..
" Apa yang jadi?"
Regina terpinga - pinga dalam dakapan Noah yang Masih meneruskan langkah..
" Urusan penobatan telah selesai!"
Noah bereaksi biasa, namun pandangan matanya terarah kepada perut Regina. Jika benihnya ditanam semalam, adakah penyambung Sumpahan dirinya àkan hidup.
" Tapi...kenapa Hamba Tak ingat apa - apa?"
Kepala Regina terasa berat, dia pasti tentu sahaja Ada sesuatu dikepalanya Dan pastinya ia adalah satu Mahkota.
" Apa dikepala hamba Putera?"
Regina masih terkejut, selaku Yang Utama Diraja, adakah penobatan Itu dianugerahkan dengan Mahkota. Kenapa semua yang berlaku di Auris, bagaikan istiadat penobatan seorang Puteri?"
" Penobatan Diraja Auris berbeza dengan Kerajaan Maurry!"
Noah dapat membaca fikiran Regina, dia tidak khuwatirkan berkenaan pengubatan yang selama setengah tahun, apa yang bermain difikiran Noah nasib Regina nanti sekiranya hal yang tidak diingini Itu berlaku..
Dulu Raja Kehilangan Ibunya selepas dia dilahirkan dengan Sumpahan. Dia tidak sempat mengenali ibu sendiri. Semua orang diistana takut dengannya kerana dia dimiliki oleh raksasa.
Jika ditakdirkan Anak Itu wujud, adakah dia àkan Kehilangan Regina kelak, sama nasib seperti Ibunya, Perempuan Utama Diraja.
Dia tidak àkan benarkan Hal Itu berlaku kepada anaknya. Hidup dalam Sumpahan.
Share this novel